Tiada sistem pendidikan yang sempurna. Hanya yang ada adalah sistem pendidikan yang terbaik antara yang ada. Dan `terbaik' itu pula adalah subjektif.
Ada pelbagai jenis ibubapa. Ada yang menerima keputusan peperiksaan anaknya dengan redha kerana kononnya begitulah rezeki anaknya.Telah tertulis sejak azali. Walaupun hampir semua subjek `E' dan ada `F', mereka tetap peluk anaknya.
Manakala ada pula ibubapa yang tidak berpuashati dengan keputusan anaknya. Mereka percaya jika berubah sikap dan lebih tekun, anaknya akan jadi lebih cemerlang. Jadi mereka hanya diam sahaja apabila melihat slip peperiksaan anaknya. Mereka buat muka seposen tanda kecewa. Mereka memang kecewa dan menyuruh anaknya lebih tekun. Mereka kata dunia ini kejam untuk orang yang tak ada ilmu. Mereka tidak kata lain kali ada rezeki, insyaallah.
Mereka percaya jika diraikan dan dilayan macam biasa terhadap resuly yang macam `tak sekolah' tersebut, seolah-olah ia memberi gambaran ibubapa berpuashati atas keputusan tersebut. Dan anak mereka tidak akan rasa bersalah dan akan menjadi orang biasa sahaja pada seumur hidupnya...
Orang kata keputusan SPM tidak penting, kononnya dalam hidup banyak perkara lain lagi yang mendorong kejayaan seseorang. Saya bersetuju 100% dengan pendapat tersebut tetapi saya juga bersetuju keputusan SPMlah keputusan terbaik untuk menguji setakat mana cerdik bodohnya anak kita dalam pelajaran...setakat ini. Dan saya 1000% setuju keputusan itu membentuk hala tuju anak-anak kita dalam pelajaran dan dalam hidup. Sedikit sebanyak menentukan jenis kehidupan apa yang anak kita lalui...
Sekarang dah jadi trend menggalakan anak menjadi `bodoh'. Kononnya psikologi.
Psikologi gila!
No comments:
Post a Comment