Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, September 7, 2015

Doktor tidak beri `MC' pun...


Sudah dua minggu saya asyik tidak sedap badan. Dan beberapa hari lepas saya rasa deman urat.  Saya rasa letih dan lenguh, batuk-batuk kecil, pening kepala. Maka saya berjumpa doktor.

Saya ke klinik swasta. Saya berhajat benar doktor akan beri saya MC. Dapatlah saya rehat dengan tidor. Namun saya hanya dapat ubat deman, ubat batuk, ubat tahan sakit dan sejenis ubat lagi. Saya tidak dapat MC.

Mungkin saya silap sebab tidak minta MC. Tetapi bagi saya MC bukan sesuatu yang diminta, ia harus diberikan jika tidak berupaya untuk kerja... Doktor bertauliah untuk memberikan status pekerja layak kerja atau sebaliknya.

Maka saya masuk kelas macam biasa pada petangnya. Perit tekak saya sebab saya harus mengajar juga. Saya fikir alangkah baiknya jika saya dapat MC dan rehat. Dan kerja seperti saya ini kena banyak rehat sebab emosi juga kena jaga...bukan fizikal sahaja... Tapi tulah, saya tidak dapat MC.

Saya asyik terbayangkan rupa doktor tadi. Dia tidak banyak cakap. Doktor memang begitu. Ramai yang memboringkan. Saya rasa apa salahnya beri saya MC sebab badan saya lenguh dan sekali sekala batuk. Tak kanlah saya nak kena batuk mancam anjing tua baru doktor beri MC. Lagipun tahun ni hanya dua kali saya MC.

Saya bukan kaki MC macam si polan.

Kalau dapat MC dua hari tentu saya dapat pulihkan badan saya, dan rehat. Saya perlukan rehat dan jaga suara. Tekak saya perit sebab cuaca asyik panas lembap dan panas lembab sahaja.

Balik dari klinik saya menuju kedai jeruk. Saya mahu makan jeruk sebab bibir saya rasa pahit semacam. Kawan saya kata orang deman memang begitu...

Saya beli jeruk kelubi. Belum sampai ke kereta, saya sudah makan jeruk kelubi itu tepi bangunan, tepi longkang...


 

3 comments:

Unknown said...

teringat arwah dr.osman di klinik ridan.. sangat peramah & softspoken.. dulu zaman bebudak lagi, kalau sakit jumpa dia mesti dapat segenggam vitamin c champs... bil pun murah mesti bawah RM20..

Anonymous said...

Skrg musim denggi. cube cek darah kt klinik lain..

Jankaulu said...

saya tak sempat ke klinik Ridan, saya ke klinik lain. Sebab saya nak cepat. Masa lalu klinik Ridan ramai pesakit...tu la terus ke klinik lain.

Biasanya saya ke Klinik Ridan...

Insyallah...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home