Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, May 27, 2014

Team Building di usia tua...

Minggu lepas saya telah berTeam Building di Janda Baik, Bentong Pahang. Pada mulanya saya merungut dan menyampah apabila nama sayas naik. Bukan apa, saya tengah berisi dan sudah berusia. Mana suka lagi perkara-perkara sebegini, terutama tak cukup tidor dan aktiviti fizikal. Lainlah kalau aktiviti buat kek, he he
 
... Namun rungutan hati jadi reda sebab Adnan juga tersenarai... Kira `ada geng' la.
 
Saya bimbang akan Team Building yang terlalu lasak. Juga saya benci jika nama saya dipanggil dengan keras. Nama saya elok dipanggil selembut bayu...(pulak dah).
 
Apabila sampai para perserta dibahagiakan kepada empat kumpulan. Saya terpisah dengan Adnan tetapi tidak mengapa sebab asal Adnan ada pun, alhamdulilah.
 
Kumpulan saya seorang sahaja pekerja dari Muadzam, semua pekerja lain dari Bangi. Saya buat diam sahaja. Saya perhatikan mereka masih muda. Dalam kumpulan saya, sayalah yang paling tua... Emmm..
 
Banyak permainan dan seangkatan dengannya. Bagus jugak kerana setiap permainan adalah untuk menerapkan sesuatu ke dalam diri dalam sedar atau tidak. Dr Mastura sangat berjaya mengendalikan Team Building ini. Saya tidaklah rasa cuak tetapi rasa gembira.
 
Pengalaman lalu berTeam Building tidak menyeronokan sebab banyak perkara atau game yang saya tidak boleh ikut. Dan para peserta diherdik-herdek. Saya memang tidak suka Team Building yang lalu...
 
Lama-kelamaan kami semakin serasi dan dapat berkawan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Dan rasa gembira itu tumbuh dalam diri saya...

1 comment:

aima said...

tahniah buat dr mastura...kheee

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home