Saya berbaju biru (free hair) |
Atas dorongan sahabat Adnan, akhirnya saya terjebak juga dalam larian Global Fun 2018. `Fun' tu bermaksud, kita suka-suka berlari, bukannya terlibat dalam pertandingan sebab mak tiri kita paksa atau majikan kita paksa.
Sebelum itu hanya Adnan dan beberapa kawan saya yang lain menyertai larian sebegitu. Saya hanya melihat keseronokan di insta dan FB, dan hanya mendengar cerita dari Adnan.
Lama-kelamaan timbul rasa ingin tahu bagaimana rasanya mentertai larian. jadi saya mendaftar melalui online, dan saya akan diberikan baju Tsirt sehelai.
Jadi lepas waktu kuliah, saya akan berlatih di tasik universiti. Hari pertama ya allah sakit seluruh badan macam baru habis lepas pantang anak sulung. Kembar.
Persediaan ini penting agar saya tidak akan tergolek di tepi pantai atau paya.
Saya rasa larian sebegini sudah merupakan satu tereng (trend) sekarang. Bagi saya ia satu tereng yang positif kepada minda dan fizikal kita.
Sekian.
No comments:
Post a Comment