GAMBAR di atas adalah hero hidup saya. Saya sangat sayanginya. Namun saya diasuh untuk tidak berlebihan dalam menunjukan kasih sayang. Mungkin dia sendiri tidak tahu betapa saya sayanginya. Sangat-sangat.
Saya selalu menulis mengenai emak, manusia yang paling saya sayang. Kali ini saya mahu menulis mengenai lelaki yang paling saya sayang pula di dunia ini. Saya berhutang nyawa dan budi, dan berhutang segalanya kepadanya. Segala kesenangan yang saya miliki ini adalah berpunca daripadanya.
Dia selalu memberi saya semangat untuk belajar dan `membaca' dunia ini secara langsung dan tidak langsung. Pemikirannya yang selalu ke depan dan bersikap positif sangat saya cemburui. Saya harap suatu hari nanti saya menjadi sepertinya yang selalu optimis.
Dia tidak kisah kalau saya ada pandangan berbeza tentang kehiduapn ini kerana dia tahu kepandaian saya. Juga kebodohan dan limit saya dalam kehidupan.
Jan: ...terima kasih atas segalanya... semuga ayah sihat selalu.
Jan: ...terima kasih atas segalanya... semuga ayah sihat selalu.
5 comments:
Salam titipan :)
Lelaki yang paling sayang tak lain dan tak bukan ayahanda saya yang telah dahulu 'pergi' mengadap Ilahi...semoga Allah mencucuri rahmatnya keatas roh ayahanda saya...amin
semoga allah mencucuri rahmatNya ke atas roh ayahanda UmmiKami. Amin
Terimakasih atas doamu.. :D
Jom berpantun di blog Ummi.. :D
saya tak pandai sangat berpantun niummi...
Post a Comment