Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, March 8, 2021

Saya dan ikan, 2021

Semenjak saya mendapat gout, saya sudah berhati-hati dalam pemilihan makanan.

Masih teringat lagi pertama kali kena. Pada pukul 3 pagi saya terbangun, menangis menahan sakit sehingga ke cerah. Saya merangkak ke bilik air, dan terkencing di situ tanpa membasuhnya dan merangkak ke tilam dan terus menangis sampai cerah.

"Ya allah sakitnya...", "Mak abang sakit sangat...", antara rintihan saya sampai ke pagi. Saya ulangi, sampai ke pagi. 

Ia jauh lebih sakit daripada putus cinta, cuma kesakitan putus cinta walaupun tak sehebat sakit gout, ia berpanjangan...dan selamanya. Ia memakan diri dari dalam. Sukar nak huraikan, sesiapa yang terkena, tahulah...

Saya dipapah ke klinik,dan setelah doktor memeriksa bengkak itu ini, saya disahkan oleh doktor saya gout. Doktor bagi sejarum...di punggong. Agak malu sebab orang lain cuba meneroka daerah terlarang kita. tapi atas nama kesihatan, saya rela walaupun berbogel.

Dan apabila dibuat ujian darah dan air kencing. Sah gout secara rasmi. Pada masa itu asid uric saya 900 , di mana paras normal adalah 400.

Terus saya berhati-hati. Pada bulan 1 asid uric itu 900, bulan 2 turun kepada 600, saya harap bulan 3 akan turun lagi.

Saya cuba elak daging, dengan memilih ikan. namun bukan semua ikan saya boleh makan. Saya cuba cari maklumat, antara ikan yang saya tidak boleh ambil sesuka hati kerana dikategorikan sebagai ikan yang ada purin yang tinggi.  

Sekiranya seseorang menggunakan banyak makanan dalam purine, tahap asid urik dalam badan juga akan meningkat. Keadaan ini menyebabkan arthritis gout (keradangan sendi akibat gout) atau pembentukan batu di buah pinggan.

Makanan yang mengandungi 150-825 mg purin dalam setiap 100 gram makanan dikelaskan sebagai makanan purin tinggi dan harus dielakkan pada pesakit yang mempunyai asid urik tinggi.


1. Ikan kembung 







2. Ikan parang





3. Ikan tenggiri




4. Ikan bilis




5. Ikan Tuna/ikan tongkol (ikan sardin)






No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home