SALAH kalau kita berfikiran bahawa perkahwinan yang bahagia akan kekal lama sebab ada juga perkahwinan tidak bahagia tetapi kekal lama. Persoalannya mengapa jika sudah rasa tidak bahagia tetapi masih meneruskan perkahwinan? Namun persoalan yang paling parah ialah `Adakah aku bahagia dalam perkahwinan ini?
Soalan ini sukar untuk dijawab sebab kita kadang-kadang tidak sedar. Sebenarnya ada 1001 tanda kita tidak lagi bahagia dalam perkahwinan kita. Tapi kali ini kita kupas tujuh dulu:
"Bahagiakah perkahwianan aku?
1. "Kalau aku ambil keputusan untuk berpisah macam mana yea kehidupan aku lepas tu?"
Add caption |
Antara tanda-tanda kita sudah tidak bahagia dalam perkahwinan ialah kita selalu berfikir macam mana hidup kita kalau kita tidak lagi berpasangan dengan pasangan kita. Kita takut untuk sebut perkataan `cerai' tetapi kita berfantasi bagaimana yea kalau kita hidup solo semula?
Kalau lebih kerap kita membayangkan bagaimana kehidupan kita jika solo semula, maknanya lebih tak bahagialah perkahwinan kita.
"Tak apa aku boleh teruskan hidup, kemungkinan besar hidup aku lebih bahagia'. Ha...kalau inilah jawapannyanya ia cerminan sesuatu. Cermin anda sebenarnya tak bahagia.
Sila kemas kain baju...
Sila kemas kain baju...
2. "Jauh tapi dekat, dekat tapi jauh"
Satu hari bagi orang yang bahagia tidak sama `jam'nya bagi orang yang tidak bahagia. Walaupun duduk serumah, tidor sekatil...berkongsi jamban...tapi terasa jaaaaaauuuuh, bak kata Zainal Abidin.
Jauh... |
3. Sudah tidak ada perbalahan dalam hubungan.
Malas dah nak berbalah. Pasangan kita masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Sampai mati pun dah tak boleh berubah perangainya. Huh!
Kita sudah putus asa, kalau layan sakit hati rasanya. Biarlah. Kita sudah tidak kisah. Tiada komunikasi pun tak apa..
Kita sudah putus asa, kalau layan sakit hati rasanya. Biarlah. Kita sudah tidak kisah. Tiada komunikasi pun tak apa..
4. Perempuan/lelaki lain sudah nampak lebih berbaloi dari suami/isteri kita.
Di tempat kerja, di majalah, di tv dan di mana-mana kita rasai ada jea lelaki/perempuan lain yang lebih berbaloi dari pasangan kita.
Emmm...
Kita lihat lelaki/perempuan dalam telaga pun lebih bersemangat.
Kita lihat lelaki/perempuan dalam telaga pun lebih bersemangat.
Telaga... |
5. Seks sudah sebagai rutin.
Kita buat seks sebab lama tidak buat atau kita buat seks macam jadual UPSR. Malah tiada `buah' baru untuk dipersembahkan/diterima...
No komen. Tiada manisan dalam madunya bak kata Ziana Zain... ha ha ha. Jangan marah.
Booo jealah.
Booo jealah.
6. Kita semakin berkira soal duit.
Kita rasa kita yang paling banyak keluar duit untuk rumahtangga kita ni. Dan kita rasa ianya tidak patut... Dia selamba jea buat keputusan yang melibatkan duit dalam keluarga. Patutnya bincang.
Tak kanlah sebab kita ni suami...kita semua bayar. Memang la tanggungjawab kita tapi apa salahnya menyumbang sikit... Ni kita jea keluar.
Atau...
Nasib badan ada suami macam ni...teringat ke biawak hidup...
7.Kita tidak rasa mahu luangkan masa bersama suami/isteri
Kita rasa luang masa dengan arnab jiran lebih ok daripada pasangan kita yang entah apa tersebut. Kita rasa arnab itu lebih membahagiakan, menguja dan lebih mendamaikan daripada pasangan kita.
Comel...eeee... |
7 lagi.... Hanya ada sayang, bukan cinta.
Kita hanya rasa sayang dan kesian kepada pasangan kita, bukan cinta.
Kita rasa masih ada sesuatu yang tidak `sudah' dalam hidup kita, kita masih teringatkan seseorang yang rupanya masih melekat (hatiku melekat di hatimu) walaupun anak kita dah empat orang.
Kita membayangkan bagaimana kehidupan sunyinya di menara gading seorang diri (setelah kita lafazkan kita hanya dapat hidup tiga hari tanpa dia...dan dia memang tidak akan bahagia tanpa kita..). Kita mencuri masa membaca blognya, melihat instanya dan berharap dia bahagia...
Namun kita tahu hakikatnya...sebab hatinya hanya melekat di hati kita...
Kita membayangkan bagaimana kehidupan sunyinya di menara gading seorang diri (setelah kita lafazkan kita hanya dapat hidup tiga hari tanpa dia...dan dia memang tidak akan bahagia tanpa kita..). Kita mencuri masa membaca blognya, melihat instanya dan berharap dia bahagia...
Namun kita tahu hakikatnya...sebab hatinya hanya melekat di hati kita...
you should.... |
No komen. He he he.
No comments:
Post a Comment