"Sepatutnya kau tak sangkut periuk dan kuali kat kat belakang pintu tu" Kata kawan saya yang bernama Anuar setelah saya perlihatkan bahagian dapur rumah saya. Dia juga suruh saya buangkan rak tempat letak pinggan saya. Katanya tak sesuai dengan rumah saya. Saya terus tergelak! Dia tidak berubah langsung. Perangainya sama seperti kami sama-sama belajar di UM dahulu. Dia sangat vokal seperti dahulu. Apa yang dia tengok tidak kena di mata terus dia kata.
Kami pada tahun 1991, pergi berkelah |
Tidak seperti saya, saya selalu pendam segalanya. Bercakap dalam hati sahaja, kalau orang buat tidak baik pada saya pun saya diam sahaja. Di asrama dahulu dia pernah beritahu saya "Kau ni Sukiman, hati orang kau jaga, hati kau, kau buang dalam longkang".
Anuar akan selalu beritahu kalau ada apa yang dia fikir tidak betul. Semasa di UM dulu semasa beliau pergi program anak angkat, dia berselisih faham dengan keluarga angkat sebab pasal pintu jamban tak boleh tutup. He he he. Anuar kata apa salahnya pintu jambang (toilet) ditukar. He he he.
Anuar akan selalu beritahu kalau ada apa yang dia fikir tidak betul. Semasa di UM dulu semasa beliau pergi program anak angkat, dia berselisih faham dengan keluarga angkat sebab pasal pintu jamban tak boleh tutup. He he he. Anuar kata apa salahnya pintu jambang (toilet) ditukar. He he he.
Anuar di tepi longkang rumah saya |
Lamanya tidak jumpa dia. Dan semasa saya menjemputnya di bas Terminal Makmur, beliau hampir tidak mengenali saya. Katanya saya gemuk. Dan saya juga dapati dia juga sudah gemuk... Selebihnya kami memang salahkan faktor umur...
Anuar memuji koleksi PML lama saya |
Bila sampai rumah terus kami berborak... Semasa di UM dahulu, beliau mempunyai ramai kawan berbanding dengan saya. Dia juga tempat saya bertanya kalau ada apa-apa kemusykilan. Saya selalu komplin pada dia pasal jiran di KL tidak bertegur sapa, kenapa orang KL naik bas terus tidor, kenapa harga telur masim mahal dan kenapa ramai perempuan pakai seksi. Sebagai budak kampung, saya rasa hairan.
Sekarang saya sudah tidak hairan...
Saya beritahu Anuar saya tidak tinggal di Kuantan. Saya jarang ke rumah ini. Dan apa yang ada di rumah tersebut memang tidak lengkap. Hanya ada sikit-sikit sahaja. Rumah ini tidak berisi sepenuhnya seperti hati saya...
Saya juga tidak pandai nak hias-hias rumah. Saya bukan Eric. Saya mahu rumah saya simple jea, lagipun duit saya simple juga. Cuma kalau ada duit lebih saya nak beli CD player Sony. Saya tak nak yang ada dvd player, yang ada CD player sahaja. Tentu murah.
Anuar beritahu dia juga ada beberapa buah rumah di Kuala Lumpur. Ada yang disewakan olehnya....
Anuar nampak serius tetapi kelakar orangnya. |
Saya terus bercerita mengenai perjalanan hidup saya selepas banyak belajar. Saya beritahu hidup saya berliku-liku, tidak senang... Beliau juga menceritakan hal kehidupan dia... banyak juga masa kami habiskan dengan berbual kisah lama di UM.
Gembira sangat jumpa dia. Saya menjemputnya pada pukul 4 pagi dan setelah menandatangani beberapa borang, pada pukul 4.30 petang beliau bertolak pulang semula ke KL.
Semasa dia naik bas saya beritahu supaya datanglah lagi... Saya beritahu saya sunyi...
Jan: kisah-kisah lalu jadi kenangan...
4 comments:
sahabat baik pasti akan sentiasa di hati walau jauh di mata sekalipun..ye abg Jan...
Sahabat sejati sahabat yang sanggup bersusah payah sama dengan kita, dan orang yang selalunya suka bercakap benar biarpun cair taik telinga kita bila dengar dia tegur kita.
lan loloq,
betul tu...dah 16 tahun tak jumpa... sebenarnya sukar nak cari sahabat sekepala...sekepercayaan terhadap kehidupan.
myfreeminded,
memang, he he he. Dia selalu macam tu. itulah kelebihan dia.Mesti selalu kena improve, katanya.
aNNUAR mILO?
Post a Comment