Semasa saya makan di sebuah kedai, saya terperasan. Saya perasan ada banyak orang tua di kedai tersebut Malah semuannya orang tua! Rasa bangga pun ada. Rasa bangga sebab nampak saya jauh lebih muda. Jauh-jauh jauh lebih muda, he he he.
Saya perhati semua orang tua tersebut. Sahlah mereka orang tua kerana semuanya ada berambut putih. Dan paling ketara kulit muka mereka berkedut. Ada yang hanya ada dua tiga batang gigi sahaja. Mereka tidak bergaya sakan seperti pelajar saya.
Sambil makan mee hun saya berfikir, "Seronok kah jadi orang tua nanti yea?". Sekarang saya lebih suka berkawan dengan orang yang lebih muda kerana mereka lebih gembira hidupnya. Mereka lebih bertenaga dan spontan.
Bukan saya tidak suka berkawan dengan orang tua, ada kalanya suka juga.
Kawan saya kata bila kita tua kita akan tidak disayangi, rasa tidak berguna dan terbiar...
Tua ada baiknya. Tidak perlu lagi pakai krim anti-kedut. Saya tidak perlu bergegas lagi ke tempat kerja. Saya tidak perlu lagi membayar hutang pinjaman perumahan dan kereta.
Saya juga ada lebih banyak masa untuk menulis dan ke sana-ke mari. saya juga boleh pergi melawat anak dan cucu sedara saya. Haaa.
Dan jika kita tua secara bergaya, tidaklah teruk sangat kita nanti. tetapi pada masa tersebut adakah orang yang sayangkan kita sehingga ke kubur... Haaa...
Tolong jangan ganggu pak cik, nanti mak cik marah, he he he |
Saya juga ada lebih banyak masa untuk menulis dan ke sana-ke mari. saya juga boleh pergi melawat anak dan cucu sedara saya. Haaa.
Dan jika kita tua secara bergaya, tidaklah teruk sangat kita nanti. tetapi pada masa tersebut adakah orang yang sayangkan kita sehingga ke kubur... Haaa...
Jan: emmm
1 comment:
hurm...
Post a Comment