Saya terbaca tadi...dari FB.
Bagus sekali peringatan kepada kita supaya jangan aniaya hidup orang. Sebab kadang-kadang kita lalai dan rasa diri lebih benar, lebih alim dan lebih dari segalanya. Biasanya kita aniaya orang sebab nak hak, nak kaya dan nak nampak lebih. Bila aniayai orang, balasannya maha dahsyat. Seolah sebutir pasir yang kita campakan ke laut, yang kita kena cari semula.

Namun yang menghairankan saya, kupasan-kupasan oleh ustad ustazah FB ini ke lain jadinya. Seolah perkara utama ialah kesusahan yang akan menimpa si yang kena aniaya jika dia tidak memaafkan. Mereka memberi komen bahawasanya orang yang dianiayai itu akan kena tunggu juga untuk bertemu dengan orang yang mahu minta maaf darinya. Itu balasan sebab tak memaafkan dengan mudah.
Memang di akhir zaman orang bukan agama bukan sahaja bebas bercakap pasal agama tapi mengulas dan mentafsirkannya sendiri ikut logik akan dan alam dunia..
Memang di akhir zaman orang bukan agama bukan sahaja bebas bercakap pasal agama tapi mengulas dan mentafsirkannya sendiri ikut logik akan dan alam dunia..
Orang yang dianiayai telah teraniayalah di dunia, dah sah-sah kena aniaya...dan dia kena `tunggu' pula ke atas perbuatan orang yang menganiayanyanya?
Tuhan beri hak kemaafan ada pada si yang kena aniaya sebab hanya allah sahaja tahu betapa perit dan susahnya orang yang dianiayai...menjalani hidup. Hak untu memaafkan atau sebaliknya.
Ramai ustad ustazah FB, mereka boleh kata dan ulas macam-macam. Tetapi janganlah sehingga membuatkan penaniaya rasa tak apa aniaya orang sebab akan dimaafkan (sebab orang yang dianiayai tu takut akan membuang masa nanti kena tunggu penganiaya kalau tak memaafkan...)
Masa di akhirat bagi setiap orang adalah berbeza mengikut amalam. Orang yang dianiaya itu tetap akan merasa sekejap jea bergantung kepada amalan walaupun orang menganiayanya itu mencarinya sangat lama.

Kita kembali kepada kes aniaya orang. janganlah sesekali kita aniayai orang, buruk padahnya. Kerana perlu kekuatan yang besar untuk memaafkan apabila dianiayai. Saya percaya yang menulis komen-komen itu mungkin tidak pernah dianiayai dengan teruknya. Maka mereka sedap cakap. Sedap tulis, senang tulis. Kambing.
Yang penting bagi insan biasa iaitu kita ini...adalah berdoa dan belajar untuk memaafkan orang, walau betapa sakit dan peritnya kerana ada ganjaran besar. dan ia adalah suatu proses... Proses itulah yang penting kerana ia satu perjalanan...dan sebolehnya yang terbaik adalah memaafkan...
Kesimpulannya jangan aniayai orang...nanti kita merangkak mencari orang yang kita aniayai...(kesimpulan kawan saya).
No comments:
Post a Comment