Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, December 10, 2014

Surat cinta kawan saya...

Betul orang kata, cinta itu buta. Dan saya hendak tambah sedikit bahawa bukan sahaja pencinta itu buta tetapi kawan baik kepada yang bercinta itu juga boleh terlibat jadi BUTA. Sayalah tu.
 
Huh!
 
Lebih kurang 25 tahun dulu saya disuruh untuk memberikan sepucut surat cinta kepada seorang pemuda yang menjadi penyusun buku di Perpustakaan UM. Yup peristiwa ini telah lebih 25 tahun lalu tetapi saya ingat sebab ianya lucu. Setidaknya pada saya.
 
Kawan perempuan saya tersebut bukanlah lawa. Muka biasa sangat. Tetapi si penyusun buku tersebut ada rupa. Saya sudah banyak kali beritahu mustahil pemuda itu akan menerimanya sebab kawan saya  tak lawa (saya memang jenis terus terang).
 
"Kalu dia nok ke mung, aku bogel keliling falkuti 7 kali!" Kata saya kerana sangat yakin cintanya akan ditolak mentah-mentah dan perbuatan tersebut (mengirim surat) adalah sia-sia. Tetapi kawan saya itu tetap BUTA.
 
Saya beritahu pendapat saya kepada kawan saya itu bahawa orang lelaki tidak tertarik kepada kepandaian tetapi kecantikan. Tak boleh membilang 1, 2 dan 3 pun tak apa. Bisu pun tak apa, asal cantik! Itulah penerangan saya, pendapat saya yang saya pegang sampai kini. Tiada kompromi.
 
Kawan saya tidak menerima pendapat saya.  Kawan saya kata tugas saya hanya menyampaikan surat tanpa perlu beri komen dan pendapat. Amboi...! (dahlah nak minta tolong orang tetapi kasar!)
 
Maka macam mana saya tak tahulah...akhirnya saya bersetuju untuk memberi sekeping surat tersebut kepada pemuda penyusun buku tersebut. Mungkin saya hargai kawan saya tersebut. Dia lebih pandai belajar dari saya, dia selalu ajar saya kuantitatif matematik (subjek yang saya benci sepanjang hayat di bumi allah ini).
 
Ia rupanya merupakan satu kerja yang sukar untuk saya. Pertama saya kena cari pemuda itu, dan yang kedua saya mesti beri surat tersebut tanpa dilihat orang ramai. Ini perpustakaan, tentulah ramai orang.
 
"Abang ini ada surat cinta" Kata saya bila menghampiri pemuda tersebut. Memang dari tadi saya sudah mencari dan berdebar-debar. Saya lihat dia berhenti menyusun buku dan kemudian memandang ke arah saya.
 
"Tapi surat cinta ini bukan dari saya..." Saya gelabah beritahu supaya dia tidak syak saya yang bukan-bukan. Saya pun sebenarnya tak perlu sebut `surat cinta', sebut `surat' sudah mencukupi. Tapi saya gelabah. Macam mak saya.
 
Saya lihat pemuda itu masih merenung saya. Mukanya jenis yang tak tinggal sembahyang, jernih dan syahdu. Saya sudah gelabah giler bila pemuda itu mengerutkan dahi tetapi tidak sepatah pun berkata-kata. 
 
Selepas melihat kiri kanan, saya pastikan tak ada orang, saya letakan surat itu atas rak troli di sebelahnya. Dan saya segera beredar dengan dada yang kencang. (macam saya pulak yang bercinta).
 
Seminggu saya tidak nampak kawan saya itu di dewan kuliah mahupun di bilik tutorial. Saya dengar dari kawan-kawannya dia meraung di Asrama Seksyen 17...
 
Kan saya dah kata...
 
He he he...
 
 
 
 

2 comments:

Anonymous said...

Nampak tak saya sedang senyum lebar sorang-sorang depan pc?

ahahahhahahaha..

macam biasa tulisan encik pensyarah memang awesome!!


-NA-

Jankaulu said...

he he ,,,saya tak Nampak...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home