Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, December 31, 2012

HDK: Air mata Erra, kata-kata kasar Norman dan hati saya yang serba salah...

Minggu ini saya merasa aman. Kisah dapur minyak tanah telah selesai. Saya dapati tidak ada tindakan susulan yang dibuat oleh pihak asrama berkenaan membawa barang larangan ke asrama. Mungkin mereka gertak sahaja lebih, he he he. Saya juga telah berjaya menjual sweater baru saya dengan harga sebijik seperti yang saya beli.

Dan yang lebih penting saya sudah menyiapkan semua soalan tutorial mikroekonomi. Walaupun ada soalan yang saya gagal memahaminya 100%, saya buat juga. Dan kalau disuruh keluar ke hadapan kelas untuk menjawab dan menerangkannya, saya yakin saya boleh buat. Kalau salah jawapannya saya tidak akan dimarah, kalau tidak buat jea akan dimarah tutor...he he he

Tiba-tiba saya teringat temujanji saya dengan kawan rapat. Saya mesti cepat ke Falkulti Sains. Saya masukan semula roti ke dalam beg Dominat saya. Saya harap ikan sudah kenyang.

Kawan rapat saya ini sebenarnya telah memberi pesanan kepada kawan saya melalui kawan dia kepada kawan saya di asrama yang dia mahu berjumpa dengan saya, (dulu tak ada telefon bimbit, pakai mulut untuk sampaikan pesan `mulut ke mulut').

Bila berjumpa denganya, terus saya duduk di tangga fakulti sambil buka beg dan makan roti. Dia yang duduk di sebelah saya, tiba-tiba  menangis. Saya hampir tertelan lebihan roti yang saya sedang makan (roti lebihan ikan tadi). Terus saya capai air kotak saya. saya minum. Saya bimbang tersedak roti.

Saya jadi gelabah.

Sebenarnya, saya terlalu sibuk belajar, saya tidak perasan bahawa ada kawan-kawan perempuan yang minat kat saya. Mulanya saya memang tidak percaya. Lama-kelamaan barulah saya perasan. Perasan?

Pada tahun-tahun awal 90an, muka macam saya ni bukanlah ada `pasaran' sangat. Lainlah kalau muka macam Razizs Ismail atau Syed Sobri. Dan satu lagi saya selalu beranggapan siapalah yang hendakan saya. Naik motor pun takut. Saya juga tidak dapat fahami kalau ada orang minat kat saya sebab saya ni tiada apa-apa kelebihan. Ramai lagi kawan-kawan saya yang handsum dan baik-baik belaka. Yang tak handsum lagilah ramai, he he he.




Rabun ke mereka? Terdetik di hati saya...bila ada orang minat kat saya.

Saya lihat Erra (naman samaran, saya guna nama lain supaya kedudukan suaminya tidak tergugat apabila terbaca posting ini.) dia terusan menangis, saya jadi kesian. Macam mana nak cakap yea...?

Dalam gelabah tersebut saya beritahu kononnya saya sudah ada kekasih dari falkulti lain, tidaklah cantik mana tetapi baik budi bahasanya. Saja saya buat alasan sebab tak tahu nak menolak macam mana...He he he. Selepas saya `reka cerita', kawan perempuan saya tersebut senyap seketika. Lama kemudian dia berkata. Kata-kata yang membuatkan saya rasa nak terus lari daripadanya... Rasa nak galas semula beg Dominat saya dan terus larikan diri...larian pecut 100 meter.

" Saya tahu awak tak ada kekasih Man, saya tahu... Awak tipu. Awak reka cerita sahaja sebab awak tidak mahu terima saya. Saya tahu awak memang tidak sukakan saya..." Sambil dia sapu airmata dengan tudung labuhnya. Saya rasa kesian pulak tetapi saya lebih kesian kepada saya sebab rasa malu, ada pelajar lalu lalang. Nasib baik bukan di fakulti saya...

Saya yang tergaman memang tidak menyangka dia ada menaruh hati kat saya. Dalam pada itu saya berfikir dan termenung sekejap sambil ingati kisah lalu yang mana boleh menjadi petanda bahawa dia sukakan saya. Memang tidak ada kecuali sejak dia berkawan rapat dengan saya dia sudah tidak lagi galak mengutuk BN, dan ada kalanya dia juga menyuarakan hasrat hatinya untuk tidak lagi menyokong PAS.

Ayahnya penyokong kuat PAS dan ayah saya pula penyokong kuat UMNO. Mungkin dia ingat kalau dia masuk PAS, keluarga saya tidak akan terima? Tetapi tak kanlah sampai begitu sekali!.

" Ya memang begitu! Kau yang bodoh Man!" Kata kawan baik saya Norman (juga nama samaran, nama sebenar tidak sedap mana) dengan agak kasar. Saya terduduk sekali lagi. Kali ini saya terduduk di tangga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran (falkulti saya).

Di anak-anak tangga inilah saya di marahi oleh Norman

" Kau saja yang tak perasan. Apa kau ingat dia saja-saja nak berkawan dengan kau? Aku tengok muka dia berseri dan bersinar setiap kali bila lihat muka kau Mang. Kau saja bodoh tak perasan" Kata kawan saya lagi. Sebenarnya saya ceritakan kejadian tadi sebaik sahaja saya jumpa Norman di tangga fakulti. Saya ceritakan bahawa Erra menangis-nangis luahkan perasaannya. (sebenarnya saya rapat dengan Erra untuk saya kenalkan kepada Norman sebab Norman tak ada kekasih. Tak pernah ada orang nak pun ke dia. Hati saya baik kan?...Haaa. Saya tak kisah kalau orang tak nak ke saya tapi saya kesian kawan baik saya tersebut, iaitu si Norman).  

" Kau ingat saja-saja jea ke dia nak berjalan kaki sebatu jauhnya sebab nak binding kertas kerja kau? Kau ingat saja-saja jea dia nak jumpa kau, antar kau ke bus stop bila setiap kau nak balik kampung? Kata Norman lagi penuh dramatik seperti dalam cerita Melayu kat TV3.

Saya hanya senyap. Demi allah saya tidak perasan sebab saya ramai kawan perempuan. Orang perempuan memang baik bila berkawan. Manalah saya tahu ada di antaranya minat kat saya. 

"Tetapi kalau minat pun janganlah sampai menangis.." Kata saya kepada kawan saya sebab dah tak tahu nak kata apa lagi.

" Kau memang bodoh Man dalam bab-bab kasih sayang dan cinta" Jawab kawan saya yang setahu saya memang tak ada orang minat kat dia sejak jejak kaki ke UM. Tak ada sorang pun...

" Kau ingat saja-saja jea dia beli sweater kau tu?".

Pertanyaan terakhir Norman tersebut itu benar-benar membuatkan saya rasa sedih... dan serba salah. Saya rasa nak tergolek berguling di tangga fakulti tersebut.

Bayangan wajah Erra bertudung labuh itu terus menerpa di ingatan saya... Rupanya minggu ini jiwa saya tak tenang jua... (nasib baik soalan tutorial mikroekonomi dah siap)

Jan: ... 

HDK: Kisah dapur minyak tanah

Romzie beritahu saya, dialah yang tolong ambilkan sweater saya kerana dia bimbang akan dicuri orang. Katanya dah ramai pelajar yang kehilangan barang di library. Dengan hati yang bengkak saya mengucapkan terima kasih. Saya tahu niat dia baik. Namun tidak pula saya ceritakan bahawasanya saya sudah beli yang baru. Saya mahu jaga hati dia. Biarlah hati saya, saya campakan ke longkang pun tak apa. He he he.

Petang itu saya singgah beli roti di kedai serbaneka. dan terus saya berjalan kaki ke tasik vasiti UM. Saya duduk lepak sorang diri sambil beri makan ke ikan dalam tasik. Saya carik-carikan roti dan lempar ke tasik. Berebut ikan talapia merah datang menyambar. Seronok sangat tengok.

Saya duduk sorang-sorang sambil dengar walkman. Banyak sangat yang saya kena fikir, antaranya pasal peperiksaan akhir semakin dekat dan juga dapur minyak tanah. Saya sudah menjawab semua soalan peperiksaan akhir pada penggal lepas. Namun pastilah soalan tersebut tidak akan keluar lagi?. Namun saya tetap menjawabnya. Pelik...

Saya juga rasa berdebar sebab petang semalan selepas saya bertemu dengan sweter lama saya dan hati terkilan, ada sport cek dilakukan di asrama. Bukan main lagi penyelia asrama yang gemuk itu marahkan saya apabila dia ternampak dapur minyak tanah ada di dapur. Memang saya adakalanya memasak. Saya juga ada pemasak nasi. He he he.

" Awak jangan main-main dengan saya!" Sambil mengcekek pinggannya (yang tak berapa ada/ramping). Saya memang tidak sukakan penyelia asrama tersebut sebab saya rasa dia selalu mengada-ngada dan tidak pernah senyum. Atau kalau jadi penyelia kena garang 24 jam? Suka sangat mencari kesalahan pelajar, memeng kerja dia kot.

Inilah contoh dapur minyak tanah (Penghargaan buat blog Kembaraminda7.blogspot.com)


" Kita kena antar ke dapur tu esok ke pejabat?" Tanya kawan saya. Saya memang disuruh untuk hantar dapur tersebut ke pejabat asrama dan mungkin akan dihukum. Tetapi peliknya saya berada di tepi tasik duduk layan blues dan ikan-ikan. He he he. Tension belul la penyelia asrama tersebut.

Tentulah saya dan kawan-kawan saya memasak. Nak ringankan beban berbelanja. Tak kanlah saja-saja kami gatal nak memasak. Pinjam duit JPA hanya RM16K sahaja untuk 4 penggal (4 tahun). Kira-kira RM4K sahaja setahun. Dan jangan kata masa tu barang sangat murah. Mahal juga adanya. Ditolak-tolak yuran dan asrama tinggal sikit sahaja. Dan bertambah mahal sebab bagi saya...(suka suka berbelanja, he he he)

" Tak kan lah nak hantar. Kalau dia nak sangat ambik la sendiri, he he he" saya buat lawak walaupun rasa bersalah ada tersemat dalam hati. Lagipun saya tentu akan rasa malu bila mengusung dapur itu ke pejabat lalu ikut blok pelajar perempuan. Lalu juga sikit belakang blok pelajar UIA.

Fikiran saya melayang-layang di tengah tasik tersebut. Saya teruskan juga memberi makan ikan-ikan tersebut. Dalam hati saya, saya nekad akan duduk di luar asrama tahun depan. Apa nak jadi-jadilah. Bukannya kawan-kawan saya kat asrama tidak baik. Ramai yang baik tetapi saya rasa tidak bebas dan selalu sahaja asrama buat mesyuarat. Lagi satu macam ada orang yang perhati pergerakan saya.

Namun saya harus rahsiakan kepada keluarga saya apabila saya tidak lagi duduk di asrama. Mesti mereka bimbang saya tidak pandai bawa diri... Dan memang biasanya saya tak pandai bawak diri...

Jan: He he he.

Thursday, December 27, 2012

HDK: Kisah sweater unggu

" Tu la Man, aku dah kata kalau tinggal gerenti hilang punya. Mesti orang ambik" Kata kawan saya. Dia bersimpati dengan saya sebab sweater bercop UM saya hilang di perpustakaan. Saya memang sedih sebab tidak menyangka ada juga orang tergamak mencurinya. 

Memang setibanya di kampus terus saya dan kawan baik saya ke perpustakaan untuk mencari sweater dan juga alat tulis saya. Saya pergi ke kotak khas untuk barang-barang pelajar yang tertinggal. Saya hampa. Saya dapati hanya ada nota, kotak kalam (pencil case) dan beg Domont sahaja. Tidak ada sweater unggu saya.


Saya dan beg Domont saya, bawah ada nampak sikit sweater unggu saya.

Kawan saya beritahu mungkin pekerja perpustakaan atau pustakawan sendiri yang cilok, bukannya pelajar. Selepas puas dia menuduh/memfitnah pekerja perpustakaan, kami berjalan menuju cafe. Dalam masa kami berjalan saya terfikir jugak yang mungkin pelajar yang menciloknya... Pelajar jenis ini kalau bekerja nanti tentu cilok wang negara. Saya menyumpah dalam hati. Saya sedih campur geram.

Saya tiba di cafe Fakulti Sains Sosial dengan muka sedih seolah tertinggal bas nak ke kampus. Di cafe baru saya sedar banyak juga pelajar lain yang pakai sweater unggu design seperti saya, tetapi sebab warnanya unggu maka ramai pelajar perempuan yang memakainya, he he he. 

Kebanyakan pelajar lelaki beli warna hitam atau warna biru tua. Warna tersebut tidak menarik hati saya, kita bukannya nak hadir majlis pekebumian. Lagipun pada sweater yang warna hitam dan biru tua, logo UM kecil sangat. Yang warna unggu ni logonya besar sikit, dan ada warna putih. Unggu dan putih nampak menarik. Bolehlah saya gayakan di kampung atau setiap kali bila tunggu bas kat Hentian Putra. Tentu ada yang ternampak dan kata " Oooo budak UM". Ya, memang kes nak cari glamer murah la ni. He he he.


Sweater kesayangan saya...

Sweater tersebut saya beli dengan harga RM49.90. Mahal pada masa tersebut, iaitu pada tahun 1991. Sekarang RM100 pun belum tentu dapat beli sweater yang elok. Saya membelinya bila ada pelajar yang promote. Saya beli saiz S. Sebab saiz Snya agak besar juga. Masa tu badan saya kurus, punggung pun lepeh sahaja.

" Susah kalau tak ada sweater ni, nak masuk kuliah, kelas tutorial dan library, sejuk" Saya beritahu kawan saya dengan muka seposen. Kawan saya tersebut tidak memiliki sweater. Pernah saya tanya kenapa tidak beli satu. Dia beritahu dia tak rasa sejuk pun. Saya hairan, tetapi dia memang mamalia berdarah panas. Tidak tahulah kalau sebenarnya reptilia.

Masuk kelas Patmanathan, saya tak dapat tumpukan sepenuh perhatian sebab hati masih sedih. Saya juga tidak faham apa yang disyarahkan oleh pensyarah saya. Sudah masuk 4 minggu saya tidak faham apa-apa. Saya rasa mungkin betul cakap senior kalau ambik kertas ini dapat C dalam pun dah bersyukur. Rata-rata dapat D dalam tangan dah. 

Namun setiap kali pensyarah saya memandang ke arah saya, saya berlagak buat-buat faham. Saya buat-buat angguk-angguk dan bulatkan mata kononnya faham dan berminat padahal sikit pun saya tak faham pasal kongsep bipolar ni. Ini tentu kena balik study tahap gaban. Saya juga buat-buat salin nota atas apa yang disyarahkannya padahal gaya sahaja. Dalam pada itu saya bimbang jugak kalau pensyarah saya tahu sebenarnya yang saya ni berpura-pura faham. Saya rasa tentu dia tahu sebab dia bijak. Tetapi saya yakin dia bukannya simpati sangat kalau saya faham ke tak faham...Haaa...

Selesai kelas saya ajak kawan saya pergi ke kedai koperasi untuk beli sweater baru. Saya tidak mahu ada kawan-kawan saya terutamanya di asrama tahu yang sweater saya hilang. Saya tidak mahu dianggap cuai. Saya beli sebijik sama warna dan design dengan sweater saya yang hilang. Saya beritahu kawan saya jangan beritahu kawan-kawan yang lain yang saya beli sweater baru. Saya siap ugut kawan saya kalau dia beritahu, tahun depan bila saya tidak duduk di asrama lagi dan duduk di rumah sewa, saya tidak akan ajak dia duduk menyewa dengan saya. 

Saya dan kawan saya terus berjalan melalui jalan Ilmu, bila sampai di perhentian bus, kami menunggu bas Mini bernombor 12.

Setibanya saya di ruang tamu asrama, kawan saya beritahu" Man tadi Romzie datang, dia beri sweater kau, ada aku letak atas katil kau".

Saya masuk ke bilik. Saya lihat sweater unggu kesayangan saya terjelepok atas katil. Saya rasa bertambah sedih.

Jan: he he he...

Wednesday, December 26, 2012

HDK: Saya tak buat tutorial...

Apabila dihalau keluar oleh tutor kerana tidak buat tutorial, saya dan kawan-kawan terus ke cafe, minum-minum. Bukannya saya tak nak buat tetapi saya tidak tahu langsung membuatnya... Tutor tersebut beritahu saya dan kawan-kawan saya pemalas. Sebenarnya saya bukannya malas, saya dah cuba buat tetapi tak faham. Tak faham langsung... Subjek lain saya dapat buat dengan jayanya. Siap kena puji.

Tutorial yang paling menakutkan adalah mikroekonomi. Tutor perempuan itu walaupun tidak mengandung sangat garang macam singa, muka masam 24 jam mengikut arah jam. Dan sebenarnya saya dapati soalan tutorial yang diberi selalu tidak ada kena mengena pun dengan kelas kuliah (pada masa tersebut saya memang tak dapat lihat kaitannya). Terutama bahagian mengira, tidak diajar pun dalam kuliah. Huh!

Sambil makan saya dan kawan-kawan mengumpat tutor tersebut, siap panggil `sotong' lagi pada tutor tersebut. Maklumlah bila dah tak suka siap beri nama lagi. Saya siap beritahu kawan-kawan mungkin tutor tersebut mengalami gangguan jiwa sebab dah lama jadi tutor tak naik-nak pangkat jadi pensyarah. Kawan-kawan saya terus setuju dengan teori saya tersebut. He he he.

Lepas makan saya rasa letih, terus saya ke surau fakulti. Tidor sekejap. Dan selepas itu saya berjalan kaki lagi dengan seorang kawan mahu ke perpustakaan kononnya nak buat tutorial tadi (kawan-kawan lain terus nak balik asrama). Saya dan seorang kawan saya duduk di meja library kot-kot lalu kawan perempuan yang sudah siap tutorial tadi, bolehlah kami tiru. He he he.


Saya di atas meja, di dewan kuliah.

Setelah habis meniru (dan juga memahami, bukan tiru bulat-bulat) saya rasa lapar, saya ajak kawan saya ke cafe. Kawan saya tidak mahu ikut, dia nak balik asrama terus dengan bas universiti. Saya beritahu saya nak `stay' kat perpustakaan, nak study sampai petang. Jadi saya nak tinggal buku dan sweter saya kat kerusi.  Lepas makan saya datang balik ke library. Kawan saya kata jangan tinggal sweeter, nanti hilang. Saya jawab ` Laa tak kan la hilang, sapa nak ambik?"



Perpustakaan Universiti Malaya (bangunan kini, dulu lain)

Saya dan kawan saya berpisah di hadapan library, saya ke cafe, kawan saya terus balik asrama. Selepas makan saya jalan-jalan pulak kedai koperasi UM. Beli pen kononnya, beli kertas kajang dan sampul surat juga. Banyak buku baru, saya ada juga beli buku pasal politik. Saya suka baca pasal politik negara luar.

Bila saya keluar daripada kedai koperasi tiba-tiba saya rasa nak balik terus ke asrama pulak. Saya lalu kat jalan ilmu, depan bangunan INTAN. Sampai kat luar gate, saya tunggu bas mini 12 ke seksyen 17.

Bila saya sampai ke bilik, bila saya terlentang atas tilam. Saya tiba-tiba teringat buku, alatulis dan seeter saya ada di library!

Jan: Sejak hari itu saya tidak lagi mengumpat tutor saya, he he he.

HDK: Asrama Seksyen 17, Universiti Malaya

AJK kebajikan dan sosial Asrama Seksyen 17. Kelihatan hampir semuanya berimejkan islamik.

Tahun pertama saya bergelar mahasiswa saya ditempatkan di asrama luar iaitu di Seksyen 17, Petaling Jaya. Buat pertama kali dalam hidup, saya tinggal di asrama. Ya allah sukarnya. Di asrama ini saya belajar banyak perkara mengenai manusia lain selain saya sebagai manusia.

Asrama ini sebenarnya rumah PKNS, yang 4 tingkat, ada 2 bilik dan satu stor, satu bilik air. Asrama ini tiada kantin. Blok saya di belakang blog pelajar UIA. Dalam pagar ini juga ada blok asrama perempuan. Dalam bilik ditempatkan 4 orang!. Memang ramai dan padat sehinggakan almari terpaksa diletakan di ruang tamu. Untuk ke kampus saya naik bas mini 12 atau kalau tak sempat saya naik bas yang disediakan oleh pihak UM. Tapi saya malu naik bas ini sebab biasanya saya dan driver sahaja berjantina lelaki. Bila saya naik semua pelajar perempuan tengok...handsum sangatkah saya? Emmm... Mungkin.

Pelajar sekarang lebih beruntung tinggal di asrama yang ada serba serbi kemudahan. Kini saya dengar UM sudah ada banyak asrama yang canggih-canggih. Kehidupan di asrama sangat tidak selesa kepada saya. Banyak perkara bertentangan dengan nilai hidup saya. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara.

Contohnya saya malu untuk pakai atau tukar seluar dalam di hadapan kawan-kawan. Saya perlu pastikan kawan-lawan lain tiada di dalam bilik, barulah saya tukar seluar dalam saya. Kawan-kawan saya yang lain selamba sahaja menukarnya di hadapan kawan-kawan lain sambil berborak lagi. Namun lama kelamaan saya semakin berani kerana saya kena sesuaikan diri, sampai pernah selamba tukar kat ruang tamu. begitulah adanya.

Saya juga terpaksa pakai sabun mandi jenis murah sahaja sebab sabun saya yang mahal selalu saya dapati ada yang menggunakan juga tanpa pengetahuan saya dan pihak asrama.

Tinggal di asrama kena aktif, maksud saya kena aktif pegang jawatan di asrama. Gambar di atas saya adalah AJK Bahagian Kebajikan dan Sosial asrama. Saya pernah la adakan minggu kebajikan sosial ini. Saya buat program mandi mayat dan jemput doktor gigi ungtuk segmen kesihatan. Leceh sangat bila ada program. Saya tension.

Saya bertekad tahun dua saya akan duduk di rumah sewa.

Namun pengalaman duduk di asrama ini banyak memberi pengalaman kepada saya. Di sinilah juga saya tamat membaca buku `Permata yang hilang'. Buku ini biasanya dibaca oleh pelajar tahun satu, senior yang  `paksa' membacanya. He he he. Buku ini pasal seks.

Saya berpendapat tidak semua orang boleh tinggal di asrama. Namun pengalaman tinggal di asrama memang manis dalam kenangan. 

Jan: Nak mandi lama-lama dalam bilik air pun tak selesa...

Thursday, December 20, 2012

HDK: Saya dan Walkman...

Pada zaman saya bergelar mahasiswa, saya dapati hampir semua pelajar mempunyai `walkman', selain daripada memiliki beg galas dan makwe/pakwe. Walkman adalah sejenis alat yang menggunakan bateri  yang membolehkan kita mendengar lagu apabila kita bubuh kaset di dalamnya.


Ni haaa model yang saya beli dulu...



Ini kaset, dalam ada tali nipis warna kekokoan...

Selain mendengar lagu kita juga boleh mendengar radio melaluinya. Pun begitu ia tidak boleh digunakan untuk memukul/tangkap gambar. Fungsinya terhad, ia juga tidak boleh digunakan untuk membuat panggilan atau mendapatkan informasi di internate.

Apabila mendapat pinjaman MARA atau JPA buat pertama kalinya, mereka akan sambar satu walkman. Untuk memeliki wakman tentulah kena miliki kaset. Pada masa tersebut, penggunaan CD tidak meluas, kita orang guna kaset sahaja. Dulu kalau kita sebut USB nescaya ada kawan kita menyangka ianya sejenis ubi....


Gambar di atas kelihatan saya (bermuka skima KPM) di kedai gambar untuk mencuci gambar dan juga membeli kodak(filem) di sebuah kedai berdekatan dengan Central Market, KL. Sekarang kalau kita sebut kodak, mungkin ada yang menyangka ianya abang kepada katak atau adik ipar kepada kodok. Haaa....  


Waktu ini saya ala rock sikit tetapi dalam katogeri sopan. Walaupun ada  sikit rock tetapi akar budaya kesopanan timur tetap saya jaga. saya masih lagi beratur menaiki bas dan ramah mesra dengan makcik kantin di fakulti saya. Beliau cuba membuatkan saya menjadi menantunya tetapi tidak berjaya.

Baju tersebut (yang saya pakai dalam gambar di atas) adalah   hadiah memenangi peraduan yang dianjurkan oleh syarikat EMI Malaysia. Apabila saya membeli kaset Scopiong bertajuk` Still loving you' (kopilasi) ada terselit borang peraduan di dalamnya. Kalau menang antaranya dapat baju. Saya berdoa pada allah biarlah dapat baju, boleh saya menunjuk-nunjuk (he he he, riak tu). Peraduan tersebut menanyakan beberapa soalan bodoh antaranya kalau saya tak silap `berapa buah lagu yang ada dalam album ini' dan soalan-soalan yang memang kita tahu bila kita beli kaset ini. Saya rasa pelik pada masa itu,..tetapi tidak sekarang.



Dalam album ini ada juga lagu `wind of change' (side A, track 1) dan `believe in love' (side B, track 1). Kerap jugak saya nyanyi lagu ni di asrama seksyen 17 di UM dulu. he he he. Oh yea.. Riuh seasrama bila saya canang saya dapat 2 helai baju sebab menang peraduan tersebut! Tak malu kan? Memang. Dan akhirnya tuhan balas, sehelai baju tu dicuri orang...!

Saya sayang baju itu, baju itu amat sesuai dipakai dengan jeans yang agak ketat yang berjaya menampakan punggung kita terbentuk dan tidak lepeh. Pendek kata, ianya memaparkan zaman kegemilangan tubuh badan kita (sebelum selepasnya bagai dipam-pam setelah kita berusia...).



Walkman tersebut harus digunakan dengan pendengar telinga yang talinya halus. Kita sumbat di telinga...(tak kan la di lubang hidung pulak, teruk gaya penulisan saya... Jangan gelak. Serius sikit). Talinya halus, kalau tak perati memang tak perasan. Lihat gambar di atas. 

Walkman saya berjenama Sony. Sebenarnya ianya adalah walkman kedua yang saya beli. Yang pertama kena pau dek budak-budak samseng di Pertama Komplek. Seram sejuk pada masa itu bila saya di kelilingi oleh kaki-kaki pau. Saya serahkan juga duit dalam dompet pada masa itu... (lain kali saya akan cerita hal ini sebab ni posting pasal walkman).


Bila mengimbau masa-masa silam..., hasilnya saya semakin menghargai diri saya. Saya tahu mungkin takdir hidup saya akan hidup `bersendirian' di sepanjang perjalanan ini (rujuk lirik 1Menaruh Harapan'). Namun saya tetap bersyukur kerana allah telah mempermudahkan perjalanan saya dengan memberi ribuan kelebihan/kemudahan dari segi bentuk yang lain.

Lagipun saya bukanlah jenis manusia yang baik sangat... 

Jan: Aku harunginya juga...kau cubalah terus menari di atas kedukaanku. Menarilah...

Wednesday, December 19, 2012

HDK: Saya dan pendakap gigi


Bahagian HDK (Harum Dalam Kenangan) kali ini akan membawa saya mengimbau kenangan semasa saya berstatus pemakai pendakat gigi. Mengimbau kenangan saya pada tahun 1992...

XXXX

Sebenarnya, sebentar tadi saya terlihat ada pelajar saya memakai pendakap gigi. Lantas saya teringat pula semasa menjadi mahasiswa di UM dulu saya juga pernah pakai pendakap gigi.

Saya memakainya bukanlah kerana gigi saya sangat tidak elok, tetapi untuk menyempurnakan senyuman saya. Kalau kita tersenyum riang tetapi gigi kita tidak tersusun rapi, tentulah markahnya tidak penuh.  Ingat, kita adalah pandangan orang. Haaa....


Gambar di atas adalah pada masa tahun ke dua saya di UM. Nasib baik saya simpan gambar ni. Ada lea kenangannya. Pada masa ini dagu saya masih lagi terbentuk dan saya masih berani pakai seluar jeans dengan baju masuk ke dalam.



Pakai pendakap gigi ini cerewet. Saya ingat lagi pada awalnya saya hanya makan bubur sahaja sebab keadaan gigi saya tertekan. Saya juga kena berus dengan teliti. Tetapi orang putih kata `beauty is pain' kan? Haa...


Gambar di atas: Saya berada di dalam bas Mini no 12, sempat lagi posing tu. He he he. 


Sekarang setiap kali saya ke klinik gigi, doktor gigi akan memuji gigi saya yang tersusun rapi. Dan saya juga tersenyum bila kawan-kawa beritahu gigi saya cantik.

Jan: Dan selepas itu rupanya...saya tersenyum dalam tangis yang merintih...

Tuesday, December 18, 2012

Kak Pah... (dari FB, 2 hours ago )


AsSalam Keluarga FB yang diRahmati ALLAH.

Beberapa hari ni sibuk sedikit...I miss you all - Hari ini rasa macam nak demam pulak....Salam teramat sayang dari Kak Pah untuk semua! Muuuuuuuuuaaaaaaaah.


Jan: Saya ambil dari FB, Kak pah kelihatan cantik dari dulu, kini dan selamanya

Harum Dalam Kenangan - Datuk Sharifah Aini (1981 dan 2011)

 Cover depan

CD  Harum Dalam Kenangan ini saya beli dua keping sekaligus (takut hilang atau rosak) pada tahun lepas. Terdapat banyak lagu yang merdu didengar telinga saya antaranya bertajuk `Kenangan Indah (yang menyayat)'. Lagu ini mempunyai nilai sentimental yang ketara dalam menyusuri perjalanan hidup saya. Kehidupan saya yang terabai, difitnah, ditikambelakang dan dipersiakan ini seiring dengan makna yang tersirat dalam lirik lagu ini...(pulak dah). Kesakitan ini tidah pernah mahu padam, pada setiap hari saya berharap pada suatu hari nanti allah akan tunjukkan kebenarannya (walaupun hanya sehari...).

Penerbit album ini ialah seniman S. Atan, seorang yang bukan sahaja boleh mencipta lagu tetapi juga seorang pengubah lagu. Beza tu...gubah dan cipta. Ramai orang boleh mencipta lagu dan letak dalam youtube tetapi ramai orang tak mampu gubah lagu... Haaa. Bila gubah lagu biasanya hancur berkecai...lagu tersebut hilang irama asal. Saya paling tidak suka orang gubah lagu Tan Sri P Ramlee...(kalau tak menjadi, tetapi yang digubah untuk Datuk Sheila Majid saya boleh terima).


Album ini diterbitkan pada tahun 1981 oleh syarikat gergasi antarabangsa EMI (dah gulung tikar). Pada masa ini saya baru dalam darjah 5, jerawat tidak tumbuh lagi. Tengah giat kena paksa pergi tuisyen, hendak menduduki penilaian penilaian darjah lima. Pada masa tu ada peperiksaan khas bagi pelajar darjah lima. Pelik. 


Album ini banyak keistimewaannya. Dalam album ini terdapat lagu `Terbang Helang' (trek 1) yang pernah dimuatkan/dinyayikan oleh Khairil Johari Johar (yang nyanyi lagu raya - Sepasang Kurung Biru tu, ala yang time raya bila dengar rasa nak nangis tu.) yang juga merupakan penciptanya. Tetapi dalam satu temuramah di tv, beliau (Khairil Johari) sendiri mengaku lagu `Terbang Helang' tersebut tidak popular sehinggalah Kak Pah menyanyikannya dalam album Harum Dalam Kenangan ini, ianya terus meletup jadi lagu malarsegar. Nasib baik tidak meletop dalam stodio rakaman, (kalau tidak berbalut luka S. Atan dan Kak Pah. Kena masuk hospital gamaknya).

Bila saya hayati lirik lagu `Terbang Helang' tersebut sesuai sangat untuk orang politik. Pandai sungguh Kak Chah (Habsah Hassan) buat lirik (dalam album ini ada 3 lirik dari Kak Chah). Saya berharap orang politik boleh buat pedoman yang mana bahawasanya setinggi mana mereka naik akan jatuh juga akhirnya. Bila berada di puncak kuasa, jalankanlah tanggungjawab terhadap rakyat yang mengundi. Hidup 1Malaysia...(pulak dah).

Lagu `Seri Dewi Malam' juga dirakamkan semula oleh datuk dalam album ini. Lagu nyanyian seniwati Normadiah ini sudah menjadi `trade mark' Kak Pah. Selalu orang minta beliau menyanyi di mana-mana majlis persembahan termasuk untuk majlis koprat. Saya malaslah nak mengupas lagu ini sebab sampai ke subuh esok tidak akan ada habis... lagu ini juga menyimpan rahsia hidup saya... (baca dengan perasaan yang sedih seolah tiada bonos tahun ini...)

Begitu juga dengan lagu `Mawar Putih untuk Mama'. Saya yakin lagu sebegini 1000 tahun akan datang pun akan didengar kerana tema kasih seorang ibu sangatlah besar dan sejagat akan nilainya, tiada taranya.  Kekasih atau pasangan kita (kalau ada la pasangannya, kalau tak ada baca jealah atau perasan ada?) mungkin hanya mahukan/dambarkan seks dari kita atau perlindungan hidup. Tetapi tidak seorang ibu. Aduhai hiba pulak saya...

Pendek kata album ini banyak lagu-lagu malar segar Kak Pah. Apalah gunanya dapat banyak anugerah rata riti dan pengikhtirafan rata-riti jika lagu-lagunya popular masa tu jea, lepas anugerah terus senyap sunyi. Tetapi tidak Kak Pah, setiap album bukan dibuat setakat buat sahaja. Buktinya album ini dikeluarkan semula setelah 30 tahun kerana terbukti lagu-lagu dalam album ini ada isi... Haaa

Lagu-lagu dalam album ini betul-betul menjadi teman kepada kenangan dalam hidup saya...(yang menyayat)

Jan: Kucuba bunuh kenangan tetapi kenangan tidak mati, (kerana kenangan itu adalah aku), kucuba bunuh diriku tetapi aku tidak mati... (Kerana aku adalah kenangan itu). (pulak dah!...jangan marah).

Bukit Keluang : Lirik Lagu `Kenangan Indah (Yang Menyanyat) '– Datuk Sharifah Aini


Seperti manusia biasa, saya juga mempunyai perasaan mahu disayangi. Maksud saya jenis kasih sayang yang bukan dari kaum keluarga, saudara mara atau kucing jiran. Seingat saya, saya daripada kecil memang tertarik dengan sesuatu yang cantik dan lembut. 

Dan dalam episod hidup saya, ada beberapa daripadanya mengisahkan saya jatuh hati dan terlibat dengan peperangan perasaan yang semuanya membawa saya jatuh rebah ke bumi... Banyak kenangan manis yang pahit yang datang dan pergi tetapi ada satu di antaranya sangat memilukan. Sehingga tekad dan kepercayaan saya telah berubah.

Saya tidak berani menulisnya di sini kerana ia amat melampau...dan ia juga tidak akan menyelesakan para pembaca blog saya. Namun saya tetap akui ketentuan dan dugaan daripada allah. Sebab itulah irama dan lirik lagu ini melekap di hati saya...

Kenangan indah bersamamu

Takkan ku lupa selamanya

Walau kini kita berpisah
Kau menghilang tiada berita



Lembut dan mesra suaramu
Membuat ku jadi rindu
Kiranya engkau sungguh kejam
Janji dan sumpah kau hancurkan


Biarlah ku simpan
Kenangan yang lalu
Betapa pun indah
Tapi menyanyat perasaan




Memang kenangan dalam hidup
Tidak semua manis-manis
Ada yang indah menyenangkan
Namun bagiku sungguh memilukan



Lirik Haron Abdul Majid

Jan: ...

Monday, December 17, 2012

The Hobbit: An Unexpected Journey


Setibanya Myvi saya di hadapan bangunan Bukit Gambang Water park, saya tergaman melihat ramai orang melaut pandangannya. Ramai sangat orang seolah saya berada di lapangan terbang (mahu menghantar orang hajikan diri ke Mekah. Mak, ayah, anak-anak, nenek pun ada juga). 

Saya terus pusing Myvi saya, tidak turun pun dari kereta...(akibat malas nak beratur ni...he he he).

Myvi saya terus menuju Megamoll. Sampai di tempat parking, saya perlahan-lahan tukar seluar. Seksa juga rupanya menukar seluar sambil duduk di dalam kereta ni. Ada bahagian yang menyukarkan kita nak tunduk. Bahagian perut!. Tetapi seluar kena tukar, maklumlah tadi berseluar pendek je, kira senang nak mandi di water pak tersebut.

Bersama dua orang anak saudara, saya layan cerita Hobbit ni...hampir 3 jam jugaklah. Moral cerita ini senang jea, iaitu apa yang terjadi di dalam hidup kita ni memang banyak perkara yang kita tidak jangka dan bila kita jumpa orang jahat cepat-cepatlah bunuh.

Seperti biasa cerita ini cerita corak ala epik gitu, ada peperangan, persahabatan dan supernatural. Permulaannya perlahan membuatkan saya rasa boring jugak laa. Tetapi lama-kelamaan bila sudah `jatuh ciinta' pada watak, kita rasa kagum pulak. Bab-bab berperang usah cakaplah, meletup-letup. hancur lebur. berderai...

Cerita ini pasal pak saudara Frodo Baging. Rupanya pak saudara dan anak saudara kira dua kali lima saja. Pegang pedang pun macam pegang senduk nasi. Namun...haaaa. Mereka mempunyai tekad yang kuat, empaty yang besar terhadap orang lain....

Saya lihat cerita ini bukanlah teruja sangat berbanding dengan LOTR, tetapi bagi saya ia sangat memuaskan sebab tak mahulah asyik-asyik cerita tema biasa-biasa jea...cerita apam dan terung, burung dan bunga...

Jan: ...cerita ni bersambung...ada 2 lagi menunggu...jeng jeng jeng.

Pabila saya tersinggung...


Dua minggu lepas saya ke Sogo, Kuala Lumpur, ada `sales'!. Banyak baju yang berjenama dijual dengan harga yang murah.  Saya sangat gembira sebab saya bukanlah jenis beli baju setiap bulan, bila ada `sale',  ianya harapan untuk saya merasa baju yang berjenama yang berharga murah. 

Pada masa tersebut memang saya nak beli baju kerja.

Namun untuk mencari saiz yang sesuai amat payah. Yang di`sale' tersebut hanyalah bersaiz kecil...atau terlalu besar. Huh!. Sekoyang-koyang saya ternampak ada kemeja yang bersaiz XL, apa lagi terus saya ambil 4 helai dengan warna yang berbeza. Tiba-tiba...

Tiba-tiba:

"Pak cik, yang bersaiz XL tu jenis `slim fit', rasanya tak muat dengan pak cik". Kata jurujual muda itu dengan muka tak bersalah (memang tak bersalah pun sebab dia ikhlas).

Saya terus letak balik keempat-empat baju tersebut, tanpa menoleh ke arah budak ikhlas tersebut saya terus berlalu dengan muka yang masam. Saya terus naik tangga bergerak ke tempat jual makanan...saya oder makanan!

Jan: Huh!

Kita adalah pandangan orang...

Salam untuk para pembaca sekalian, selamat pagi. Semoga pagi isnin ini kita bersemangat menjalankan kerja. Pakai baju apa hari ini? Haa... Ada yang pakai baju baru tu... Bergaya sakan nampak, maklumlah hujung tahun banyak `sale', he he he.

Semasa kita berada di tempat kerja menguruskan kerja-kerji, kita tidak melihat diri kita, kita tidak melihat penampilan kita zahir batin. Paling tidak kita akan ke pantry atau ke bilik air untuk melihat diri kita, belek muka sekejap.  Saya juga ke bilik air jika mahu membetulkan tali pinggan saya, saiz pinggan saya memang sudah tak boleh dibetulkan dah, he he he. tetapi jangan kata orang buncit tak boleh bergaya. Haaa...

Kaum wanita pula 99.9% ada cermin di dalam beg tangannya. Namun cermin kecil tersebut hanya memaparkan wajah mereka. Cermin kecil tidak menampakan keseluruhan badan kita, apatah lagi penampilan kita dari segi emosi dan `soft skill'.

Penting ke penampilan diri? Memang penting selain kepuasan diri, kita adalah pandangan orang. Orang ramai melihat kita semasa kita bekerja. Dalam dunia perkerjaan saya, mungkin juga dunia kebanyakan daripada kita, penampilan memberi impak yang besar. 

Teringat saya semasa bekerja di Kolej Shahputra Pekan, ada seorang pensyarah perempuan yang bertubuh kecil tetapi kita tahu dia adalah pensyarah apabila melihatnya. Pakaian dan penampilan beliau adalah merupakan seorang pekerja, bukannya pelajar. Penampilan beliau memang nampak macam seorang pensyarah, bukannya tukang kebun.

Bercakap pasal tukang kebun, saya pernah diberitahu pelajar, mereka jumpa saya di bandar sedang naik motor, mereka beritahu penampilan saya makan tukang kebun. Memang tak sayang mulut mereka ni, he he he. Tetapi tentu perkara tersebut adalah betul, mereka ikhlas beritahu.

Penting ke pandangan orang? Saya berpendapat tentulah penting walaupun sebenarnya tidaklah kena-mengena sangat. Contohnya apakah kaitan kecemerlangan keputusan PMR sesebuah sekolah dengan pakaian guru-guru mereka. Tetapi pakaian adalah imej kita penampilan kita. Penampilan yang baik akan membuatkan pelajar rasa gembira, sayang dan hormat. Ini membuatkan mereka selesa dan bersemangat belajar. Kalau cikgu tidak kemas atau monyok macam ayam berak kapur, tentulah pelajar rasa semacam jea.

Jangan terperanjat ada orang yang disukai kerana penampilan yang dipaparkan walaupun sebenarnya beliau bukannya cantik/handsum mana pun. Haaa...

Jan: terkadang selekeh jea...he he he.


Thursday, December 13, 2012

Ceria pagi bersama Merlin

"Jangan ingat kami tak ada tedi bear, haaa..."

 "Aku bunuh kang, aku bunuh kang"

 " Make up tebal-tebal sikit, mak aku kata perempuan jahat kena la make up tebal gitu..."

 "Baju ni saja dah 12 kilogram, pas tu nak suruh aku naik kuda pulak, bengong!"

 "Kau carilah sendiri baju kau, kat luar filim aku bukan hamba kau, dasar pemalas"

 "Dah season ke 5, aku naik bosan dah, kau orang?"

 "Aku dengar lepas season Merlin abis, kau nak berlakon porno, yea ke?" 

Laaa, cepat la tukar baju Margona oiii, orang dah nak start shuting ni!"

Wednesday, December 12, 2012

Pabila menatap album lama...

Sekarang saya galak menyekeng (scan) gambar-gambar lama sebab saya baru dapat hadiah sebuah printer dan setongkol entah apa mereka panggil saya tak ingat. Bila membelek album lama, melihat gambar-gambar lama saya naik pilu bercampur lara...entahlah mungkin bila sudah berumur 40an (awal 40an), semuanya nak disentimentalkan. Cepat sensitif...

Saya percaya pembaca blog ini juga begitu. Maksud saya cuba bangun malam-malam dan tatap album anda tersebut. Haaa...

Bila menatap album lama seribu rasa menyinggah di kamar hati. Yang akhirnya membawa saya merasa bersyukur kerana takdir yang menyimpuh, membawa saya ke tempat yang saya duduki sekarang. Selama ini saya rupanya terlalu rasa rendah diri kerana kononnya tidak banyak pencapaian besar yang saya raih dalam hidup, juga tidak ada orang yang sayangi saya dengan ikhlas....(kecuali keluarga). 

Namun rupa-rupanya dapat sihat tubuh badan dan setiap hari dapat berdiri di atas kaki sendiri itu adalah rahmat yang tak ternilai... Kasih sayang allah sudah mencukupi, mengatasi segalanya...

Jan: Namun saya tetap merindui dia...

Majlis perpisahan pada hujung tahun...

 Saya mengiringi nyanyian ketua kelas....

Semasa saya menjadi guru, saya selalu dijemput untuk menghadiri majlis perpisahan oleh para pelajar. Pada penghujung tahun, mereka biasanya mengadakan majlis makan-makan dan ucapan.

Majlis tersebut amat formal kerana dihadiri oleh guru besar dan guru-guru lain. Hanya apabila majlis selesai barulah pelajar lebih galak makan dan berhibur sesama mereka. Saya biasanya tumpang sekaki. He he he.


Apabila saya lalu di hadapan sesebuah sekolah, saya tersenyum kerana saya teringat akan pengalaman menjadi guru. Saya tetap berdoa semua para pelajar saya berjaya di dunia dan akhirat.

Jan: Kisah-kisah lalu jadi kenangan, ingatkah dia kepada ku?

Seronok melihat gambar lama di album...



Ini gambar lama saya semasa mengajar di PPYIT. Saya mengajar tingkatan 6. Seronok melihat album-album lama. Rasa hiba dan syahdu juga ada. He he he. Saya rasa orang zaman sekaran tidak ada album kot, mereka suka ambil gambar dan simpan dalam pendrive...

Zaman jadi cikgu di PPYIT

Zaman ini saya masih mempunyai leher yang jinjang..., saya suka duduk di atas meja.


Tuesday, December 11, 2012

Mengorat isteri orang...?

Mengikut kata seorang prof yang saya kenal, kadar denyutan jantung orang yang sudah berkahwin sangat kencang bila mereka mengorat sesama mereka. Tidak kiralah isteri orang mengorat suami orang, atau suami orang mengorat isteri orang. Denyutan jantung mereka lebih kuat berbanding denyutan mengorat antara anak teruna dan dara. Haaa.

Beliau yang banyak menulis di majalah Mingguan Wanita tersebut memberitahu lagi, memang kajian telah dijalankan. Saya pula berfikir mungkin sebab itulah jika nanti kena belasah akibat berzina, hukumannya lebih berat jika sudah berkahwin.

Tetapi kawan saya ada pula menambah yang biasanya kes terngorat di tempat kerja ini sesuatu yang biasa dan sukar dielakkan... Ya la, kalau pergi kerja bukan main cantik/smart lagi. Kalau kat rumah bau bawang jea. Yang si suami hanya berkain pelikat sahaja... Masa kita berada dalam kadar cantik/smart bukannya di rumah. Perasan tak?

Mungkin kita beri alasan (macam selalu) yang bila kat rumah kita banyak kerja, tak ada masa nak melawa, dan pasangan kita pula jenis suka tutup lampu bila nak bersama. Maka buat apa laa hias badan?. Alasan yang telah dibawa sejak 18 kurun ini masih relevan dan digunapakai oleh pasangan sampai sekarang, he he he.

Maka apa yang terjadi di tempat kerja ialah: 

1. Sang suami lebih kerap melihat isteri orang lain berpakaian cantik, menarik dan santun. 
2. Seorang isteri lebih kerap melihat suami orang lebih bergaya, kemas berdisiplin dan berkemeja pakai tai berbanding dengan suami sendiri...

Haaa..

Jan: Pelik tapi benar kan?


Lebihnya Isteri orang...

Saya tidak nafikan kadang-kadang saya dapati isteri orang jauh lebih menarik berbanding dengan anak dara. Isteri orang lebih bersifat malu dan dalam masa yang sama `mencabar'. Entah, sukar hendak saya katakan, mungkin sebab mereka sudah biasa dengan lelaki `luar dalam'nya, mereka tahu apa yang lelaki mahukan, tidak suka atau...kalah.

Berbanding dengan anak dara, contohnya, apabila bercakap seolah kita ini sejantina dengan mereka. Sama naik nada suara dan perilaku. Mereka pula yang berani menepuk tampar kita, kalau silap-silap mereka pula boleh panjat pokok kelapa berbanding kita. Haaa. Huh! malaslah saya nak bercerita pasal perbezaan tersebut, memang banyak. Pendek kata saya percaya `saham' seorang isteri sebenarnya masih ada masih dalam kehangatan. Maka sang suami janganlah berpendapat isteri mereka sudah `out of date' atau `out of service', he he he. Jahat saya.

Jan: Anak dara kekadang sombong jea lebih...harap tudung jea tiga leayer tapi `isi'nya tarak....Huh!



" Itu isteri saya Encik Jan, tolong jangan layan sangat. Kat rumah dia selalu sebut En Jan baik la, lucu la dan lebih memahami la..."

Berkawan rapat dengan isteri orang...?

Semalam saya terima sms daripada sahabat baik saya Adnan yang tertulis:

"Seorang pensyarah bujang dibelasah oleh suami rakan sekerjanya akibat cemburu - Metro'.

Dan dia sms lagi:

"Dia bagi hadiah ke laki lain, mana saya tak marah. Ke saya dia tidak pernah bagi hadiah" Kata suami kepada wartawan.

xxxxxx...............

Umur saya sudah 40an, awal 40an sebenarnya (awal sangat konon...he he he). Dan di tempat kerja saya, kawan-kawan baik saya ramai yang terdiri daripada isteri-isteri orang. Saya tidak pernah risau akan cemburu suami kawan-kawan saya kerana dua sebab. 

Sebab pertama ialah saya sebolehnya mengawal perkawanan tersebut sebaik-baiknya. Saya tidak akan keluar/mengelak dengan mana-mana isteri orang jika suaminya tidak mengenali saya. Ini penting supaya suami akan rasa selamat dan tahu dengan siapa isterinya keluar dan atas urusan apa...

Saya juga akan terus automatik memahami jika seorang suami tidak membenarkan saya keluar dengan isterinya. Itu hak mereka, saya sangat menghormatinya. Tidak bolehlah pula kita menuduh mereka sombong. Apabila saya diberitahu oleh kawan saya yang suaminya tidak benarkan beliau keluar dengan saya, saya terus memahaminya. Biasanya saya akan bertanya kenapa? Dan ada di antara jawapannya...

"Suami saya kata awak `not bad' juga orangnya, he he he".

Sebenarnya saya bukanlah handsum sangat walaupun apabila menulis blog saya selalu canang seMalaya yang saya handsum. Saya gemuk, buncit, pendek dan hidung pesek. Gambar yang saya letak dalam blog ini jauh lebih handsum daripada rupa saya yang sebenar (handsum ke gambar tu? he he he). Dan tak lama lagi rambut saya akan jarang. Namun jika ada masyarakat menuduh saya seorang yang baik dan berhati emas, saya tak nafikan... Saya akan mengaku dengan rela hati.

Apa-apa pun saya berpendapat seorang suami ada hak untuk mengawal kegiatan isterinya walaupun di tempat kerja asalkan dengan niat tidak menyusahkan kerja isterinya. Saya pun begitu, tentulah saya tidak mahu isteri saya yang cantik jelita bak Rozita Che berkawan mesra dengan kawan sekerjanya.

Jan: Kita kena berpada-pada dalam berkawan agar perhubungan berpanjangan... 



" Ok Abang Jan, kita breakfast bersama di tempat kerja esok, he he he"

Saturday, December 8, 2012

Dah sampai hujung tahun...

Hari ini sudah 8 Disember, sudah sampai ke penghujung tahun. Dan dalam beberapa minggu lagi tahun baru akan menjelma. Tahun 2013.

Saya sudah mula berfikir apakah percapaian terbesar saya tahun ini. Sebenarnya saya bukanlah seorang yang suka melawan arus, saya jenis manusia yang suka 'play save'. 

Azam saya untuk menguruskan badan tidak berjaya pada tahun 2012. Saya harap tahun 2013 saya akan berjaya. Lagipun saya tidak mahu orang kampung lihat saya berkeadaan gemuk bila tiba di hari pengundian nanti. Tentu ramai yang keluar mengundi.

Jan: entah apa kan? Hehehe

Thursday, December 6, 2012

Ke pintu bahagia 2

Sebenarnya saya hanya `tertengok' cerita ini. Jarang benar saya tengok drama melayu. Pada masa tersebut saya sedang menunggu The Dead Walking, maka saya mainlah remo tv tersebut. Pas tu saya tengok ada Fauziah Latiff di TV3. Saya memang minat dia sejak zaman saya belajar sekolah menengah lagi...



Selain Gee ada Farahin dan Faizal Hussin. Lakonan Faizal Hussin paling cemerlang... Mungkin orang lama banyak timbul pengalaman. Dia la yang pegang watak suami yang bawak orang gaji sampai atas katil... namun saya kesian pulak dengan nasib dia dalam cerita ini... Kalau sekali fikir dia hanya buat seks dengan orang gaji dia, apa la sangat kan...? Kalau dua kali fikir padan muka dia. He he he.


Bagi saya, bertimbun moral yang dapat kita belajar dari cerita ini (kalau kita nak fikir laaa...). Antaranya:

1. Sang suami yang berselingkoh sebenarnya sedar bahawa akan perbuatannya tersebut merobek kebahagian rumahtanggannya dan isterinya tetapi dia tetap berselingkoh. Pendek kata dia buat dalam sadar. Pelik kan?

2. Sang suami menyesal setelah berselingkoh, seringkali mereka berpendapat perempuan baru bukanlah seindah dan boleh diharap seperti kehidupan dengan isterinya dulu... Pulak dah, pelik kan?

3. Carilah orang gaji yang tua atau sudah monopouse...kalau tak suami kita akan suka balik ke rumah bila kita tiada. Atau mereka balik awal...Haaa.

4. Sebaik-baiknya selidiki dulu nurseri yang kita nak antar anak kita tersebut...ada lesen ke tak.

5. Memang banyak lelaki yang tak guna, tetapi bukan semua. Ada juga yang baik dan setia...tapi mungkin baik dan setia sebab tak ada peluang/kesempatan...Haaa... (yea ke? jangan marah)

6. Walaupun isteri cantik, putih, kurus ada juga lelaki yang cari lain. Dan yang dicari tu pulak bukanlah cantik macam bini dia pun. Pelik...

7. Cinta tak selalunya bahagia, ada kalanya suka dan duka.... Rumahtangga tak selalu berjaya, ada kalanya hancur dan lebur...

Jan: Sekian.

Ke pintu bahagia




Jan: Jika suami anda berselingkoh, itu bukan kesalahan anda, suami anda sedar semasa dia melakukannya...

COBA Academic and Research Retreat Gambang 23 -25 Nov 2012

Saya selalu lebih gemar mengajar daripada melakukan penyelidikan. Saya berpendapat melakukan penyelidikan jauh lebih sukar dan memerlukan masa yang panjang. Dan sesungguhnya bertambah tertekan apabila terpaksa mengikut jadual. Ini tidak termasuk lagi dengan pembentangan yang harus dibuat setelah penyelidikan selesai. Saya pemalu, malu nak bentang depan orang...

...dan adakah penyelidikan yang dilakukan memberi impak besar dalam lapangan penyelidikan yang dikaji, atau syok sendiri?

Namun begitu saya sertakan diri juga dalam mana-mana bengkel yang membicarakan bagaimana melakukan suatu penyelidikan dengan betul dan sah. Ini antara bengkel yang saya hadiri...ada beberapa keping gambar...


" Kalau nak jadi lecturer kena la buat research, kalau tak jadi cikgulah, he he he "

Laaa...Farid Kamil dah kawin...

 Kami minta maaf kami terbuku fail peribadi dr dalam lap top ni...

 Saya tak pandai menyanyi...jangan paksa...

 Tahan nafas...semua senyum!

Bila nak habis ni, dah pukul 11 malam...

Nak buat penyelidikan tajuk apa yea...?

"Datang retreat ni anak-anak awak tinggal kat sapa Meesham? "

 Semua lecturer kena buat macam dalam kertas ni, kalau tak KPI kasi potong!


Nak dengar gossip terbaru tak?

 Cak!

 Fokus! fokus, macam student pulak lecturer ni...kita mengajar dia bising!

 Rindunya nak balik Muadzam

 Jam ni mahal tau...!

 Kenangan...

 Asyik-asyik air mineral jea, pepsi best gak!

 Prof boleh tak nyanyi sebuah lagu...

 Ok, saya akan nyanyi sebuah lagu. lagu Allycats...`terima kasihhhh'
  
 Apa yang Irene `search' ni..., cara masak tom yam?

 Best retreat ni...

 Payah jugak nak buat research ni...

Peace untuk GAZA


cek blog sekejap, he he he

Jan: kau heret aku ke mana sahaja...oh dunia...







Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home