Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa Ramadhan 2014 kepada pengunjung blog. Semuga kamu semua berbahagia selalu dalam menghadapi Ramadhan...
Salam...
"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."
Total Pageviews
Followers
Sunday, June 29, 2014
Friday, June 27, 2014
DPL: Di mana kepak saya...?
Semester sudah memasuki minggu ke empat. Saya semakin sibuk. Dan kesibukan itu adalah rutin hidup saya seorang yang bergelar pensyarah... Saya dibayar gaji untuk sibuk. He he he.
Minggu hadapan puasa. Jadi hari sabtu dan ahad terakhir sebelum ramadhan saya bercadang mahu ke Bandar Kuantan untuk berjalan-jalan keliling bandar. Saya suka melihat kedai-kedai. Saya suka ke Megamall dan apa saja tempat membeli belah.
Saya taklah membeli belah pun. Saja jalan-jalan.
Berjalan jalan seorang diri merentasi kehidupan di dunia ini sudah menjadi kebiasaan bagi saya...(sila baca dengan nada berbaur sedih, he he he).
Berjalan-jalan merupakan salah satu aktiviti yang saya lakukan, yang sangat menyeronokan saya. Ya lah tak kanlah saya 24 jam mahu membaca buku dan majalah...dan berkebun.
Minggu terakhir ini juga saya sudah tidak perlu menguruskan taman saya. Minggu lepas saya sudah uruskan dengan tekun. Sampai nak patah pinggang saya berkebun. Jadi di bulan puasa nanti saya rehat sahaja. Berkebun mungkin secara minima...
Beberapa minggu ini antara perkataan yang kerap muncul di mulut dan fikiran saya ialah `Kayangan'. Saya terbawa-bawa sehinggakan dalam tak sedar saya menyebut perkataan `kayangan' dengan penuh dramatik sekali. Ketika itu saya sedang memandu...
Delusikah saya?
Saya selalu bersikap positif. Sekurangnya saya mencuba. Saya bayangkan bahawa saya seorang kekasih dari kayangan yang tidak dihargai oleh manusia yang saya cintai. Manusia yang saya telah banyak berkorban. Maknanya saya rela meninggalkan dunia kayangan kerana rasa cinta. Turun menetap di bumi yang penuh dengan kesukaran dan kelemahan.
Namun subjek manusia itu sering menarik hati saya...
Tetapi dalam satu badan manusia itu ada seketul hati. Hati inilah yang akhirnya tidak menjadi bersih. Tamak, bodoh dan tidak setia. Rupanya kesetiaan tiada dalam kamus hidup manusia. Sudah hampir 450 tahun saya tinggal di bumi... saya tahu benar...
Mungkin manusia itu satu mahkluk yang tidak boleh dicintai kerana ia akan membawa risiko yang besar. Tetapi bila saya memikirkannya semula itulah beza antara bumi dan tempat tinggal asal saya. Kayangan.
Saya turun ke bumi kerana cinta. Terlalu indah sebuah percintaan. Buktinya saya merana dan merindui. Kalau saya kembali semula ke kayangan, saya akan terangkan di sana bagaimana saya boleh memiliki rasa cinta dan benci sekaligus. Aneh sungguh dunia.
Namun saya percaya mahkluk kayangan yang paling pintar pun tidak mampu memahaminya.
Saya juga akan menerangakan bahawa adakalanya kita tetap setia pada orang yang mencurangi kita... Tentu masyarakat kayangan akan mengatakan saya gila. Dan sebenarnya langkah saya untuk tinggal menetap di bumi kerana rasa kasih terhadap manusia itu pun sudah cukup gila bagi mereka...
Tetapi hakikatnya saya tidak dapat kembali kekayangan... Hakikat itu pahit namun saya redha.
Kerana rasa cinta yang pernah tumbuh ini membuatkan saya lupa di mana kepak saya berada... Rasa bahagia disayangi itu membuatkan ingatan terhadap kepak itu terhapus...
Monday, June 23, 2014
Kisah kayangan: Apabila lagenda menjadi mitos...
Kadang-kadang bila terlalu lama sebuah cerita ini menyusuri zaman, ia akan menjadi legenda dan akhirnya menjadi mitos dan tidak akan dipercayai oleh masyarakat seterusnya. Apatah lagi masyarakat bertunjangkan pemikiran moden bertiang serikan rasionalisasi dan FB. Tentulah hanya menganggap cerita yang luarbiasa adalah dogengan.
Cerita-cerita puteri kayangan yang turun ke bumi bukan suatu yang asing, malah cerita sebegini wujud di seluruh dunia dalam pelbagai bangsa dan budaya.
Sukar untuk saya mengakui wujudnya kayangan sebab ia macam cerita bghaib dan sakti. Lainlah kalau soal agama di mana saya dan kebanyakn kita akan percaya tanpa usul periksa walau betapa ghaibnya dan luarbiasanya sesuatu tersebut...(atas nama agama). Namun begitu nenek saya mempercayai wujudnya kayangan, dan katanya kerajaan-kerajaan di kayangan jatuh runtuh setelah kelahiran nabi Muhamad. Sebelum wujudnya alquran dan hadis.
Dulu saya percaya kata nenek, sekarang lain cerita. He
Dulu saya percaya kata nenek, sekarang lain cerita. He
Atau...saya suka mendengar cerita nenek sebab ia seolah escapism terhadap kehidupan saya yang setiap hari terpaksa menunggu bas ke sekolah, setiap hari dipaksa membuat latihan matematik.
Kali ini saya bawa kisah puteri kayangan yang suka bermain dan mandi-manda di sebuah tasik...di Pulau Lengkawi.
Mula cerita seperti biasa puteri-puteri mandi manda...
Puteri dari kayangan itu diceritakan akhirnya berkawin dengan seorang pemuda berketurunan raja. Pada mulanya puteri kayangan tersebut tidak mencintai pemuda tersebut. Pelbagai cara dilakukan oleh pemuda untuk menambat hati puteri kayangan tersebut termasuk menyanyi dan bersyair lagu segala. He he he. Skill zaman tu kot.
Saya pernah tengok kawan saya terkena penyakit GBSS (gila bayang syok sendiri), menyampah!. Lucu pun ada. Tapi lebih kepada meluat dan kesian.
Pemuda tak berapa tampan tersebut tidak berjaya menambat hati puteri dari kayangan namun dia tak putus asa. Pemuda tersebut akhirnya berjumpa dengan orang berilmu dan menuntut ilmu dan petua untuk membuatkan bila lihat muka terus jadi jatuh hati... jadi bila lihat muka pemuda tersebut terus puteri kayangan pula jatuh hati...gitulah ceritanya.
Mereka berkawin, gembira, buat seks dan akhirnya beranak... Lagipun pada masa tersebut manalah ada hiburan. Isterilah satu-satunya hiburan yang halal bagi si suami. Mungkin sebab itu kot ahli agama banyak bini... sebab hiburan mereka bukannya nak tengok Fomula One, berjaga tengok bola, dan sebagainya... he he.
Kembali kepada kisah posting... Anak mereka mati pada hari yang ketujuh dilahirkan. Mati dek penyakit misteri. Mungkin misteri la pada masa tu sebab dunia perubatan tidak seperti sekarang. Tuan puteri kayangan merasa hiba dan mengembumikan anaknya di tasik tersebut. Tasik yang akhirnya menjadi keramat kononnya bila kita mandul akan dapat anak bila meminum airnya...
Dikatakan puteri kayangan itu akhirnya menyedari perkahwinannya dibina atas tipu muslihat dan ianya adalah satu kesilapan. Beliau terus terbang kembali ke kayangan kembali. Bawak hati yang hancur luluh...
Banyak versi tentang endingnya, sebab cerita ini terlalu lama. Ada versi yang menyatakan tuan puteri tersebut tidak pulang ke kayangan tetapi bersedihan di bumi kerana dahlah anak mati suaminyapula melanggar janji dan sumpah. Bila langar janji dan sumpah suaminya tidak dapat melihatnya lagi di alam nyata. Kiranya suaminya tak perasan walaupun puteri kayangan ada di hadapannya. Kira alam lain la...
Dan suaminya juga bersedih dan insaf kerana melanggar janji...
Sedih jugak cerita ni kan? Tak ada ke kisah kayangan yang happy ending?

Thursday, June 19, 2014
Kisah kayangan cikgu Abbas
Semasa di sekolah rendah cikgu-cikgu saya suka bercerita. Mungkin pada masa tersebut cikgu banyak masa dan tidak terkejar sana sini dengan silibus, kerja pentadbiran dan kurus-kursus yang tak habis-habis, he he he.
Cikgu Abbas bercerita mengenai 7 puteri kayangan yang turun ke bumi untuk mandi manda di sebuah sungai. Katanya puteri ini adik beradik dan sepupu sepapat. Dan mereka turun ke bumi tanpa lelaki. Tanpa pengawal peribadi dan sebagainya.
Gambar hanya hiasan, percayalah. |
Mereka mandi manda di sebuah sungai pada waktu subuh. Dan dipendekan cerita ada seorang pemuda yang ternampak. Maka pemuda tersebut menyembunyikan sepasang kepak dengan harapan akan ada seorang yang tertinggal untuk dibuat bini.
Dipendekan cerita lagi, berkawinlah pemuda tadi dengan orang kayangan tersebut. Dan tuan puteri itu telah jatuh kasih kepada pemuda tersebut tanpa sebab. Maksud saya apa laaa sangat pemuda tu ada? Saham? Kereta?. Pinggang mangkuk korel? Pasu? Haaa...
Mereka hidup gembira, buat seks dan dapat anak. Dipendekan cerita lagi apabila anaknya berumur lapan tahun ada satu kejadian yang berlaku...jeng jejeng. Dramatik betul!
Pada suatu hari bila suaminya pergi bekerja di hutan orang kayangan tersebut mengemas bangsal di belakang rumah dan terjumpa sepasang kepak yang disembunyikan.
(Pemuda tersebut tu pun satu, bakar atau tanamlah kepak tersebut habis cerita).
Apabila orang kayangan itu melihat kepaknya terus dia menangis mengingatkan adik beradik dan keluarganya yang lain...kehidupannya di kayangan.
Terus dia pakai kepak tersebut dan terbang ke kayangan, tidak kembali lagi ke bumi meninggalkan suaminya dan anaknya.
Suami dan anaknya berduka...
Apa moral cerita ini yea?...
Wednesday, June 18, 2014
Saya dari kayangan...?
" Abang adalah seorang abang, seorang pak saudara dan anak yang diturunkan dari kayangan..."
Abang Jan: Kadang-kadang saya juga syak saya dari kayangan...tapi mana kepak saya?
Hampir menitis air mata saya apabila menerima sms di atas. Rasa syahdu sangat... SMS ini saya terima daripada adik perempuan saya yang tinggal di Ulu Yam, Selangor...
Abang Jan: Kadang-kadang saya juga syak saya dari kayangan...tapi mana kepak saya?
Monday, June 16, 2014
Zaman sudah berubah, hati sepi boleh diminimakan...
Terima kasih kepada zaman sebab ia telah berubah. Dan terima kasih kepada manusia kerana telah merubah zaman. Dan sebenarnya berterima kasihlah pada tuhan...
Sejak dua minggu ini saya tidak berapa sihat. Saya habiskan banyak masa di katil dengan bersenangan dan bermewahan. Saya baca majalah yang saya suka, sambung baca novel yang terbengkalai dan kadang-kadang saya buat-buat geliat seksi di ranjang tersebut.
Zaman telah berubah, maka jika kita tinggal seorang tidaklah sesepi berbanding dengan beberapa kurun yang lalu. Abang atau kakak-kakak kita yang tidak kawin-kawin yang berada pada zaman dahulu lebih sepi hidupnya.
Zaman ini, ada sahaja perkara atau benda yang mahu dibuat/disudahkan. Ia membuatkan masa cepat berlalu.
Di atas tilam saya juga kekadang melayari internat. Banyak juga perkara yang boleh dilihat. Namun saya tidak amalkan selalu sebab takut habis kredit. He he he.
Saya tertanya juga pada masa atau zaman dahulu tentu sangat berlainan. Mereka yang tidak kawin tentu sangat sepi bila menjelang malam atau siang. Tidak ada banyak perkara yang boleh mereka lakukan... Tiada dvd, home teater, internate, novel dan majalah-majalah.
Saya rasa bersyukur sangat...(tuhan tidak ambil semua).
Saya tujukan penulisan ini kepada D,
Saya harap awak tidak sepi lagi...buatlah apa-apa yang boleh mengembirakan awak. Kalau awak taruhkan kegembiraan awak pada manusia, awak mungkin akan patah hati seperti saya... maksud saya awak mungkin kecewa...

Jangan selalu berkata sepi...ciptalah keriangan...
Keriangan itu mustahil boleh membunuh sepi secara total tetapi setidaknya mencipta keriangan di hati. Hidup ini adalah peperangan.
Berperanglah...
Bila kita sudah tidak berperang itu tandanya kita sudah mati...

Saya dan rumput
Percayalah saya, betapa cantik dan berseninya sebuah taman, ia tidak akan menjadi indah jika rumputnya terbiar dan melara...
Percayalah saya, tanamlah apa jua jenis rumput, yang paling penting adalah menjalankan proses penyelengaraannya. Bolehkah kita menjaganya?. Semua jenis rumput cantik dan tersendiri. Namun untuk mewujudkan rumput yang cantik...itu lain ceritanya.
Rumput yang baru dipotong |
Saya membayar sebanyak RM40 setiapkali rumput saya dipotong. Bila selesai dipotong ia akan kelihatan hodoh untuk beberapa hari sebelum akan jadi cantik beberapa hari kemudiannya.
Percayalah kalau pun halaman kita dipenuhi rumput semata, ia tetap cantik. Dan gaya minimalais tidaklah memerlukan banyak pokok lain. Cukup sekadar rumput yang terjaga memberi impak yang besar. Buat masa ini saya tidak gemar gaya minimalis.
Saya semakin letih menjaga taman saya ini. Saya kira saya tidak perlu menambah banyak lagi pokok. Cukuplah sekadar apa yang ada. Kalau tambah pun mungkin pokok Brazilian Ironwood dan pokok Manggis sepohon dua lagi. he.
Kelihatan anak saudara saya Monalito yang manja kededek... |
Ramai kawan saya gila rumput karpet. Sebenarnya saya juga suka rumput karpet tetapi saya sedar saya tidak dapat menjaganya... Sebab itulah saya pilih hanya rumput `kampung'. Yang tahan lasak dan jika tidak dipotong tidaklah terlalu menyakitkan mata.
Rumput karpet yang tidak terjaga bak perempuan terlebih selulit...jangan marah.
Contoh rumput karpet. |
Jangan sangka mudah untuk menjaga rumput. Ada yang ambil keputusan untuk mengkongkrit jea halaman yang ada.
Setakat ini saya masih galak menjaga laman rumah saya. Saya tahu di kawasan perumahan ini barangkali rumah sayalah yang paling tidak cantik sebab saya tidak renovek. Pintu pagar asal pun sudah senget sebelah.
Tetapi tentang taman saya, ia cerita lain...
Email dari TNB
19 May
Dear Sir/Madam,
Mohamad Sukiman bin Ishak
We are pleased to inform you that TNB is now updating your electricity
bill via email. Below are your latest bill information :
TNB account number : 04200068560101
Bill number : 22681310
Payment due date : 17.06.2014
Total payable amount : RM 31.45
Premise Address : NO 5, , LRG INDERA SEMPURNA 65, KM 14 JLN KTN - PEKAN, TMN INDERA SEMPURNA, 25150 KUANTAN, PAHANG
You can view current & past bills or unsubscribe to this e-mail billing
by simply login with e-Services at www.tnb.com.my.
Any payment shall be made at any authorized TNB payment channels. TNB
shall not be held liable for any payment made through any third party /
unauthorized channel. To view the complete list of our payment channels,
please visit www.tnb.com.my.
Dear valued customer, kindly be assured that your privacy is important
to TNB. View our Privacy Notice at www.tnb.com.my/pdpa for details.
Any enquiries on billing matters, please call/fax us at 1300-88-5454 or
email to tnbcareline@tnb.com.my or 'Chat With Us' via online webchat at
www.tnb.com.my (click 1300-88-5454).
Thank you.
Best regards,
TNB Email Billing
This is a system generated email; do not reply to this email.
This electronic mail content and any accompanying attachments ("the
Message") is intended for the addressee(s) only and may contain
information that is legally privileged and confidential. If you are not
the intended recipient, you are hereby notified that any dissemination,
distribution or copying of this communication and its contents is
strictly prohibited. If you have received this email in error, please
notify us immediately at any stipulated channels above and permanently
delete all copies of the Message. TNB disclaims all liability for any
error, loss or damage arising from the Message being infected by
computer virus or other malicious software.
********************************************************************************************
NOTIFICATION: Privileged/confidential information may be contained in this e-mail and any attachment(s). If you are not the intended recipient, any use of, reliance on, reference to, disclosure of, alteration to or copying of the information for any purpose is prohibited. Any information not related to TNB's official business is solely the author's and does not necessarily represent TNB's view and is not necessarily endorsed by TNB. TNB shall not be liable for any loss or damage caused by any illegal activities under the law and/or improper use of e-mail including but not limited to liability related to the content of the e-mail(including viruses and other malicious codes, harassment and defamation ) or related to its dissemination. TNB is not responsible for any unauthorised changes made to the information or for the effect of such changes.

Saya tidak suka tengok bola
Saya bukan penyukan. Sejak kecil saya tidak suka bersukan dan sangat membencii mata pelajaran jasmani. Saya juga turut membenci cikgu mata pelajaran jasmani kerana sering menyuruh saya main bola. Macamlah atas mukabomi ni tak ada permainan yang lain...
Sekarang musim bola, sana sini orang bercakap pasal bola. Wasap pun 24 jam cerita pasal bola. Saya tidak menyampuk sebab tidak minat. Namun saya dapati hampir 100% kawan-kawan di sekeliling minat tengok bola.
Saya pernah cuba paksa diri suapaya minat tengok bola. Perbuatan bodoh itu tidak berjaya juga. Saya mahu jadi normal macam manusia lain tetapi memang bola bukan untuk saya.
Saya tidak ada komen apa-apa kepada manusia yang suka tengok bola, itu kesukaan masing-masing. Namun sehingga ke hari ini kenapa penduduk dunia sangat suka lihat bola tetap menjadi tandatanya kepada saya.
Mungkin saya tidak perlu faham sebab manusia adalah aneh.
Sekian...
Awek berbola |
Saya faham kenapa orang suka melihat awek bola di atas...emmm
Impak babi dalam coklat Cabury
Semalam saya ke Tunas Manja semata-mata ingin membeli garam halus. Semasa beratur panjang menuju kaunter pembayaran, saya terpandang rak yang dipenuhi oleh pelbagai jenis coklat Cabury. Saya mengelamun sekejap...
Isu Cabury adalah isu penting bagi umat islam. Saya percaya sejahil mana umat islam mereka tidak mahu makan babi secara sengaja atau tidak sengaja. Walaupun mereka tidak sembahyang, tidak puasa, tidak keluar zakat, minum arak atau manusia jenis tidak menutup aurat, mereka tetap tidak sesekali menerima babi sebagai makanan.
Isu babi berbalam dengan serapan budaya Melayu-Islam. Mereka (orang Melayu) memandang babi bukan sahaja haram dari segi agama tetapi terlampau jijik dan hina.
Sekarang saya dapati ada kawan-kawan saya yang memang sudah tidak dapat lagi menerima `kehadiran' Cabury dalam hidup mereka. Mereka bercerai talak tiga. Mereka mempunyai alasan yang saya tidak mahu huraikan... Hati mereka telah `patah' hati.
Namun disebalik isu ini ada juga impak positif. Saya dapati kawan-kawan saya lebih peka terhadap apa barang makanan yang mereka beli. Termasuk barang makanan untuk anak-anak mereka. Ngeri apabila melihat anak-anak kita makan cekedis kan? Dan sekarang pelbagai cekedis melimpah di pasaran.
Setakat tanda logo halah, ia boleh dipalsukan. Dan atas alas an inilah ada kawan-kawan saya yang was-was terus menolaknya. Masyarakat kian peka. Malah baru-baru ini ketika saya mengoreng mee hun, ada juga kawan-kawan mahu tahu saya guna cap apa.
Alhamdulilah kepekaan ini muncul setelah mereka `pekak' suatu waktu dulu. Sebenarnya banyak lagi barang makanan yang dibuat oleh bumiputra islam (bumiputra tak semestinya islam). Makanan seperti pelbagai sos juga perlu diberi perhatian. Semakin dunia menuju kemodenan, seharuslah kita semakin khuatir dengan apa yang kita telan...
Sekian.
Friday, June 13, 2014
Rehat sekejap...(konon!)
Saya memandu dengan perasaan tidak menentu dek kerana rasa letih yang melampau. Jiwa dalam sedar saya berlagu sendu dan samar. Saya tidak berapa sedar... mungkin sebab saya minum banyak ubat batuk kerana terbatuk-batuk. Apa yang saya sedar, saya memotong banyak kereta... (secara bersungguh-sungguh).
Bahaya ubat batuk ini. Dia membuatkan kita mengantuk sambil memandu (atau memandu sambil mengantuk). Dan untuk menghilangkan mengantuk, kita akan memandu laju...Haaa...
Saya tiba di rumah 5 minit sebelum pukul 7 malam. Saya sangat letih, mahu tidur sekejap. Oh tuhan, sangat letih dan mengantuk. Semalam saya sudah ke klinik. Kata doktor saya diserang asma. Mengarut sungguh doktor tersebut. Mana saya ada asma, masa kanak-kanak adalah...Huh!
Saya CUMA tidak boleh bernafas dengan sejahtera...(walaupun lubang hidung saya luas)
Namun saya diam sahaja sebab dia doktor. Dia tentulah tahu banyak perkara mengenai kesihatan. Dia beritahu ada kalanya asma hilang sekejap masa remaja dan menjelma semula bila dewasa. Oooo gitu pulak. Sekejap ada, sekejap tak ada, ada balik.
Saya disuruh menyedut gas entah apa dengan satu alat yang menekup hidung... Dalam setengah jam juga saya menyedup entah apa gas tersebut... Saya ikut sahaja apa yang disuruh sebab dia doktor.
XXX
Dengan hanya beberapa urat benang, saya terlentang gaya bintang di sofa L saya. Tidur sekejap jea dalam 15 minit, selepas itu saya akan bangun. Bangun mandi dan sembahyang magrib.
Bila saya bangun jam sudah menunjukan pukul 8.15! Saya terlebih tidur. Saya ke pintu ruang tamu, menyelak langsir. Langit cerah!.
Rupanya saya bangun pada hari seterusnya! 8.15 pagi...
Thursday, June 12, 2014
Pesta Buku Antarabangsa 2014, hari ketiga: Nursuraya, bulan dan bintang
Hari ketiga ke pesta buku, bahu saya bertambah sakit. Namun ini saja peluang saya untuk membeli buku dengan harga yang agak murah (sebabnya saya masih lagi anggap buku-buku di Malaysia mahal). Selain harga murah, pilihan kita lebih berbagai sebab banyak gerai.
Saya semakin selesa meloloskan diri di celah orang ramai dan sudah tahu selok belok dan di mana gerai yang saya telah lalui.
Saya teruja apabila berjumpa Noorsuraya dan suaminya. Saya ada membaca novel beliau yang saya sifatkan mempunyai bahasa yang agak puistis dan berestatika. Saya tergamang tidak percaya yang saya berpeluang bergambar dengannya. Ini gambar dia haa...
Kelihatan saya terkedu dapat bergambar dengan Noorsuraya dan suaminya... |
Saya membeli beberapa buah novel beliau. Bagi saya novel beliau baik dari banyak segi. Saya akan membacanya bila lapang. Membaca novel yang baik adalah suatu kepuasan tetapi membaca novel yang teruk adalah suatu malapetaka besar. Sebabnya? Sebabnya kita telah membuang emas (masa).
Saya mendapat tandatangan, wah gembiranya... |
Kalau dikirakan hati mahu sahaja saya membeli banyak buku tetapi saya tidak ada budget yang banyak. Saya hanya memperuntukan RM500 sahaja untuk pesta buku kali ini. Dan biasanya saya tidak dapat berpegang kepada budget tersebut. Maksud saya pasti akan terlebih beli.
Membeli buku bukanlah suatu perbuatan yang membazir. Mungkin buku tersebut masih kita tidak sempat dibaca tetapi jika ada masa sesuai, kita boleh membacanya kemudian. Jika kita suka membaca buku, kita harus bersyukur kerana tidak semua manusia mendapat keistimewaan ini... Adanya.
Sekian, hari ke tiga...
XXX
Adat orang tidak berkawin bila berhadapan dengan reunion
"Saya sibuk, saya jarang balik kampung...Susah nak dapatkan cuti bila semester bermula... Kirim salam kat kawan-kawan" Itulah alasan tegar saya apabila terdengar ada ala-ala reunion akan diadakan oleh kawan-kawan.
Di FB pun saya terus tidak menyampuk apabila kawan-kawan nak diadakan reunion. Memang saya tidak akan pergi... Saya memang tidak pernah menghadirinya.
Saya bukan anti reunion, malah saya menyokongnya. Bagus berjumpa kawan-kawan lama untuk eratkan hubungan. Saya mahu juga berjumpa kawan-kawan yang saya lihat di FB sudah selebar pintu di FB. Yang dulu cantik sudah jadi sebaliknya, he he he. Namun keadaan tidak mengizinkan saya. Mungkin hal sebegitu bukan untuk saya kot selagi masyarakat tidak berubah.
Saya pernah dipujuk oleh kawan saya untuk menghadiri reunion tetapi saya menolak dengan baik. Saya harap dia tidak berkecil hati.
Saya kian menjadi lebih sensitive, sebab itulah saya lebih suka berkumpul dengan kawan-kawan yang selesa. Yang tidak bertanyakan status saya.
Saya manusia biasa... Saya ada hak untuk tidak ber`reunion'.

Tuesday, June 10, 2014
Satu kejadian dalam perkawinan: Sangat tidak pelik bagi saya...
"Sukar untuk seorang isteri membuat suami mereka HANYA akan sayang kepada mereka sahaja untuk SELAMAnya. Terutamanya yang sudah hilang `semangat cinta' dek sibuk dengan urusan rumahtangga. Percayalah saya..."
- Abang Jan, Jun 2014
DUA orang rakan pensyarah perempuan yang telah berkawin, dan beranak pinak datang bertandang ke bilik saya petang semalam. Kami berbual dan kemudiannya terkeluar topik suami kawin lagi. Kata mereka, mereka membacanya dari akhbar. Pasal tajuk `reunion musnahkan rumahtangga kami".
Saya menyatakan kepada mereka `orang perempuan semakin berumur semakin hodoh, dari bentuk fizikal sehinggalah kemulusan kulit. Tidak perlu awak semua nafikan. Terutama yang tidak menjaga atau membelai diri, cepatlah proses kehodohan itu berlaku. Kalau kita sentiasa menjaga kecantikan luar dan dalam, ia dapat meminimakan kesan penuaan dan setidaknya badan sihat". Itulah antara butir kata saya kepada kawan perempuan saya tersebut. Bak pakar motivasi yang suka memperli.
"Orang lelaki ni, jatuh kasih sayang pada mata mereka. Orang perempuan pula dek telinga mereka yang mahu mendengar something nice. Dan sebab itulah perempuan selalu ditipu, he he he" Tambah saya. Perkawinan adalah satu lakonan pentas. Saya menambah lagi.
"Rumahtangga ni perjudian yang halal, kita tidak tahu untung nasib kita tahun depan ke, tahun depan lagi ke, lima tahun lagi kae dan bila-bila pun..." Saya menambah kata tanpa henti. Macamlah saya dah kawin 10 kali. He he he.
"Orang lelaki tidak kisah pada pengorbanan atau budi ihsan isteri mereka. Kalau ada pun lelaki jenis ini, bak mencari bara dalam air...tapi saya jenis setia..." Saya menambah lagi sambil sempat promote diri setia konon, he he he.
Tapi memang saya setia...
Kita kembali kepada topik posting, saya tidak mahu komen apa-apa lagi sebab kalau mampu dan halal mereka boleh kawin dan sah walaupun tanpa persetujuan bini tua, perempuan janganlah beremosi sangat dalam bab ini sebab mereka juga ada pilihan.
Sukar untuk seorang isteri membuat suami mereka HANYA akan sayang kepada mereka sahaja untuk SELAMAnya. Terutamanya yang sudah hilang `semangat cinta' dek sibuk dengan urusan rumahtangga. Percayalah saya.
Perempuan yang paling beruntung adalah mendapat suami yang setia. Dan pastilah ini jarang berlaku. He he he.
Dan selepas itu kawan saya emailkan penulisan tersbut untuk saya baca:
Reunion
musnahkan rumah tangga kami
Sembang-sembang
Oleh Normala Hamzah
Oleh Normala Hamzah
Tidak semua pertemuan semula (reunion) menggembirakan. Ada juga
yang membawa derita dan memutuskan ikatan perkahwinan. Namun jika itu takdir
Allah, apa lagi yang mampu dilakukan, terimalah dengan reda dan mohon Allah
beri petunjuk agar hidup lebih bermakna.
Tidak dinafikan reunion menjadi fenomena pada masa ini. Di
mana-mana sahaja orang bercakap tentang reunion, tidak kiralah sama ada dengan
kawan sekolah, jiran, universiti atau pejabat.
Memang ada baiknya reunion, sekurang-kurangnya ia dapat menemukan
rakan-rakan yang sudah berpuluh-puluh tahun tidak ditemui dan mengeratkan
silaturahim. Tetapi reunion juga boleh memusnahkan sebuah perhubungan.
Inilah kisah yang saya paparkan minggu ini, kisah reunion yang
meninggalkan titik hitam dalam hidup Nora (bukan nama sebenar) dan pasangannya
Nasri (bukan nama sebenar).
Mahu tidak mahu Nora terpaksa menerima kenyataan yang suaminya
kini telah kembali kepada bekas kekasih lamanya setelah menghadiri majlis
reunion bekas pelajar universiti tempat mereka belajar.
Ingin tahu lebih lanjut, ikuti kisah Nora.
"Saya telah bernikah dengan Nasri sejak lapan tahun lalu
setelah setahun bercinta. Pertemuan semasa menghadiri satu seminar anjuran
tempat kerja menemukan saya dan dia. Kami dikurniakan seorang anak lelaki
berusia tiga tahun.
"Saya bekerja di sebuah syarikat swasta dan suami penjawat
awam. Sepanjang lapan tahun, tidak ada masalah yang berlaku dalam hubungan
kami. Nasri seorang suami yang baik dan penyayang.
"Setiap tahun, kami selalu melancong ke luar negara dan juga
menghabiskan masa bercuti dalam negara bila ada kelapangan. Pendek kata
keharmonian rumah tangga kami sangat menyerlah.
"Sehinggalah hujung tahun lalu, kebahagiaan itu tergugat
apabila suami bertemu semua dengan bekas kekasihnya pada zaman universiti
dahulu. Ini semua gara-gara reunion rakan universiti yang dihadirinya.
"Saya tak kisah suami mahu ke majlis itu sebab saya percaya
dengan kesetiaannya. Sebelum ini, saya tidak pernah cemburu atau buruk sangka
dengan suami, sebab tahu dia ikhlas dalam perhubungan kami.
"Selesai majlis itu, saya nampak perubahan dalam dirinya.
Tingkah laku, tutur kata dan sikapnya jauh berbeza berbanding sebelum ini. Dia
tidak berenggang dengan telefon bimbitnya. Setiap saat, telefon bimbit ada
dalam genggamannya terutama pada waktu malam.
"Di rumah pun sama, dia tidak pernah letak telefon. Ke mana
sahaja pergi mesti dipegangnya telefon. Kalau anak kami nak pinjam main game,
dia akan marah-marah. Sebelum ini, suami tidak pernah meninggikan suara dengan
anak.
"Pada hujung minggu, dia selalu menghabiskan masa di luar.
Tidak seperti biasa membawa saya dan anak keluar bersiar-siar atau makan-makan.
Jika tidak pun menemani saya dan anak di rumah.
"Tidak cukup dengan keluar di hujung minggu, dia mula out
station, kononnya untuk berjumpa kawan-kawan lama selepas reunion tersebut. Itu
pun saya masih tidak syak apa-apa sebab masih percayakan dia.
"Satu hari, dia memberitahu saya untuk out station selama
tiga hari. Alasannya untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang stafnya.
Saya tidak tanya banyak kerana saya tahu dia tidak bohong, malah saya tidak
nampak tanda-tanda dia berbohong dengan saya.
"Sehinggalah semua rahsianya terbongkar, tiga bulan kemudian
apabila saya terjumpa resit sewa hotel di dalam beg pakaiannya. Berderau darah
saya melihat resit tersebut, makan minum untuk dua orang dan resit pembelian di
sebuah kompleks membeli-belah di luar negara.
"Sehari suntuk saya menangis dan hati berdebar-debar.
Perasaan saya mula tidak tenang. Saya mula syak yang bukan-bukan dan berdoa
semoga apa yang saya syak tidak akan menjadi kenyataan.
"Tapi Tuhan tahu apa yang ingin diujinya untuk saya. Melalui
seorang teman pejabat, saya dimaklumkan yang suami saya sudah bernikah lagi dengan
kekasih lamanya di seberang.
"Lalu saya teringat permintaan dia untuk out station tiga
bulan lalu. Saya yakin itulah masanya dia bernikah dengan kekasih lamanya itu.
Saya tidak menangis. Saya tidak mahu jadi bodoh memikirkan kecurangan seorang
lelaki bernama suami.
"Saya mahu buat penyelesaian dengan lelaki yang kononnya
setia kepada saya tetapi beralih kasih.
"Mencari masa yang sesuai, saya bersemuka dengan suami. Saya
tunjukkan sekali resit hotel dan pembelian yang saya jumpa. Juga saya beritahu
dia yang rahsianya sudah terbongkar.
"Tanpa rasa sedih, saya ucap selamat pengantin baru
kepadanya. Tanpa memberi dia peluang untuk bercakap, saya sudahkan kata-kata
saya dengan, "saya nak abang bebaskan saya!"
Berulang kali saya sebut perkara itu.
"Saya tidak mahu lagi memberi dia peluang. Sekali kepercayaan
saya hilang, saya tidak akan memberi peluang kedua kepadanya. Saya kecewa dan
kesal dengan perbuatannya.
"Melihat saya menyerangnya bertubi-tubi, dia akhirnya
mengalah. Dia mula berterus-terang dengan saya, menceritakan apa yang
sebenarnya berlaku. Dia mengaku telah menikahi perempuan itu secara rahsia di
negara jiran.
"Kononnya, dia menerima perempuan itu kerana kasihan sebab
sampai sekarang dia belum berkahwin kerana kecewa ditinggalkan dahulu.
Mudahnya lelaki menyusun kata.
"Dalam sekelip mata, dia terlupa kepada saya yang sudah lapan
tahun berkorban untuknya. Menjaga makan, pakai, sakit demamnya. Hanya kerana
jumpa semula bekas kekasih, sanggup dia bernikah lagi.
" Saya ralat kerana dia bertindak tanpa meminta izin saya,
ajak saya berbincang sedangkan saya tahu, perbuatannya itu dalam keadaan tidak
sedar sebab terkejut dengan kehadiran semula wanita itu dalam hidupnya. Mudah
sungguh bagi lelaki.
"Apa pun semuanya sudah terlambat. Hati saya sudah terluka,
pedih dan tidak mungkin akan terubat lagi. Saya kecewa yang amat sangat. Saya
tidak mahu lagi hidup bersamanya kerana kecurangannya itu.
"Saya tidak menolak takdir. Saya reda tetapi saya kecewa
dengan perbuatannya yang tidak berfikir panjang dan tidak mempedulikan perasaan
saya sebagai isteri.
"Sanggup pula berbohong untuk menghadiri majlis perkahwinan
staf, sedangkan dia sendiri yang bernikah. Perlukah lagi saya menghormatinya
sebagai suami setelah apa yang dia lakukan ini?
"Keluarga menentang keras keputusan saya terutama sebelah
mentua. Tetapi saya nekad. Saya ada hak saya sendiri sebagai isteri. Saya tidak
mahu selama-lamanya diperbodohkan. Jika dia sanggup menipu saya untuk bernikah
lagi, tidak mustahil sepanjang perkahwinan kami nanti dia akan berbohong lagi
untuk menyelamatkan dirinya untuk berpoligami.
"Walaupun saya sedih sebab anak terpaksa hilang kasih sayang
ayah untuk tinggal sebumbung tetapi saya berjanji akan menjaga anak saya dengan
sebaik-baik mungkin. Saya tidak kisah untuk berbaik-baik dengan dia demi anak.
"Saya harap permohonan saya untuk berpisah diterima. Saya
tidak mahu lagi hidup bersamanya. Hati saya telah hancur dan jiwa saya telah
lama hilang lenyap bersama kepercayaan saya kepadanya.
"Saya minta maaf kepada keluarga kerana tidak menerima
nasihat mereka. Saya tahu apa yang terbaik untuk masa depan saya. Orang hanya
memandang, yang menanggungnya saya. Saya benar-benar terluka hati. Hanya Allah
sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya ini.
"Saya nasihatkan para isteri di luar sana, hati-hati apabila
suami anda menghadiri majlis reunion. Jika diajak, jangan lupa ikut sama.
Jangan biarkan mereka pergi seorang diri. Banyak drama yang akan berlaku dalam
majlis itu terutama apabila bertemu semula dengan rakan lama yang satu ketika
pernah singgah di hati mereka.
"Semoga Allah lindungi saya dan anak untuk hari-hari
mendatang dengan rahmat dan nikmatnya di dunia dan akhirat. Amin.’’ Nora
menamatkan ceritanya.
Saya turut simpati dengan apa yang Nora lalui. Memang betul apa
yang Nora katakan, sekali terguris hati selamanya hati akan tercalar. Siapa
yang pernah melaluinya akan merasa peritnya apabila suami diambil orang.
Saya ucap syabas dan tahniah kepada Nora kerana berani bersemuka
dengan suaminya secara berhemah. Jarang isteri bersikap terbuka tentang perkara
orang ketiga dalam rumah tangga. Namun, Nora mengambil pendekatan berbeza
setelah mendapatkan bukti-bukti yang sah.
Saya setuju dengan Nora bahawa reunion jika tidak digunakan dengan
cara betul akan membawa masalah. Seelok-eloknya bawa pasangan masing-masing
untuk dikenalkan kepada rakan-rakan lama agar tidak timbul perkara negatif di
kemudian hari.
Apa pun semuanya terpulang kepada hati. Tepuk dada tanya selera.
Jika nawaitu kita positif, maka akan positif juga akhirnya tetapi jika
sebaliknya, hanya Allah jadi penentu.
Semoga Nora dan anaknya sentiasa dalam rahmat Allah dan tabah
menghadapi hidup.
Menamatkan coretan, pesanan saya, jangan berputus asa dengan apa
yang hilang daripadamu dan jangan terlalu bahagia dengan apa yang bakal datang
kepadamu kerana segala-galanya hanya sementara.
Abang Jan: Kata salah seorang rakan pensyarah saya, suami biasanya keberatan bawak isteri ke reunion kalau isteri mereka tak cantik. Mereka akan buat alasan `orang rumah sibuk dengan anak-anak". Betul ke?
Begitu pulak yea?
Sunday, June 8, 2014
Pantai Sepat, Kuantan
Minggu lepas saya pergi berkelah di Pantai Sepat. Saya pergi berkelah dengan kawan-kawan rapat saya yang di tempat kerja majikan lama. Bukan semua kawan rapat yang hadir. Ada di antara mereka sibuk dan ada urusan lain.
Sebenarnya kelah ini tiba-tiba sahaja. Tidak dirancang dengan rapi. Biasanya kalau rancang dengan rapi, iannya tak jadi. Pelik.
Seronok jumpa kawan lama sebab rasa diri bermakna. Kebanyakan mereka sudah berubah saiz tetapi perangai masih macam dulu.
Bersambung...
Saya sambung. Saya bawa mee goren yang saya buat sendiri. Rasanya agak pedas. Saya juga bawa keropok dan biskut Tat Teratai. Dan saya juga bawa alatan memasak termasuk kuali dan minyak, telor dan lain-lain. Kawan saya akan bawa dapur kecil. Jadi bolehlah memasak. Meriah gitu.
Namun sebenarnya sebelum sampai di pantai, saya dan Din singgah dulu makan di gerai. Saya tak tahan kerana sudah lapar.
Semasa saya memesan nasi lemak, saya beritahu penjual bahawa letak separuh sahaja nasi lemak sebab saya nak pergi berkelah. Saya beritahu penjual makanan itu untuk alas perut sahaja.
Din beritahu saya tidak perlulah beritahu lebih kepada penjual, sekadar beritahu nak nasi lemak separuh. He he he. Saya memang begitu...banyak DNA emak saya dalam badan...

Cara membakar sarang tebuan
Tanpa saya sedari satu Tebuan Tanah telah membuat sarang di tepi bumbung rumah saya.
Jiran-jiran saya menolong membakarnya, saya terharu.
Pada mulanya saya mahu panggil bomba, tetapi jiran saya beritahu dia sudah biasa bakar sarang tebuan
Orang kata jika tebuan buat sarang di kediaman kita ia membawa tuah dan menunjukan `lokasi' rumah kita elok. Saya tidak percaya itu semua.
Saya harus menghapuskan sarang ini kerana ia mengancam budak-budak, ia itu anak jiran-jiran saya. Sengatan tebuah boleh membawa maut.
Friday, June 6, 2014
Mengapa nak beri orang perempuan buat keputusan yang penting!
Saya hanya diam sahaja apabila terdengar suara seorang tua seorang yang lantang berkata "Mengapa nak beri orang perempuan buat keputusan yang penting?!.
Sebenarnya dari tadi saya sudah memasang telinga mendengar perbualan antara beberapa orang yang selalu lepak di kedai makan tersebut. Saya memang tidak setuju 100% dengan pemikiran mereka, namun buat masa itu mungkin itulah keputusan atau pemikiran yang paling betul bagi mereka.
"Biarlah orang perempuan jaga hal rumahtangga sahaja, jaga anak-anak dan makan minum kita. Tidak perlu letak sesuatu yang penting kepada bahu mereka. Tak payahlah masuk politik dan nak mengundi pula. Bimbang keputusan yang dibuat tidak betul. Lagi pun apalah mereka tahu selain bawang, beranak dan lipat kain? Kata seorang pemuda lagi sambil menghirup kopi panas dan makan ubi rebus cicah kelapa parut.
Mahu sahaja saya bercerita pada zaman saya telah ada banyak wanita yang berkerjaya, malah gabenor bank negara pun adalah seorang perempuan!. Tapi saya tentu dituduh mengarut dan gila. Maka saya diam sahaja. Mereka tidak akan percaya.
Saya mungkin dibunuh kalau saya beritahu yang telah ramai orang perempuan yang sebenarnya menjaga dan memelihara rumahtangga kerana gajinya jauh lebih besar dari suaminya. Dan pada masa akan datang kebanyakan lelaki tidak bertanggungjawab. He he he.
Thursday, June 5, 2014
Selamat hari lahir 2014
Sempena hari lahir saya pada 29 April 2014 nan lalu, saya hadiahkan seutas jam tangan kepada diri sendiri. Ianya sebagai tanda penghargaan kepada diri sendiri. Jam tersebut berjenama Alain Delon. (Lihat gambar)
Ini jam Alain Delon kedua yang saya miliki, jam pertama agak rugged sedikit. Jam terbaru ini fesen Mat Pejabat, tidak berlebihan atau menonjol.
Sebelumnya, saya pernah tergilakan seutas jam tangan CK, Calvin Klein yang dipamirkan di East Cost Mall. Harga jam tersebut mencecah beribu ringgit. Saya mencuba pakainya di tangan saya. Nampak elok sangat di tangan saya. Macam elegent gitu... Nampak bahagia... Nampak sempurna.
Sebenarnya saya mahu sangat jam tersebut sebab saya tidak pernah ada memiliki seutas jam tangan yang berharga ribuan ringgit. Walaupun koleksi jam saya telah mencecah ribuan ringgit tetapi tidak ada seutaspun berharga ribuan ringgit. Semuanya murah-murah sahaja.

Sedih melihat juru jual yang tidak berapa cantik itu masaukan kembali jam tersebut ke dalam almari kaca. Seolah separuh hati saya terkunci sama dalam almari kaca tersebut. Jurujual tersebut tidak menunjukan riak hampa saya tidak membeli jam tersebut. Mungkin dia sudah menduganya.
Sambil itu alangkah elok kalau juru-jual itu diet sedikit sebab ia akan memberi nilai tambah kepada pesona dalam menjayakan memasarkan barangan yang hendak dijual. Juru jual itu kelihatan berisi.
Sambil itu alangkah elok kalau juru-jual itu diet sedikit sebab ia akan memberi nilai tambah kepada pesona dalam menjayakan memasarkan barangan yang hendak dijual. Juru jual itu kelihatan berisi.
Saya cekalkan hati sebab saya sedar saya tidak akan mampu. Mati hidup balik pun saya tidak layak pakai yang mahal. Begitu juga dengan barang-barang lain di sekeliling saya.
Semasa kawan saya menunjukan jamnya yang berharga ribuan ringgit, saya hanya telan air liur sahaja. Cantik sangat jamnya.
Saya berharap suatu hari nanti ada orang yang hadiahkan jam tangan herga beribu ringgit pada saya. Dia hanya perlu hadiahkan jam tersebut sahaja, dia tidak perlu sangat sayang kepada saya... Dia boleh curang atau tinggalkan saya bila-bila masa... Saya mahu jam tersebut saja...

Tuesday, June 3, 2014
Rahmat di sebalik DNA babi
SAYA tergelak besar apabila kawan saya beritahu yang kita mungkin termakan babi jika kita makan coklat Cadbury.
Tuhan maha kaya
Saya tergelak besar dan tersenyum sebab tuhan maha kaya, secermat mana pun kita, akhirnya kita termakan juga babi (jika benarlah terdapat kandungan babi dalam coklat tersebut). Kalau tuhan kata jadi, jadilah. Tuhan maha besar, statusnya begitu.
Lemahnya kita, kan?
Lemahnya kita, kan?
Saya tergelak dan tersenyum sebab ada unsur lucu. Unsur takdir, unsur lemahnya kita. Saya tidak mahu terangkan di sini... Kita diwajibkan mencari yang halal. Kalau was-was tidak usah makanlah. Senang cerita.
Pengemar coklat yang resah
Pengemar coklat yang resah
Saya tidak suka makan coklat. Entah kenapa, saya tidak tahu. Mungkin lidah saya tidak suka...
Namun saya melihat isu coklat sebagai antara salah satu kelemahan kita juga yang terdiri daripada pengemar coklat. Masyarakat kita teruja benar pada syarikat besar bertaraf Multinational. Syarikat ini menjual coklat dan barangan seangkatan dengannya di serata dunia, dari negara kecil seperti Malaysia sehinggalah ke negara-negara di Tanah Arab sendiri.

Sekarang kecoh Mesir dan Indonesia juga mahu menguji coklat Cadbury mereka. He he he.
Kalau ada terbukti DNA babi dan seangkatan dengannya pun kita tidak boleh buat apa-apa dalam jangka panjang. Dalam jangka pendek banyak yang boleh dilakukan tetapi tidak selamanya. Maksud saya apabila isu sudah sejuk, kebarangkalian akan berulang semula tentu ada. Dan kita tidak akan sedar kerana kita tidak menyoal setiap perkara yang kita beli.
Siapa yang memantau proses pengilangan?
Siapa yang memantau proses pengilangan?
Sebabnya juga adalah tidaklah setiap keluaran operasi kilang, bahan coklat itu diperiksa, diuji oleh Jakim dan sewaktu dengannya. Jika tindakan DNA itu disengajabubuhkan pun kita tidak akan tahu. Haaa
Dan kita sebagai pengguna, bila bertepek halal terus kita makan sebab kita percaya. Dan ianya bukan salah kita. Dah halal...
Apa salahnya beli yang bumiputra halal
Mungkin sudah tiba masanya kita memberi ruang kepada pengusaha coklat tempatan bumiputra yang mengeluarkan coklat halal. Kita tolong mereka berniaga semampu mungkin. Mungkin kita tidak 100% bebas dari menggunakan produk Yahudi tetapi ada usaha walaupun sedikit memupuk ekonomi kaum bumiputra.
Kita buanglah/kikislah sifat tidak elok tersebut. Sebab kecintaan kita terhadap sesuatu yang telah lama bertapak dan ada nilai `luar negara', kita terus taksud menggunakannya/memakannya menjadi darah daging hingga ke anak cucu... Ketaksuddang kita itu rupanya membawa padah...

Esok lusa pun begitu... Itulah kita...
Musibah ini tentu menyedarkan kita tentang banyak perkara. Semuga kita semakin giat dan sentiasa mencari kehalalan agar dirahmati dan diberkatiNYA. .
Amin.
Musibah ini tentu menyedarkan kita tentang banyak perkara. Semuga kita semakin giat dan sentiasa mencari kehalalan agar dirahmati dan diberkatiNYA. .
Amin.
Monday, June 2, 2014
Lama tak berFB
29 April lalu hari lahir saya. Saya tidak menyambutnya, saya hanya menghadiahkan diri dengan seutas jam tangan, yang murah sahaja.
Bagus juga membeli jam itu sebelum bulan 5 tahun depan. Maksud saya, sebelum GST.
Saya tidal mahu bercerita mengenai jam tangan Alion Delon saya, jugs bukan pasal GST yang saya berpendapat orang kerajaan sendiri gagal memahaminya...(macam mana nak beritahu rakyat).
Saya mahu bercerita pasal FB. Saya baru sebentar tadi buka FB, saya dapati ramai juga ucapkan selamat hari lahir. Sebulan lebih saya tidak membuka FB. Saya rasa biasa sahaja, hidup tanpa FB.
Namun saya tidak pula menidakkan kepentingan FB tersebut. Saya juga tidak berniat untuk menamatkan riwayat hidup FB saya...
Mungkin FB bukanlah cara hidup saya, entahlah... Kalau saya buka FB pun, saya hanya tekan like sahaja...
Terima kasih atas ucapan tersebut...
Saya tercari-cari juga FB orang yang pernah sangat saya sayangi...namun tak jumpa. Dan setiap kali itulah saya rasa dunia ini tidak adil dan saya sering teruji...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kadang-kadang
Home
Labels
- 1000 MAWAR (47)
- Alahai... (25)
- Alam buku (31)
- Berangan... (11)
- Buku untuk dijual (12)
- Catatan peribadi... (43)
- dari skrin... (28)
- FILEM (35)
- Kawan... (35)
- Kebahagian (2)
- Kesihatan (49)
- kewangan (68)
- Kuantan (4)
- Lirik pilihan... (29)
- Mankisue... (15)
- Menyolo... (19)
- NUKILAN RASA (6)
- PENDIDIKAN (19)
- PML (11)
- POLITIK (3)
- Politikus (18)
- PUISI (13)
- Rumahtangga (53)
- SHARIFAH AINI (64)
- Sikap dan sifat (16)
- Untuk dijual (6)