Adik...hari ini abang letih sebab abang banyak kerja. Abang sampai rumah hampir pukul 8 malam...
Paginya abang jadi pengawas peperiksaan di Dewan Peperiksaan 1 bermula pukul 7.30 pagi sehingga pukul 12 tengahari.
Sebenarnya pada pukul 6.30 pagi abang sudah berada di kedai CRK memesan 15 bungkus nasi lemak dan lima bungkus mee goreng. Hari ini hari sabtu, kantin di bawah bangunan peperiksaan tutup. Jadi abang belikan juga makanan untuk kawan-kawan abang yang turut berkerja. Mungkin ada di antaranya tidak sempat makan pagi. Dan dalam menunggu sehingga pukul 12 tengahari mungkin ada yang lapar. Abanglah antara yang lapar tu, he he he.
Sebenarnya pada pukul 6.30 pagi abang sudah berada di kedai CRK memesan 15 bungkus nasi lemak dan lima bungkus mee goreng. Hari ini hari sabtu, kantin di bawah bangunan peperiksaan tutup. Jadi abang belikan juga makanan untuk kawan-kawan abang yang turut berkerja. Mungkin ada di antaranya tidak sempat makan pagi. Dan dalam menunggu sehingga pukul 12 tengahari mungkin ada yang lapar. Abanglah antara yang lapar tu, he he he.
Sengaja abang beli lima bungkus mee goreng sebab abang rasa tentu ada kawan abang yang tidak makan nasi sebab diet. He he he.
Namun abang sendiri tidak sempat makan tengahari sebab abang bergegas balik ke pejabat di bangunan akademik untuk menyiapkan penandaan jawapan para pelajar... Sekarang musim peperiksaan akhir.
Abang duduk menanda dalam bilik di bangunan yang besar. Bila Abang rasa lenguh duduk abang sekali sekali berjalan-jalan di koridor. Sebab hari sabtu, maka tidak ada orang lain...suasana sunyi... Sesekali abang turun ke bawah bangunan...segarkan fikiran sebab jawapan pelajar kadang-kadang entah apa-apa. Seolah abang makan gaji buta. He he he
Adik, di perkarangan tempat letak kerata abang lihat ada banyak bunga-bunga berguguran. Entah bunga apa tetapi warna pink. Bila angin tiup ia berterbangan cantik. Ya allah cantiknya... menari-nari di tempat letak kereta tersebut...
Dan kemudiannya abang masuk semula ke pejabat balik, sambung marking paper... Abang menanda dengan tekun dan perihatin. Abang sangat asyik sehinggalah kemudiannya abang rasa lapar. Rupanya hari sudah lewat petang... Baru abang teringat hari sabtu ada pasar minggu/malam di Muadzam. Abang terus ke pasar malam.
Masa abang keluar dari kereta, abang mendongak ke langit. Abang nampak bulan sebab hari sudah gelap. Senja dah lama labuhkan layar... Langit hitam pekat.
Abang berjalan di tepi gerai-gerai mencari nasi kukus. Abang nak beli dua bungkus. Biarlah abang gemuk pun. Abang tidak malu. Abang malu kat adik seorang sahaja. Dan abang berjalan di gerai buah-buahan. Abang beli buah mangga sebab abang nak buat jeruk yang kita kena campur dengan asam masim dan lada tu. Abang beli dua buah mangga.
Masa abang berjalan-jalan, abang mendongak ke langit. Adik, bulan itu ikut abang...he he.
Adik, adik tahu tak semenjak adik tiada abang selalu sedih. Hati abang tidak pernah tenteram. Abang rasa seorang sangat di dunia yang luas ini. Abang sedih tapi abang kuatkan semangat. Abang selalu menasihati hati abang bahawa abang cuma patah hati tetapi tidak perlu patah semangat menempuh kehidupan.
Kadang-kadang abang tetap rasa `seorang' walaupun abang berada di tengah kawan-kawan abang yang buat lawak bodoh. Adik tahu kan abang ramai kawan. Adik tentu tidak tahu tahun lalu abang dapat anugerah pensyarah paling popular di kampus. Di tengah pentas dekan beri hadiah, pengecara majlis kata sesiapa sahaja jumpa abang akan rasa gembira dan hilang masalah. Ramai orang suka abang...adik saja yang khianat.
Adik, masa adik tinggal abang bertahun lalu, abang meraung dalam hujan. Abang berhenti di tengah jalan menuju ke Rompin... Abang basah kuyup.
Adik, selepas abang beli buah mangga abang singgah pula di gerai tupperware. Abang nak beli bekas air tapi abang tak berkenan dengan warnanya. Abang mahu warna hijau, warna-warna lain abang dah ada...
Semasa abang di gerai tupperware abang lihat bulan masih ikut abang... Abang tersenyum sorang.
Semasa abang di gerai tupperware abang lihat bulan masih ikut abang... Abang tersenyum sorang.
Adik, adik ingat tak bulan pernah ikut kita? Masa tu musim bunga...
1 comment:
Bulan pernah ikut saya semasa kecil, Berbaring di kerusi belakang kereta ketika ayah memandu, pulang dari kampung nenek... dan nampak bulan ikut kereta kami...
Post a Comment