Hubungan saya dengan mak dan ayah sangat rapat.
Saya bersyukur kerana sehingga ini saya dapat luang banyak masa dengan mak dan ayah yang sudah lanjut usia. Dalam umur 45 tahun saya masih lagi dapat berbakti pada mak dan ayah.
Saya ambil positif, ini adalah kelebihan bagi yang hidup bujang, berbakti pada mak dan ayah. Tuhan sentiasa adil memberi nilai dalam setiap kejadian. Kita sahaja yang alpa...hanya melihat kekurangan. Kepada yang hidup solo, Abang Jan ingin berpesan...pada setiap perkara dan kejadian tuhan tetap adil. Kita cuma perlu buat yang terbaik.
Namun, kadang-kadang ia menjadikan satu ketakutan kepada saya, maksud saya jika kami `berpisah'. Ayah sudah tidak muda lagi, dan emak hanya bertenaga pada ketika-ketika sahaja terutama jika pergi ke tempat membeli belah.
Saya tahu tiada yang kekal di dunia ini.
Saya tahu tiada yang kekal di dunia ini.
Kadang-kadang sambil memandu keseorangan tak dapat saya menyeka airmata bila teringatkan mak dan ayah, dan teringatkan nasib saya apabila mereka tiada. Memanglah adik beradik ada tetapi mereka tidak sekasih sayang kasih ibu dan ayah. Mereka ada dunia yang tersendiri. Saya hanyalah sebahagian kecil dari dunia tersebut.
Emak saya adalah kekuatan hidup saya, ayah pula adalah pemandu hidup saya. Mereka sangat berpengaruh dalam hidup saya. Mak selalu menggambarkan saya adalah betul dan manusia yang baik hati.
"Kepada mak dan ayah, abang sangat-sangat minta maaf jika ada dalam hidup abang ini ada tahun-tahun yang abang abaikan mak dan ayah. Abang minta maaf sangat-sangat atas kesalahan dan kealpaan tersebut..."
Katalah apa sahaja tetapi kasih mak dan ayah adalah teratas. Mak tidak akan meninggalkan kita dalam apa jua keadaan, termasuk apabila bumi terbelah seribu. Pasangan kita belum tahu lagi. Entah esok isnin merjumpa selasa, kita ada lain cerita. Hari ini kejap kasih sayangnya, setelah lapan tahun lain cerita. Kita meraung dalam derita.

Saya sangat suka dan berbesar hati apabila mendengar cerita anak yang sangat kasih terhadap ibubapanya. Saya tidak hairan jika berjumpa dengan seorang yang sangat kasihkan mak dan ayahnya, sebabnya saya tahu nilai kasih sayang mak dan ayah... Mereka memberi berkat dalam restu...
Saya sudahi dengan pantun:
Saya sudahi dengan pantun:
Pelabuhan bernama Kuala Sedeli,
Tempat pedagang menjual sagu;
Bukan barangan dijual beli,
Mak dan ayah hanyalah satu.
Tempat pedagang menjual sagu;
Bukan barangan dijual beli,
Mak dan ayah hanyalah satu.
2 comments:
Cik jan.. pantun cik jan ni dah sekat air mata sy dr mengalir lagi untuk permulaan cerita yang indah tu..
ok nanti saya ubah...dah ada tadi beberapa kawan tegur...
Post a Comment