"Ini adalah hasil beberapa langkah yang diambil oleh kerajaan dalam usaha membendung spekulasi harga rumah. Peningkatan harga tidak boleh dielakkan, namun peningkatan itu dapat dikawal dengan baik..." -
- Chua Tee Yong
Timbalan Menteri Kewangan II
Sumber: Utusan Malaysia 15 Apri 2015
Harga rumah naik secara purata RM30,000 setahun, saya nak tergelak! saya tidak mahu menidak usaha `tukus lumuh' kerajaan mengambil langkah-langkah, tetapi nyata benar langkah-langkah tersebut masih tidak mencukupi.
Tempat tinggal adalah keperluan, bukan kehendak. Dan dewasa ini tempat tinggal kita panggil rumah, bukannya gua atau atas pokok seperti zaman kucing kirong dahulu.
Mempunyai tempat perlindungan adalah paling penting, lebih penting daripada berkahwin atau sebagainya. Sama ada menyewa atau membeli rumah, keperluan memiliki tempat perlindungan tak dapat kita nafikan. Tanya Maslow kalau tak percaya...(Abraham Harold Maslow (April 1, 1908 – June 8, 1970).
Sumber: Utusan Malaysia 15 Apri 2015 |
Jika seorang menteri `beralah' dengan rasa berpuashati mengenai kenaikan RM30,000 setahun, tentulah sebagai rakyat ramai yang masih tidak berpuashati. Percayalah ramai yang mengharap pemimpin menjadi wira dengan meminimakan kuasa kapitalis...
Tidak molek kita sebagai pemimpin kelihatan seolah beralah dan berpuashati dengan situasi ini sedangkan kita sendiri tahu harga rumah di Malaysia tidak masuk akal. Tugas para pemimpinlah membendung dan mengawal spekulasi. Ini kerana dalam keadaan tertentu dalam peraturan yang sedia ada ada kitalah (para pemimpin) secara langsung dan tak langsung mencorakannya...
Tidak molek kita sebagai pemimpin kelihatan seolah beralah dan berpuashati dengan situasi ini sedangkan kita sendiri tahu harga rumah di Malaysia tidak masuk akal. Tugas para pemimpinlah membendung dan mengawal spekulasi. Ini kerana dalam keadaan tertentu dalam peraturan yang sedia ada ada kitalah (para pemimpin) secara langsung dan tak langsung mencorakannya...
Kenaikan harga tersebut adalah kerana permintaan perumahan adalah tinggi kerana masih ramai lagi rakyat tidak memiliki rumah. Dengan kata lain rumah masih tidak mencukupi... Mungkin kita kena kembali kepada objektif pertama dalam Dasar Perumahan Negara.
Objektif pertama:
Menyediakan perumahan yang mencukupi dan berkualiti dengan kemudahan yang lengkap dan persekitaran yang kondusif.
Maka di sini jelas adalah tanggungjawab kerajaan menyediakan...
Objektif kedua:
Meningkatkan keupayaan dan asesibiliti rakyat bagi memiliki atau menyewa rumah.
No comments:
Post a Comment