HATI saya berbunga wangi dan gembira kerana pada minggu lepas rumah saya telah dijadikan lokasi bagi satu mini poklak raya. Mereka ini adalah kawan-kawan saya dari majikan saya yang terdahulu (Kolej Shahputra). Kami sudah berkawan selama lebih 15 tahun rupanya.
KALAU ikut masa dan keadaan, memang tidak sempat bagi kami beraya ke rumah masing-masing. Dan kalau rancang beria-ia ianya selalu tidak jadi... maka apabila ada kawan-kawan saya tanya nak buat tak poklak raya?, terus saya setuju.
Saya tidak buat rumah terbuka raya. Sebabnya mudah, saya seorang diri sahaja dan jadual saya ketat mengalahkan artis muda yang baru galak nak naik. Alhamdulillah saya hanya perlu menyediakan rumah sahaja. He he.
Ada juga kawan-kawan yang tidak dapat datang. Ada urusan dan sebagainya. Insyallah lain kali dapat berjumpa. Mengucap raya dan saling bermaafan... Kami memang jarang sangat bertemu, dulu tiap-tiap hari bertemu, bekerja bersama. Bergaduh bersama, he he he.
Saya sempat menyohol koleksi pyrex saya, yang saya sayangi. |
Rumah saya tiada peti ais, (saya sudah beri ke orang yang lebih memerlukan dari saya. Dan ayah saya kata kerana saya hadiahkan peti ais itulah tuhan sembuhkan dia dan dia boleh bangun berjalan semula. Ayah saya percaya sesuatu seperti ini. Ayah percaya kepada keajaiban...) dengan ketiadaan peti ais ini segalanya harus dilakukan dengan cepat.
Din merenung jauh keluar rumah, Apis merenung TV. |
Rumah saya tidak lengkap sebab tidak diduduki dengan sebenar-benarnya. Maka banyak kekurangannya. Contoh kawan-kawan sayalah yang tolong tajamkan pisau saya yang tumpul dan sebagainya. Dan bayangkan sinki saya juga tak dapat digunakan jadi kami berpanas tepi rumah basuh apa yang patut. Saya rasa bersalah pula.
Saya nekad akan baiki sink dan beli peti ais baru (yang lebih besar nanti dari peti ais lama). Sebenarnya saya sudah jumpa model yang berkenan tapi warna kelabu. Saya mahu yang berwarna merah. Pulak dah. Pernah jumpa warna merah tapi jenama pula saya tidak berkenan...
Baru saya sedar gazebo saya kecil... |
Saya rasa gembira sebab ramai juga dapat hadir walaupun sibuk... |
Kawan-kawan saya dan anak-anak mereka |
Kak Z siap bawa hidangan masakan kampung, siap dengan sambal tempoyak, gulai ikan patin, ikan bilis goreng dan petai. Dan paling mengharukan ada juga nasi. |
Proses membuat cup cake bermula |
Selain daripada makanan yang dibawa oleh kawan-kawan. Kawan-kawan saya juga memasak mee goreng kasar dan mee goreng halus. Sudah lama dapur saya tak berasap sebab saya tidak memasak sejak saya rasa tidak ada banyak waktu.
Wa dan Ida siap masak cup cake lagi. Maknanya adalah juga proses memasak kek di dapur saya. Seingat saya sudah sepuluh tahun saya tidak buat kek. Pandai sungguh mereka buat sehingga ada yang agak `coklat' sikit warnanya. Mereka bawa oven pembakar kueh. Masa itu saya tak dapat tolong sebab saya buat-buat sibuk. he he he.
sekali lagi pyrek saya, jangan marah... |
Hidup ini sebenarnya amat singkat. Dan biasanya kita menyedarinya apabila kita sudah tua. Jadi baguslah kita mulai sedar awal dan mewarnainya. Kawan-kawan adalah rezeki. Selain dari keluarga, merekalah yang mendoakan kita.
Perjalanan kita itu haruslah kita warnai...ya hidup tidak selalunya indah tapi hidup juga tidak selalunya perit...kan?
4 comments:
Raya ke brp ni Mang?
Ni raya ke 7, sabtu...sehari selepas lokman datang hari tu...
Muzium terpaksa dibersihkan...he he
Selamat Hari Raya En Jan.. Maaf zahir dan batin
Memang seronok tetamu berkunjung ke rumah kan.. moga ayah & mak En Jan terus sihat .
Thanks Engku artini, selamat hari raya maaf zahir batin juga...senyum selalu...
Post a Comment