Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, June 29, 2021

Barangkali saya akan mati dalam kerinduan...




Barangkali saya akan mati dalam kerinduan...ataupun saya mati akibat kerinduan yang sangat-sangat.

Saya rindu dan ingatinya setiap hari, namun saya melawannya supaya kesihatan saya tidak merosot, tidak menganggu... Bila rindu saya akan jadi sayu dan sedih, dan secara fizikalnya saya sakit dada, seolah berasap...

Hanya allah yang tahu, hanya allah yang tahu...

Sesibuk mana pun saya, takala saya mahu tidor pejam mana, saya ingatinya dan dada saya akan berombak-ombak. 

Percintaan saya tidak berjaya, ia hanya berjaya memakan diri saya dari dalam.

Dulu kalau rindu saya mengintai di FBnya, namun selepas itu dua, tiga hari saya akan bersedih dan menangis. Melihat kebahagiaannya di FB menandakan memang tepat dia tinggalkan saya dan buat pilihan terbaik, untuk dirinya.

Kerana apa yang ada pada saya, apa yang saya miliki adalah kasih sayang yang dalam, yang dia tidak dapat melihatnya langsung.

Saya bukan siapa-siapa, hanya jambatan, hanya suatu persinggahan. Masa terus berlalu, tahun berganti tahun...

Kerinduan dan kecewa ini telah merendahkan daya imuniti badan saya, dan ianya akan menjemput banyak penyakit.

Saya memang betul-betul korban percintaan... 

Saya menulis posting ini dengan air mata...


Monday, June 28, 2021

Covid 28hb June 2021

 


Status Terkini #COVID19, 28 Jun 2021
Kes sembuh= 4,744
Jumlah kes sembuh= 672,453
Kes baharu positif= 5,218 (7 import)
Jumlah positif= 739,266
Kes kematian= 57
Jumlah kes kematian= 5,001
Kes dirawat di ICU= 899

Bantuan alat pernafasan= 451

Sunday, June 27, 2021

Kawasan perumahan dan pokok mangga

 1. Hari ini, di pagi ahad yang nyaman tumit kaki kiri saya sakit, jadi saya tidak keluar rumah.

 2. Saya tidak tahu sakit itu adalah kerana saya gout, atau sebab makan kek pisang dengan sup ayam dengan banyaknya, atau pun sebab saya jogging ala orang muda. Saya bukan doktor.

 3. Mungkin dua tiga hari lepas saya jogging ala orang muda sebab kata Adnan, "kalori lebih banyak dibakar bila melompat-lompat dan mendaki. Bukannya melenggang itik sahaja". Adnan ibarat pengawas kesihatan saya, dia dapati jarak perjalanan saya tidak banyak membakar kalori.

 4. Saya lupa dengan usia saya, saya tak boleh jogging ala orang muda. Namun saya rasa tercabar bila orang muda belia berjogging laju je melintasi saya di taman perumahan. Ini tak boleh jadi...kata hati saya. Sudahnya kaki saya sakit...kot.

 5. Dan mungkin semalam hari sabtu, saya makan banyak sebab hari sabtu memang saya tak menyukat makanan. He he he. Hari saya masak, makan dan berNeflix.

 6. Hari ahad baru saya berkebun di laman rumah. Tapi ini saya sedang duduk mengadap lap tok sahaja. Menulis.

 7. Tadi saya ada menulis sedikit tentang Tengku Zafrul, KWSP dan monotorium. Saya anggap Tengku Zafrul dan Dr Norhisham orang yang baik. Saya `baca' melalui rauk muka mereka. Ilmu `membaca' rauk muka orang ni sudah lama saya amalkan, biasanya betul.

 8. Sejak PKP dan BDR ni saya rasa kesihatan saya terjamin sikit, banyak masak dan ada banyak masa untuk bersenam. Dalam usia sebegini sedikit salah makan akan memberi kesan. Masa muda ramai peminat, masa tua penyakit yang jadi peminat. He he he.

 9. Nak pakai stoken, kasut dan saling baju juga adalah mencabar sebab rasa malas. Kalau balik dari kerja selalunya saya sudah letih, Jadi BDR ini beri peluang untuk saya. Boleh bahagikan masa dengan lebih teratur.

 10. Saya harap kaki ini cepat pulih sebab banyak perkara saya mahu buat. Nak gi beli buah...dalam peti ada buah lemong je, nak gi cocoh duit lagi di Maybank. Nak gi DIY sebab nak beli gelang paip, dah tercabut.

 11.Dan saya nak bersihkan taman yang saya buat di tepi tasik perumahan. Walaupun jiran lain sibuk tanam mangga (pas tu berbuah jatuh begitu sahaja...bau masam dan tanam serai segala) saya rasa adalah lebih baik saya buat taman untuk sapa2 rehat, Lagipun sekitar tasik adalah tempat awan. Saya sudah letak satu set kerusi batu. Saya gembira apabila lihat ada orang duduk-duduk nikmati tasik dan taman.

 12. Tapi memang dah, taman perumahan dan pokok mangga satu ikatan, tak boleh berpisah. Saya pelik.

 13. Sekian sahaja, saya tak tahu apa tajuk posting ini. Mungkin tajuknya `Mangga


Tengku Zafrul, KWSP dan Monotorium

 


1. Saya mempunyai simpanan KWSP cuma seadanya sahaja. Buat masa sekarang saya tidak bercadang melakukan pengeluaran tetapi saya tetap setuju sebarang langkah kerajaan untuk memudahkan mereka yang sangat memerlukan pengeluaran KWSP ini...

2. Semoga dipermudahkan pengeluaran KWSP melalui i sinar dan i lestari, dan lain-lain bantuan (moratorium misalnya) mereka yang memerlukan...

3. Secara logiknya...memang ada golongan yang tidak terjejas tetapi mereka ini turut di kelilingi golongan yang terjejas di sekelilingnya. Contohnya; seperti keluarga sendiri iaitu emak dan ayah, adik-beradik atau saudara terdekat.

4. Golongan yang sudah terjejas ini perlu dibantu disebabkan keadaan ekonomi semasa mereka yang menjunang. Sesetengahnya tiada apa-apa pinjaman maka mereka tidak dapat nikmati moratorium dan KWSP pun mungkin tiada...kerana hanya kerja biasa sahaja...

5. Jadi golongan yang tidak terjejas ini (mungkin M40 dan T20) boleh membantu mereka. Dan bagi golongan yang terjejas ini ahli keluarga yang tidak terjejas inilah sahaja harapan yang mereka ada... (Nak harapkan bank, ia satu hal yang memilukan. Bank tetap bank).

6. Dari satu segi golongan yang tidak terjejas ini boleh membantu wujudkan permintaan di pasaran.

7. Namun golongan yang tidak terjejas ini juga ada risikonya sendiri bila ekonomi merudum. Sudah lebih setengah juta isirumah M40 sudah bertukar menjadi isirumah B40. Mereka ada tangunggan sendiri, komitmeng yang sedia ada... Mereka juga memerlukan pertolongan yang sama dari kerajaan...

8. Oleh itu jika ada moratorium secara automatik untuk semua, golongan yang asalnya tidak terjejas (dan mungkin akan terjejas sikit masa lagi ini) boleh membantu diri dan ahli keluarga lain yang terjejas pendapatan...

9.Dalam dunia ekonomi, semua 'cuit mencuit' sifatnya. Menyembuhkan bukan pada tempat yang sakit sahaja...melihat secara keseluruhan penting. Dan tentulah masa akan datang itu (bersara) sangat bergantung pada masa kini (nak hidup, hujung hidung doh).

10.Namun begitu keputusan bukanlah 100% atas batu jemala Tengku Zafrul, usahlah kita gasak beliau dengan kata-kata yang tidak manis, beliau ada keluarga dan macam kita juga. Mandi, makan dan berak juga. Saya percaya keputusan di tangan ahli-ahli politik teratas juga. Adanya.

"Dalam kehidupan ini, saya telah melihat banyak sifir. Sifirnya jika kita semua permudahkan urusan orang lain, dunia akan permudahkan urusan kita semua."

Nampak macam tak logik tak semestinya, tapi Insyallah gitu.


Sekian, terima kasih.ok

Thursday, June 24, 2021

Apabila M40 menjadi B40

B40 dan M40

 

Jika difikir-fikir, sebenarnya bukannya Covid yang memusnahkan aktiviti ekonomi dan taraf kehidupan kita, tetapi ia adalah dasar atau cara bagaimana kita tangani Covid. Dalam hal ini 'lockdown'lah yang membuatkan ramai isirumah sengsara.

Lockdown seolah serampang dua mata, dan satu matanya menghala ke muka kita.

Ada segolongan rakyat yang berada dalam katogeri M40 juga amat terkesan dan mengharapkan bantuan, (pada masa kerajaan lebih bimbangkan golongan isirumah B40).  Mereka ini tangga pendapatan tidaklah berbeza benar dengan B404.

Keadaan akan menjadi lebih runcing, data-data pertumbuhan ekonomi dari Berita TV3 itu...dapatkah menyelamatkan keadaan isirumah ini?

Ramai yang beranggapan kerajaan gagal menangani covid dan akan mewujudkan phasa-phasa yang berulang di mana naik turun ekonomi lambat laun menjahanamkan orang ramai.

Namun saya juga sebagai rakyat, tidak berupaya untuk mencadangkan apa-apa, cuma tertanya apakah cadangan polisi yang boleh membaiki keadaan. Yang saya tahu...tentulah ada...

Maka makin ramailah terjejas kualiti dan kelangsungan hidup...



Menangani Covid: PN gagal dengan penuh bergaya.



Ramai nitizen sudah beranggapan kerajaan PN gagal menangani Covid 19.

Saya tidak cerdik, jadi saya tiada solusi untuk menghapuskan kemaraan covid 19. Namun saya seperti kebanyakan orang kebanyakan tetap percaya tentulah ada caranya. Sedangkan setiap racun ada penawarnya.

Saya ada membaca di media masa, negara-negara di Eropah sudah ada yang bebas covid. Maknanya tidak mustahil sesebuah negara itu boleh bebas covid. Tidak mustahil.

Saya percaya segalanya bergantung kepada polisi kerajaan... Rakyat yang bodoh pun boleh diperbodohkan lagi oleh kerajaan, inikan pula rakyat yang cerdik. Setakat ini polisi kerajaan gagal dengan berjayanya.

Tidak perlulah kita bergantung data kepada berita TV3, kita boleh lihat sendiri di sekeliling kita...




Menter-menteri dah mula...

Semalam saya tengok berita TV3, saya nampak ramai menteri muncul. Orang politik begitulah kan...

Tapi tidak mengapalah, bila dapat gaji yg banyak tentulah kena kerja kerana tentulah gaji yng banyak tanggungjawab juga besar.

Masing-masing kena jaga maruah.



Saya dan Hasbullah...


1. Masa jadi pelajar, tidak ada banyak masa untuk lepak-lepak. Tutorial Microekonomi sangat payah, saya lemah add maths. Tutor pula seolah makanan asasinya tebuan.

2. Jadi bila dapat peluang lepak, jumpa kawan baik saya lepak sampai menyengeng tidak cukup satu kerusi.

3. Gambar masa muda ini dipukul di sisi Dewan Tunku Canselor UM, 1992.

4.Saya bersama Hasbullah sahabat baik, dia datang jengok saya belajar. Satu rasa berbesar hati sangat, tersemat di hati.

5. Di kampong kami bersahabat baik naik motor ke sana ke mari. Keliling Pengkalan Nyereh, Kuala Besut, Pata Air Tawar, Jerteh dan banyak tempat lagi. Pernah motor kami jatuh tergolek dalam selut, balik bersihkan baju seluar, sudahnya deman. Masa muda seronok sebab kita bebas tak ingat rumah.

6. Dulu dunia sangat berlainan. Kehidupan tanpa handphone membuatkan jarak terasa sangat jauh dan luas. Janji esok nak jumpa lagi seolah sukanya macam esok nak ke Zoo Negara.

7.Selepas habis belajar kami berpisah, setelah masing-masing bekerja kami berpisah giler. Meninggalkan kampung halaman. Kami masing-masing mulakan dengan kehidupan sendiri. Sibuk memanjang. Pejam celik-pejam celek.

8. Dia semakin hanya ada dalam ingatan...

9. Masa berlalu tanpa saya sedari, jatuh bangun saya, patah hati, hijrah bawa diri, meraung dalam hujan dan sebagainya. Namun saya tabah hadapinya (tahniah untuk diri). [(Tapi taklah sampai saya kena beri tepukan untuk diri sendiri. Nanti rasa entah apa-apa pula kan? He he)]

10. Masa terus berlalu, saya tidak sedar....sehinggalah beberapa semester lepas, selepas kuliah ada seorang pelajar perempuan yang tinggi lampai datang ke meja saya. Dia bertanya "Sir kenal tak ayah saya? Ayah saya kata sir sahabat baik ayah."

11. Nampaknya masa benar-benar berlalu...Terima kasih sahabat kerana pernah menemani kehidupan ini...

Nampaknya kita semakin sampai ke penghujungnya...doa restu untuk saya sama juga dengan doa restu untuk sahabat-sahabat saya juga.

Saiz berapa pinggang?


Tahun lepas berat badan saya mencatatkan rekod cemerlang melebihi 90 kg. Ianya mungkin antaranya sumbangan dari PKP, di mana puas makan di dalam rumah, saya makan di luar rumah (laman).

Saya tidak sedar saya sesetopok begitu sehinggalah gambar ini (pukul bulan Ogos tahun lepas) dikirim oleh keluarga. Mulanya saya berharap gambar itu diedik sebagai `gura' jea dari keluarga. Namun saya dapati kedudukan meja dan kerusi tidak pula mengembang. Tiada kesan diedik.

Namun apabila saya sedar, saya masih menafikannya dengan mengandaikan bahawa kegemukkan adalah biasa. Satu daripada rakyat Malaysia gemuk, dan Malaysia adalah antara negara yang tergemuk di Asia. Itu statistiknya. Gemuk itu normal di Malaysia...

Saya juga berfikiran saya tidak perlu ada bentuk badan yang menarik sebab tiada orang nak kan saya, dan saya pun tak ada nak kan sapa-sapa. Phasa `nak-nak' ni dah berpuluh tahun saya tinggalkan. lagipun kenapa pula saya kena ada bentuk badan yang menarik? Kerja saya mengajar sahaja, bukannya nak kena tolong pakai baju yang orang lain nak jual...(model).

Nak menguatkan lagi idea kenormalan kegemukan saya ini, saya berpegang pula kepada falsafah "Kehidupan kita ini bukan sahaja berligar kepada berapa berat badan kita. Banyak lagi elemen yang jauh lebih penting seperti perasaan kasih sayang yang ada pada individu, hal-hal keagamaan, hal-hal ekonomi, world peace...bla bla bla"

Dan biarlah gemuk asal sihat...

Semua pegangan pemikiran itu lenyap apabila pada suatu hari saya terjaga dari tidur  pada pukul 2 pagi kerana kesakitan sendi kaki yang amat bisa. Saya menangis macam budak. Dalam tidak tahan sakit, saya tidak dapat mengawal diri, saya memanggil tuhan dan mak untuk menolong saya.(ayah saya tak panggil pula).

Saya menangis sehinggalah mentahari muncul (lagi), mengesok saya buka grill dan dipapah ke klinik.

Doktor mengesahkannya...gout!. Ambil darah dan urea bagai...

Maka sejak hari itu saya mengawal sedikit pemakanan saya. Doktor menasihati saya antaranya mengawal berat badan. Saya akur akhirnya dan berjanji akan turunkan berat badan...(tapi bila doktor berikan angka berat badan yang saya perlu ada untuk dapat BMI yang normal...saya tergelak dalam hati)

Namun tentulah kena ikut, selain untuk kebaikan kesihatan diri pada masa hadapan, doktor pakar itu juga mungkin bersusah payah belajar untuk membetulkan cara hidup kita (hala tuju kesihatan kita). Dia mungkin tak pernah ponteng kuliah/makmal, dan selalu buat soalan tutorial (termasuk soalan2 past semester).

Memang sukar untuk saya mengawal pemakanan kerana saya pencinta makanan, oven dan peti ais. Namun saya cuba demi kesihatan. Dengan umur yang sudah tinggi ini, saya berjanji akan lebih behati-hati dalam memilih makanan dan kawan yang suka makan.

Semoga saya berjaya beli seluar baru nanti... (dan tak malu menjawab apabila penjual dengan kuatnya bertanyakan "saiz berapa pinggang?")

Sekian, selamat berbuka...


Derita Dalam Diam: B40



Dalam dunia politik, pelaku-pelakunya menggunakan semua perkara bersama semua kuasa yang ada demi mencapai hasrat kepentingan politik masing-masing. Manakala golongan B40 yang punyai sumber yang terhad, hanyalah berharap ekonomi berkembang secara keseluruhan untuk mereka menikmati impaknya.

Kepentingan parti dan kepentingan diri pelaku politik mesti selari dengan kepentingan rakyat. Jika tidak selari yang jadi mangsa adalah pertumbuhan ekonomi, dan sosial... yang akan memberi impak buruk kepada isirumah...terutama golongan B40.

Isirumah adalah unit terkecil dalam ekonomi, (selain aktiviti dalam kilang). Walaupun kecil, unit inilah akhirnya memberikan kesan kepada keseluruhan ekonomi. Contohnya bila ramai isirumah yang menganggur, secara langsung ia menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.

Isirumah B40 adalah mewakili isirumah yang mempunyai peratusan yang besar mewakili keseluruhan jumlah isirumah kita... Jadi amat eloklah pihak penggubal dasar dan perlaksana berkenaan covid melihat kepada unit-unit kecil ini dalam ekonomi. Ciri-ciri dan tingkahlaku isirumah terutama golongan B40. Apa yang benar-benar berlaku kepada golongan ini? Golongan ini memberi impak yang besar ke atas keseluruhan ekonomi.

Kalau lihat berita-berita TV3, keadaan seolah tiada apa-apa yang teruk pada pertumbuhan ekonomi negara dan isu golongan B40 ini. Walaupun kita semua tahu itu adalah propaganda secara langsung (keluarkan cerita yang baik sahaja), namun adalah lebih baik juga media massa menyalurkan sesuatu yang lebih 'real' dalam membantu perubahan tingkahlaku masyarakat, iaitu tindakbalas yang sepatutnya.

Dengan mengajar rakyat bahawa keadaan adalah baik pada waktu yang sebenarnya tidak baik bukanlah suatu tindakan yang ikhlas dan bijak (dalam keadaan yang tidak baik ini).

Berita ekonomi mestilah lebih telus kepada rakyat, kerana rata-rata rakyat sudah celik dan berilmu. Mereka bukanlah lagi golongan yang cepat panik, janganlah guna alasan lapok ini lagi. Lagipun kebenaran adalah hak rakyat.

Janganlah covid juga dijadikan alat mainan politik, sedangkan ekonomi rakyat sedang menuju ICU (tenat). Rakyat rata-rata hidapi penyakit 3D. (penyakit 3D - Derita Dalam Diam).

Sudah terlalu banyak contoh-contihnya. Paras gaji golongan siswazah  yang tersungkur teruk menyembah bumi juga satu petunjuk keadaan ekonomi kita yang sebenarnya.

Jika gaji siswazah sudah separas sebegitu, berparaskah lagi gaji golongan B40?. Atau golongan B40 juga perlu bersaing dengan golongan berijazah?

Kita jaga kita, kerajaan tak nak jaga kita ke? Haa...

Sekian, selamat berbuka...


Sweet Tooth: Season 1







Saya berpeluang tengok cerita ini secara tidak sengaja, godel-godel di Neflix, tertengoklah adanya.

Cerita ini lain daripada yang lain, cerita manusia yang terkacuk dengan binatang. Pada tempoh mana yang tertentu diceritakan bayi-bayi yang dilahirkan `kenan' binatang.

Tentulah ia tidak dapat diterima oleh majoriti masyarakat.

Manusia takut apa yang berbeza dengannya.

Watak utama cerita ini, ingin mencari ibu kandungnya...

Tak sabar tunggu Season 2.


Naik turun covid...


 Naik turun naik turun

Tuesday, June 22, 2021

Tanda tangan saya



 

Dengan melihat tandatangan ini pun, orang akan tahu saya bagaimana...orangnya.

Saya suka berkisarkan diri saya, dan saya suka perkara yang mudah-mudah. Saya tidak suka terlebih fikir. Dan saya tidak berfikiran jauh.

Saya hanya mahu gembira dan bahagia.

Sunday, June 20, 2021

Saya beli 10 `face mask' sekaligus

 


Saya alamatkan `face mask' yang saya beli di Shopee kepada alamat anak saudara di kampong. Saya minta dia sedekahkan kepada yang memerlukan.

Saya rasa ini antara sumbangan kecil untuk menolong masyarakat. Tidak mengapa sumbangan itu kecil, asalkan ia ikhlas kerana mahu menolong semata-mata. Dan dalam agama keikhlasan diutamakan.

Kalau boleh saya nak bina hospital atau dermakan 100 katil, mahu mencontohi kerja amal selebriti. Namun saya tidak ada banyak wang.

Namun tidak ada banyak wang tidak juga dapat hindar dari kita dari bersedekah, kan?

Yang penting bersedekah.

Friday, June 18, 2021

Dumbell Biru...untuk otot dan tulang


 

Abang beli dumble biru satu set. 

Abang rasa apabila manusia semakin tua, kekuatan tulang dan otot berkurangan. Maka dengan adanya dumbel ini dapat bersenam otot dan tulang.

Bila menuju tua, gitulah...

Tok locat turun doh...

Tupperware pertama 2021


 Ini Tupperware pertama saya beli tahun ini. Sebab saya mahu isi makanan. Termasuk makanan kering.


Saya beli dari Shoppe. Saya beli sebab praktikal dan murah,,,

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home