"Kalau kuasa talak diberikan kepada orang perempuan nescaya dalam
sehari 10 kali suaminya ditalakkan...he he he." Kata seorang kawan saya
semasa kami minum bersama petang.
"Orang perempuan kurang sabarnya, selalu
ikut perasaan. Suka cakap banyak dan beremosi" Tambah kawan saya sambil
dia menghirup tea tarik. Saya tersenyum sambil menyumatkan ayam masak kicap ke
mulut.
Saya kunyah betul-betul sebab saya akan memberi respon terhadap apa yang
dikatakannya.
Untuk mengatakan perempuan suka minta cerai agak keterlaluan
sebab kita kena menjurus kepada persoalan mengapa mereka minta cerai? Mengikut statistik (statistik lagi) memang
hampir 70% kes penceraian di Kelantan, Terengganu dan Johor dipohon oleh
isteri. Kajian Datuk Dr Zaleha Kamaruddin dalam tempoh 1998-2002.
Walaupun kajian tersebut sudah lama namun Dr
Zaleha memberitahu trend tersebut semakin meningkat. Dan secara peribadi saya
bersetuju.
Seorang isteri tentulah mengharapkan perhatian suami dalam
rumahtangga. Cuma saya nak tambah mungkin akibat daripada sikap suami yang
menyerahkan segalanya pada isterilah yang membuatkan isterinya rasa
dipergunakan. Mula-mula boleglah dilabelkan pengorbanan tetapi lama-lama
kemudiannya `terkorban'. He he he. |Haaa...
Ada kawan perempuan saya mengatakan
jika terjadi `apa-apa' pada perkahwinannya dia akan melaluinya dengan tenang
sebab selama ini segala urusan rumahtangga dia yang lakukan. Dia boleh hidup
tanpa suami.
Jadi kata-kata kawan saya yang orang perempuan selalu ikut
perasaan, cakap banyak dan emosi itu, tidak boleh diterima seratus peratus.
Sesiapa pun akan terarah untuk ikut perasaan, cakap banyak dan beremosi jika
teraniaya terlalu lama.
Namun saya setuju bila kawan saya kata Pi mai-pimai
tang tu juga yang bermasud lelakilah yang bertanggungjawab besar dalam
rumahtangga...
Sekian...
No comments:
Post a Comment