Kalau hujan ini akan menerbitkan pelangi...bilakah hujan ini akan berhenti?
Mankisue duduk di bangku kosong yang menghadap pantai. Di hadapannya terdampar Laut Cina Selatan yang membiru. Bunyi ombak menghempas pantai seakan irama dari sekeping hati yang tidak pernah tenteram...
Kalau kuturutkan hati lautan luas kusemberangi...Mankisue terus melayan perasaannya.
Berhenti sekejap di Pantai Kemasik seolah menjadi satu upacara tetap dalam jadual perjalanannya. Dia cemburu kepada laut di Kemasik. Laut baginya gagah, disetiai pantai dan ada pada setiap hati pelara.
Seperti laut yang ada gelombang begitulah jua hidup Mankisue. Berbeza cuma gelombang sudah bertahun-tahun diiringi hujan yang tidak berhenti...
Mankisue mahu hujan itu berhenti...dia hanya mahu melihat pelangi...
Namun hujang terus berpanjangan...
No comments:
Post a Comment