Ada tiga perkara yang saya tidak suka bincang di khalayak ramai. Agama, seks dan politik. Tiga perkara ini mungkin akan buat orang tersinggung, jadi saya tidak membicarakannya atau berbahas mengenainya.
Namun dalam kebanyakan wasap group saya, kawan-kawan saya sudah tidak dapat mengawal diri. PRU 14 ini membuatkan mereka taksub dan yakin ke atas yang masih samar-samar dan tidak sah.
Parti politik bukannya agama. Agama pun sebenarnya kita bebas dan tidak boleh mengutuk agama lain. Tapi dalam gelanggang politik, ia menghalalkan semua cara. termasuk melabelkan orang.
Ada kawan saya yang senang-senang menuduh manusia yang tidak menyokong parti yang disokongnya adalah manusia bodoh. Dan macam-macam lagi yang menampakkan dia pandai.
Saya tidak suka akan dengar keburukan maka saya hanya delete sahaja perbualan di wasap tersebut. Setakat ini saya masih bertahan. tetapi biasanya saya tak tahan dengan orang yang bodoh. He he he.
Saya bodoh dan hodoh, tapi saya diam jea...he he he .
No comments:
Post a Comment