Saya tidak menyalahkan orang lain. Saya menyalahkan diri sendiri. Saya juga tidak sesekali menyalahkan kawan-kawan saya apabila mereka menyalahkan saya kerana tidak perihatin dengan perkembangan semasa. Hasilnya kereta Myvi saya tersadai di Dungun.
Saya sepatutnya melalui lebuhraya bukannya jalanraya.
Saya pandang ke depan. Ada papan tanda memberitahu jalan ditutup untuk kenderaan ringan. Ringankah kereta saya? He he he (saya melawak dalam hati untuk hati saya). Banyak kereta dan ramai orang tersadai di tepi-tepi jalan. Sempat juga melihat wajah-wajah ketat dan kelat.
Saya tersenyum, seolah tiada masalah yang berlaku.
Perkhidmatan untuk menyemberangkan kereta ada disediakan. Saya perlu bayar RM70 jika saya mahu menyemberangi air tersebut. Kereta saya akan diangkat menggunakan lori telanjang (lori yang tak ada dinding dan bumbung, lori yang jenis mengankut kereta-kerata baru yang biasa kita lihat di jalanraya).
Namun saya tidak pasti pula saya boleh terus sampai ke Kuantan setelah menyemberangi air tersebut. Entah-entah ada beberapa tempat lagi yang ditenggelami air. Baiklah saya berpatah balik menggunakan lebuhraya.
"Pastilah hidup ini penuh dengan suka dan duka..." Bisik hati saya. Dengan itu dapatlah saya meredakan dengup jantung saya. Peristiwa malang ini akan menjadi manis suatu hari nanti.
Saya yakin.
No comments:
Post a Comment