Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, May 16, 2014

Pesta Buku Antarabangsa 2014: Hari pertama, pemuda penyeduk lauk dan A. Kadir Jasin

SESAMPAI sahaja di Hentian Bas Putra, saya terus simpan bag di tempat berbayar yang disediakan. Lebih 20 tahun lalu di sinilah saya berlabuh sebelum naik bas mini nombor 12 ke UM. Saya tersenyum sorang...dulu saya sendiri, kini masih sendiri.
 
Hadapi hidup ini. Susah senang hidupku tak ada tempat mengadu seperti burung...bla-bla bla-bala...
 
Pada mulanya saya merancang apabila sesampai di Hentian Putra saya akan  terus ambil komuter ke Batang Kali. Namun bila sampai lain pula jadinya, saya teruja mahu terus ke pesta buku sebab letak PWTC tersebut hanya di hadapan Hentian Bas Putra.
 
Sesampai di tingkat satu saya terus ke gerai makanan yang disediakan khas untuk pengunjung pesta. Saya cuba menyeduk lauk dan nasi tetapi di halang oleh seorang pemuda yang tercegat di situ. Saya kaget juga takut-takut saya menyeduk lauk khas untuk VIP atau VVIP. Pemuda itu meminta pinggan saya, dia sendiri membubuh lauk untuk saya. Katanya lauk sudah berpakej. Campur air RM10. Mahalnya...namun... saya mampu.
 
Saya mencari tempat duduk. Lama jugak saya tercegat di situ. Ramai sangat manusia. Saya naik geram sebab ada juga yang sudah selesai makan tapi tidak mahu beralih tempat. Sepatutnya biarlah orang lain guna meja kerusi tersebut untuk makan. Mereka buat tempat rehat rupanya. Kalau nak berehat duduk di lantai bersandar di dinding boleh...ramai buat begitu.
 
Memang tempat makan tidak mencukupi, juga tempat nak berehat. Tahun depan penyelenggara pesta kena tambah lagi...
 
Selepas itu saya dapat meja dan saya mula makan. Sebelum makan, saya selfie dulu sebenarnya. He he he.
 
Ramai orang...
 
Tiba-tiba saya dapati tiga gadis kurus yang bergaya menghampiri, duduk makan semeja dengan saya. Tidaklah lawa sangat tetapi cara dan berpakaian serba kena. Make up pun ok, nanpak manis. Pahanya juga nampak manis .Tiba-tiba saya rasa geram sangat!
 
Saya rasa geram apabila terlihat lauk mereka yang lebih vogue daripada lauk saya padahal ada satu pakej dan harga sahaja. Saya rasa teruk betul pemuda yang memilih lauk untuk saya tadi, dia pilih lauk yang kurang sedap sedap sebab saya gemuk dan tidak cantik!  Terus saya rasa meluat kepada 3 gadis muda yang tidak berdosa tersebut...

Saya nekad, esok saya akan makan di kedai macam kelas gitu. Biarlah mahal pun!
 
Dan selepas makan saya mula meronda. Saya sudah nekad tidak mahu beli banyak buku pada hari pertama sebab saya akan datang tiap-tiap hari. Hari pertama saya mahu beli sedikit sahaja buku. Lagipun tak larat nak bawa banyak buku... beg pakaian lagi yang ada di Hentian putra tersebut.

Saya hanya beli Majalah Gila-Gila yang saya ketinggalan beli. Namun saya sempat beli beberapa buah buku seperti di bawah: 
 






Saya beli beberapa buah buku A. Kadir Jasin. Saya memang minat penulisan beliau... Kalaulah saya boleh menulis seperti beliau...



Saya juga beli buku cerita yang dijilidkan oleh Reader Digest. Buat membaca sebelum tidur... He he he. Saya juga beli buku langskap dan hanya beberapa buah majalah Hiasan dalaman yang dijual murah.

Saya bukannya tidak mahu beli banyak buku tetapi siapa yang nak bawa balik naik komuter?. Campur dengan beg-beg pakaian lagi... Kiri kanan saya saya membimbit buku-buku. Berat sungguh. Saya berjalan perlahan lahan menuju Hentian Putra...ambil bag pakaian.

Kalaulah ada orang yang boleh tolong angkat buku-buku ini...saya tersenyum pahit.

Wajah dia muncul di ingatan...Bahagiakah dia sekarang?



Bersambung...

 

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home