Apabila kita membeli sesetengah barang dan perkhidmatan ia dikenakan cukai. Semua orang yang membeli itu sebenarnya sekaligus membayar cukai. Tidak mengira warga asing atau warganegara sendiri. Orang berpendapatan rendah, sederhana atau tinggi. Orang berbeza agama dan bangsa. Manusia sepatutnya membayar harga yang sama.
Dalam sejarah masyarakat dan ketatanegaraan, konsep membayar cukai memang digambarkan secara amat negatif seolah satu cara untuk menindas masyarakat. Cukai dan kezaliman seolah seiring.
Tidak ada suatu cerita pun yang menfokuskan sebuah negara maju cemerlang kerana cukai yang dikutip adalah tinggi. Tidak digembar-gemburkan batapa hasil cukai tersebut banyak kegunaannya untuk rakyat dan negara amnya.
Dalam sejarah ekonomi, cukai digambarkan lebih positif. Semua orang harus membayar cukai kerana mereka menikmati apa yang ada pada masa kini. Semua orang harus membayar untuk mendapatkan sesuatu. Termasuklah dengan golongan bawahan. Tidak bolehlah orang yang kaya sahaja membayar cukai kerana ianya membantutkan niat dan mengecewakan sebelah pihak. Ini tidak adil kerana konsep untuk dapatkan sesuatu kita harus memberikan sesuatu.
Semua orang mahu hidup dalam aman, tenteram dan bahagia. Maka semua orang harus membayar!
No comments:
Post a Comment