Sehingga ke hari ini saya masih tidak mendengar mana-mana lagu nyanyian Datuk Sharifah Aini. Adakah saya masih berkabung? Entahlah, suatu hari ketika memandu, saya terus menutup radio jika lagu allahyarhamah diputarkan...saya rasa sedih...mungkin belum masanya saya mendengar suara beliau.
Namun begitu saya tetap membeli album baru yang dikeluarkan atas nama penyanyi Datuk Sharifah Aini. Setakat kepemergian beliau sudah lima album dikeluarkan atas nama biduanita tersohor ini. Contaohnya dalam siri Bintang Pujaan ini ada juga album Kak Pah.
Walaupun saya tidak suka menonton drama Melayu, bukanlah bermakna saya tidak suka element Melayu. Contohnya saya suka mendengar lagu Melayu terutama lagu lama. Lagu baru kurang sikit sebab nilai estetikanya kurang. Entah apa. Sedikit saja yang bagus, kebanyakannya dirosakan oleh orang yang hipokrit dalam industry tersebut.
Lagu `Seri Dewi Malam', `Seksa" dan `Hapuslah Airmatamu' merupakan lagu malarhijau Kak Pah. Lagu yang saya tidak boleh dengar sambil lalu...maksud saya lagu itu akan menguasai diri saya bila mendengarnya.
Saya bukan bias tetapi dalam siri Bintang Pujaan ini, saya dapati pilihan lagu Kak Pah adalah yang terbaik. Untuk penyanyi lain pemilihan lagunya kurang menyengat. Contohnya bagi Siri Bintang Pujaan CD Rafeah Buang, banyak lagu arwah yang sedap tidak dibubuh dalam album tersebut. Begitu juga CD Siri Bintang Pujaan Allycats, lagu-lagu tersebut diambil hanya daripada tiga album! Penipu betul. Huh!
Kalau nak buat pakage `Bintang Pujaan', kena laaa pilih lagu yang meletop yang membuatkan penyanyi tersebut tersohor dan dipuja. Pemilihan lagu-lagu dalam album boleh rujuk kepopularan lagu di TV atau radio. Kena la buar kajian sikit... Bukan tangkap muat.
Saya harap pihak terbabit lebih peka dan bertanggungjawab dalam memilih lagu untuk dibuat album kompilasi, bersesuaian dengan tema album tersebut. Bintang Pujaan.
Memang bagi penyanyi tersohor seperti arwah Kak Pah ini agak sukar memilik lagu yang menjadikan beliau `bintang' sebab Kak Pah mempunyai ratusan lagu malar segar yang menjadikan beliau bintang pujaan atau Superstar. Tetapi bagi Siri ini saya berpuas hati di atas pemilihan lagu-lagunya.
Album yang saya beli di Shah alam ini telah saya pinjamkan kepada salah seorang sahabat saya. Sampai ke hari ini beliau masih belum memulangkannya, mungkin dia suka album ini. Jadi saya berhajat untuk berikan saja album tersebut kepada beliau sebagai tanda menghargai persahabatan kami.
Saya akan beli yang lain...
Sekian...
P/s: Kepada hati yang pernah dihancurkan...jangan lupa dengar lagu nombor tiga, Disk dua... "Inikah Balasannya." Sia sediakan tisu...lap air hidung. he he he.
No comments:
Post a Comment