Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, May 22, 2014

Saya dah buang Iris

Saya sudah membuang semua pokok  Iris di kawasan rumah saya kerana saya percaya pokok tersebut mendatangkan mudarat kepada kesihatan.
 
Pada mulanya saya tidak perasan dan tidak tahu kenapa tangan saya bengkak setiapkali menguruskan pokok Iris ini. Saya menyentuh pokok tanaman saya termasuk Iris. Saya menyentuhnya kerana mahu membuang daun layu atau daun reput...selepas itu tangan saya bengkak.
 
Tidak pula saya syak pokok Iris yang bertanggungjawab sebab banyak pokok lain yang saya urus bila saya berkebun. Namun setelah saya mendapat maklumat mengenai pokok `Haba Neraka' ini, saya tidak berlengah lagi. Saya terus membuangnya.
 
Katalah saya kolot pun tetapi saya percaya banyak perkara yang agak kelihatan mengarut. He he he. Saya juga percaya banyak karut kecuali hantu.
 
Pokok Irish atau pokok Haba Neraka ini dikatakan akan menjejaskan kesihatan dari segala segi. Ia akan membuat badan lemah atau daya ketahanan menjadi kurang. Saya tidak tahu pula kenapa, mungkin akibat dari debunga dia kot. Saya memandai-mandai ni.
 
Namun saya pernah juga diberitahu oleh seorang yang tahu akan hal tanaman bahawa pokok ini bahaya. Saya terus mencari maklumat dari internate dan ianya ada ditulis di dalam sebuah blog, milopurple.blogspot.com- bahaya-pokok-haba-neraka.
 
Saya ganti dengan pokok bunga Kemunting Cina warna putih...
 
 
Hanya warna putih...
 




 
 
 

1 comment:

Unknown said...

Salam, tuan... tapi masih ramai yang tidak percaya bahaya pokok ini... katanya mengarut... kita cuma memberitahu... terpulang pada yg mendengar... dan berfikir... katanya Wikipedia tidak mengatakan bahawa pokok ini bahaya.. hanya pokok bunga.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home