Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, September 14, 2015

Perhubungan sulit kawan saya: Bahagian II

Tujuan sebenar perkahwinan tentulah untuk mendapatkan kasih sayang sejati (macam dalam novel atau drama), dan mengelakkan maksiat. Kalau dah kahwin tapi buat maksiat lagi, apa maknanya?

Rasanya pergaulan antara lelaki dan perempuan harus terus kena jaga walaupun sudah berkahwin. Tidaklah status berkahwin sebagai tiket untuk lepas bebas antara jantina yang bukan pasangan.

Pasangan suami isteri sebeginilah yang tidak mendapat hormat saya, namun mereka tetap kawan saya. Mungkin dalam menilai rumahtangga mereka tidak boleh dijadikan contoh yang baik walaupun luaran nampak bahagia sangat. Mengalahkan Che Ta.

Apalagi yang kawan saya mahu? Jawatan yang tinggi dan anak-anak yang comel belaka. Apa lagi yea?

Saya balik daripada restoren KFC dengan perut yang dipenuhi KFC dan persoalan-persoalan mengenai kecurangan rumahtangga kawan saya tersebut. Kalau kawan saya meminati gadis lain ia bukannya curang sebab mampu kawin dua tapi ini isteri orang!. Namun kalau usung gadis ke hulu hilir tidak boleh juga. Bukan contoh suami yang baik.

Macam mana kalau anak dara awak di UiTM tu diusung ke hulu ke hilir?

Saya bermonolog... pada sepanjang percintaan saya (yang berepisod dukannya)...saya tidak pernah curang walau sesaat walaupun saya ada  rupa. Tidak pernah saya pada masa itu nak cium orang lain (walaupun dalam imiginasi). Tidak pernah. Hanya saya mahu berada disampingnya selalu. Dan kalau saya kahwin dan beranak pinak, saya tidak akan menjadi gatal macam suami-suami lain. Namun yang tidak curang inilah yang selalu dituduh dan difitnah macam-macam. Dunia sudah terbalik... Selamat datang ke planet bumi.

Beberapa minggu kemudian saya jumpa seorang kawan saya yang kerja bank di Kemaman. Ya sah! kawan saya tersebut juga tahu perhubungan sulit kawan kami itu. Malah kata kawan saya yang duda itu bahawasanya hampir semua kawan-kawan kami sudah tahu. Hanya saya yang ketinggalan keretaapi sebab berada jauh di menara gading dalam hutan Muadzam.

Dan lebih parah lagi ada kawan kami yang menjangkakan isteri kawan kami juga tahu suaminya main tiga kayu!. Tapi si isterinya hanya mampu berdoa.

Namun saya tidak dapat korek banyak maklumat. Mungkin jika saya jumpa Zabeadah (nama samaran), saya akan tahu banyak maklumat sebab Zabeadah umpama internet. Dia tahu banyak cerita orang, dalam dan luar. 

Ya allah! kata saya sambil menyuapkan nasi lemak kopitiam bungkusan yang kedua. Maksud saya tadi saya dah makan satu bungkus. Nasi lemak Terengganu best, macam nasi lemak Kelantan jugak. Pedas manis. Nasinya juga bersantan... best gila.

Kembali kepada kawan saya tersebut yang anaknya menuntut di UiTM tu. Ya, anak dah besar tapi buat hal lagi. Tapi kalau nak buat hal tak kira anak besar pun...kata kawan saya yang duda tersebut. Sedap jugak dengar cerita dia cerita halrumahtangga orang sedangkan dia tidak berjaya dengan cemerlang dalam rumahtangga dia. He he he.

Sebenarnya saya bimbang jugak menulis hal orang dalam blog saya ini namun saya yakin kawan-kawan rapat saya tidak membaca blog saya. Beberapa tahun dulu mereka pernah komen blog saya sangat negatif, cerita hal sendiri dan tidak membina. Yang selalu baca blog saya ialah kawan saya yang jauh dan para pembaca senyap yang saya tidak kenal identitinya.

Kembali kepada tajuk. Untuk jumpa Zubeadah satu perkara yang sukar sebab jarak yang jauh. Dan khabarnya Zubeaidah dah pun bertudung litup, mungkin sekarang mulutnya juga bertudung.

Setelah minum kopi o dan tiga bungkus nasik lemak best tu, saya melenggang ke tempat saya parkir kereta. Saya disambut dengan tiket saman oleh Majlis Perbandaran Kemaman, tertepek di wiper saya. 

Saya tak letak kupon...He he.






1 comment:

Mr Topan said...

Selamat datang ke planet bumi!!!
Bertahun-tahun saya tak dengar ayat ini. Kini kedengaran kembali. Awal dulu saya dengar dalam kelas ekonomi di Shahputra. Akhir sekali saya dengar di UNITEN Muadzam bersama En Sukiman. Rindu nak sembang-sembang dgn En Sukiman. En Sukiman lecturer yg best!

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home