Perhubungan sulit kawan saya sudah mengjangkau usia tiga tahun.
Saya tidak perasan kawan saya mempunyai hubungan sulit sehinggalah saya terserempak dengan kawan saya tersebut di restoren KFC. Cara mereka mencicah sos dan menyuapkannya ke mulut masing-masing menceritakan kepada saya, bahawa mereka lebih dari kawan biasa.
Saya bukan bodoh. Tidak sesekali buta.
Pada mulanya saya rasa marah namun akhirnya saya rasakan mereka semua bodoh. Bodoh sebab tuhan sudah kurniakan keluarga masing masing. mengapa isteri orang dan suami orang yang dicari.?Saya tidak tahu sampai mana perhubungan mereka. Saya tidak mahu tahu walaupun ada kalanya saya tertanya juga adakah telah sampai ke katil?
Kawan saya tersebut sudah beristeri dan kenapa isteri orang juga yang didambarkan? Saya tidak faham kecuali saya rasa mereka membuat kesalahan sebab mencurangi pasangan masing-masing.
Saya hanya melihat perhubungan itu sampai ke mana? Saya rasa tidak akan sampai ke mana-mana kecuali berantakan sana sini nanti.
Saya tidak hairan. Saya pelajari dari hidup ini bahawa penipuan dan kecurangan tidak akan kekal lama. Dan tiada kebahagian boleh tumbuh kekal atas penderitaan orang lain.
Saya mahu mendoakan agar mereka insaf tetapi nadi hati jahat saya mendoakan mereka mendapat balasan hingga terduduk...
Saya tiba-tiba emosi..
2 comments:
Saya seperti mahu bersetuju dengan kata-katamu dan mengaminkan doamu...
ya allah...tak sayang keluarga mereka ni...kufur nikmat. semoga allah memeberi hidayah kepada pasangan ini
Post a Comment