Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Saturday, April 19, 2014

DPL: Duhai hati...: 2

Semalam saya terjaga dari tidur. Mimpi saya sedih, saya dapati ada air jernih di pipi... Saya mencapai Lenovo saya, sudah pukul 3 pagi. Rupanya.

Terjaga dari tidur dengan linangan air mata tidak asing bagi saya... Saya sudah tidak tahu macam mana sebuah tidur yang lena...

Rupanya hati saya masih membrontak, ia tidak sepositif saya yang mahu sangat-sangat meninggalkan segalanya dan mulakan hidup baru.

Saya sudah letih, lesu dan bosan... Namun hati saya masih tidak mahu berganjak. Maka sebab itulah dia mungkin  dia bermaharaja lela dalam saya tidak sedar, dalam tidur. Dalam saya separa sedar rupanya hati saya menguasai minda saya.

Sebenarnya telah hampir empat bulan saya cuba menahan rasa sedih. Saya mahu jadikan tahun 2014 menjadi tahun cinta saya. Saya tidak mahu bersedih lagi. Saya cuba sedaya upaya menerima kenyataan apa yang berlaku adalah ketentuan. Kepahitan akan mendewasakan...

Dan tidak ada orang yang boleh ubati saya kecuali saya.

Malah ketika memandu seorang diri ke Kuantan juga saya tidak lagi menitiskan air mata walaupun sedih gila. Walau terdengar lagu lara... Walaupun syahdu. Walaupun tiada sehari saya tidak mengenangkannya. Saya ingin jadi seorang yang kuat dan membesar bagai johan seperti Milo.

Duhai hati kenapa kamu tidak mahu membantu aku?

Bukan aku sahaja kehilangan dia. Dia juga kehilangan aku. Dia kehilangan seorang yang baik hati, penyayang dan pengasih. Dia hilang orang yang telah banyak berkorban untuk dia, seorang yang boleh buat kek buah dan masak tom yam yang sedap. Yang pandai menari apabila bersendirian. Yang suka pasu dan tanam pokok-pokok, Yang berkemahiran menanggalkan baju sambil berjalan.Yang hanya pandai tersenyum bila sengsara. Dan yang paling meyedihkannya ialah dia kehilangan orang yang paling menyayanginya...

Ya, dia juga kehilangan saya...

Friday, April 18, 2014

DPL: Duhai hati...

Orang kata masa dan keadaan akan menyembuhkan segalanya. Saya kata tahi kambing!.
 
Masa dan keadaan tidak akan membantu hatta tuhan sekalipun. Kita mesti berubah dahulu... Kebahagian tidak menjelma begitu sahaja lainlah kita ni macam Brat Pitt atau Che Ta...

Thursday, April 17, 2014

DPL:Terapi minda?

"Memang pada mulanya saya giat berkebun untuk menutup rasa kecewa dalam diri..."
 
Abang Jan
 
WALAUPUN sudah terlalu banyak hal peribadi (yang bukannya penting bagi keamanan dunia (world peace) dan lapisan ozon) saya paparkan di blog ini, saya tetap merasa malu untuk menulis sesuatu yang bersifat peribadi...

Namun saya teruskannya, semoga menjadi panduan untuk saya pada hadapan hari. Posting-posting kita secara tidak langsung memberitahu kita di mana pernah kita berada berada dan bentuk perasaan yang telah kita, alami. Gitu.
 

 
 
 


Lakukanlah apa yang kita suka, nescaya kebahagiaan akan menerpa. Memang saya giat berkebun untuk menutup rasa kecewa dan sedih dalam diri. Membeli gazebo dan berkebun adalah salah satu program `Don't look back, keep busy' saya...


Saya berbelanja ribuan ringgit untuk pokok-pokok. Tetapi bukanlah sekali beli, bertahun-tahun juga. Saya simpan sikit-sikit. Namun saya bertindak agresif untuk mewujudkan sebuah taman dan melakukan sendiri.

Kadang-kadang di tengah panas saya berkebun. Namun saya puas hati melihat pokok saya berpucuk atau berbunga. Dan muncullah perasaan gembira. Bahagia.
 
 


Dulu pokok gelang ini sangat kecil...
Kini semakin membesar

Saya yakin suatu hari saya akan pulih, sementara itu biarlah saya berkebun dulu...membaja hati, menyiram rindu...amboi.


 

Wednesday, April 16, 2014

DPL: akhirnya saya beli juga...

Ini merupakan pertama-tama kalinya saya menulis menggunakan handpon Lenovo saya.

Sangat tidak selesa menulis...kerana is kecil sahaja.

Saya membelinya setelah ramai kawan- kawan saya ada wasap. Adik perempuan saya juga ada wasap, malah anak saudara saya juga ada wasap...(walaupun beliau tidak ada pendapatan).

Sekarang saya tergolek atas katil sambil menaip. 



Saya masih ingat lagi pekedai itu memberitahu kalau saya ada duit lebih belilah Samsung, semasa saya asyik membelek Lenovo.

Jadi saya terus membeli Lenovo sebab memang saya tak ada banyak duit. He he.

Tidak terlintas handpon saya akan ada internate Dan bolehlah saya berwasap.

Says masih tidak mahir tapi saya akan belajar menggunakannya...

DPL: Masalah lelaki kurun ini:...seluar dalam awak pun saya yang beli!


" Lelaki yang tidak dapat dominate keadaan, tentulah tidak dapat banyak kuasa dalam rumahtangga..."
- Abang Jan


SEMALAM ketika saya sedang sibuk memeriksa kertas pelajar saya, saya menerima SMS daripada kawan saya. SMS yang membuatkan saya berfikir sejenak. Saya berhenti memeriksa kertas jawapan pelajar. Saya termenung...
 
Kawan saya memberitahu bahawa beliau merasa rendah diri terhadap isterinya. Saya tidaklah melayan sangat SMS beliau kerana saya ada kerja yang hendak dibereskan. 
 
Beliau memberitahu saya yang raya tahun ini dia sekali lagi beralah untuk beraya di rumah isterinya. Dia berat hati untuk membantah..
 
"Laaa...bulan puasa pun belum lagi...janganlah gaduh..." Itulah SMS saya kepadanya.
 
Saya tidak tahu apa sudah terjadi pada lelaki-lelaki zaman sekarang... Kalau saya perempuan ada kemungkinan besar juga saya akan tidak berkahwin, atau berakhir dengan mendapat status janda. Kecewa benar saya akan sikap mereka. Mengapa? Baca penulisan saya dengan cermat kerana saya tidak akan menjawabnya secara biasa...(pulak dah).
 
Sejak zaman kucing kirong lagi, lelaki adalah ketua keluarga. Mereka memberi nafkah dan menjadi pelindung. Ya, tentulah jika perkara ini jatuh ke tangan wanita, kesejatian lelaki tersebut terhakis. Apa gunanya lagi lelaki lagi? Tak kanlah sebagai pemuas nafsu isteri sahaja? Haaa...
 
Saya teringat kata-kata kawan saya yang ramai lelaki gila kuasa...(selain gila seks, he he he). Saya terus setuju kerana banyak sebab.
 
Perempuan tidak seperti lelaki, mereka berkahwin bukan semata-mata kerana keinginan seks, mereka memerlukan perlindungan. Tidak pernah pula saya bertemu dengan lelaki yang berkahwin kerana memerlukan perlindungan...dan tidak mahu seks.
 
Seorang suami wajib membayar banyak perkara dalam rumahntangganya. Saya ulangi wajib. Apa jua belanja rumahtangga seperti sewa rumah, bil air, bil elektrik, bil Astro, minyak kereta, belanja dapur, yuran anak-anak dan segala maknika perbelanjaan lagi. Kita tidak boleh kata apa dalam hal ini... Kita tidak boleh merungut!
 
Sang isteri yang mengeluarkan belanja bagi perkara di atas (termasuk membelikan seluar dalam suaminya) bukanlah sebenarnya satu kewajipan bagi mereka. Mereka hanya membantu. Saya ulangi, HANYA.
 
Memang tugas seorang lelaki memberi perlindungan dalam bentuk nafkah dan keselamatan diri kepada perempuan dan rumahtangganya. Kalau tidak mampu, tidak usahlah gatal nak kawin. Kita tidak membayar bil-bil tersebut dengan cinta dan kasih sayang. Bank tak pandang pun...
 
Nasib baik zaman sudah berubah, lelaki patut bersyukur sangat-sangat. Mereka patut sembahyang sujud syukur, bermunajat disepertiga malam. Zaman sekarang telah memberi laluan mudah untuk mereka berkawin walaupun mereka mungkin tak layak pun. Sebabnya zaman ini kaum perempuan sudah dibesarkan dengan mengajar hidup berdikari dan tidak bergantung kepada lelaki bagi mengeluarkan belanja untuk dirinya. Mereka diajar oleh zaman bahawa mereka tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada kaum lelaki untuk menyediakan semua keperluan maknika dalam rumahtangga.
 
Mungkin pada zaman akan datang, zaman akan mengajar bahawa lelaki memang tidak boleh langsung diharap! He he he. Maaf...
 
Bila perempuan jenis ini (jenis tidak mengharap kerana sudah ada pendapatan yang tinggi) berkahwin dengan lelaki yang tidak dapat banyak memberi (kerana factor pendapatan), lelaki tersebut akan mengalami masalah patologi (masalah perubahan fungsi). Mereka merasa rendah diri kerana tidak dapat memberi. Mereka tidak dapat dominate keadaan, tidak dapat banyak kuasa. Haaa...
 
Semakin zaman berubah, lelaki menjadi semakin kompleks tetapi semakin bernilai (sebab nisbah antara jantina yang semakin melebar).
 
Itulah masalah yang sebenarnya bukan masalah isterinya tak dengar kata...
 
Saya harap kawan saya tersebut membaca posting saya ini... He he he.
 
 
Sudah cukup sudah, i tetap nak beraya rumah makbapak i...
 
 
 

DPL: Kita bukan kita lagi?

" Banyak orang mula menyedari kehidupan sederhana adalah yang terbaik bagi mereka apabila mereka mula berumur..."

- Abang Jan
 
Masa kita muda tentulah kita mahu banyak perkara, banyak benda terutamanya banyak seks dan banyak wang. Namun apabila bertambah menua (walaupun seks tetap kita dambarkan...) tetapi wang tidaklah pula semakin menjadi segala-galanya bagi kebanyakan orang...

Orang dewasa lebih memikirkan kepada kebahagian dan ketenangan hakiki. Banyak contohnya, orang tua islam banyak sibuk ulang alik ke masjid bila umur menjengah senja, mereka mula kuat menyesal atas dosa-dosa lalu. Kesihatan lebih diutamakan, kebahagian anak cucu diinginkan.

Bukanlah maksud saya fungsi wang sudah tidak menjadi penting, tetapi ada perkara lain yang semakin penting apabila kita dewasa... Oleh itu kita jangan hairan kalau kita sudah bukan kita lagi. Asalkan kita berubah ke arah yang lebih baik.

Dan kadang-kadang kita tidak sedar pun sebahagian diri kecil kita telah berubah. Sebahagian kecil yang berubah itu memberikan impak yang besar...

Haaa...

Saya rasa saya lebih tabah...

 
 
 

Tuesday, April 15, 2014

DPL: Senyumlah wahai Cek Mek Molek...


Senyum simpul

Senyum terlebih simpul

Senyum tersalah simpul...mengada

 
Manusia selalu nak bahagia tetapi mereka nak tersenyum pun malas... Hari ini saya memandu sambil tersenyum. Senyuman untuk diri saya sendiri. Khas.
 
Ada orang kata kebahagiaan akan menambah umur kita sebanyak 9 tahun. Mungkin juga kajian itu sebenarnya nak beritahu kalau kita hidup tak bahagia kita mati 9 tahun lebih awal...he he he.
 
Kalau ada orang tanya kita "Perlukah kita hidup bahagia?" Soalan ini boleh dijawab dengan penampar...
 
Kebahagiaan tentulah asas kehidupan, yang Maslow buat tu sebenarnya pasal kebahagiaanlah. Haaa...
 
Ada orang kata kebahagian itu seperti mengejar rama-rama, rama-rama akan lari. Jadi kita kenalah buat taman supaya rama-rama itu datang...
 
Haaa...maksudnya kita kena cipta bahagia kita sendiri, bukan harapkan pihak lain...
 
Dan untuk menciptanya...kita kena tersenyum dulu...
 
(tentulah senyum itu penting, kalau tak tak ada lagu Datuk M Daut Kilau tersebut)

DPL: Hobi adalah terapi...

"Banyak perkara-perkara kecil yang begitu menarik sekali untuk kita nikmati. Tapi kita buta..."

- Abang Jan


PADA HUJUNG minggu lalu saya tetap memandu ke Kuantan. Sakit kaki yang dialami tidak menghalang saya untuk pergi jenguk rumah di Kuantan. Saya perlu berkebun untuk minda dan fizikal. Lagipun rasa membazir bayar rumah setiap bulan tetapi biarkan gitu jea.
 
Saya dapati pokok manggis sudah keluar tunas kecil yang akan berpucuk seminggu lagi. Cuaca kering tentu akan menjadikan pucuk bertukar menjadi hanya daun-daun yang kecil. Saya juga diberitahu ayah sebelum ini kalau terlalu kering pokok akan terbantut tumbesarannya. Pokok bakung juga berbunga, cuma warna daunnya tak hijau pekat.

Pokok Bakung
 
Saya kira saya antara insan yang bertuah kerana ada perkara atau hobi yang perlu di buat pada hujung minggu. Saya tidak pernah bosan apabila berada di rumah, ada sahaja usaha untuk mengemaskan barang-barang dan berkebun. Saya tidak percaya jika ada orang kata bosan duduk di rumah. Hakikatnya banyak kerja yang hendak dibuat. Percayalah. lainlah kalau kita malas...
 
Dan semua perbuatan itu saya suka. Namun terkeluar juga keluhan dan rungutan dalam hati kerana kaki saya sebenarnya masih sakit. Rungutan tersebut dapat saya kurangkan apabila membayangkan dalam lima tahun lagi rumah saya akan redup dan sebahagiannya seperti berada di dalam hutan.

Saya harap kehadiran pokok-pokok ini akan membuatkan haba di sekitar rumah tidaklah terlalu panas. saya tidak boleh membina rumah di dalam tanam, jadi saya bawa taman indah ke rumah saya secara perlahang-lahan.
 
Saya cuba menelefon tukang mesen rumput saya. Sekarang saya sudah mempunyai tukang mesen rumput terbaik, yang dulu ada yang tak ada gigi.

Tukang mesen rumput saya pandai mesen rumput. Kadang-kadang saya suruh dia `layang' je, kadang-kadang potong rapat. Saya siap berikan dia sos, kerepok, manisan dan lain-lain lagi sebagai hadiah, asing daripada upah. Dia selalu tersengeh sahaja dan kelihatan malu kepada saya. Entah mengapa saya tak tahu, atau dia malu tengok saya berseluar amat pendek hingga mendedahkan aurat?
 
Saya hampa sebab tukang mesen rumput tersebut terpaksa ke majlis kenduri kawin. Saya hairan kenapa dalam banyak-banyak hari pilih hari sabtu untuk kawin. Ada enam hari lagi dalam seminggu.
 
Pokok Bakung II 


Berkebun memenatkan tetapi seperti memancing, prosesnya membuatkan fikiran kita tenang dan lupa kepada masalah dunia. Saya tidak dapat ceritakan semuanya bagaimana hati saya gembira apabila melihat bunga berkembang. banyak perkara-perkara kecil yang menarik dan boleh dinikmati di sekeliling kita. Tapi kita buta, kan?

Dulu kehidupan saya sangat pantas sehingga kadang-kadang tidak sempat menutup ubat gigi. Tetapi sekarang saya cuba melihat keindahan yang ada di sekeliling saya.

Saya berterima kasih kepada diri saya...penglihatan saya semakin pulih.

Monday, April 14, 2014

DPL: Berita dari adik...

Salina Ishak
Saya pernah bercadang bila saya tua nanti, kalau tidak ada rumah orang-orang tua yang mempunyai pengisian program yang menarik, saya akan membeli sebuah rumah berhampiran dengan rumah adik perempuan saya. Saya mahu hidup dekat dengannya sebab dia kelihatan sangat mencara kepada saya yang hidup keseorangan.

Saya seronok bila berada dengannya. Saya tidak puas berkawan dan bercakap dengannya. Bercakap dengannya buat saya rasa gembira. Contohnya, ada sahaja barang yang kami perlu beli, he he he.

Pernah masa belajar di sekolah menengah dulu apabila balik daripada membeli belah di Bandar Jerteh, kami terpaksa menyuruh pemandu teksi tunggu sekejap di hadapan rumah kerana kami mahu mintak duit tambang teksi dari mak. Bila mak tanya kenapa tiada duit, jawapannya "Duit telah dihabiskan semuanya untuk membeli..."

Kalau mak tak balik lagi dari kerja, kami akan ke klinik mencari mak dengan pemandu teksi tersebut. Kalau mak tak ada di klinik out station/ kerja luar, kami mintak duit dari kawan mak, he he he. Kami tahu bagaimana nak urus duit.

Dalam keluarga kami, kami berdualah yang paling pandai membeli, tetapi tidak boleh lawan mak saya, maklah juara. Mungkin apa yang kami alami adalah akibat mewarisi gen emak kami, he he he. Lawak.

Dia juga memiliki kulit muka paling cantik dalam keluarga kami...

Adik perempuan saya ini adalah adik bongsu saya. Namun dia tidaklah kelihatan tua mungkin antara sebabnya dalam kebanyakan hidupnya pukul 10 malam dia akan tidur. Namun kalau saya datang mungkin lewat tidurnya kerana kami seronok mengumpat.

Hari ini ketika sedang saya pening sibuk memeriksa kertas jawapan pelajar peperiksaan akhir, saya menerima panggilan daripada adik saya.  Adik perempuan saya beritahu dia akan buat master tidak berapa lama lagi. Saya gembira dan kagum. Dan dalam masa yang sama juga takut dan bimbang!
 
Saya gembira kerana dia cita-cita hendak belajar, kebanyakan perempuan lain yang berumur 40 tahun, ada anak-anak dan suami tentu sibuk. Alasan ini sudah cukup untuk kita faham betapa masa tidak mengizinkan. Jangan kata menguruskan rumah tangga mudah.
 
Saya kagum kerana dia sudah miliki banyak perkara/benda dalam hidup namun masih mengutamakan pelajaran.
 
Adik perempuan saya ini sangat rapat dengan saya berbanding dengan adik beradik lain. Dia seorang yang lucu dan matang (pelik betul dalam adik beradik saya, sayalah yang paling tidak matang. He he he).

Pernah dulu ketika saya tertekan dalam hidup, saya menaliponnya menangis-nangis tanpa malu bak budak nak dapatkan aiskrem tetapi maknya tidak beri sebab aiskrem tu jenis mahal...Lagipun tadi baru bahan KFC tak kan nak aiskrim lagi. Pencil color pun dah dibeli.
 
Kita kembali kepada tajuk posting. Adik saya ini bernama Salina. Semasa saya muda-muda dulu ramai juga kawan-kawan saya yang `minat' dekat adik saya tetapi saya bantutkan minat kawan-kawan saya dengan pelbagai cara. Salah satunya saya akan selalu beritahu kawan saya yang `nampak' minat kat adik saya dengan mengatakan "saya berharap benar adik perempuan saya akan berkahwin dengan seorang yang kaya, berpelajaran dan handsum". Maka terkedulah kawan-kawan saya (padam muka).
 
Saya rasa takut dan bimbang pula adalah kerana sayalah nanti yang akan kena pantau, tunjuk ajar dia sepanjang perjalanan masternya itu... Bantu penyelidikan dan kertas kerjanya nanti. Haaa... Namun kerana budinya yang terlalu besar dan dia darah daging saya, saya akan membantu...

Saya harap suatu hari nanti dapat hadiri konvoi PHD dia pula, amin...

 

DPL: Kanvas hidup saya...(kita)

 
 
 
"Semuanya mungkin sudah tersurat bermula daripada saya (kita) dilahirkan..."
 
Apabila dihempap musibah, bukan semua orang boleh terus berfikiran positif. Tetapi tentulah usaha ke arah itu perlu. Pemikiran di atas (yang saya merahkan)  adalah permulaan yang baik, sedikit sebanyak dapat mendamaikan jiwa. Dan kata orang dalam damailah kita boleh mencapai kebahagiaan.
 
Memanglah menulis atau bercakap jauh lebih senang daripada mengambil tindakan. Kecualilah menulis buku atau bercakap di hadapan terlalu ramai orang, he he he.
 
Banyak sangat perkara-perkara dan cita-cita saya berkubur begitu sahaja. Antaranya saya mahu berkawin pada usia 27 tahun (kerana ayah saya pun kawin pada usia tersebut). Satu kemahuan yang pelik, kan? kamu semua juga tentu ada cita-cita dan kemahuan rahsia.
 
Tentu ada di antara cita-cita dan kemahuan kita itu sudah tidak penting sama sekali dah. Malu nak sebut pun ada. Pulak dah.
 
Nampaknya apa yang paling penting bukannya takdir tetapi bagaimana mengawal takdir tersebut supaya terbitnya rasa seronok. Rasa bahagia. Saya suka membayangkan secara positif takdir adalah lukisan-lukisan yang tidak bercat. Alaaa...yang budak-budak suka warnakannya itu.
 
Kita mungkin tak mampu untuk melukis lukisan tersebut tetapi seperti juga budak-budak, mereka amat gembira mewarnainya. Haa...
 
 
 
Dalam mewarna kita, kta boleh pilih warna apa yang paling kita suka! sebab kita jugan perlu rasa seronok.
 

Kalau kita perasan, kita dapati kebahagian itu juga datang dalam bentuk-bentuk yang kecil. Maksud saya, kta bahagia tersenyum melihat pasu yang cantik atau bahagia kerana melihat anak jiran kena pukul. Tapi bukannya pukul macam pasangan di Sweden tu.

Ramai orang terkejar-kejar untuk memiliki kebahagian yang besar-besar. Rumah besar, kereta besar, pasu besar (sayalah tu). Hingga mereka ini terlupa bahawa senyuman anak yang kecil juga kebahagian. Haaa...

Bahagia yang kecil-kecil inilah yang menghias kanvas hidup kita. Kata kawan saya tuhan tidak kejam (unsur agama, agar kita tidaklah sesat dalam pemikiran yang bebas), tuhan tetap beri kebahagian di sekeliling kita, cuma kita gagal melihatnya sebab sibuk kerja balik pukul 6 petang!.

Kawan baik saya mengambil masa 8 tahun untuk berkawin semula selepas diceraikan. Dia mengambil masa 8 tahun untuk terima yang `semenjak dia dilahirkan sudah tertulis pada sekian-kian hari dia diceraikan...". Haaa...

Sekarang dia cuba mewarnai kanvas hidup baru dia. Saya rasa bangga kerana dia lebih positif. Untuk bangkit semula dia memerlukan masa yang lama, namun dia tidak pernah menyerah kalah. Kita pun gitulah juga mesti jangan menyerah kalah.

Jangan biarkan orang lain warnakan kanvas hidup kita warna kelabu tahi anjing...


 

Friday, April 11, 2014

DPL: Siapa doktor sebenarnya?

Sudah beberapa hari saya berasa tidak selesa dengan tapak kaki kanan saya. Hari ini bahagian tapak kaki kanan saya bertambah sakit, maka saya pergi berjumpa doktor atau orang putih kata pergi `melihat' doktor.
 
Sementara menunggu doktor saya duduk membaca majalah, selepas puas membaca majalah, saya melarakan diri. Saya rasa kalau zaman dahulu kalau kita sakit tapak kaki tentu kita dituduh terpijak pusu atau makhluk halus. Pasti saya kena jumpa dukun...
 
Sudah dua tiga hari saya hanya berselipar ke tempat kerja. Saya rasa selesa berselipar kerana pelajar saya tiada. Mereka sedang menjalani peperiksaan akhir di bangunan dan kawasan lain. kalau pelajar ada saya kena kelihatan kemas kerana pernah seorang pelajar menyangka saya seorang tukang kebun.
 
Saya tidak selesa turun naik tangga, maka pagi-pagi hari saya sudah beli sarapan pagi dan makan di opis sahaja. Bila kawan ajak makan saya beritahu saya sakit kaki.

Saya khuatir sudah sampai masanya saya mendapat gout. Kata ayah saya, tok key saya ada gout. Ayah saya dan adik beradiknya ada gout. Ayah saya kata kemungkinan besar bila saya 40an saya juga kena penyakit gout.

Sebab itulah saya sudah mendapatkan serba sedikit info mengenai sakit gout. Umumnya penyakit ini akibat peningkatan asid urik dalam darah. Dan sebahagian asid urik itulah yang membentuk macam Kristal kat sendi-sendi kita menyebabkan rasa sakit, payah bergerak dan bengkak. Dan ia biasanya menyerang sendi ibu jari kaki kita. Haaa...
 
 
 
Bila berjumpa doctor saya beritahu tapak kaki saya sakit. Saya beria-ia beritahu saya mungkin sakit gout. Saya beritahu ayah saya pun ada penyakit gout. Terus saya beritahu salah silah keturuanan saya yang bergout. Saya beritahu panjang lebar walaupub doktor tersebut tidaklah pula bertanya. He he he
 
Doktor memeriksa kaki saya dan dia beritahu tidak pasti lagi ianya gout. Katanya kalu gout tentu saya akan rasa sangat sakit di bahagian sendi. saya pula tidak mahu mengalah dengan bersungguh-sungguh mengatakan saya mungkin sudah dapat `pusaka' gout tersebut dari ayah saya.

Setelah melihat gelagat saya doctor meminta supaya datang keesokan harinya untuk memeriksa kadar asid uric  dalam darah saya...
 
 
Dalam perjalanan pulang saya tersenyum sendirian kerana saya sudah ada penyakit darah tinggi dan berkemungkinan pula gout. Tambah satu penyakit lagi. Biasanya sara rasa sedih tetapi kali ini tidak. Saya harus positif. Walaupn saya harap ujian nanti adalah negative namun kalau sebaliknya, saya berjanji akan terus bersikap positif. Saya rasa tindakan saya ini betul...berpositif diri.

Saya juga tersenyum kerana gelagat saya di bilik doktor tadi seolah sayalah doctor, he he he. Doktor itu juga sebenarnya tersenyum melihat gelagat saya.

Menjadi doctor kerjanya berhadapan dengan penyakit. Tentu doktor itu bosan kerana setiap hari mengadap pesakit yang masam dan serius. Saya rasa bangga kerana dapat membuat doktor itu tersenyum...
 
Saya doakan doktor itu selalu sihat dan bahagia...amin.

DPL: Carilah kebaikan dalam diri, hargainya...

Saya semakin menyedari sudah terlalu banyak masa saya habiskan dengan bersedih. Bermuran durja dan menganggap diri paling malang, hina dan tiada apa-apa keistimewaan. Maka adalah lebih baik saya memikirkan perkara-perkara istimewa yang berlaku pada diri saya pada setiap hari yang mungkin atau tidak langsung terjadi pada manusia lain...
 
Fikiran ini saya dapati setelah saya tergolek menulis di hadapan televisyen, sambil makan keropok, sambil juga menonton rancangan Astro hitz, Soulfood. Baru saya sedari kopek Mariah Carry sangat besar setelah melihat vidioe klip lagu `I want to know what love is".
 
Tetapi posting kali ini bukanlah mahu menceritakan tentang Mariah Carry atau hal nasi lemaknya itu. Ia adalah mengenai bagaimana kita harus setiap hari melihat ke dalam diri, mencari positifnya hidup kita. Haaa...
 
Adalah malang bila kita rasa diri kita malang.
 
Maka saya mengambil keputusan hari ini perkara yang paling mengembirakan saya ialah apabila seorang rakan pensyarah menangis di hadapan saya. saya bukanlah jenis manusia yang bahagia atas air mata orang. Ceritanya begini. Lewat petang ketika saya sedang mengemas mahu pulang. Seorang rakan pensyarah masuk ke bilik saya.
 
Rakan saya tersebut mahu berbual, saya persilakan dia duduk. Dan akhirnya beliau menceritakan kesedihan, kegusaran dan kebimbangan yang bermukim di hatinya. Bak pakar motivasi, saya mendengarnya dengan teliti. Saya akhirnya merasa sedih apabila dia mula menangis dan mengesat air mata. Apa yang terjadi memang menyedihkan hati dan perasaannya.
 
Saya juga rasa mahu turut menangis, tetapi mengingatkan saya tidak mahu menangis pada tahun 2014 ini, saya seka air mata saya...(pulak dah)
 
Sekali lagi seperti pakar saya amati permasalahan tersebut dan mencadangkan beberapa langkah penyelesaian. Namun dalam keadaan tersebut saya pula disuruh untuk memilih langkah yang terbaik daripada langkah-langkah yang saya cadangkan tersebut.Saya harap langkah terbaik yang saya pilih itu dapat menyelesaikan masalahnya. Saya juga berpesan dalam kehidupan ini ada risikonya. Dan ada banyak perkara di luar kawalan kita.
 
Saya merasa lega apabila mel;ihat beliau keluar dari bilik saya dengan bersemangat, tersenyum dan kelihatan tahu apa yang harus dia lakukan...
 
Saya tidak merasa apa-apa sehinggalah balik ke rumah saya rasa kagum dengan diri saya. Rasa kagum kerana antara beratus rakan pensyarah yang dia miliki, dia memilih saya. Dia memilih saya untuk dia jumpa. Bukan orang lain...
 
 
 
 

Thursday, April 10, 2014

DPL: Saya akan peluk dia erat-erat untuk beri ketabahan hidup.

Sekarang saya tidaklah pula berada pada kedudukan paling kuat untuk menghadapi sebarang cabaran dalam kehidupan. Sebagai insan biasa, cubaan pada masa hadapan tidak dapat saya ramalkan, jangkakan.  Saya cuma dapat berharap saya akan tabah dan selalu bertenang diri.
 
Dalam banyak keadaan tidak akan ada orang mampu menolong diri kita, kecuali diri kita. Percayalah. 
 
Saya percaya bukan saya sahaja yang rasa teraniaya. Anehnya saya menyedari orang lain ada yang tidak bahagia pada saat-saat saya hilang bahagia. Maksud saya pada satu tahap saya sudah agak ke arah stabil. Bukan masa saya meraung di tengah jalan, marahkan tuhan.
 
Bila diingat kembali kehidupan saya pada masa itu, ianya amat teruk. Sehinggakan emak saya terpaksa berulang alik ke Muadzam menjaga saya. Saya menyusahkan banyak orang lain yang sayangi saya... Saya sepatutnya berdepan dengan lebih matang. Kini saya malu pada diri.
 
Lagipun sayalah yang bersalah kerana perasan atas apa yang telah saya lalui iaitu kononnya tuhan telah berikan saya seorang manusia yang jujur, bla-bla -bala. He he he. Rupanya satu ujian lagi...
 
Jauh di sudut hati saya, saya tetap merasa sedih bila mengenangkan hari itu. Pada hari itu di tepi jalan saya basah kuyup meraung-raung macam orang hilang akal. Macam dalam drama-drama swasta. Pada masa tersebut saya memang sudah hilang akal... barangkali akibat kepayahan yang tidak tertanggung. Di dalam hujan itu, di tepi jalan saya rasa saya sahaja tinggal di planet bumi ini. Saya rasa amat hina. (walaupun sebenarnya orang yang menjahanamkan saya itulah yang hina).
 
Saya masih ingat lagi di dalam hujan lebat itu saya bersumpah sambil airmata saya menitis laju bersama pilu-pilu, bersama hujan. Saya bersumpah "Demi allah dan sekalian rasull, dia akan merindui saya sepanjang hayat!"
 
Selepas itu saya terus menangis-menangis sehingga badan saya ketar kesejukan...
 
Kalau saya boleh berada lagi di tempat tersebut (kalaulah ada `mesen masa', saya akan ke sana semula). Saya akan peluk saya (saya pada masa tersebut) kuat-kuat supaya saya (saya pada masa tersebut) tabah dan percaya masih ada orang sayangkan saya (saya pada masa tersebut).
 
Orang itu yang sangat sayangi saya (saya pada masa tersebut)...sayalah!
 
Taraaa.....
 
 

Wednesday, April 9, 2014

DPL: Musim bunga di Muadzam?

"Saya nak tiga ekor ayam kecil, kerat 16. Saya tak mahu kaki dan pedal..."  Saya memberitahu jurujual ayam tersebut. Saya tercegat di depan penjual ayam tersebut sambil tersenyum memaniskan muka.

Dengan senyuman yang manis saya juga buat-buat tanya berapa RM sekilo? Bukannya saya tidak mampu tetapi alangkah elok bertanya supaya ada komunikasi antara insan. Saya sulami pertanyaan dengan senyuman. Saya harap penjual ayam tersebut tidak salah sangka, saya mahu membeli ayam, bukan menjual diri.
 
Setelah membayar RM42, saya melenggang ke kedai di hadapan untuk membeli santan pula.
 
"Saya nak santan sekilo" Sekali lagi saya tersenyum. Bukannya kerana saya nak dia tambah santan melebihi sekilo (saya mampu) tetapi alangkah manisnya kalau semua tersenyum. Penjual tersebut tidak tersenyum. Pelik.
 
Tetapi tidaklah pula saya mengharap senyuman saya dibalas...
 
Saya sudah beri beras RM30, dan juga rempah ratus dan barang mentah yang lain sebanyak RM50. Barang mentah tersebut juga meliputi bahan membuat agar-agar santan bermilo.
 
Saya memang mahu membuat sedikit jamuan kerana meraikan kenaikan gred saya. Sebenarnya saya malu kerana setelah sekian lama, barulah saya naik gred. Semuannya salah saya. Saya tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan. Mungkin saya tidak mempunyai rancangan kerjaya yang mantap dan mengejar pangkat dan segalanya.
 
Mungkin saya rasa saya sudah selesa, mungkin saya sudah patah hati dan tidak bermotivasi dan mungkin juga ada keperluan lain yang saya terlebih dahulu harus penuhi sebagai manusia bernama anak, abang dan pak saudara.

Saya harus menunaikan janji saya pada diri saya. Majlis yang kecil ini juga dikongsi oleh dua orang rakan yang lain.

Saya rasa lega majlis ringkas ini selesai dengan baik. Majlis saya sangat ringkas, tiada ucapan atau doa yang syahdu. Jemputan tidak ada kerja silalah ke pantry untuk menjamu selera.

Selepas sembahyang jumaat saya sendirian menyiapkan barang-barang untuk di angkat ke kereta. Saya pakir kereta di belakang bangunan. Saya melihat banyak bunga berterbangan seperti dalam filem korea.  Dalam kesendirian tersebut saya terasa sayu...






Semua gambar bunga adalah milik Puan Maimon


Sukar untuk saya terangkan di sini. Maka saya rasa tidak perlulah diterangkan. Saya tidak mahu memaksa diri.

Adakalanya saya tidak faham, nampaknya hanya tuhan yang tahu... Dan saya tidak perlu menangis...memang musim cinta itu telah berlalu. yang ada hanyalah kenangan.

Semoga yang manis-manis sahaja terpahat...

DPL: Saat hilang bahagia saya mula menganalisa...

Sangat lewat petang barulah pamiran `Jom Masuk U' selesai. Setelah memunggah alatan pamiran ke kenderaan, selepas bersalaman dan masing-masing mengucapkan terima kasih, saya ke tempat pakir. Dari jauh saya lihat Myvi kesayangan saya tersergam indah di kalangan kereta-kereta import lain. He.
 
Bila saya nak beli kereta baru?
 
Saya bawa kereta perlahan-lahan, saya tidak biasa dengan jalan-jalan di kawasan ini. Beberapa minit kemudian saya sudah meninggalkan Bandar Kuala Terengganu.
 
Perjalanan ini jauh... maka dalam perjalanan saya tidak dapat lari dari berfikir dan mengimbau perjalanan hidup saya yang saya katogerikan sebagai `tidak tentu arah', he he he.
 
Sampai satu tahap dalam hidup, saya sudah hilang rasa bahagia. Bila sudah hilang rasa bahagia, hilanglah semangat untuk hidup. Dan bila sudah hilang semangat untuk hidup tentulah tidak mudah bagi saya untuk merasa bahagia.
 
Namun saya sangat degil, saya tidak mudah menyerah kalah. Saya tetap juga berusaha untuk mewujudkan situasi yang membuat saya seronok. Walaupun tidak  100% berjaya saya terus mencuba. Tidak boleh saya berpendapat pintu kebahagian tertutup rapat. Kenalah berusaha walaupun hasilnya belum tentu lagi. Buat masa ini perbuatan berusaha adalah suatu perbuatan yang terbaik supaya tidak terus dirundung kemurungan. Orang lain juga sepatutnya begitu.
 
Kemurungan akan membahayakan bukan sahaja jiwa saya tetapi juga periuk nasi saya. Adalah tidak cerdik bagi orang cerdik seperti saya ini untuk berterusan mengikut perasaan dengan terus mendakap duka dan dendam. Duka dan dendam itu sepatutnya dipandu ke arah yang lebih positif.
 
Ya, dalam kemurungan ada juga positifnya. Semua perkara ada positifnya. Ada syaitan adalah syurga, ada kekecewaan adalah kekuatan dan kematangan hidup. Wah optimisnya saya kali ini. Saya beri kepada saya lima bintang. 
 
Dalam kemurungan saya lebih banyak berfikir dan memerhati. Menganalisa apa yang sedang berlaku di sekeliling saya. Termasuk perkara-perkara yang sebelumnya saya tidak nampak.

Hilang bahagia ada juga positifnya. Lorong hidup saya menjadi perlahan maka saya ada banyak masa memerhati...

 

Tuesday, April 8, 2014

DPL: Bahagian pemasaran di UMT

 
Pengalaman ber`marketing' di Universiti Malaysia Terengganu sangat menyeronokan. Walaupun sangat meletihkan dan berpeluh-peluh (kerana penyaman udara langsung tidak berkesan), saya tetap gembira. Dalam berpeluh luar dalam, saya tetap tersenyum.
 
Pelik kan? Seronok tapi letih. Banyak juga aktiviti lain yang seronok walaupun letih. Tanyalah ahli sukan atau kalau mahu lebih faham tanyalah mereka yang sudah kahwin yang suka bersetubuh.
 
Ini bukan khemah sarkes tetapi ada gerai-gerai pamiran di dalamnya

 
 
Kelihatan Encik Rosli agak sibuk ke hulu ke hilir
 
 
Ketua saya bernama En Rosli. Seorang pegawai pemasaran yang sangat rajin bekerja. Rajinnya beliau sehingga saya hanya berhenti untuk makan minum sahaja. Saya tidak sempat rehat. Dari mana datangnya tenaga beliau untuk bekerja saya tidak tahu, memang En Rosli komited dalam bekerja. Saya beri 5 bintang.
 
 
Din dan Ayie...
 
Saya juga dibantu oleh Din dan Ayie. Din juga adalah seorang pensyarah. Beliau masih muda dan masih handsum dan masih pemalu. Namun sekarang saya rasa dia sudah berisi sikit berbanding dulu, namun walaupun sedikit berisi dia tetap handsum macam saya zaman muda-muda dulu. (Lihat gambar masa saya muda di posting lain untuk mengesahkannya. Jika perlu).
 
Seorang lagi adalah Ayie. Saya terkejut sebab beliau tidak mengenali saya yang agak popular (kira perasanlah ni kot). Mungkin zaman kegemilangan saya sudah tidak ada langsung. Budak-budak baru memang langsung tidak mengenali saya. Tapi tak apalah...
 
Rupanya Ayie pekerja baru. Ayie juga bekerja dengan rajin sekali. Rambut cacaknya disikap rapi, sekali pandang seperti pelajar yang mahu minta borang permohonan. Mungkin diasuh oleh En Rosli supaya sentiasa kemas dan bekerja dengan serius.

Saya ada juga cuba buat lawak di gerai tersebut tetapi saya dapati lawak saya tidak berapa mendapat sambutan sebab En Rosli, Din dan Ayie serius bekerja. Jadi saya simpan lawak saya untuk masa hadapan.
 
Saya tanya adakah pelajar ini bersekolah agama, mereka kata tidak.
  
Walau bagaimanapun saya sempat juga singgah di gerai-gerai pameran lain kerana saya ada juga `curi tulang'. Saya singgah di gerai UNISZA, tengok-tengok kalau ada kerja kosong, he he he. Itu perangai saya.mungkingkah saya mahu balik negeri? Tetapi saya suka bekerja di Pahang.
 
Bagus juga peluang untuk bekerja luar dari kampus, melibatkan diri dengan bahagian pemasaran. Boleh dekat dengan masyarakat. Saya melihat peluang ini dengan positif. Malah saya selalu bertanya kepada En Rosli kalau saya boleh ber`marketing' lagi. Lain kali.
 
 
Eh, ni result UPSR! Aku salah bawa...
 
 
Entah mengapa ber`makerting' kali ini paling menyeronokan. Mungkin saya positifkan minda saya.
 
Ber`marketing' memanglah bukan suatu kerja hakiki seorang pensyarah namun banyak kebaikan yang dapat timbul darinya. Pensyarah boleh jawab beberapa perkara yang mungkin bahagian marketing agak keliru. Contohnya system penilaian pelajar.

Kerja ini menemukan kita dengan muka-muka baru yang `fresh'. Bukan muka-muka kawan sekerja kita yang agak sudah lama kita tatap semenjak kita berjaya dalam temuduga dulu. Dan muka kawan-kawan kita tersebut pula tidaklah semakin elok, melainkan menua.

Jan: Ramainya orang nak belajar, baguslah.
 
 

Friday, April 4, 2014

DPL: Larakah aku...? Yes!

"Cinta bersifat eksklusif. Hanya dirasai dgn org tertentu,pd saat tertentu, dan keadaan trtentu. Cinta boleh mekar dan layu. Cinta datang tanpa isyarat. Dan boleh pergi tanpa sebab..."
 


SEKARANG saya galak mencari kata-kata hikmat atau hikmah untuk memperkukuhkan diri saya di persada dunia nyata. Saya mahu memotivasikan diri, sudah lama saya terlalu lara. Salah satu dari kata hikmah adalah kata-kata hikmah di atas diberikan oleh pembaca setia blog saya, Vivacious O'light yang saya kira amat baik dari segi bentuk dan mutu, serta mesejnya.
 
dalam kehidupan ini kita tidak dapat lari dari pada cinta. Saya tersengeh apabila mengingati saat ketika dia `mabuk'kan saya. saya akan cuba ingat antara yang termanis sahaja. saya akan cuba.

Saya harus syukur walaupun sekejap ia dating dan pergi meninggalkan luka yang dalam. Saya tetap pernah merasainya.

Kata O'light, cinta bersifat eksklusif sebab bukan semua memilikinya. Saya rasa ramai juga yang tidak memiliki tetapi sekadar perasan lebih dan letak dalam FB. Kononnnya cinta. Huh!.
 
Kata orang lama cinta bukannya barang buat berniaga, bukan untuk dijualbeli. Ada orang yang terlebih lama kata cinta bukan boleh ditukar ganti. Dan dalam lirik lagu 1000 Mawar nyanyian Kak Pah ada dinyatakan dengan tegas cinta bukannya harta, cinta adalah jiwa. Fullamak terangkat.
 
Cinta tidak berjadual apatah lagi berkuliah, dan cinta memerlukan keadaan tertentu untuk dirasai kehadirannya. Kata O'light juga cinta boleh mekar dan layu... bak bunga...Haaa pulak.
 
Tetapi baris akhir yang membuatkan saya rasa nak terjun dari bangunan akademik ini (acah aje, he heh ) ialah `Cinta datang tanpa sarat dan boleh pergi tanpa sebab'...Haaa...!
 
Ya, saya seorang pelara yang sensitive. Tiada salah untuk lara apabila kita patah hati dan kecewa. Bila kita patah hati dan kecewa kita tak makan biskut, main yoyo atau menari tango. Kita biasanya bersedih atau mengesat air mata dengan lengan baju.Yang salahnya?
 
Yang salahnya kita tidak `bangkit-bangkit' atau meratap hiba dalam jumlah waktu yang lama. Menyalah diri kononnya tak handsum, tak kaya, berkereta Myvi je dan sebagainya.

Dan untuk berubah kita haruslah terima kenyataan. Dan untuk menerima kenyataan adalah amat sukar, lebih payah. Hai ini  orang seluruh dunia tahu.
 
Tetapi kita mesti bangun!
 
Jan: Bangun sekerat, he he he...
 
 

Thursday, April 3, 2014

DPL: Tenunan sebuah hati...

" Nanti saya wasapkan ke encik" Jawab juru jual tersebut selamba.
 
Saya terkedu seketika, saya terus berpaling dan saya dapati timbalan dekan berada agak jauh dari saya. Nasib baik. Berdekatan dengan saya ada pensyarah lain. Malunya saya, mungkin agak pelik walaupun saya agak handsum tetapi tak ada handpon yang boleh berwasap.
 
Sebenarnya kejadian ini berlaku ketika saya bersama timbalan dekan dan pensyarah-pensyarah lain singgah di pusat tenunan di raja Pahang. Kami mahu membeli cenderahati untuk Tan Sri sempena majlis `luncheon talk III' di Kuantan.
 
Saya pula setelah berlegar-legar, berkenan dengan beberapa tenunan tetapi saya mahu kain tersebut ditenun berlainan sikit menikut kehendak hati saya. Saya mahu yang unik. Koleksi peribadi tenunan hati.
 
Selepas terkedu saya kelam kabut, dalam kelam kabut saya beritahu gadis penjual tersebut bahawasanya bulan depan kononnya saya akan beli handpun mahal dan bolehlah berwasap. (Bila dalam perjalanan pulang baru saya tahu yang saya sebenarnya tidak perlu terangkan apa-apa kepada jurujual itu. Mungkin gen ni saya dapat dari emak saya.)
 
Saya tidak sedar semua orang di sekeliling saya semakin ada wasap. pernah saya berasa/merasa hairan mengapa anak saudara saya kata dia terpaksa beli kad prepaid bila nak bersms dengan saya.
 
Nampaknya saya kena beli handpon baru yang boleh wasap, saya mesti ikut teknologi. Namun saya akan cari yang murah jea..he heh.
 
Ini gambar-gambar semasa di Galeri Tenunan Di Raja Pahang, Kuantan tempohari. Cantik kainnya.
 
Patung pun pandai menutup aurat...he he he







Kain yang depan tu RM1400!







Cantik dipakai dengan baju Melayu hitam




 
Jan: Kita kena tenun hati kita biar kejap, kukuh dan berwarna warni...haaa.
 
 

DPL: April bulan Cinta saya

Hari ini 1 hb April, saya daripada 7 pagi sampai pukul 7 petang berligar di Bangunan Wisma TNB, Kuantan. Saya bertugas di sana sempena persiapan program Luncheon Talk. Minggu lepas saya di UMT dua hari...
 
 
Tidak ada lagi orang yang datang, maka saya duduk minim di kantin, saya bermonolog. Bulan April adalah bulan CINTA saya. Bulan inilah saya dilahirkan, dan merana... He he he. Acah aje, semua orang pernah patah hati, maka tidaklah saya terlalu istimewa dalam bab ini.
 
Dunia semakin kejam, siapa yang tidak merana...he he he?
 
Dan bulan ini juga lahir insan yang paling saya sayangi. Saya tidak pandai menulisnya di sini, hanya saya yang tahu. Namun ia bukanlahlah kasih sayang dan cinta yang menjuruskan kepada seks, harta, pangkat dan sewaktu dengannya.
 
Saya mahu hidup saya di kelilingi dengan cinta. Depan belakang kiri dan kanan. Dan saya tahu  cinta-cinta itu bukanlah akan datang bergolek atau melayang. Saya mesti mencipta CINTA-CINTA itu agar mereka selalu berligar di sekeliling saya.
 
Saya dah mula letih mengeluh dan mencari cinta-cinta itu...
 
Jan: pernah tergolek kerana cinta...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home