Minggu lepas kawan saya datang. Ketika kami berkereta mahu pergi ke Fun Fair dan cari barang Nescaffe (free gift). Apabila hujan berhenti kawan saya telah menyentuh satu butang di kereta saya.
Saya tidak pernah menyentuh butang tersebut. Tidak pernah walau sekali (walaupun sudah hampir 6 tahun pakai kereta ni). Kawan saya beritahu pada cermin belakang, garisan-garisan tersebut adalah aliran pemanas supaya cermin belakang saya kering bila lepas hujan. Biar nampak jelas. Saya hanya perlu menyentuh satu butang sahaja katanya...
Barulah saya tahu fungsinya, selama ini saya ingat itu adalah corak/disgn supaya cermin belakang nampak cantik. He he he.
Perhatikan betul-betul...ada garis halus pada cermin...(gambar hanya hiasan) |
No comments:
Post a Comment