Selamat pengantin baru diucapkan buat Aliff Omar dan Sharifah Nur Athirah. Semoga berbahagia ke akhir hayat |
Salam...
"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."
Total Pageviews
Followers
Thursday, October 30, 2014
Selamat pengantin baru...3/10/2014
Mengubah konsep hidup dan gaya hidup
Apakah yang dimaksudkan dengan konsep? Konsep berbeza dengan korset, jangan tersilap. Korset merupakan seakan pakaian dalam yang berbentuk seperti pembalut. Kita balut perut pinggul dan dada. Buah dada yang kendur dan kecut akan terbentuk elok, dan akan timbul aura menyapa. Perut pulak akan kelihatan kempis. Korset ini bukan sahaja perempuan yang pakai, lelaki juga boleh pakai. Haaa...
Nanti berbezalah kita berbanding dengan tong drum. Sebab kita terbentuk elok badannya walhal kita dah selebar pintu, kecut berut atas bawah.
Nanti berbezalah kita berbanding dengan tong drum. Sebab kita terbentuk elok badannya walhal kita dah selebar pintu, kecut berut atas bawah.
Dan apakah yang dimaksudkan dengan konsep hidup? Haaa...? Namun jangan bimbang walaupun konsep dan konsep hidup tidak dapat kita ertikan dengan kata-kata sebenar, sebenarnya kita sendiri telah membentuk satu konsep hidup tersendiri bagi setiap diri kita. Maknanya dalam sedar atau tidak sedar, setiap individu mempunyai konsep hidupnya tersendiri.
Dalam erti kata yang ringkas konsep adalah idea, cara dan kefahaman untuk membentuk dan menerangkan. Dalam erti kata yang agak mendalam konsep merupakan pemikiran yang spesifik mengenai sesuatu cara yang difikir secara menyeluruh. Huh! sukar nak faham kan? Sebab tu la saya sertakan pemahaman konsep dalam erti kata yang ringkas dahulu. Haa...
Lain orang lain konsep hidupnya. Percayalah dalam sedar tak sedar kita hidup atas konsep hidup yang kita pegang. Kita letak taraf hidup dan kemahuan kita pada keinginan kita yang terkadang bukan pula pada kemanpuan kita. Haaa...
Malaysia sudah berbelanja melebihi pendapatan (begitu jugalah rakyatnya...). Belanja melebihi pendapatan ini adalah kerana negara mempunyai konsep tersendiri terhadap apa yang MESTI ada pada sesebuah negara yang maju.
Bagi rakyat pula (kita la tu), kita mendapat keperitan akibat dari kemelesetan ekonomi akibat sifat kita yang sedia ada berbelanja melebihi pendapatan. Ini kerana konsep hidup kita adalah mesti ada tu, mesti ada ni, mesti bla, mesti bli. Kereta yang mahal (bagi pendapatan kita), pakej Astro yang mahal, itu ini. Melancong dan kena ada rumah besar, pagar batu. Dan serba maknika lagi kehendak kita yang mengalahkan slip gaji, kecerdikan otak dan kerajinan fizikal kita.
Kita akan kata kalau dapat benda-benda tersebut barulah ia satu kehidupan!. Ini konsep hidup kita. Kita rasa sedih dan tak `hidup' kalau kita tak dapat beli pasu besar...(contohnya...hehehe).
Jadi perubahan nilai dan gaya (membentuk konsep kehidupan) kita haruslah kita ubah. Selalu ikut fesyen terkini (sedangkan gaji terciput), dan gaya hidup mewah (sedangkan kita kedana papanya), menjadi hamba kepada tektik pemasaran (yang tau saja nak ambil duit kita dari poket). Dan bermacam-macam lagi...
Kalau hendak senang dan tenang mudah sahaja. Sangat mudah. Memadailah jika kita bersyukur dengan keperluan kebendaan yang asas sahaja (yang asas bagi keperluan setiap individu).
Abang Jan: Itulah yang payahnya...kan? He he.
Lain orang lain konsep hidupnya. Percayalah dalam sedar tak sedar kita hidup atas konsep hidup yang kita pegang. Kita letak taraf hidup dan kemahuan kita pada keinginan kita yang terkadang bukan pula pada kemanpuan kita. Haaa...
Malaysia sudah berbelanja melebihi pendapatan (begitu jugalah rakyatnya...). Belanja melebihi pendapatan ini adalah kerana negara mempunyai konsep tersendiri terhadap apa yang MESTI ada pada sesebuah negara yang maju.
Bagi rakyat pula (kita la tu), kita mendapat keperitan akibat dari kemelesetan ekonomi akibat sifat kita yang sedia ada berbelanja melebihi pendapatan. Ini kerana konsep hidup kita adalah mesti ada tu, mesti ada ni, mesti bla, mesti bli. Kereta yang mahal (bagi pendapatan kita), pakej Astro yang mahal, itu ini. Melancong dan kena ada rumah besar, pagar batu. Dan serba maknika lagi kehendak kita yang mengalahkan slip gaji, kecerdikan otak dan kerajinan fizikal kita.
Kita akan kata kalau dapat benda-benda tersebut barulah ia satu kehidupan!. Ini konsep hidup kita. Kita rasa sedih dan tak `hidup' kalau kita tak dapat beli pasu besar...(contohnya...hehehe).
Jadi perubahan nilai dan gaya (membentuk konsep kehidupan) kita haruslah kita ubah. Selalu ikut fesyen terkini (sedangkan gaji terciput), dan gaya hidup mewah (sedangkan kita kedana papanya), menjadi hamba kepada tektik pemasaran (yang tau saja nak ambil duit kita dari poket). Dan bermacam-macam lagi...
Kalau hendak senang dan tenang mudah sahaja. Sangat mudah. Memadailah jika kita bersyukur dengan keperluan kebendaan yang asas sahaja (yang asas bagi keperluan setiap individu).
Abang Jan: Itulah yang payahnya...kan? He he.
Mimpi bertemu arwah Datuk Sharifah Aini
Beberapa malam lalu saya bermimpi bertemu dengan arwah Datuk Sharifah Aini. Mungkin saya terlalu rindu...hingga termimpi-mimpi...
Semenjak beliau meninggal dunia, saya tidak lagi mendengar lagu-lagunya. Album-albumnya tersusun rapi di atas rak... Saya masih tidak `berani' mendengar lagu-lagunya. Tidak seperti saya mendengar lagu Tan Sri P Ramlee dan penyanyi lain yang telah pergi terlebih dahulu.
Tentu saya sedih apabila mendengar suaranya...entah.
Dari sinar mata dan senyum syahdunya kami `berkomunikasi' (it not really talking, it is feeling a spirit...). Hanya sekejap sahaja, dan dapat saya simpulkan apa yang arwah mahu adalah saya kena tabah dan jangan sesekali beralah dalam hidup.
Mimpi adalah perkara yang aneh. Dan ahli sains juga menjelaskannya dengan cara yang aneh sekali...(dalam usaha supaya nampak logik).
Sebenarnya beberapa minggu lepas saya sudah mula "beralah' dan "bertolak ansur' dengan dunia ini. Saya hanya meneruskan perjalanan. Keadaan semakin sukar dan bukan semua perkara boleh saya tuliskan di blog ini...
Terima kasih kepada tuhan...kerana mimpi tersebut...
Semoga roh arwah dilimpahi rahmat, amin.................................. |
Wednesday, October 29, 2014
Lagi pasal BRIM (Bantuan Rakyat 1 Malaysia)
" Man, adakah BRIM (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) tu dapat menyelesaikan masalah kos kehidupan yang semakin meningkat?" Tanya kawan saya melalui aplikasi wasap.
Saya terkejut.
Saya bukan terkejut sebab faktor ekonomi tetapi terkejut kerana soalannya lain dari selalunya. Biasanya soalan beliau berunsur lucah gitu. Saya hairan kenapa kawan-kawan saya yang sudah kawin lucahnya melebihi dari yang tidak berkahwin. Mungkin bila sudah hilang teruna atau dara, mereka jadi tak tentu hala.
Begitu juga saya dapati kawan-kawan saya yang berkahwinlah yang banyak menghantar gambar yang seksi berbanding dengan yang tak kawin...emmm... Tapi saya suka tengok. he.
Namun penulisan ini bukanlah mahu membuktikan bahawa orang yang sudah kawin lebih lucah berbanding dengan yang belum kawin tetapi mengenai pemberian BRIM oleh kerajaan kita.
Memberi tentulah amalan yang baik. Dalam agama pun amatlah digalakkan kita memberi atau bersedekah kerana menolong orang adalah kerja orang, bukan binatang. Tetapi ada juga jenis hantu yang menolong orang. Rujuk filem MAMA.
Tindakan kerajaan memberi BRIM adalah bagus dan khabarnya jika keadaan ekonomi kerajaan lebih kukuh akan dinaikan lagi jumlah pemberian tersebut. (Namun di pihak menerima pemberian tu kenalah kerja kuat...ikhtiarlah mana-mana. Jangan menadah jea...)
Kita patut puji melambung aspek BRIM itu...namun untuk mengatakan pemberian BRIM itu merupakah satu langkah untuk menangani kos kehidupan yang semakin meningkat seumpama melihat bagaimana seorang perempuan yang mahu menjadi cantik.
Kalau seorang perempuan hanya memakai gincu sahaja tentulah tidak menjadi cantik. Sebab kena juga pakai celak. Dan pakai celak juga tak memaksimakan cantik. Kena pula pakai bedak... Dan kalau pakai beg tangan sedondon dgn baju ada yang kata bertambah cantik. Dan kalau dah lengkap berpakaian...kasut pun kena ambil kira...
Gitulah jugak dengan BRIM... Haaaa.... Ia hanya satu langkah yang digebar-geburkan...
Adakah kerajaan Malaysia juga seperti rakyat Malaysia?
Dari pemerhatian saya, lapan daripada sepuluh manusia yang berada di sekeliling saya suka berbelanja berbanding mahu menabung. Dan sebenarnya jika termasuk saya jadilah sembilan, he he he.
Kita suka berbelanja. Kita tidak boleh lihat ada banyak wang dalam akaun. Kita terus rasa kita `mesti' membeli. Malah kira rasa adalah sesuatu yang `salah' jika kita ada wang dalam simpanan. Maknanya kita mesti kena membeli.
Dan kerajaan juga begitukah? Apabila pendapatan negara ditolak dengan perbelanjaannya adakah mengalami lebihan atau kurangan?. Saja Tanya kerana yang nyata negara kita sudah berbelas tahun mengalami deficit. Adakah kerajaan kita suka berbelanja berbanding dengan menyimpan?
Dan adakah kita susah kerana suka berbelanja? Dan adakah sesebuah negara itu teruk/susah bila selalu deficit?
Abang Jan: Jawapannya `ya' dan `tidak'.
Tuesday, October 28, 2014
Northmen - A Viking Saga (2014)
Hujung minggu lalu juga saya pergi tengok wayang. Filem bernama Northmen: A Viking Saga menjadi hidangan. Cerita ini cerita pengembaraan dan bunuh membunuh. Cerita jenis ala epik.
Saya tengok di Megamall. Cerita ini sangat ringkas jalan ceritanya tetapi diwarnai dengan baik babak-babak pertarungan yang mendebarkan dan pemandangan yang cantik.
Saya beri cerita ini 6/10 atau 3 bintang sebab dari segi jalan cerita ia terlalu ringkas. Kisah pengembaraan sekumpulan wira pendekar, jumpa tuan putri dan berperang...
Saya tidak gemar cerita terlalu ringkas namun saya suka tengok watak-watak dalam ceritanya, pemandangan yang sangat indah dan kebodohan-kebodohan yang saya rasa bodoh.
Saya dapat satu pengajaran utama dalam cerita ini. Ada orang percayakan tuhan, ada orang tidak percayakan tuhan dan golongan ketiga adalah orang yang dalam hatinya ragu-ragu sama ada dia percaya ataupun tidak percaya...
Abang Jan: Sebuah dunia yang bagus ialah aopabila kura-kura melintas jalan, kura-kura itu selamat!
Saya tidak gemar cerita terlalu ringkas namun saya suka tengok watak-watak dalam ceritanya, pemandangan yang sangat indah dan kebodohan-kebodohan yang saya rasa bodoh.
Saya dapat satu pengajaran utama dalam cerita ini. Ada orang percayakan tuhan, ada orang tidak percayakan tuhan dan golongan ketiga adalah orang yang dalam hatinya ragu-ragu sama ada dia percaya ataupun tidak percaya...
Abang Jan: Sebuah dunia yang bagus ialah aopabila kura-kura melintas jalan, kura-kura itu selamat!
Subsidi petrol, alhamdulilah...
Minggu lepas semasa balik kampung, saya diberitahu oleh ayah bahawasanya saya tidak akan dapat subsidi penuh apabila harga petrol akan dinaik nanti. Semalam ternyata di berita TV3, kata-kata ayah adalah benar.
Bukan semua orang akan dapat menikmati skim tersebut. Skim rasionalisasi petrol tersebut akan dibahagi kepada tiga puak berdasarkan pendapatan bulanan.
Ia berbeza pulak dengan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) yang berdasarkan kepada pendapatan isirumah. Dan hak ke atas setiap kereta untuk diisi dengan minyak petrol bersubsidi berasaskan kepada pemilik berdaftar kereta tersebutlah.
Saya mendapat elaun pengangkutan tetap sebanyak RM300 sebulan. Dan ianya memang mencukupi kerana saya tinggal berdekatan dengan tempat kerja. Namun untuk urusan lain jumlah itu tidak mencukupi, contohnya setiap minggu saya ke Kuantan. Ianya melebihi 200KM pergi balik... Tapi pastilah saya harus menggunakan duit gaji untuk tujuan peribadi.
Semenjak saya gunting rambut dan beli nugget yang semakin meningkat harganya, saya berpendapat semakin sukar untuk saya mengumpul duit, apatah lagi harta. Walaupun begitu alhamdulilah saya masih lagi jauh dari susah. Cuma kadang-kadang saya rasa golongan pertengahan ini juga terhimpit hidup mereka kerana mereka mempunyai keluarga anak bini/laki.
Namun pastilah pada suatu hari nanti, subsidi minyak tidak akan diperolehi oleh sesiapa pun...
Monday, October 27, 2014
Harga gunting rambut dah naik...
Semalam saya telah membayar sebanyak RM8 untuk perkhidmatan menggunting rambut. Rupanya harga perkhidmatan mengunting rambut sudah naik walaupun pengunting rambut saya bukanlah seksi sangat.
Namun saya tidaklah pula terkejut atau marah sebab bila pandang rupa saya di cermin, dengan rambut baru saya kelihatan masih handsum. Saya percaya masih ada pasaran.
Namun saya tidaklah pula terkejut atau marah sebab bila pandang rupa saya di cermin, dengan rambut baru saya kelihatan masih handsum. Saya percaya masih ada pasaran.
Kalau tak disikat jadi macam ni |
Kalau nak jumpa ketua jabatan, jadi macam ni (disikat) |
Semua orang sama ada kaya atau miskin akan mengeluh apabila harga naik sebab ia membuatkan kuasa beli kita semakin mengecil. Kuasa beli bermakna berapa banyak barang atau perkhidmatan yang boleh kita beli dengan sejumlah wang. Cuma bagi golongan miskin bebanan ini semakin terasa.
Saya juga dapati nugget ayam yang saya suka sudah naik harga. Apabila saya beritahu kawan-kawan saya, mereka beritahu memang banyak barang sudah naik harga sebelum GST dilaksanakan.
Saya tahu dalam beberapa tahun lagi harga gunting rambut akan jadi RM10.
Bila uban dah mulai banyak, saya nak buat rambut macam ni... |
Tuesday, October 21, 2014
Kenapa saya left group? Bahagian ke dua
"Man jangan tak tahu, dia buat `hal' dengan bini dia. Sebab tu lah dia kena `pantau' " Beritahu kawan saya bila saya lahirkan perasaan tidak puas hati mengenai kawan saya yang bernama Encik XYZ.
"Saya bukan apa, kan geng wasap kita tu semua lelaki, tiba-tiba dia `add" bini dia pulop. Gatal sangat nak buat geng wasap...huh!" Balas saya pada kawan saya Encik ABC.
"Baik aku `left group". Tambah saya. saya memang leff group... He he he. Tapi saya dengar sejak saya left group, group tu dah tak meriah sebab biasanya sayalah yang buat `gila-gila' dalam wasap tu.
Barulah saya teringat...
Kawan saya Encik XYZ ni memang kaki perempuan. Saya tahu benar sejak 20 tahun dulu lagi. Kira jenis lelaki sekali mengorat tiga orang!. Jenis yang ada bini tapi ada kekasih. Konsep ada bini tapi ada kekasih ini ramai lelaki guna. Terutama yang banyak duit, terutama bila bini bekerja.
Barulah saya ingat dua tahun lepas kawan saya Encik XYZ ni nak menumpang tidor rumah saya seminggu sebab berbalah dengan bini dia. Memanglah saya tak benarkan, tetapi saya nak tahu juga kenapa nak menumpang? Bila saya `carigali', barulah saya tahu kawan saya Encik XYZ ni kena halau dari rumah sebab `main' dengan orang gajinya. He he he.
Jadi saya no komenlah. Saya bersimpati dengan bininya kerana dapat laki macam tu. Tapi setahu saya masa mereka tengah bertunang dulu pun laki dia ada juuuugaaaak `main' dengan orang lain. Saya tidak tahulah sampai tahap buat seks ke tak...
Tapi Puan DEF tu maafkan kawan saya Encik XYZ ni dan perkahwinan tetap dilangsungkan. Dan sejak hari tu rumahtangga mereka tak pernah bahagia...
Tamat.
Monday, October 20, 2014
Kenapa saya left group...?
Saya terkedu bercampur bangang apabila tiba-tiba kawan saya add bini dia dalam group wasap kami. Apa kejadahnya? Siap bini dia buat peraturan tidak boleh send gambar perempuan seksi dan sebagainya!.
Begini ceritanya...
Kawan saya tu ahli PETABI. Kadang-kadang kami rimas dengan perangai bini dia. Tapi janganlah sampai begitu sekali...
Saya rasa kawan saya patut malu dengan kelakuan bini dia...yang tak jaga air muka dia. Huh!
Saturday, October 18, 2014
Dan masa pun berlalu... Dari UM ke UNITEN
Kehidupan adalah terlalu misteri, orang agama cakap ianya rahsia tuhan. Kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku. Mungkin tuhan mahu kita merasai apa itu keterujaan dan kemisteriaan. Tuhan mahu kita mengembara. Haaa.
Kita sangat kerdil. Tekaan dan jangkaan hari esok pun kita tidak tahu...(tetapi kita ingatkan kita tahu kan?). Apa lagi untuk meneka apa yang akan berlaku pada minggu depan, bulan depan dan seterusnya tahun depan. Kita tidak mampu.
Kita sangat kerdil. Tekaan dan jangkaan hari esok pun kita tidak tahu...(tetapi kita ingatkan kita tahu kan?). Apa lagi untuk meneka apa yang akan berlaku pada minggu depan, bulan depan dan seterusnya tahun depan. Kita tidak mampu.
Saya kelihatan baik, naïf dan menarik...(but evil has a beginning...) |
Semalam sindrom 40 an saya datang lagi. Sambil menyandar letik di sofa, sambil menguyah kerepok keeping...saya membelek-belek album gambar lama. Kepada generasi baru, album gambar adalah seperti sebuah buku yang manusia letakan gambar-gambar. Ada poket-poket yang boleh kita masukan gambar. Biasanya album gambar ini diletak di almari hiasan di ruang tamu atau di atas rak.
"Kenapa pulak kita mesti `cuci' gambar dan letak pulak dalam album. Buat apa pulak?" Tanya seorang pelajar saya kepada saya.
"Tak ke bazir masa dan gambar tu hilang nanti" Tambah pelajar saya.
"Payah sir mahu terangkan. Dulu kami guna kamera kompak. Kena beli filem. Ada yang 8, 16 dan 32. selepas kita `pukul' gambar, kita bawa filem tu ke kedai untuk dicuci. Barulah dapat lihat gambar tu. Dulu di kamera kita tak dapat lihat hasil `tangkapan' kita. Kena `cuci' filem kalau nak tengok..."
"Teruknya sir...". Kata pelajar saya yang suka berdiet tapi hasilnya tak nampak-nampak..
"Taklah teruk mana sebab masa tu sesiapa yang ada kamera, dia akan terkenal. Sebab kawan-kawan akan asyik bertanya..."Bila kau nak gi cuci gambar kita?"
"Dulu sir ada kamera ke?" Tanya pelajar saya tiba-tiba.
"Saya tak perlukan kamera untuk terkenal". Saya menjuihkan bibir dan angkat sedikit kening, Mengada. Inilah sifat saya yang mungkin pelajar tak suka. Saya mengada. Saya pun hairan dari mana DNA mengada ini saya warisi. Emak dan ayah saya tidaklah pulak mengada. Mungkin ada DNA mengada nenek moyang saya pada diri saya. Tapi tak baiklah pulak menuduh orang yang dah mati. He he he.
" Tapi kamera lama hasilkan gambar yang tidak menipu macam gambar sekarang ni. Sebab gambar yang dihasilkan kita tak boleh edit. Kalau muka kita gitu, gitulah hasilnya" Saya beritahu pelajar saya.
"Kalau gemuk, gemuklah, kalau hitam, hitamlah. Kalau mata sepet, sepetlah mata sebab tak ada aplikasi `big eyes". Saya semakin seronok menerangkan zaman remaja saya.
"Awak buat apa dengan gambar2 awak kalau dah penuh dalam handpung tu? Giliran saya pula bertanya.
" Saya `delete' jea sir. Kalau rajin saya masukan dalam komputer" Kata pelajar saya.
Saya tatap satu persatu gambar saya semasa saya di UM. Nostagik sungguh apabila melihat gambar-gambar lama ini. Tetapi tak la sampai menangis pulak. Ini bukan drama swasta di TV3 (Maafkan aku kerana tak sempurna...)
"Kenapa pulak kita mesti `cuci' gambar dan letak pulak dalam album. Buat apa pulak?" Tanya seorang pelajar saya kepada saya.
"Tak ke bazir masa dan gambar tu hilang nanti" Tambah pelajar saya.
"Payah sir mahu terangkan. Dulu kami guna kamera kompak. Kena beli filem. Ada yang 8, 16 dan 32. selepas kita `pukul' gambar, kita bawa filem tu ke kedai untuk dicuci. Barulah dapat lihat gambar tu. Dulu di kamera kita tak dapat lihat hasil `tangkapan' kita. Kena `cuci' filem kalau nak tengok..."
"Teruknya sir...". Kata pelajar saya yang suka berdiet tapi hasilnya tak nampak-nampak..
"Taklah teruk mana sebab masa tu sesiapa yang ada kamera, dia akan terkenal. Sebab kawan-kawan akan asyik bertanya..."Bila kau nak gi cuci gambar kita?"
"Dulu sir ada kamera ke?" Tanya pelajar saya tiba-tiba.
"Saya tak perlukan kamera untuk terkenal". Saya menjuihkan bibir dan angkat sedikit kening, Mengada. Inilah sifat saya yang mungkin pelajar tak suka. Saya mengada. Saya pun hairan dari mana DNA mengada ini saya warisi. Emak dan ayah saya tidaklah pulak mengada. Mungkin ada DNA mengada nenek moyang saya pada diri saya. Tapi tak baiklah pulak menuduh orang yang dah mati. He he he.
" Tapi kamera lama hasilkan gambar yang tidak menipu macam gambar sekarang ni. Sebab gambar yang dihasilkan kita tak boleh edit. Kalau muka kita gitu, gitulah hasilnya" Saya beritahu pelajar saya.
"Kalau gemuk, gemuklah, kalau hitam, hitamlah. Kalau mata sepet, sepetlah mata sebab tak ada aplikasi `big eyes". Saya semakin seronok menerangkan zaman remaja saya.
"Awak buat apa dengan gambar2 awak kalau dah penuh dalam handpung tu? Giliran saya pula bertanya.
" Saya `delete' jea sir. Kalau rajin saya masukan dalam komputer" Kata pelajar saya.
Saya tatap satu persatu gambar saya semasa saya di UM. Nostagik sungguh apabila melihat gambar-gambar lama ini. Tetapi tak la sampai menangis pulak. Ini bukan drama swasta di TV3 (Maafkan aku kerana tak sempurna...)
Menjadi muda, cergas dan `hot' adalah satu kegairahan. Orang agama cakap satu pemberian tuhan tak terhingga nilainya..(sehingga tuhan akan tanya ke mana usia muda itu kita perhabiskan).
Saya seronok melihat gambar-gambar saya waktu muda. Melihat kepada diri saya, saya jatuh cinta yang mendalam kepada diri saya (mana nak cari lelaki handsum yang baik oooi).
Kawan-kawan saya beritahu saya, saya kelihatan lebih handsum/menarik hanya di dalam gambar (fotogedik/fotogenit) tetapi di luar tidaklah handsum mana. Saya terima saja pendapat kawan-kawan saya asal jangan mereka lebih handsum dari saya di luar atau di dalam gambar sudah, he he he.
Kawan-kawan saya beritahu saya, saya kelihatan lebih handsum/menarik hanya di dalam gambar (fotogedik/fotogenit) tetapi di luar tidaklah handsum mana. Saya terima saja pendapat kawan-kawan saya asal jangan mereka lebih handsum dari saya di luar atau di dalam gambar sudah, he he he.
Gambar di atas menunjukan saya bersama salah seorang kawan baik saya semasa makan malam di Jabatan kami. Kami amat sangat sopan, kontrol dan ayu. Dulu begitulah kebanyakan cara kami bergambar. Ta ada lah buat muka itik, mata bulat atau melentik lentik. Biasanya bila dapat kerja baru kami melaran dan bergambar tongek sana sini. Itu pun bukan semua. Ada di antara generasi saya yang terus bergambar macam batang pisang hingga kini. Saya percaya hingga matilah tu...
Kini beliau bekerja sebagai pensyarah di salah satu universiti terkemuka di Malaysia. semoga dia Berjaya dalam kerjaya dan keluarga.
Kini beliau bekerja sebagai pensyarah di salah satu universiti terkemuka di Malaysia. semoga dia Berjaya dalam kerjaya dan keluarga.
Dulu kami belajar di universiti, sekarang kami mengajar di universiti. Wah...cepatnya masa berlalu... Melalui masa...nanti kami juga akan ditanam di dalam tanah...
Tiada yang kekal kecuali tuhan...
Tiada yang kekal kecuali tuhan...
Wednesday, October 15, 2014
Anak kucing mati dua ekor...dan `life' saya
Entah mengapa sejak anak kucing saya mati dua ekor, dua minggu lepas saya menjadi sangat sensitive. Saya telah menyalahkan emak kucing tersebut kerana tidak selalu bersama anak-anaknya. Saya juga merasa hairan kenapa mak kucing tersebut selalu keluar sedangkan anak masih menyusu. Sepatutnya jagalah anak-anak dengan baik, alahai kucing pun sudah terikut-ikut dengan perangai manusia... He he.
Mungkin ada yang beranggapan saya tak ada `life' sebab peristiwa anak kucing mati pun saya menulisnya di blog. Sukar untuk saya terangkan di sini, namun kucing-kucing tersebut sangat penting.
Anak-anak kucing itu penting...
Jangan bersedih...
Bila saya rasa hidup saya tidak membanggakan, saya terus teringatkan seseorang yang saya tidak kenal rapat tetapi saya tahu dia sangat baik.
Saya teringatkannya untuk memberikan semangat untuk terus menjalani kehidupan ini. Janganlah selalu kita membandingkan orang di atas, kita kena juga lihat orang di bawah...kan?
Ya, biasanya semangat saya jatuh bila saya bandingkan orang-orang di sekeliling saya, yang sangat berjaya dalam hidup mereka. Setidaknya di mata saya.
Saya teringatkan dia. Dia gemuk (biasalah orang yang baik hati biasanya gemuk. Tidaklah pula saya cop orang yang kurus jahat hati. He he he). Dia hidup sendiri dan tidak tinggi pelajarannya. Dia mempunyai otak yang lurus bendul.
Setelah banyak berkorban untuk adik beradik, akhirnya dia dihalau dari rumah. Ayah emak dah tak ada..Tapi dia tak ada kereta pun...ke mana dia nak pergi? Haa... pada siapa dia nak menumpang kasih?
Terus saya bersyukur, walaupun saya tidak ada Honda, berumah hanya semi D, tiada isteri dan anak-anak, saya tetap boleh berdikari dan disayangi (perasan). Dan insyaalah segala pelaburan saya nanti dapat menolong hari depan saya. Dan juga kalau boleh orang di sekeliling saya. Itulah niat saya.
XXX
Memang saya tidak sebaik dahulu, senaif dulu. Dunia...dunia dan manusia sedikit sebanyak bertanggungjawab mencorak saya jadi keras dan jahat. Namun tidaklah terlalu keras dan jahat, he he he.
Dua minggu lepas, saya masih boleh tersenyun dan mengoder Tefal set yang ada periuk dan kuali sekali...(bayar hutang, he he he). Tak sabar nak pamir kat dapur...
Saya buat apa sahaja yang boleh buat saya rasa gembira...
Saya buat apa sahaja yang boleh buat saya rasa gembira...
Abang Jan: Apabila ada orang lain yang lebih mereka cinta... Kita perlu mencintai lebih kepada diri kita.
Salam sayang untuk pembaca blog ini.
Monday, October 13, 2014
Kisah ikan, kolam ikan dan BRIM950
Saya mempunyai pendapat yang tidak popular mengenai pemberian BRIM. Bukan saya tidak bersyukur atau berterima kasih atau pentingkan diri sendiri tetapi saya berpendapat adalah lebih baik kerajaan memberhentikan pemberian BRIM dan mula berfikir.
Maksud saya mulalah berfikir bahawasanya, adalah jauh lebih baik mengajar seseorang memancing daripada terus berikan ikan secara langsung...
Sudah hampir 20 tahun saya menjadi tenaga pengajar. Saya tahu bagaimana tabiat kebanyakan masyarakat kita. Ya, mereka tidak belajar bersungguh sungguh semasa menjadi pelajar, dan apabila tamat belajar, mereka tidak pula berkerja bersungguh sungguh sebagai pekerja. Ikhlas saya cakap.
Mungkin mereka fikir di Malaysia orang malas pun boleh hidup senang!
Mungkin mereka fikir di Malaysia orang malas pun boleh hidup senang!
Namun adalah di luar akal manusia apabila kita mengharapkan golongan ini (malas belajar dan malas bekerja) akan mendapat kehidupan yang senang dan dapat memajukan negara dan masyarakat. Dan adalah di luar pandai kita jika kita berpendapat dengan pemberian beberapa ekor ikan setiap orang, ianya dapat merubah kehidupan mereka dengan lebih baik.
Kembali kepada isu BRIM. Pemberian BRIM bukanlah penyelesaian ekonomi untuk masa panjang (masa hadapan). Sedangkan apa yang diperlukan ialah pembangunan dan kesaksamaan yang kekal dan menyeluruh dalam jangka panjang.
Pembangunan dan kesaksamaan juga kepada golongan pertengahan rakyat Malaysia yang merupakan penyumbang besar kepada percukaian negara. Golongan sederhana ini juga telah lebih awal berkorban... namun tidak dapat BRIM. Jika pembangunan jangka panjang berbentuk menyeluruh dilakukan semua golongan akan mendapat manfaatnya tidak kira golongan miskin, sederhana atau kaya. Mereka akan mendapat manfaat jika mereka berusaha. Kalau malas belajar dan berkerja, patut sangatlah tinggal bawah jambatan.
Pemberian BRIM yang diberhentikan, duitnya boleh disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak sahaja (yang saya percaya hanyalah sedikit sahaja bilangannya, contohnya orang cacat dan fakir miskin). Jangan pula pemberian sampai ke rumah yang ada Astro. He he he.
Perbelanjaan pembangunan jangka panjang adalah lebih perlu. Memajukan kawasan luar bandar adalah lebih perlu. Kemajuan pendidikan (rohani dan jasmani) di luar bandar adalah lebih tersangat perlu... Ini untuk kesejahteraan ekonomi jangka panjang. Namun dapatkah duit dari GST nanti dan penurunan subsidi petrol tersebut boleh digunakan untuk projek pembangunan jangka panjang jika pemberian BRIM berterusan dan semakin bertambah? Haaa...
Dan pemberian BRIM ini pula melibatkan berbilion ringgit. Saya ulangi berbiliong.
Kita tolak pasal duit. Katalah kita mempunyai rezab bank yang banyak. Adakah kita bijak dengan memberikan ikan...?
Tentulah jauh lebih baik mengajar mereka cara-cara membina kolan ikan, memilih ikan yang sesuai dan cara-cara menjaga ikan...bla-bla bla...
Saya berselfi di kolam ikan ayah |
Ayah saya, adik perempuan saya dan dua anak saudara saya. |
Kisah saya dengan 6 helai tuala...
Saya terus melenggang membawa enam helai tuala tersebut ke kaunter. Gembira sangat sebab tuala-tuala mahal ini diberi diskaun yang sangat bagus. 70%!.
Sebenarnya telah sejam lebih saya belek-belek tuala tersebut satu persatu. Tuala yang mahal memang lain mutu kainnya. Begitu juga warnanya. Lain sangat.
Sebenarnya telah sejam lebih saya belek-belek tuala tersebut satu persatu. Tuala yang mahal memang lain mutu kainnya. Begitu juga warnanya. Lain sangat.
"Saya tinggalkan dulu tuala ni di sini yea, saya nak cari baju pula..." Beritahu saya kepada penguanter tersebut sambil tersenyum. Dia kelihatan pelik. Tetapi tidaklah pelik bagi saya sebab tak kan laaa saya nak mengusung enam helai tuala tu ke hulu-hilir. Saya nak cari baju pula.
Antara tuala yang saya telah guna... |
Saya suka tuala. Sebenarnya di rumah saya sudah ada banyak tuala, Dan tentulah ada tuala yang saya masih tidak guna, saya simpan dalam bekas plastik Toyogo. Saya susun rapi. Tiga minggu lepas saya berikan dua helai tuala kepada emak saya dan menyuruh emak berikan satu pada ayah.
"Tuala tu mahal mak...RM50 lebih satu..." Kata saya kepada emak tanpa ada niat tersembunyi. Memang tuala itu mahal....
Selepas meletakan enam tuala tersebut di kaunter saya terus ke bahagian baju. Agak sukar untuk saya cari baju saiz XL. Tidak semua saiz XL adalah besar. Ada yang masih kecil untuk saya, Huh!
Saya mencuba satu baju yang sangat saya suka di bilik persalinan cuba baju. Tetapi baju yang cantik tersebut terlalu kecil melekap, menampakan payudara saya. Malah nampak juga putting saya. Saya kecewa.
Kalau muda dan perut tak boroi bolehlah... tentu Nampak seksi dan mengundang. Tetapi sebab saya tua dan badan pun dah melebar, ia nampak hodoh sangat. Saya rasa sangat sedih sebab dunia ini begitu menjengkelkan. Dunia ini tidak menyokong saya.
Masa saya muda ada badan cantik, bila tengok baju lawa tak dapat beli sebab duit pulak tak ada. Kini bila duit ada, badan pulak melabuh. Kerana putus asa, saya hanya sambar sehelai baju yang kedua saya suka dan menunju kaunter.
Saya letak la baju tersebut bersama dengan tuala-tuala saya tadi. Budak perempuan itu pun mula mengira barangan itu dengan menggunakan mesen penyeka harga.
"Sekian bla-bla-bla harganya" Kata gadis kaunter tersebut.
Apabila saya mendengar jumlah harga tersebut, saya terperanjat. Mak oi mahalnya!. Bagaimana boleh sebegitu mahal sedangkan ianya telah didiskaunkan. Mesti ada yang tak kena ni...
"Eh saya beli tuala tu semuanya ada potongan, yang tertulis di rak tuala..." Kata saya dengan perlahan sebab ramai pelangan berdekatan. Saya lihat muka penguanter tersebut diam serius saja. Saya jadi gelabah.
"Saya ada tanya pekerja di bahagian tuala tersebut yang tuala tu memang semuanya berdiskaun." Kata saya lagi sambil tangan saya menunjukan arah bahagian tuala. Kali ini saya memang berdebar. Tetapi saya kaver.
"Mungkin awak tak tahu tuala ni berdiskaun. Atau tak masuk lagi harga baru di komputer" Kata saya, seolah tahu sangat dengan pengurusan harga di kedai tersebut. He he he.
Gadis di kaunter tersebut memanggil pekerja di bahagian tuala dan datang ke kuantar. Gadis tersebut memeriksa tuala saya...
"Semua tuala ni tak ada diskaun" katanya. Dan gadis tersebut beritahu mungkin saya telah tersalah rak.
"Maafkan saya, boleh tak padamkan pembelian saya di komputer tu. Saya tak nak belilah. Mahal" Beritahu saya jujur. Saya buat-buat muka sedih dan bersalah...Tapi tuhan sajalah tahu sebab ada pelanggan lain yang melihat drama sebabak saya.
"Tak apalah encik, no hal" Kata pekerja wanita itu tersebut ketawa kecil tidak seperti pekerja kaunter yang serius giler. Kalau saya taukeh memang saya pecat dah dia...
Sebenarnya pekerja di bahagian tuala tersebut memang kenal saya sebab minggu sebelumnya saya juga datang ke kedai tersebut. Berjam-jam saya memilih tuala. Memang minggu lepas saya juga telah membeli enam helai tuala...he he he. Cuma masa tu diskaun 50% jea.
Rupa-rupanya diskaun 70% tu untuk jenis kain tuala yang saya telah beli minggu lepas! Saya rugi 20% la kan...
Sebenarnya pekerja di bahagian tuala tersebut memang kenal saya sebab minggu sebelumnya saya juga datang ke kedai tersebut. Berjam-jam saya memilih tuala. Memang minggu lepas saya juga telah membeli enam helai tuala...he he he. Cuma masa tu diskaun 50% jea.
Rupa-rupanya diskaun 70% tu untuk jenis kain tuala yang saya telah beli minggu lepas! Saya rugi 20% la kan...
Wednesday, October 8, 2014
Minyak naik 20 sen, mereka naik minyak...
Saya merasa rungsing apabila minyak naik 20 sen. Kerungsingan saya bukanlah kepada kesan kenaikan harga bahan asas kepada kenaikan harga barang-barang dan perkhidmatan lain. [Namun dalam bahasa ekonomi, petrol tersebut bukannya naik harga tetapi hanya sejumlah subsidi ditarik balik. Betullah apa orang politik beritahu tu dari segi bahasa ekonominya].
Dalam ilmu ekonomi, banyak perkara yang pelik...(mungkin sebab tu la ramai yang tak lulus kot, he he he). Mengikut ilmu ekonomi apabila harga petrol naik maka permintaan keseluruhan untuk kereta akan turun. Ini tidak pelik kerana dengan otak yang ada kita boleh fikir orang tak akan beli kereta kerana kereta itu memerlukan petrol. Mereka (petrol dan kereta) adalah barang yang digunakan bersama untuk melengkapkan fungsi (complements good). Fungsi kereta tu la.
Dan kalau kita buat graf hubungan antara harga petrol dan permintaan kereta, ia akan berkadar songsang (bukan hubungan songsang yea...). Lihat gambarajah di bawah yang bertajuk "Relationshop between two close complements" belah kiri.
Lihat pada paksi menegak price of Good Y (harga petrol), bila harga naik dari P1 ke P2, kita lihat pula paksi horizontal (kuantiti kereta diminta) berubah dari Q1 ke Q2. Dapat la kita buat garis untuk gambarkan kelakuan Demand for good X. Kesimpulannya bila harga minyak petrol kohor naik, permintaan kereta kohor kurang. [kohor = semakin].
(Fuh! Macam mengajar ekonomi pulak).
Namun realitinya lain. Kalau kita menoleh ke belakang pada sejarah kenaikan harga petrol Malasyia, semenjak harga petrol naik (subsidi ditarik balik) permintaan untuk kereta terus meningkat! Selamat datang ke planet bumi...
Tension laaa keluk-keluk ni... Kita `stop' sini.
Dan kalau kita buat graf hubungan antara harga petrol dan permintaan kereta, ia akan berkadar songsang (bukan hubungan songsang yea...). Lihat gambarajah di bawah yang bertajuk "Relationshop between two close complements" belah kiri.
Lihat pada paksi menegak price of Good Y (harga petrol), bila harga naik dari P1 ke P2, kita lihat pula paksi horizontal (kuantiti kereta diminta) berubah dari Q1 ke Q2. Dapat la kita buat garis untuk gambarkan kelakuan Demand for good X. Kesimpulannya bila harga minyak petrol kohor naik, permintaan kereta kohor kurang. [kohor = semakin].
(Fuh! Macam mengajar ekonomi pulak).
Namun realitinya lain. Kalau kita menoleh ke belakang pada sejarah kenaikan harga petrol Malasyia, semenjak harga petrol naik (subsidi ditarik balik) permintaan untuk kereta terus meningkat! Selamat datang ke planet bumi...
Tension laaa keluk-keluk ni... Kita `stop' sini.
Kembali kepada perkara yang mahu saya tulis... Kerungsingan saya adalah menjurus kepada sekelompok masyarakat yang tidak mahu merubah cara hidup mereka (akibat dari perubahan yang telah berlaku pada harga minyak). Maksud saya lagi adalah menjurus kepada golongan yang sebenarnya boleh dan mampu melakukan penjimatan tidak banyak pun sedikit. Namun mereka ini tidak melakukannya selain mengembar-gemburkan kepayahan yang akan diterima akibat kenaikan harga minyak tersebut.
Golongan tersebut adalah golongan pertengahan, yang bukan miskin. Miskin di sini saya maksudkan isirumah yang pendapatan bulanannya tidak mencukupi untuk mendapatkan perlindungan (tempat tinggal), makanan, pakaian dan Astro. Astro? Acah ajea. He he he.
Kita tolak ke tepi pasal kenaikan harga minyak... Kita tumpu kepada kelakuan dan tabiat diri kita. Pejam mata dan tanya pada diri kita `Adakah aku ni seorang yang berjimat-cermat?". Ada tak aku buat kerja sambilan lain agar duit masyuk.
Jawablah dengan jujur...
"Nak jimat tang mana lagi Mang oi..!" Jawab kawan saya sambil menjentik rokoknya agar abu rokok singgah betul-betul di ekteray.
"Semua barang-barang mahal..." Kata kawan saya lagi yang baru sahaja oder Tupperware dari saya, He he he. Saya dealerlah pulak sekarang, jangan tak tahu.
"Tak dapatlah saya ke luar negara, saya kena jimat sebab minyak naik. Dah lama saya bercadang nak ke US, teruk betul kerajaan. Kesian kami sekeluarga". Kata kawan saya dalam wasapnya. Setahu saya dia sekeluarga baru balik dari Bijing!
Pelik kan? Orang yang tidak berjimat (yang sebenarnya boleh berjimat) inilah yang kononnya tiba-tiba menjadi juara untuk mewakili orang miskin, dan juga merasakan diri mereka sangat tertekan.
Dan mungkin pada masa yang sama golongan miskin telah melakukan penjimatan sebaik mungkin berbanding dengan golongan berpendapatan sederhana ini. Tetapi mereka diam sahaja.
Selamat datang ke planet bumi...
Add caption |
Apa yea tindakan yang pembaca blog saya ini lakukan sempena penurunan harga subsidi minyak? Atau tidak ubah apa-apa pun? Haa...
Terima kasih kucing
Buka pintu terus kucing datang |
Balik daripada bercuti, saya lihat ada kucing beranak. Saya terus ke Tunas Manja untuk mencari makanan bagi bayi kucing. Saya beli Fringkes. Memang mahal sikit, tapi tak apalah sebab Fringkes ada makanan khas untuk bayi kucing.
Namun biasanya saya beli yang berkati tak berjenama... Murah. He he he.
Sebenarnya kucing-kucing ini hidup liar dibelakang rumah saya (rumah teres).
Saya letak anak kucing di dalam bilik bacaan saya. Ya allah bisingnya. Saya juga beri nasi goreng dan susu kepada ibunya. Saya lihat kopek ibu kucing kendur dan kecut. Mungkin sebab asyik memberi susu.
Saya tidak suka kucing. Namun saya rasa bertanggungjawab untuk memeliharanya sekejap. Kucing-kucing ini akan menerpa apabila saya buka pintu dapur di belakang rumah saya.
Saya lihat kucing-kucing ini berkelompok hidupnya tidak seperti saya, sorang diri...
Kadang-kadang bila tak ada makanan dan saya malas nak keluar, saya goring keropok untuk kucing-kucing ini sambil berleter panjang.
Bila saya rasa sunyi, sayu dan rindu...saya akan bercakap-cakap dengan kucing-kucing ini. Saya beritahu mereka apa agaknya salah saya sehingga saya dikhianati. Saya beritahu kucing-kucing tersebut saya ini insan yang baik, walaupun saya gemuk tapi penuh kasih sayang... Saya juga beritahu kucing-kucing tersebut tak apalah nasib saya di dunia begini. Saya tak apa belaka. saya redha. Saya beritahu kucing-kucing tersebut mungkin kita akan jumpa lagi di akhirat...maksud saya syurga.
Saya juga beritahu kucing-kucing tersebut akan sumpahan saya pada setiap matahari terbit!
Bila saya bercakap, kucing-kucing itu memandang saya. Ada yang sayu, ada yang hairan dan ada yang rasa pelik dan tak setuju. Rujuk gambar di atas.
"Walau bagaimanapun, terima kasih kucing kerana menemani aku dalam perjalanan ini. Perjalanan ini tidaklah sehebat mana kerana aku orang biasa..."
Saya sudah mula tidak memerlukan cahaya yang terang...
Sampai bilakah saya berterusan menonton wayang? Bilakah saya mahu berhenti tengok wayang? Wajarkah saya masih tengok wayang apabila berumur 60 tahun? Pada umur berapakah dan atas sebab apakah saya akan berhenti tengok wayang nanti yea?
Di atas adalah beberapa persoalan yang datang semasa saya membeli tiket wayang...Emmm.
Dan last sekali timbul persoalan, mengapakah pulak saya mesti berhenti tengok wayang? Haaa
Tahun depan saya berumur 45 tahun. Ya allah masa benar-benar begitu pantas sekali. Lebih kurang lima tahun lagi umur saya 50! Walaupun uban di kepala telah mulai muncul satu persatu, tetapi saya tak gaya pun 40 tahun... He he
Di atas adalah beberapa persoalan yang datang semasa saya membeli tiket wayang...Emmm.
Dan last sekali timbul persoalan, mengapakah pulak saya mesti berhenti tengok wayang? Haaa
Muka saya setelah dapat tiket wayang...(selfi) |
Saya tidak selesa menjadi tua kerana ia membataskan saya dari segi fizikal dan spiritual. Namun saya tidak boleh halang proses penuaan. Saya bukan Nasir Wahab!
Yang saya pasti (dari pembacaan) setiap manusia harus positif dalam serba serbi terutama apabila melalui proses penuaan. Kita mesti beranggapan apabila berfikiran positif ia akan memberi kesan ke atas kehidupan yang positif.
Dan alhamdulilah saya masih lagi berjiwa muda... (kadang-kadang jiwa kemudaan itulah mengerikan He he he).
Saya masih lagi mandi hujan sambil berbaring atas rumput di laman rumah tanpa sedikit pun takut pada anggapan jiran-jiran. Suka masih suka pakai Tshirt yang mempunyai imej yang segar, dan jeans walaupun perut saya boroi. Rujuk gambar di bawah:
Saya masih lagi suka mengayakan pelbagai jenis rambut di kepala. Baca majalah Gila-Gila setiap bulan.
Saya masih lagi tertarik kepada ice cream dan belon...he he he. Ya, saya masih lagi ke panggung wayang! Dan selfie sana sini. He he he.
Dan alhamdulilah saya masih lagi berjiwa muda... (kadang-kadang jiwa kemudaan itulah mengerikan He he he).
Saya masih lagi mandi hujan sambil berbaring atas rumput di laman rumah tanpa sedikit pun takut pada anggapan jiran-jiran. Suka masih suka pakai Tshirt yang mempunyai imej yang segar, dan jeans walaupun perut saya boroi. Rujuk gambar di bawah:
Tshirt yang tidak melambangkan budaya |
Saya masih lagi suka mengayakan pelbagai jenis rambut di kepala. Baca majalah Gila-Gila setiap bulan.
Saya masih lagi tertarik kepada ice cream dan belon...he he he. Ya, saya masih lagi ke panggung wayang! Dan selfie sana sini. He he he.
Saya dan belon |
Cuma kadang-kadang saya rasa lenguh bila panjat tangga ke pejabat. Saya juga cepat letih dan mengantuk. Adakah ini satu proses ketuaan? Atau kerana saya gemuk dan dah lama tidak keliling tasik. Sejak Nora tiada, saya tidak lagi mengelilingi tasik university.
Dua tiga hari ini saya merasakan lampu yang terpasang terlalu terang...menyukarkan saya tidur. Sehingga membuatkan mata saya tidak selesa. Dan dua tiga hari ini saya lebih suka tidur dengan cahaya yang samar-samar... Kenapa yea? Ada dua sebab, sebab pertama saya semakin romantik kot? dan sebab kedua mata saya sudah tidak dapat berkerjasama dengan cahaya yang terang atau dengan kata lain mata saya semakin tua...
Saya rasa mungkin sebab yang ke dua ...kot?
Emmm...he he
Saya harap, tidak banyak kemudaan saya ditelan masa. Sebenarnya kita sendiri mendefinasikan tua sebagai negative. Contohnya sakit, cepat letih dan hilang daya penaik. Saya berharap pembaca blog saya sentiasa bersemangat dan melalui tahun-demi tahun dengan positif.
Tiada sesiapa yang boleh buat kita rasa tua, kecuali kita...
Tuesday, October 7, 2014
Apalah hebatnya pada sebuah penipuan...?
Ada ke manusia di atas muka bumi ini yang tidak pernah ditipu dan menipu? Kalau ada tentu dia sebenarnya manusia yang terlalu cerdik atau hanya bernasib baik?. Atau dia bukan manusia...(dari planet lain). Haaa...
Payah untuk mencari manusia yang tidak menipu dan ditipu. Saya pernah ditipu, dan juga menipu. Cuma saya tidaklah pula saya menipu perkara besar sehingga seseorang itu mengalami kerugian atau patah hati. Tidak sampai begitu sekali. Tidak sesekali.
Minggu lepas seorang kawan beritahu dia ditipu sejumlah keseluruhan lebih kurang RM15K. Saya tidak terkejut sebab kawan saya itu baik hati. Tengok muka pun dah tahu sepsis naif. Mungkin sebab itu kot orang ambil kesempatan...He he he, sedap jea saya buat kesimpulan kan? Ampun...
Sebenarnya kita tidak tahu kita ditipu sehinggalah kita tahu kita ditipu (pelik ayat ni...). Tak ada magik untuk mengesan orang itu sebenarnya sedang menipu kita, Tidak kira kita belajar tinggi mana pun, memiliki PHD dan jadi professor. Kita memang tidak terhindar dari kena tipu. Orang yang menipu professor itu mungkin SPM pun gagal. Mungkin kan? He.
Kebetulan saya ada kenal rapat dengan seorang professor. Dia pun kena tipu...he he he. Masa dia buat PHD di luar negara, suami dia buat `PHD' di dalam negara. He he he. Akhirnya mereka bercerai berai. Kebenaran tidak boleh ditutup...
Haaa...tetapi orang terus menipu!
Tetapi ini bukan pasal kisah professor yang ditipu suaminya. [Orang lelaki/suami kuat menipu kot? Tapi orang perempuan pun lagilah pandai menipu dengan gaya ayu dan lawanya? Atau orang lelaki memang bodoh senang ditipu perempuan? Kita tinggalkan hal ini...sebab topiknya bukan penipuan dalam rumahtangga.]
Saya tanya kawan saya adakah dia masih lagi berkawan dengan kawan-kawan yang tergamak menipunya? Dia beritahu setelah dia ditipu, kawan-kawan dia tinggalkan dia. Maksud saya senyap gitu jea. Dah tak jadi kawan dah, tak kontek dah.
Maknanya kawan saya telah kehilangan kawan yang kawan saya beri hutang tersebut. Emmm. Harga penipuan itu rupanya sebuah persahabatan yang telah lama terjalin...
Tetapi orang terus menipu kan...
Abang Jan: saya pasti mereka yang pernah menipu saya itu tak ke mana juga akhirnya...Ha ha ha (ketawa dengan gaya jahat...he he he)
Annabelle (2014)
Indah khabar daripada rupa, itulah komen saya mengenai filem ini. Saya merasa hampa apabila menonton filem Annabelle (2014). Ceritanya tidak menyeramkan berbanding dengan The Counjering (2013). Mungkin saya sudah terpengaruh dengan cerita The Counjering, dan James Wan, saya mahu lebih.
Cerita ini memang bukan arahan James, mungkin sebab itu ia tidak menyeronokan (menyeramkan maksud saya).
Pengarah: John R. Leonetti, Penulis skrip :Gary Dauberman |
Filem ini berkisarkan kisah sepasang suami isteri yang baru mendirikan rumahtangga. Si isteri seorang surirumahtangga berbadan dua. Si isteri suka akan anak-anak patung dan mempunyai banyak koleksi yang diletakan di sebuah bilik khas. Dan suaminya menghadiahkan anak patung (Annabelle). Sebenarnya anak patung ini nak dihadiahkan selepas bayi dilahirkan...tetapi suami terpaksa beri awal sebab mahu memujuk isterinya. He he he.
Dalam satu kejadian kemalangan di sebelah rumahnya, rumah mereka dicerobohi pemuja syaitan dan menikam si isteri. Mereka pindah rumah. Kandungannya selamat tetapi kena banyak berehat. Si isteri suka menjahit. Asyik menjahit dan tengok tv jea kerjanya.
Dan anak patung inilah kemudiannya membuat onar...
Ward
Horton (sebagai Jhon) and Annabelle Wallis (sebagai Mia)
|
Saya tidak menyukai lakonan suami isteri tersebut. Lakonannya mereka tidak meninggalkan kesan. Lakonan Annabelle Wallis sebagai Mia tidak sehebat lakonan Lily Taylor dalam filem The Counjering. Jauh sangat la kalau nak banding... Lakonan Lily Taylor saya beri 5 bintang. Begitu juga lakonan beliau dalam The Haunting (1999) saya beri 5 bintang juga. Tetapi filem The Haunting tu saya beri 2.5 bintang jea, he he he.
Tetapi wajah Annabelle jauh lebih cantik dari Lily Taylor. Mungkin sindrom orang cantik tak pandai berlakon juga ada di barat, bukan di Malaysia sahaja. Begitu juga rujuk lakonan suaminya yang kaku macam kayu. Pelakon kayu ada juga di Holywood rupanya. Untuk lakonan suaminya, dia berhutang 5 bintang dengan saya, he he he.
Saya bukanlah pandai mengkaji filem. Maka aspek lakonan adalah paling saya utamakan.
Annabelle ini bukanlah hantu, ia digunakan oleh iblis untuk membuat kecoh. Antaranya ialah beralih tempat, menulis dan mengeluarkan bunyi yang aneh. Dalam filem ini ada ditunjukan wajah iblis tersebut.
Ada la juga adegan yang mengejutkan...tetapi yang lebih utama adalah menyeramkan bukan mengejutkan...
sekian...
Thursday, October 2, 2014
Minyak naik 20 sen dan puding roti
Saya dan belon |
Semalam ketika saya sibuk mencari resipi cara nak buat puding roti paling senang di internat, kawan saya wasap beritahu petrol naik 20 sen. Saya tidak terkejut. Saya biasa-biasa sahaja.
Saya tidak terkejut, bukannya kerana saya ada banyak duit tetapi dasar rasionalisasi subsidi memang mahu memperhaluskan pemberian subsidi. Ini sebagai salah satu langkah untuk menwujudkan negara maju. Di negara maju mana ada galak mereka memberi subsidi. Awak kena belajar rajin-rajin dan kerja kuat kalau tidak merempatlah awak.
Di tempat kita, rumah bagai hotel. Jadi tempat makan dan tidor anak belia yang tidak ada kerja. Ya, mereka boleh hidup. Ala...bila nak kawin nanti baru cari kerja. Haaa...
Pun begitu di negara kita subsidi dalam bentuk dan kaedah lain tidaklah dihapuskan terus. masih ramai lagi warganegara yang berpendapatan rendah.
Sebenarnya saya mahu buat pudding roti supaya kawan-kawan saya gemuk. Saya akan bubuh tepung kastad banyak-banyak. He he he. Bila kawan saya gemuk, saya akan kelihatan kurus bila berjalan dengan mereka.... Ha ha ha. (gurau jea, saja saya cuba nak buat, nak belajar).
Abang Jan: Ha ha ha...
Resepi Puding Roti
6 keping roti
gardenia ( apa2 roti pun boleh, yang murah pun ok juga )
2 biji telur
1 1/4 cawan susu cair
1 sudu makan butter
3 sudu makan gula
2 biji telur
1 1/4 cawan susu cair
1 sudu makan butter
3 sudu makan gula
sedikit kismis
1/2 makan essen vanilla
1/2 makan essen vanilla
Cara penyediaan….
Koyakan roti segeram geramnya bak mengoyak-ngoyak surat-surat cinta kekasih yang tak tahu diuntung!. Kemudian kacau sebati
telur, esen vanilla, gula dan susu cair. Campur sedikit tepung kastad.
Roti yang terkoyak rabak kemudiannya disusun dalam acuan pembakar. Kemudian tuang adunan susu tadi ke dalam roti yang telah disusun. Tabur la kismis dan butter ke dalam adunan roti tadi. Bakar dalam oven pada suhu 160 darjah selama 30 minit…
SELAMAT MENCUBA TAMBAH BERAT BADAN ANDA, HA HA HA
Never apart
"Masa terus berganti, tahun demi tahun telah berlalu. Saya tidak tahu bagaimana rasa hidup saya kalau tidak mengingatinya...kerana pada hari dia tiada, tiada sehari yang berlalu tanpanya..."
-Abang Jan
Wednesday, October 1, 2014
Semua orang sibuk tetapi anak-anak harus diberikan masa
Zaman kanak-kanak adalah antara zaman keriangan. Zaman di mana kita tidak dibebani dengan tekanan dan keperluan kehidupan orang dewasa. Semua keperluan dan kehendak kita sebagai kanak-kanak cuba dipenuhi oleh ibu bapa kita, secara kadar mereka.
Namun bukan semua di antara kita bernasib baik. Ada antaranya mengalami zaman kanak-kanak yang susah dan menyedihkan. Namun dalam beberapa kes merekalah pula yang muncul sebagai manusia berjaya dan berguna.
Tidak ada masa untuk keluarga juga bermakna kita tidak ada masa untuk anak-anak kita. Bila balik kerja letih, kita jadi pemarah... Kita marah kepada anak-anak kita yang tidak memahami kita letih... Pelik kan? Kita nak anak-anak kita yang masih lagi `budak-budak" memahami kita. Pelik kan? (sekali lagi buat-buat Tanya...hehehe)
Maka tidak banyaklah pengalaman manis mereka tercipta dengan kita. Tidak banyak kasih sayang yang terjalin antara kita.
Dan kita sebenarnyalah yang melukis kanvas kelabu anak-anak kita... Dan percayalah kita akan `terhukum' apabila mereka sudah dewasa...
Adakah biawak itu yang bersalah?
Saya terkejut beruk apabila seorang kawan saya beritahu satu kejadian yang menimpanya semasa melintas satu kawasan tadika. Cerita ini baru berlaku.
Kawan saya memberitahu sedang dia memandu tiba-tiba seorang budak tadika melintas laju ke seberang jalan. Nasib baiklah kawan saya ini sempat break kecemasan. Kalau tidak memang terlanggar...
Persoalannya mengapa budak sekecil itu berani melintas jalan? Mengapa dan mengapa?
Rupanya mak bapak budak tu ada di seberang jalan menunggu anak mereka! Ya allah anak sekecil tu dibiarkan melintas jalan sendirian. Tergamak betul. Senang ke nak dapat anak?
Saya rasa ibubapa jenis ini ambil mudah sahaja pasal keselamatan anak-anak. Mungkin dari kecil sudah dibiasakan tanpa pengawasan mereka.
"Kita ni anak-anak kecil jangan `lepas dari mata'. Kita kena perhati selalu" Kata saya seolah ada ramai anak dan seolah berkahwin dan menjadi bapa yang bertanggungjawab.
"Nama lagi budak-budak, sebab itu kita kena pantau...". Saya menambah.
Pada masa tersebutlah saya teringat pasal seorang bayi yang dilarikan oleh biawak. Dalam kes ini pastilah ada pihak yang bersalah. Bohonglah kalau tidak ada pihak yang bersalah sebab perkara boleh dielak.
Adakah biawak yang bersalah? Adakah bayi itu yang bersalah? dan adakah ibubapanya yang bersalah?
Dan bagi saya pihak yang bersalah patutlah dihukum supaya ia membawa pengajaran kepada orang lain supaya jangan tahu beranak jea. Saya tidak fikir tiada pihak yang bersalah. Mesti ada. Memelihara anak ini memanglah memerlukan tenaga dan fikiran. Kalau tak jangan kawin!
Abang Jan: Saya hanya mewakili anak-anak terbiar dan tidak cukup pengawasan...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kadang-kadang
Home
Labels
- 1000 MAWAR (47)
- Alahai... (25)
- Alam buku (31)
- Berangan... (11)
- Buku untuk dijual (12)
- Catatan peribadi... (43)
- dari skrin... (28)
- FILEM (35)
- Kawan... (35)
- Kebahagian (2)
- Kesihatan (49)
- kewangan (68)
- Kuantan (4)
- Lirik pilihan... (29)
- Mankisue... (15)
- Menyolo... (19)
- NUKILAN RASA (6)
- PENDIDIKAN (19)
- PML (11)
- POLITIK (3)
- Politikus (18)
- PUISI (13)
- Rumahtangga (53)
- SHARIFAH AINI (64)
- Sikap dan sifat (16)
- Untuk dijual (6)