Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, May 15, 2014

Saya tersilap 2 perkara!!! (ladies only...)


 
Kejadian ini berlaku semasa saya mahu ke pesta buku Antarabangsa 2014 di PWTC nan lalu. Sudah lama benar saya tidak ke pesta buku atas satu sebab. Sebabnya ialah saya sedih. Sebab kesedihan itu tentulah pembaca tegar blog ini tahu...
 
Apabila bas eksprees (eksprees sangat)  yang saya naiki dari Muadzam sampai ke Hentian Bas Putra, saya terus ke tempat simpan beg di Hentian Bas Putra (bayar RM2) dan melenggang ke pesta buku.

Saya tidak berniat untuk bercerita pasal pesta buku tetapi berniat bercerita apa yang terjadi selepas saya membeli buku.
 
Yang menjadi lucu dan sadis adalah saya tersalah gerabak semasa naik komuter untuk pulang ke rumah adik di Ulu Yam Baru. Bila komuter datang saya terus naik. Waktu itu masa orang ramai pulang dari kerja. Saya bimbang saya kena berdiri. Jadi bila lihat gerabak tak berapa kosong tanpa membuang masa saya terus naik.
 
Saya malas nak berdiri. Bukan sebab takut jatuh peranakan tetapi lenguhlah, saya dah 45 tahun, gemuk, tak handsum dan kesepian...kalau saya berdiri tentulah lebih malang.
 
Saya memang tidak sedar saya tersalah gerabak, sehinggalah saya sedar saya tersalah komuter. Saya sepatutnya ambik komuter ke Tanjung Maling (berhenti di Stesyen Batang Kali) tetapi saya ambik komuter ke tempat lain. Saya sedar saya tersalah komuter apabila melihat di dinding komuter ada plan carta perjalanan dan hentian-hentian stesyennya. Mengikut lampu merah itu, komuter menuju Batu Caves!
 
Bila saya pergi dekat dinding tersebut barulah saya ternampak pula "This is the ladies coach. ladies only.... Situlah saya mula rasa serba salah... baru saya perasan semuanya perempuan. Jadi saya terus buat-buat mancho macam Farid Kamil.

Selepas itu saya terpaksa turun di stesyen seterusnya dan bercerita panjang lebar di kaunter komuter itu. Saya disuruh membeli semula tiket ke Hentian Putra... he he he. tetapi dari Hentian putra ke Batang Kali saya tidak perlu beli tiket. Saya tidak faham penerangan pengaunter (juru kaunter), tetapi saya tetap bayar. Saya mampu...
 
Dalam komuter saya tersenyum sorang. Hari pertama saya sudah diduga dan penuh cabaran. Tetapi hati saya nekad hendak membeli buku di pesta buku...

Biarlah keseorangan pun, biarlah tidak berani bawa kereta di Kuala Lumpur,...biar, biarlah... tetapi tidak ke pesta buku jangan sesekali...

Sekian dulu...

6 comments:

Dahlia said...

Salam...
Banyak ke borong buku abang jan? Melaut kan orang kat sana. Saya banyak melihat lihat dari membeli..
Btw..very funny experience...

Jankaulu said...

Dahlia,

Saya tidak banyak membeli, payah nak bawa... Berat.

Dahlia,

Saya sudah baca semua puisi itu banyak kali. Kompilasi puisi terbaik bagi jiwa saya...

Terima kasih atas buku puisi tersebut...

Nong Andy said...

Wah.. buku. Sy sejak main game tiba2 lupa yg sy ni hantu buku haha

Nong Andy said...

Wah.. buku. Sy sejak main game tiba2 lupa yg sy ni hantu buku haha

Vivacious O'light said...

Alang alang dh menuju tg malim, knp x dtg je singgah mkn nasik kt sini.

Jankaulu said...

Wah, ada org jemput. Tima kasih.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home