Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, April 6, 2018

Orang kaya yang bodoh...

Orang yang tidak berilmu tetap akan menjadi bodoh. Walau sekaya manapun mereka, jauh lebih kaya daripada kita, biasanya kita masih dapat kesan akan kebodohnannya.

Ada ilmu yang tinggi tidak membawa kita kepada menjadi kaya raya. Ada profesor hanya pandu kereta Ford yang buruk. Ada peniaga tidak lulus SPM tetapi rumah seperti mahligai dan selalu ke luar negara. Namun dari gelagatnya, kita boleh tahu dia orang yang macam mana.

 Orang yang berilmu dapat lihat dari perbuatan dan kata-katanya. Bukan dari jenis rumah dan kereta yang digunakan. Orang yang berilmu pandai membawa diri dalam masyarakat. Ia tidak semestinya profesor. 

Kepada saya jika seorang profesor tidak pandai membawa diri dan menyesuaikan diri dalam masyarakat dan keadaan, dia sebenarnya bodoh. Kerana puncak ilmu adalah mensejahterakan orang ramai. Ini pendapat saya.

Sebab itulah akhirnya orang yang berbudi perketi mulia dianggap berilmu kerana ilmu menjadikan berbudi perketi mulia.

Ramai orang matlamat hidupnya adalah untuk kaya, tidak ramai matlamat hidup itu adalah untuk menjadi orang yang berilmu.

Dan apabila lahir masyarakat yang kaya tetapi tidak berilmu...padahnya masyarakat juga akan merasainya...


Hasil carian imej untuk stupit but rich

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home