Alhamdulillah sampai juga ke Ramadhan 2021 ini. Ramadhan bulan istimewa kerana saya tidak boleh makan di siang hari, dan Ramadhan juga istimewa kerana kita insafi kepada yang serba kekurangan.
Dalam agama kita tidak pentingkan diri kita sendiri untuk masuk syurga, tetapi juga untuk orang-orang islam lain, yang kita sebenarnya tidak kenal pun. Itulah indahnya islam.
Semakin kita berusia, tidak banyak, serba sedikit kita makin rapat dengan agama. Maka jelma Ramadan menjadi semakin bererti.
Andainya sampai ke sudah hati ini kosong, kosonglah ia...
Selamat menyambut Ramadhan, semoga kita melaluinya dengan penuh keberkatan.
No comments:
Post a Comment