Sebagai ibubapa kita mahu anak-anak kita mempunyai kehidupan yang jauh lebih baik berbanding kita. Seperti mana gelagat kita pada waktu mereka kecil di mana kita tidak mahu mereka digigit nyamuk, begitulah sebenarnya perangai kita sehingga anak kita dewasa. Kita tidak menyedarinya...
Kalau boleh kita tidak mahu kesusahan menjamah hidup anak kita. Kita tidak mahu anak kita rasa susah, rasa sedih dan rasa putus asa. Kita tidak mahu anak-anak kita ditimpa masalah. Kita mahu anak-anak kita sentiasa gembira dan bahagia.
Malam dalam banyak hal, biarlah kita yang susah...tidak mereka.
Tetapi tentulah perkara tersebut adalah sesuatu yang mustahil dan mengarut. Anak kita akan membuat silap walaupun kita berpesan seribu kali jangan buat silap dalam kehidupan. Anak kita tentulah buat silap sebab kehidupan adalah perjalanan yang di antaranya kita sebagai manusia akan membuat silap...
Apabila kita meminta sesuatu yang mustahil...ia sebenarnya menjadi jawapan kenapa permintaan kita tidak ditunaikanNYA...
Kita mungkin kena `ubah' balik apa yang kita nak minta tersebut...
No comments:
Post a Comment