Gambar dari Fail |
Saya tiada anak. Bukannya saya mandul tetapi saya hidup sorang. Oleh kerana tiada anak sendiri, saya amat rapat dengan anak-anak saudara saya. Ini anak saudara lelaki saya yang paling besar Najib (Jeep) dan Azlan (Mantoya). Selain mewarisi kehandsuman saya, alhamdulilah mereka juga jenis suka belajar macam saya.
Bulan empat adalah bulan dukacita saya, namun semasa memandu pulang dari Kuantan ke Muadzam, saya tersenyum sorang diri...berat beban bulan April terasa ringan.
Gambar dari fail |
Najib dan Azlan berjaya masuk Matrikulasi. Saya syukur sangat-sangat. Saya tahu matrik bukan segala-galanya namun entah mengapa kepada saya ia menjadi pengukuran penting. Saya pernah mengajar pelajar matrik, pelajar matrik rata-rata memiliki pencapaian akademik yang elok, budi perketi yang kemas.
Saya selalu berdoa agar mereka tidak menjalani hidup macam saya, saya mahu mereka bahagia. Saya telah berada di dalam hidup mereka sekian lama, harapan saya mereka hidup bahagia. Saya tidak tahu bagaimana nak tulis perasaan saya terhadap mereka. Adakah sesiapa yang boleh tulis perasaan kasih sayang?
Tersenyum seorang diri bila ingat gelagat mereka masa kecil. Mereka memang nakal.
Masa akan berganti, suasana akan berubah...Beberapa tahun lagi saya akan semakin sunyi... Mereka akan habis belajar dan bekerja, berkahwin dan ada keluarga. Namun barangsiapa yang mahu berkahwin dengan mereka, nescaya saya akan buat interview dahulu...lulus atau tidak.
Saya menyanyangi mereka semasa mereka masih merah lagi. Tidak boleh orang lain mengambil mereka dengan begitu mudah.
Mungkin saya akan minta nasihat kawan saya yang bekerja sebagai peguam.
Sekian.
No comments:
Post a Comment