Saya dapati ramai kawan-kawan perempuan saya yang tidak suka politik suka KJ. Saya faham situasi ini kerana dalam arena politik tanah air payah nak cari yang 'Tall, Dark and Handsume'. Yang kebanyakan ada pendek, putih dan rendah...(maaf tulis). Jadi kemunculan KJ tidak dipandang sebelah mata. Dia seorang yang menarik kerana gaya dan senyum sokmo.
Sejak bila fizikal menjadi suatu daya tarikan/kelebihan bagi ahli politik? Entah... Mungkinkah akan bermula pada era KJ?
Jadi ahli politik kenalah tengok muka kat cermin jugak, he.
Saya `mengenali' KJ semasa bapa mertuanya menjadi perdana menteri. Namun imejnya pada masa tersebut tidaklah sebagus hari ini. Pada masa itu beliau digelar `opportunistic son-in-law'.
Dan satu lagi kawan-kawan perempuan saya ada yang memberi komen menyatakan yang isteri KJ tak sepadan dengan KJ. Kata kawan saya isteri KJ tidak menarik...tak lawa (macamlah dia tu menarik sangat...he he he). Maafkan kawan saya tersebut. Mungkin dia tidak tahu apa itu cinta, kasih dan sayang. Atau senang kata dia cemburu sebab suaminya rendah, bulat dan putih dari dia sendiri.
Tidak perlulah kita terlalu mencari kelemahan orang. Wahima bulan ada lekuknya. Pada saya KJ istimewa kerana banyak sebab selain lawa dan bergaya. Beliau antara ahli politik muda yang suka dan pandai mendekati golongan muda. Beliau menghargai golongan muda dan mendekati mereka dengan pelbagai cara.
Malah saya ada terbaca ada juga golongan parti pembangkang menyukai KJ walaupun mereka berlainan isteri, parti dan ideologi.
Mungkin KJ tahu masa depan parti adalah di tangan anak-anak muda. Bagi KJ anak-anak muda harus didekati dan diberikan maklumat yang betul dan diambil tahu suara dan pandangan mereka.
Mungkin KJ guna konsep 'tak kenal maka tak cinta'.
Semoga perjalanan KJ terus bersinar dan berbahagia bersama keluarga. Semoga KJ tidak tamak dan berpengetahuan ekonomi. Amin.
No comments:
Post a Comment