Ini gambar terbaru taman saya. Nampak ala kampung kan?. Rumah saya di kampung pun tidak `sekampung' taman ini. He he he.
Sekarang saya sabar menunggu pokok-pokok ini besar. Saya jarang ke taman untuk bersiar-siar. Saya ke taman untuk berkebun. Jaga daun, bubuh baja dan kerat ranting.
Namun saya puashati setakat ini. Tujuan saya ialah untuk melihat `damai', lari dari tekanan kerja dan kehidupan...
Saya boleh duduk sehari suntuk menjaga pokok-pokok ini.
Saya boleh lupa banyak perkara...he he he.
2 comments:
Assalamualaikum En Sukiman. En Sukiman duduk mana sekarang? Cantik laman rumah. Rumah kat Muadzam Shah ke ni?
ini rumah kat kuantan, jom singgah
Post a Comment