Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, October 31, 2011

YB tak membaca...



Ayah saya bergaul dengan ramai ahli politik. Sampai sekarang ayah saya masih lagi bergaul walaupun tanpa sebarang kepentingan, walaupun tanpa mendapat sebarang projek(he he he). Sebabnya ahli politik tersebut adalah kawan-kawannya.
Ayah saya selalu menempelak kawan-kawannya yang tidak rajin membaca. Seingat usia saya, ayah saya membaca setiap hari. Dan semasa saya mengambil SPM dan STPM, saya yakin ayah saya lebih banyak membaca daripada saya. walaupun tidak mendapat pendidikan tinggi yang formal, ayah turut membaca buku-buku ekonomi saya. Ayah tetap membaca walaupun saya rasa dia taklah faham sangat isi buku ekonomi saya, he he he. Ampun ayah...
Namun posting ini bukannya nak menyohol yang ayah saya rajin membaca. Mungkin ayah orang lain lebih 7 lori lagi rajin membacanya... Ia pasal membaca dan ahli politik kita. Ayah saya beritahu daripada percakapan dan penilaian yang dibuat oleh ahli politik kita, dapat dinilai ramai ahli politik tidak rajin membaca dan tidak tahu perkembangan terbaru bukan sahaja di luar negara tetapi dalam negara sendiri.
Ayah saya pernah menyebut ahli politik yang tidak membaca ini kemudiannya diundi oleh pembaca yang juga tidak membaca dan negara akan jadi taraf tahi lembu. Dan yang kelakarnya ahli politik dan pengundi tersebut tidak sedar, mereka perasan mereka maju...(sebab tak tahu yang orang di sekeliling jauh lebih maju, sebab tak membaca).
Melalui pembacaanlah kita dapat ilmu yang memberi input apabila kita berfikir atau membuat keputusan... membaca dan meneliti, dan berfikir. Barulah kita tidak turutkan hati sahaja...
Jan: Selalu turutkan hati...

4 comments:

Adie Achim said...

Nak buat blog baru: Jankaulu membaca :)

Jankaulu said...

he he he, tak boleh...orang lain ramai lagi yg rajin membaca adie...

Abah Mui'zz said...

Agaknya sebab tu la aku tak berkawan dgn ahli politik (atau diaorang yg tak nak berkawan dgn aku). hehe.

Jankaulu said...

Abah Mui'zz, Ayah juga beritahu, dulu ada Yb yang tak boleh membaca, he he he. tapi tu dah lama katanya...he he he.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home