Kasi nipis bahagian tepi telinga... |
KISAH di kedai gunting rambut:
SEBENARNYA selain tengok wayang, minggu lalu (semalam), saya juga pergi ke kedai gunting. Entah kenapa semakin saya berusia, saya semakin kerap pula memotong rambut.
Sebaik sahaja saya duduk dibangku gunting rambut, saya beritahu:
"Saya nak nampak muda 10 tahun..."
Saya mahu potong fesyen lain tetapi pemotong rambut itu maklumkan (dengan penuh sopan dan berlapik) yang rambut saya dan muka saya ni bla-bla bla-bla dia terangkan... namun saya rasa maksud beliau adalah lebih kurang begini:
"Tak sesuai sebab rambut awak nipis dan muka awak bulat!"
He he he... Tapi kalau dia kata begitu tentulah saya tak jejak lagi kaki ke kedainya...pulak. Apa-apa pun saya turuti nasihatnya kerana di dinding kedai terpampang sijil kemahiran dia memotong rambut dan diiktiraf.
Kiri kanan telinga saya dia cukur rapat dan cepat. Saya teringat biri-biri di New Zealand. He he
Apabila berusia, semakin sukar untuk saya berfesyen rambut. Masa muda mudah sahaja saya mengayakan fesyen rambut...tetapi kini semakin sukar. Mungkin rambut panjang tidak sesuai apabila kita semakin tua...dan gemok...
KISAH berselfie di opis:
Dan paginya sebelum saya ke kuliah, saya selfie sorang-sorang dalam opis. Sekoyang-koyang datang pelajar menghantar kertas kerja. Terus saya buat-buat serius...dan paksa pelajar tersebut berselfie dengan saya.
He he he...
Bersama pelajar semester 5 |
Hasilnya nampak sangat saya bukan muda lagi berbanding dengan pelajar saya. Emmm...tak apalah...dulu pun saya pernah muda dan handsome. He he he.
Masa saya muda-muda dulu tak ada upacara selfi-selfi ini. Bila guna kamera hasil gambar sebijik macam muka kita yang sebenar. Sekarang kita boleh edit nampak lebih cerah, runcing, mata lebih bulat dan sebagainya.
Maka saya berselfie memanjang...
Senyum dalam tangis (sebab hari ni ada kuliah malam? he he) |
KISAH dunia perlukan kita:
Saya tahu dunia perlukan saya. Saya mesti memberi kuliah yang boleh membuka minda. Dan yang paling penting ialah semasa berkuliah itu, saya adalah saya, bukan orang lain.
Saya tahu kenapa ramai mahu kelihatan muda. Ini kerana muda melambangkan bahagia dan sihat, juga melambangkan menarik. Ia seolah melambangkan dunia masih perlukan kita
Namun perlu kita ingat kita tetap boleh jadi sihat, bahagia dan menarik walaupun sudah berusia. Kan? Yang penting semakin berusia kita semakin matang, bijaksana dan semakin berguna pada orang dan bumi.
Saya dah tak sabar untuk berumur 50 tahun, pelik kan?
Sekian...
No comments:
Post a Comment