Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, April 5, 2018

299 orang bahagia yang bertuah!

"Kalau dalam dunia ini tidak ramai bilangan orang yang menipu, makin bertambah ramailah orang yang bahagia di dunia ini..."

Kata-kata itu berligar di fikiran saya apabila Sayuni (nama samaran) bertanya saya adakah sekarang hidup saya bahagia? Mungkin dia tengok saya tak kawin-kawin.

Saya tidak terus menjawab. Saya sengaja lontarkan pandangan saya ke tempat yang jauh, hujung padang. Saya buat muka ala-ala drama petang-petang. Drama bodoh.

Dan semasa saya memandu ke Kuantan untuk ke rumah 100 Mawar saya, barulah pertanyaan itu saya jawab, dengan tersirat. Saya percaya katalah dalam dunia ini ada 299 orang yang sedang bahagia, jika saya tidak ditipu tentu jumlahnya akan jadi 300.

Tapi jumlahnya sekarang adalah 299.

Ya, saya pasti jika penipu-penipu tersebut tidak menipu dan menyusahkan hati orang, jumlah ini akan berlipatkali ganda. Akan lebih ramai orang yang sangat bahagia di bumi Allah ini. Saya cuba yakinkan diri bahawa jawapan saya betul. Saya percaya hidup ini kalau kita tidak ditipu, kita adalah penipu. Antara dua... Tetapi yang paling utama jangan kita menipu orang.

Kata orang tua-tua tidak guna kita menangisi orang yang tidak menghargai kita. Ia buang masa dan tenaga. Ya saya setuju tetapi orang yang bahagia itu sekarang hanyalah 299 orang...sepatutnya lebih banyak.

Dan 299 orang itu patut sangat rasa bersyukur apabila ada orang lain yang ditipu lebih teruk dan rasa mahu bunuh diri!

Sekarang yang lebih penting bukanlah penipu itu tetapi orang yang ditipu itu. Bagaimana dia terpaksa bangkit dan pandang dunia yang luas ini hanya Allah yang tahu. Tetapi seperti biasa kami tak ada pilihan...episod hidup kami berbeza. Kami bangkit dengan penuh kesakitan....untuk mencipta kebahagian dan hari-hari yang ceria.

Mungkin kebahgiaan hidup ini datang dalam bentuk lain... Berpositiflah selalu kerana semua yang terjadi sudah ditentukan...

Tentulah tuhan sentiasa berada dengan orang yang ditipu, bukannya penipu...he he he


Hasil carian imej untuk wake up from heart break
...ke arah yang lebih tabah...!



Abang Jan: Penipu tidak akan pernah tenteram dan bahagia, percayalah akhirnya yang ditipu akan lebih tenang dan berbahagia di hadapan hari...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home