i
dalam hujan renyai
dalam bayu berpuput lembut
seorang pakcik (awal 40an) bermyvi
memecut laju balik ke rumahnya
memecut laju pecut berahinya
memecut laju kerana salaknya
ii
buah salak buah idaman
baru dibeli di gerai makcik
dek terpana terpana kesiankan makcik
dek terpana sayu mata adik...
dibelinya sekilo RM10.
iii
kalau yang jeruk,
dimakannya sampai sakit perutbila perut sudah menyucuk
ke klinik akhirnya dia dicucuk...
suntikan doktor ubat RM25 (panel yang bayar, he he he).
(Dan sesungguhnya suntikan itu lebih mahal daripada buah salak yang dibelinya).
iv
iv
sajak ini bukan sajak doktor
puisi ini bukan puisi suntikan...
bukan juga seloka gurindam
pasal ia seorang pakcik
tentang ia sekilo salak...
v
di rumah sampai rakus mengupas
di meja jati kulit dibuangisalak mula dipunggah ranggah
salak satu busuk baunya
salak dua, tua hujungnya...
vi
Pak cik tidak marah
Pak cik tidak melatah
Hati tidak merekah
(Kalau 2, 3 tahun dahulu mahu dimarahnya (dalam hati) tetapi kini dia redha sahaja...)
vii
Dia tiba-tiba tersenyum!
Baca dengan teliti sajak moden di atas dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya;
a) Bincangkan tema dan persoalan yang cuba diutarakan oleh penulis di dalam sajak di atas.
b) Kenapa pakcik tu telah tersenyum? Berikan alasan berdasarkan kontek masyarakat hari ni.
jan: tiba-tiba kelu... (pulak dah)
2 comments:
adeh en.pensyarah.. soklan ni keluar dlm exam ke?
soklan 1 : keterujaan si peminat buah salak
soklan 2: Dia dah insaf dah.. dah pemaaf orgnya..hehe dia senyum sebab dah dpt idea nak update blog :p
amacam en.pensyarah.. dpt markah penuh ke?
p/s: jgn la kedekut markah hihihi..
alamak skema bocor ke?
Post a Comment