Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, July 18, 2016

Mini Poklak Raya 2016

HATI saya berbunga wangi dan gembira kerana pada minggu lepas rumah saya telah dijadikan lokasi bagi satu mini poklak raya. Mereka ini adalah kawan-kawan saya dari majikan saya yang terdahulu (Kolej Shahputra). Kami sudah berkawan selama lebih 15 tahun rupanya.

KALAU ikut masa dan keadaan, memang tidak sempat bagi kami beraya ke rumah masing-masing. Dan kalau rancang beria-ia ianya selalu tidak jadi... maka apabila ada kawan-kawan saya tanya nak buat tak poklak raya?, terus saya setuju.

Saya tidak buat rumah terbuka raya. Sebabnya mudah, saya seorang diri sahaja dan jadual saya ketat mengalahkan artis muda yang baru galak nak naik. Alhamdulillah saya hanya perlu menyediakan rumah sahaja. He he.


Ada juga kawan-kawan yang tidak dapat datang. Ada urusan dan sebagainya. Insyallah lain kali dapat berjumpa. Mengucap raya dan saling bermaafan... Kami memang jarang sangat bertemu, dulu tiap-tiap hari bertemu, bekerja bersama. Bergaduh bersama, he he he.

Saya sempat menyohol koleksi pyrex saya, yang saya sayangi.

Rumah saya tiada peti ais, (saya sudah beri ke orang yang lebih memerlukan dari saya. Dan ayah saya kata kerana saya hadiahkan peti ais itulah tuhan sembuhkan dia dan dia boleh bangun berjalan semula. Ayah saya percaya sesuatu seperti ini. Ayah percaya kepada keajaiban...) dengan ketiadaan peti ais ini segalanya harus dilakukan dengan cepat.


Din merenung jauh keluar rumah, Apis merenung TV.

Rumah saya tidak lengkap sebab tidak diduduki dengan sebenar-benarnya. Maka banyak kekurangannya. Contoh kawan-kawan sayalah yang tolong tajamkan pisau saya yang tumpul dan sebagainya. Dan bayangkan sinki saya juga tak dapat digunakan jadi kami berpanas tepi rumah basuh apa yang patut. Saya rasa bersalah pula.

Saya nekad akan baiki sink dan beli peti ais baru (yang lebih besar nanti dari peti ais lama). Sebenarnya saya sudah jumpa model yang berkenan tapi warna kelabu. Saya mahu yang berwarna merah. Pulak dah. Pernah jumpa warna merah tapi jenama pula saya tidak berkenan...

Baru saya sedar gazebo saya kecil...

Saya rasa gembira sebab ramai juga dapat hadir walaupun sibuk...

Kawan-kawan saya dan anak-anak mereka

Kak Z siap bawa hidangan masakan kampung, siap dengan sambal tempoyak, gulai ikan patin, ikan bilis goreng dan petai. Dan paling mengharukan ada juga nasi.

Proses membuat cup cake bermula

Selain daripada makanan yang dibawa oleh kawan-kawan. Kawan-kawan saya juga memasak mee goreng kasar dan mee goreng halus. Sudah lama dapur saya tak berasap sebab saya tidak memasak sejak saya rasa tidak ada banyak waktu.

Wa dan Ida siap masak cup cake lagi. Maknanya adalah juga proses memasak kek di dapur saya. Seingat saya sudah sepuluh tahun saya tidak buat kek. Pandai sungguh mereka buat sehingga ada yang agak `coklat' sikit warnanya. Mereka bawa oven pembakar kueh. Masa itu saya tak dapat tolong sebab saya buat-buat sibuk. he he he.

sekali lagi pyrek saya, jangan marah...
Hidup ini sebenarnya amat singkat. Dan biasanya kita menyedarinya apabila kita sudah tua. Jadi baguslah kita mulai sedar awal dan mewarnainya. Kawan-kawan adalah rezeki. Selain dari keluarga, merekalah yang mendoakan kita.

Perjalanan kita itu haruslah kita warnai...ya hidup tidak selalunya indah tapi hidup juga tidak selalunya perit...kan?


Thursday, July 14, 2016

Tarzan 2016

"Di kalangan manusia banyak binatang, di kalangan binatang hanya ada satu manusia, Tarzan!" 




Saya terhibur menonton filem The Legend of TARZAN. Saya peminat cerita tarzan sebab saya percaya (dari kecil lagi) bahawa gorila adalah haiwan yang hidup bermasyarakat dan bersosial, Dan saya selalu percaya makhluk yang paling bahaya bukan binantang, tetapi manusia.

Namun cerita Tarzan ini `lain' sikit sebab ia bukan cerita pasal manusia yang menyesuaikan diri hidup dengan binatang tetapi lebih kepada kesan atau impak akhir daripada hidup dengan binatang. Kisah ini menceritakan Tarzan yang sudah pulang ke bandar dan hidup di bandar kemudiannya kembali semula ke hutan... Ini yang menariknya.

Hero filem ini tidaklah terkenal tetapi pandai berlakon, namun watak yang berjaya menarik perhatian saya ialah watak penjahat yang santun dan budiman.

Kita tidak perlu muka buruk atau perangai kasar untuk watak penjahat sebab dalam dunia nyata yang nampak islamik itu adakalanya raja kencing...manakala yang hidup ala USA itu pula sebenarnya berhati mulia. Haaa...

Image result for Christoph Waltz Tarzan
Christoph Waltz pegang watak jahat, menjadi saikonya

Suasana hutan dan belukar yang cantik.

Kita akan dapat lihat filem ini memaparkan sesuatu yang betul iaitu harimau tinggal di dalam belukar bukannya hutan. Dalam banyak cerita kita lihat harimau tinggal dalam hutan, tetapi di dunia nyata sebenarnya harimau tinggal dalam belukar.

Ada kisah cinta juga...tetapi cinta yang lebih kepada kekeluargaan. Bila ibu Tarzan dibunuh, Tarzan marah sebab walaupun bukan manusia Tarzan tetap anggap gorila itu ibunya. Dan Tarzan sayang kepada Jane, isterinya.

Cerita ini bukanlah ditujukan kepada kanak-kanak sebab banyak persoalan politik, falsafah, falsampah dan serius diselitkan. Ia bukanlah hiburan semata-mata.

Jadi ada satu kejadian anak seorang penonton datang ke kerusi saya (saya pilih kerusi paling tepi) nak memukul saya...(entah apa). Nasib baik maknya panggil semula. Saya rasa anaknya yang dalam lingkungan lima enam tahun tu merasa boring sebab tu dia merayau. Tapi kenapa datang nak pukul saya pulak? Saya bukan gorila...! Huh!

Kes bawak anak ke panggung wayang dan gagal mengawalnya memang selalu terjadi di Malaysia. Tapi niat emaknya baik supaya anak tengok Tarzan Tetapi Tarzan ni tak sesuai untuk kanak-kanak. Untuk kanak-kanak tengoklah versi kartun, lagi okey. malas nak komen rumahtangga orang. Titik.



Image result for Tarzan 2016

Adegan yang paling saya ingati adalah ketika Tarzan berjumpa dengan kawan-kawan binatangnya. Setelah lapan tahun tak jumpa mereka berjumpa semula. Maklumlah membesar dari kanak-kanak lagi...

Cerita ini diakhiri dengan yang baik dibalas baik yang buruk dibalas buruk...

"Adakalanya manusia lebih teruk dari binatang kerana bukan sebab manusia itu boleh/mampu buat perkara yang lebih teruk dari binatang, tetapi sebab manusia itu ada otak tapi tidak berfikir..."








Wednesday, July 13, 2016

Apabila menjadi hebat itu bukanlah suatu perkara yang penting...

Saya adalah sejenis manusia yang tidak bercita-cita tinggi. Dari kecil hinggalah dewasa hidup saya hanyalah terfokus atau mengejar perkara yang biasa-biasa sahaja. Tidak pernah saya mahu menonjolkan diri dalam kelas atau menjadi hebat seperti orang lain yang diwar-warkan hebat oleh orang sekeliling atau pihak media.

Saya juga tidak cepat mengganggap seseorang itu hebat kerana saya biasanya lebih tertarik kepada isu apakah yang terpaksa dia `lepaskan' untuk menjadi seorang yang hebat di mata orang lain. Dan akhirnya apabila saya tahu apa yang dia terpaksa lepaskan...saya sudah tidak lagi anggap dia hebat.

Bagi saya selagi seseorang itu masih harus basuh beraknya sendiri, apalah hebatnya sangat. He he he. 

Mungkin saya seorang yang sukar untuk kagumi orang lain. Contohnya, pada saat-saat orang sangat kagumi Datuk Siti Nurhaliza, saya cuma anggap beliau seorang penyanyi yang mempunyai suara yang biasa dan menyanyikan lagu-lagu yang mudah-mudah sahaja. Saya lebih kagumi suara Liza Hanim. Contohnyalah...

Mungkin kekaguman saya ada tahap-tahapnya, ada sedikit sedikit. Maksud saya saya kagumi atas faktor lain, bukan faktor keseluruhan... Contoh saya kagumi Datuk Siti Nurhaliza kerana dia pandai bawa diri dari segi pergaulan dengan lelaki semasa dia sedang naik.

Namun pada kadang-kadangnya saya berfikir saya tidak menjadi hebat kerana saya tidak ada idola yang hebat dalam hidup. Dan saya tidak pernah ada, apatahlagi mahu mencontohi atau jadi seperti orang tersebut.

Saya tidak pernah mahu jadi orang lain walaupun satu saat. 

Pun begitu menjadi orang biasa seperti saya juga susah. Saya percaya walaupun saya tidak handsum tetapi saya tidaklah pula hodoh. Saya percaya walaupun saya tidaklah kaya tetapi tidaklah pula miskin, saya juga percaya walaupun saya tidaklah pandai tetapi tidaklah pula bodoh. Saya rasa saya biasa-biasa sahaja. Amat biasa sebenarnya.

Melalui kehidupan sebagai orang biasa ada juga cabaran yang maha hebat. Ada kawan saya beritahu menjadi orang kaya atau miskin lebih sukar dari menjadi orang biasa-biasa. saya beritahu menjadi orang biasa juga sukar sebab orang biasa itu bukan sahaja tidak boleh kelihatan sebagai orang kaya, tetapi juga orang miskin.

Tetapi tak kanlah tiada suatu pun yang luarbiasa pada diri saya...?

Namun soalan di atas tidak penting kerana menjadi luarbiasa dan hebat itu bukanlah suatu perkara yang penting dalam hidup saya...

Mungkin ramai yang tidak percaya dengan penulisan ini...emmm.



Wednesday, June 29, 2016

Setiap manusia ada kisah hidup yang tersendiri...

Kadang-kadang gurauan kawan-kawan saya agak keterlaluan. Namun atas nama kawan-kawan saya tidaklah berasa hati sangat, cuma kadang-kadang terfikir juga yang mana... jika mereka seperti saya adakah mereka bergurau sebegitu...?

Kekurangan orang lain bukanlah bermakna dia kurang atau lemah atau tidak lengkap. Sama sepertilah kita, kita juga tidak boleh dikatakan tidak lengkap jika semua perkara kita tidak dapat... Lumrahlah, kita tidak boleh miliki segalanya... Lengkap itu sesuatu yang subjektif.

Setiap orang ada kisah hidupnya sendiri. Ada orang sangat bertuah, dan ada orang sangat malang. Ada orang di tengah-tengah. Kesilapan besar kita selalunya ialah kita melihat kehidupan orang lain dengan mata/ukuran/nilai kehidupan kita sendiri...

Sempena ramadhan dan hari raya ini, salam kemaafan saya hulurkan untuk kawan-kawan, kerana mereka tidak tahu langsung jenis kedukaan yang saya lalui ini... 

Sekian...




Semua insan bergembira di hari raya...


The Conjuring2



Saya tidak percaya akan kewujudan hantu. Mungkin sebab daripada kecil ayah saya telah beritahu hantu tidak wujud, dan apa yang sebenarnya ramai orang nampak nampak itu hanyalah wujud dalam otak dan perasaan sahaja. 

Namun cerita The Conjering2 ini mengenai syaitan, bukannya hantu.

Dalam banyak budaya kewujudan hantu sering diperkatakan dan dari beberapa segi ia seolah logik. Kata orang hantu akan hadir ketika diri kita lemah, sama ada fizikal atau rohaniah. Dan dalam filem ini ia hadir di rumah seorang ibu tunggal yang memelihara empat orang anak. Hidup mereka dalam kesempitan.

Minggu lepas saya ke panggung untuk The Conjering2. Saya memang tunggu filem ini sebab cerita pertamanya memuaskan hati saya. Saya suka filem James Wan, menakutkan dan ada unsur keluarga.
Vera Farmiga, Patrick Wilson, and James Wan at The Conjuring 2 (2016)

Filem sequel ini berjaya menarik minat ramai orang dan mendapat kritikan yang membina. Saya juga rasa tidak kecewa walaupun tidak ada banyak perkara baru yang dibina dalam filem ini. Maksud saya cara melahirkan ketakutan adalah lebih kurang filem-filem lain juga.

Saya menangis sebanyak dua kali sepanjang filem ini. Satunya pada adegan  lagu Can't Help Falling In Love   nyanyian Elvis. Rasa syahdu...(pulak dah).

Berlatarbelakangkan tahun 1977

Cuma saya berpendapat lakonan ibu tunggal yang mempunyai keluarga yang dirasuk tersebut tidak memberikan impak yang besar dalam cerita ini, berbanding dengan watak ibu yang mana anaknya kerasukan dalam filem The Conjering. Mungkin lakonan dia tidak cemerlang...

Sebagai sebuah filem seram, The Conjuring2 ini menghiburkan.






Monday, June 27, 2016

Kisah karipap kosong dan sekerat ayam...

"Mintak karipap seringgit" Saya menghulurkan jari telunjuk ke arah karipap sardin. Saya suka makan karipap. Saya selalu beli karipap kalau ada terjual di mana-mana.

"Karipap ni 5 biji RM2 " Kata penjualnya. Dia memandang ke arah saya.

"Tak apalah bagi seringgit jea" Saya angguk kepala. Saya lihat dia letak dua biji karipap dalam plastik. Saya bukan kedekut tapi lima biji karipap terlalu banyak untuk saya seorang... Lagipun saya nak beli kueh lain sejenis lagi.

Saya menuju ke gerai ayam panggang...

"Minta saya sebelah" Saya tunjuk ke arah seekor ayam yang bersaiz sedang, yang kelihatan terduduk.

"Belilah seekor bang, seekor RM21 jea" Kata penjualnya.

" Tak apalah saya nak sebelah jea, itu pun dah cukup" saya beritahu.

"Ala seekor pun murah harganya..." Kata penjual yang tak reti bahasa tu...

"Tak apalah saya nak seekor jea" Saya kuatkan sedikit tone suara untuk beri penegasan yang saya nak sekerat sahaja.

Teruk betul, tak kanlah saya kena cerita bukannya masalah duit tetapi saya duduk sorang diri jea. kena cerita ke? Lagipun hak saya nak beli sekerat ke, dua kerat ke? Atau tiga ekor...

Bila waktu berbuka saya terkejut, karipap saya intinya sikit sangat. dalamnya ada angin jea. Kosong...





Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home