Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, October 30, 2013

Dua faktor utama dalam membina taman

Kepada saya, terdapat dua faktor utama yang harus saya pertimbangkan untuk membina taman. Dua faktor tersebut adalah gaya hidup saya dan siapa saya memainkan peranan yang besar dalam pembentukan taman yang mahu diwujudkan. Cara hidup saya yang sibuk sokmo menghadkan masa berkebun dan saya bukannya berduit banyak untuk mencipta taman yang indah berskala besar.

Maka elok benarlah taman ini ringkas dan menggambarkan diri saya. Tapi saya mahu ada pohon yang tinggi menjulang. Agar daunnya melambai-lambai panggil pulang kesuma hati...(pulak dah).

Sehari dalam seminggu.

Saya tidak mengikuti mana-mana konsep secara membuta pabila membina taman. Bak kata orang lama ukur baju di badan sendiri begitulah saya ukur taman berbajet sendiri. Pendek kata saya ikuti konsep saya sendiri berlandaskan masa dan kewangan. Dua faktor tersebut memainkan peranan yang besar bagi saya. Saya hanya boleh mewujudkan sebuah taman yang hanya dapat dijaga sehari sahaja dalam seminggu.

Sehari sahaja di hujung minggu. Saya tidak ada masa setiap hari untuk menjaga dan membelai pokok. Setakat ini pokok-pokok saya faham akan situasi tersebut. Saya dah beritahu mereka awal-awal semasa menanam setiap pokok...yang kami hanya dapat bertemu seminggu sekali sahaja, sementara itu pandai-pandailah jaga diri. Yang tak faham dan degil tu mati keringlah akhirnya, he he he.

Kata orang bijak pandai kita boleh `bercakap' dengan pokok.

Saya hanya dapat menjaga dan berbicara sehari sahaja dalam seminggu iaitu hari sabtu pagi sampai petang. Masa itulah saya kena bersihkan laman ini. Jangan terperanjat jika kita mempunyai laman, ada sahaja yang hendak dibuat. Saya sampai berpeluh. kalau tidak percaya jom bertaman.

Kekangan duit.

Faktor kedua mengapa taman saya sebegitu rupa simplenya adalah kerana faktor duit. Kalau banyak duit memang berubahlah laman saya. Boleh terus beli pokok-pokok yang besar dan lain-lain lagi. Boleh upah lagi lanskaper yang pandai-pandai.

Jadi amat mencabar sekali dengan duit yang ciput ini saya mahu mewujudkan taman yang indah berseni serinya. Saya mesti merancang belanjawannya. Kalau mahu beli sesuatu barang akan makan masa sedikit. Contohnya saya memang mahu membeli stepping stone untuk menghala ke pondok saya. Dah lama saya mengidam. Saya tidak mengandung. Mustahil.

Penunjuk jalan (Stepping stone)

Sebenarnya, sebelum raya puasa saya dah bermyvi sorang diri pergi mencari kat nurseri sekitar bandar Kuantan. Tak banyak yang lawa. Kebanyakannya hodoh dan amat lucu bentuknya. Hanya satu sahaja yang lawa dan harganya mahal. Ianya ada dijual di kedai menghala ke Telok Chempedak.

Benci betukl la, selalunya barang yang saya berkenan mahal harganya. Taukea tersebut beritahu sekeping dalam RM30. Saya buat la ala manja-manja tetapi tidak berjaya turunkan harga. Mungkin saya sudah tua...

Saya tentu perlukan lebih dari 10 keping. Jadi tentulah lebih RM300. Jadi sampai sekarang pondok saya tak berstepping stone. He he he.

Mungkin dapat duit dari Kolej Astin nanti saya boleh beli...

Jan: Stepping heart?...(pulak dah)

Taman saya bukan taman bunga

Taman saya bukan taman bunga. Setakat ini taman saya, saya pandai-pandai katogorikan sebagai taman bukan bunga. Saya ia tidak menumpukan kepada pokok-pokok bunga yang banyak. Apatah lagi berwarna-warni.

Pokok yang saya pilih atas faktor daunnya yang menghijau, dan kebetulan ada di antaranya berbunga. Itupun setakat ini saya hanya menghadkan warna bunga kepada warna putih sahaja. Taman ni ada putih dan hijau sahaja warna temanya.

Dari sudut ini dapat lihat sisi rumah saya
Saya ada tengok bunga kertas yang berwarna-warni. Sangat cantik. Tetapi bagi saya era saya menanam bunga kertas sudah tamat sebaik sahaja saya meninggalkan Kuantan dan berhijrah ke Muadzam.

Saya semakin sibuk dan tenggelam maka eloklah saya menanam seminima mungkin. Namun saya tidak dapat lari dari unsur kemelayuan dan tropikal. Saya berhajat nak suntik elemen moden bersama sedikit tradisi. Entah bagaimana hasilnya nanti. Kot-kot jadi taman tradisi yang disuntik elemen modern pulak. Terbalik kot.

Setakat ini saya masih teguh dengan konsep yang ringkas dan tenang. Ada pepohon yang menghijau dan redup pada 10 tahun akan datang. 

Saya juga suka taman yang nampak liar dan semulajadi. Menarik juga konsep itu kan? Entahlah menukar-nukar konsep taman bukannya sesenang menukar templete blog.

Jadi untuk masa ini, saya tetap berniat menghasilkan taman yang simple sahaja. Taman yang bukan taman bunga. Saya ada juga melihat Majalah Laman. Ada taman yang saya tidak berkenan, nampak janggal dan tidak cantik di dalam majalah itu. Itu hanya pandangan saya. Namun saya yakin ia dibina dengan menggunakan kos yang tinggi.

Saya ada melihat taman `tersembunyi' di rumah kakak saya yang keluar dalam Majalah Laman. Taman di rumah kakak saya juga bukan taman bunga.

Jan: Taman hatiku terlalu merindu...

Tuesday, October 29, 2013

Berapa lamakah sebuah taman akan menjadi indah?

Berapa lamakah sesebuah taman akan menjadi cantik,indah dan berseni?

Jika kita membeli pokok yang bersaiz sederhana besar, tentu iannya memerlukan antara tiga atau empat tahun baru ianya tumbuh matang dan berbatang cantik. Lima tahun lagi sedap... Maksud saya sedap mata memandang keharmonian tumbesaran pokok-pokok tersebut serasi dengan alam. Contohnya daun dan batang membesar arah matahari...melahirkan tempat redup yang semulajadi.

Bila pokok-pokok besar, kawasan ini akan menjadi gelap dan nyaman...

Saya tertanya sendiri soalan ini di dalam hati. Sukar untuk saya menjawabnya. Keindahan taman bergantung kepada banyak faktor, terutamanya `berapa banyak budget kita?'. Kita tidak dapat lari dari ungkapan `lebih banyak budget, lebih cepat dan indah sesebuah taman...'. Haaa...

Saya berhasrat mahu memiliki sebuah taman yang cantik dan tenang. Mungkin kerana taman dalam hati saya sudah musnah rosak binasa. Kering kontang tanahnya, daun berguguran ditiup angin dingin dan pasu-pasu bergelimpangan jatuh pecah bertaburan duka nestapanya...yang serpihannya menajami di setiap sudut benih-benih yang tidak berharapan tumbuhnya. Ya, sudah takdir hidup saya berjumpa dengan insan penipu!.


Apabila batang pokok gelang ini besar, ia pokok akan menjadi cantik

Kita kembali kepada tajuk postong... Kalau ada banyak duit tentulah boleh beli pokok yang besar dan mengupah-jaga pekebun yang mahir demi menjaga tumbesarannya. Saya ada juga membeli beberapa batang pokok Brazilian Iroonwood yang pada saya mahal harganya. kemudiannya saya selang selikan juga dengan pokok gelang yang saya ambil dari kampung saya di Besut.

Saya tidak boleh menanam terlalu banyak pokok. Maklumlah saya hanya ada masa sehari dalam seminggu untuk menjaganya. Haa...

Saya ada terpandang pekerja yang menjaga laman rumah jiran saya. Dia datang sekali sekala. Rumahnya jiran yang di belakang rumah saya. Saya harap kalau ada duit nanti, kalau naik gred gaji atau skim gaji  baru, saya akan `curi' pekebunnya. Tapi tak baik pulak kan? Sebab tu tak naik gred gaji kot...he he he.

Tetapi saya cerewet, tahankah dia bekerja dengan saya?

Bila pokok -pokok di belakang pondok besar, pondok akan teduh sepenuhnya
Namun saya tidak mahu mengalah dengan faktor demi masa. Dek kerana minat saya akan terus mencuba mencipta taman yang walaupun tidak indah, cukup dengan sedap mata memandang ibarat melihat ukur lilit perempuan yang sempurna...(walaupun muka tak lah cantik sangat, tetapi shape ada...haaaa...he he he).




Hajat hati nak letak pasu-pasul kecil di tepi pondok...


Banyak kengkangan yang saya hadapi. Kerana faktor masa menjadi penyebab kepada masalah-masalah lain. Contohnya saya hanya tanam secara minima sahaja jumlah pokok, bimbang tidak sempat menjaganya. Kalau terlalu banyak pokok, saya tidak mampu menjaganya. Satu penderaan terhadap alam...(pulak dah).

Jan: Berapa lamakah hati ini akan pulih? (...hanya allah yang tahu apa yang telah saya lalui...)

Monday, October 28, 2013

Susahnya pelajar jaman dulu...



Kisah lalu jadi kenangan,
Indah sungguh kepandaian tuhan...

Percaya atau tidak, semasa saya belajar di UM dahulu, saya berbelanja kurang dari RM10 sehari. Segala perbelanjaan pada setiap makan pagi, tengahari dan malam saya tulis dalam buku. Ianya bukan kerana saya belajar di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, tetapi kerana mahu merancang perbelanjaan saya.

Saya pernah rasa lapar... Pernah bersama kawan saya (yang kini sudah jadi manejar bank, yang empat kali setahun ke Eroupe) sengaja lalu-lalang di depan sebuah kedai cina di seksyen 12 di Petaling Jaya. Kami buat muka seposen untuk raih simpati untuk dapatkan roti yang expired date. Pada masa tersebut kami baru faham kenapa sesetengah orang sanggup melacur. Sedihkan. Namun segalanya sudah menjadi kenangan yang manis, tak terjual beli...

Apabila saya ceritakan hal ini kepada para pelajar saya agar mereka bersyukur dan tidak mengeluh, rata-rata terus menjawab "Zaman dulu barang murah. RM10 banyak dah tu..." Itulah jawapan mereka pantas. Namun apa yang mahu saya tuliskan di sini ialah pada zaman tersebut kami memang susah dan mengalami kesukaran kerana nilai RM10 tersebut masih tidak dapat memenuhi keperluan asas harian kami. Kami masih harus berjimat dan berjaga-jaga. Kami hanya boleh membeli barang yang diimpikan setelah berjimat dalam satu masa yang panjang.

Bayangkan dapat duit hanya RM16K untuk tempoh empat tahun pengajian. Wang itulah untuk bayar yuran, asrama, buku-buku (kami tak fotokopi buku), dan belanja kehidupan sepanjang pengajian. Bila ditolak `itu-ini' tinggal hanya RM1K untuk harungi penggal pengajian... (baca dengan keadaan sedih...pada perenggan ini).

Saya pernah menemani kawan saya untuk dapatkan kauseling sebab dia tension tidak cukup duit. Kaunselor itu kata memang pinjaman pengajian yang disediakan tidak cukup, ibubapa mesti hantar sekurangnya RM100 sebulan untuk tambahan. Saya masih ingat lagi apa kaunselor itu kata kat kawan saya yang sebenarnya sudah tiga hari tidak ke kuliah sebab tidak ada duit tambang bas mini.

Pernah saya beli sebiji telur masim dan simpan dalam loker (takut kawan mintak). Dan nak beli telur tersebut terpaksa fikir lapan kali takut nanti tak cukup duit. Telur itu kemudiannya dibelah empat untuk saya makan waktu berbuka dan sahur. Kesian kan?. Namun tidaklah saya berbuka dengan telur tersebut sahaja ada juga sedikit lauk lain seperti serunding yang dibuat oleh ayah. Telur masim tersebut sebagai pembuka selera.

Dan biasanya bila dapat duit pinjaman saya terus makan KFC. Pada masa tersebut saya suka makan KFC sebab ratah ayam sahaja (sekarang pun suka, hehehe). Saya rasa sudah cukup mewah pada masa tersebut. Bila baham KFC, saya teringat adik beradik saya. Rasa bersalah pulak sebab adik beradik tentu tak makan KFC. Pada masa tersebut tiada satu pun kedai KFC atas muka bumi negeri Terengganu.

Saya juga selalu berjimat sebab saya mahu simpan duit untuk tengok wayang. Itulah antara lain kegemaran saya. Saya layan apa yang mampu. Bila cuti penggal saya tidak ikuti rombongan kerana saya tidak ada duit. Saya beri alasan kepada kawan-kawan yang saya kena balik kampung menolong ayah dan ibu.

Saya sudah tidak reti menulisnya di sini. Sedih pun ada. Saya berterima kasih kepada tuhan dalam hal tersebut kerana bila saya pernah rasa pahit, maka saya rasai juga manisnya di hadapan hari.

Saya terdetik hal ini apabila pagi tadi saya tidak dapat tempat parking. Saya terpaksa parking jauh dari bangunan saya. Sebabnya? Sebabnya tempat parking tersebut dipenuhi dengan kereta para pelajar... saya dapati majoriti pelajar saya berkereta. Hanya sedikit bermotosikal.

Saya sudah hampir sampai ke penghujung jalan. Saya sudah 43 tahun, banyak yang saya sudah lalui, rasai...

Jan: Alhamdulilah...

Saya dan K-Pop

Pada tahun 1970an saya dah ber `K-Pop', muka ayu ala tak bersalah. 

Saya dapati anak-anak saudara saya yang berstatus remaja sangat menggilai K-Pop. Maka saya kirim gambar ini (gambar di atas) kepada mereka. He he he. 

Saya beritahu saya dah terlebih dahulu ber `K-Pop'. Malah saya berambut K-Pop bila ke sekolah. Guru besar tak marah...


Saya tidak tahu kenapa remaja suka sangat K-Pop ini. Namun saya percaya tentulah ada sesuatu yang istimewa. Cuma saya khuatir mereka akan terlupa mak yong dan dondang sayang. Lupa identiti. Lupa nama mak ayah bagi (guna nama samaran dalam semua aktiviti), lupa cuaca dan iklim (pakai sweater tengahari jalan-jalan kat bandar) dan lupa daratan.

Semua generasi ada ikutannya termasuk mak dan ayah kita yang mungkin ikut The Beatles atau Elvis. Kita sendiri pun jaman sekolah ada ikutan (kecuali yang skima giler), mungkin ikut Pak Cik Maikel Jakson.

Yang tidak eloknya ialah mengikut membabi buta dan taksub... Dan ikut bulat-bulat...

Jan: Sekarang `M-Pop" (Muadzam Pop)

RM50 juta untuk Tabung Keusahawanan Graduan

Pagi ini saya sakit perut. Selepas membuang air besar (akibat minun teh kurus), saya terus membasuh berak saya dengan sabun pencuci muka jenama Garnier. Rasa `berangin' pula, he he he. Saya baru teringat sabun mandi saya telah kehabisan stok. Biasanya saya guna sabun Lux untuk sabun basuh berak (jenis patel touch). Dan untuk sabun badan saya pakai sabun jenis cecair Detol. Saya bukannya nak ceritakan perilaku atau tatacara saya berak tetapi ianya hanya permulaan untuk mewujudkan situasi bilik air.


Sedang saya sabunkan badan saya dengan cecair Detol, saya teringat akan isu pengangguran di kalangan belia Malaysia. Agak sukar untuk saya percaya bahawa kadar pengangguran belia Malaysia adalah antara 9 hingga 10%. Maksud saya, adalah sukar untuk percaya ialah kerana dalam suasana ekonomi yang penuh sumber yang masih tidak dikomersialkan sepenuhnya, masih ada orang tidak ambil peluang untuk bekerja.

Saya teringat pula sabun Lux- Patel touch sudah tidak ada di pasaran. Dah lama saya cari. Bagi saya ia adalah sabun Lux terbaik yang pernah wujud. Saya tidak guna selainnya. Kalau jenis ini muncul lagi di pasaran saya akan beli dua dozen (24 bar) sekaligus. Itulah terlintas tekad difikiran saya...

Rata-rata bersetuju sebab utama mengapa belia kita `rela' menjadi penganggur adalah kerana faktor memilih kerja. Yalah kan dalam suasana dan gaya hidup sekarang belia-belia memandang kerja yang `best-best' jea. Walaupun keputusan SPM cukup makan dan malas nak sambung belajar lagi, mereka tetap mahu kerja yang ada kelas, glamour dan vouge. Pelik kan? Mereka tidak mahu kerja seperti pertanian atau berniaga...

Begitu juga dengan belia lepasan universiti tetap `rela' menganggur daripada kerja di bidang luar kelayakan. Mereka tidak mahu kerja selain kerja yang bertepatan dengan ijazah. Ini tak pelik kan?

Dalam situasi sekarang, tidak terjamin selepas tamat sekolah atau universiti kita akan terus dapat kerja.  sekarang kita berada di zaman yang penuh mencabar. Tidak pula saya bermaksud zaman dulu tidak mencabar, tetap mencabar bagi yang memandang ke depan.

Masuk universiti dan dapat ijazah pula macam dapat sijil SPM dah. Taraf ijazah dah sama dengan SPM. Maksud saya ramai dah yang dapat degree tidak dapat kerja. Jadi adalah dicadangkan para belia yang ada minat, suburkanlah diri menceburkan terjun dalam bidang keusahawanan. Dalam belanjawan terbaru sejumlah dana telah peruntukan khas, dikhaskan kepada graduan yang minat jadi usahawan. tetapi perlu diingat yang pipih tak datang melayang, yang bulat tak datang bergolek. Kena usaha. berus gigi yang mahal tak menyebabkan gigi kita putih!

Kalau tidak berani berskala besar, mulakan dengan skala kecil. Iannya boleh buat latihan atau praktikal untuk ke arah yang lebih besar. Perlu fikir kerjaya keusahawanan dan bagaimana langkah-langkah untuk menempuhi bidang keusahawanan. Jual Tupperware pun tak apa.

Tapi kalau nak sekelip mata jadi kaya dan senang, bahagia. Dalam mimpi jealah. Dunia hari ini memerlukan kita bangun seawal empat pagi!.

Jan: Dalam keadaan tanpa seurat benang pun saya masih lagi memikirkan masalah negara...he he he

Saturday, October 26, 2013

Adakah kita selamat di tempat awam?

Sebaik sahaja saya masukan kereta saya, saya terus kunci pintu pagar. Saya bukannya tak mahu jiran datang bertandang tetapi saya takut. Rasa tak selamat setelah mendengar berita orang mati kena tikam. Katanya ditikam tanpa sebab, 

Sebelumnya tadi semasa saya pergi mengambil barang Tupperware di jalan menuju Teluk Chempedak, darah saya juga naik tinggi. Saya agak cemas bila ada seorang orang mengekori saya. Nampak macam tidak terurus. Namun saya lega, rupanya dia punya kereta parking sebelah kereta saya. 

Dengan rasa tak selamat tersebut walaubagaimana pun saya sempat singgah di Eng Lai. He he he. Kedai perabut terbesar di Kuantan. Banyak perabut baru. Maka tekanan darah saya kembali normal. Macam terapi rupanya kedai perabut ni yea?

Saya rasa tidak selamat berada di tempat awam. Namun saya harap rasa tidak selamat itu akan cepat-cepat hilang. Ya lah tak kan lah saya nak rasa tidak selamat 24 jam. Nanti tak kerja buat jadinya. 

Saya sedar dengan masyarakat yang semakin banyak tertekan ini, kejadian amuk boleh berlaku di mana-mana sahaja. Orang Melayu mengamalkan amok, mungkin mereka tidak mahu meneliti sesuatu perkara dengan halus melalui pertimbangan. Maka amoklah pilihan mereka.

Terminal LRT Gombak...

Jan: Pernah juga mengamok tapi tak sampai bunuh orang atau binatang...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home