Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, October 12, 2011

Tajuk Ceramah: Siapakah jiran yang baik?

Asalamualaikum, para hadiran dan hadirat sekalian. Terlebih dahulu kita sama-sama memanjat syukur kepada ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA kita dapat bersama-sama berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Sama-sama berkumpul di majlis ilmu ini.

Tajuk ceramah kita kali ini adalah 'Siapakah jiran yang baik" Haaa... Adakah jiran yang baik itu adalah merujuk kepada individu yang selalu bertegur sapa, senyum simpul dan saling lawat melawati? dan bila buat kueh antar rumah jiran? Haaa...? (Ustad ni cuba buat lawak sikit, biar khalayak gembira, lepas tu akan selalu dijemput masuk tv, manalah tau nanti dapat anugerah `Datuk?', bini jadi datin la he he).

Tentulah perkara tersebut tidak memadai tuan-tuan dan puan-puan, dan jauh daripada mencukupi. Sebabnya? Bagaimana dengan orang yang baik tetapi tak peramah (macam jankaulu dan Uncle Joe?)? Lebih malang lagi jika kita memang tak pandai buat kueh (macam Uncle Joe, he he he. Ampun Joe), he he he.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

(Selepas buat-buat minum air minirel yang disediakan di atas meja rendah, dan betulkan songkok)

Kuliah saya sebelum ini ada menyentuh mengenai `ruang-ruang' yang memungkinkan berlakunya konflik antara tetangga (jiran). Saya perturunkan 7 hak (rujuk kuliah `surat kepada jiran sebelah'), yang saya percaya sebenarnya ada lebih daripada 7 hak.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Menghormati jiran bukan bermakna bila jumpa, kita tunduk macam adat orang Jepung. (berhenti sekejap dengan harapan khalayak akan ketawa sebab ada unsur lucu, kalau tak ada orang ketawa, kena cepat-cepat sambung).

Menghormati jiran bermakna memberi/menjaga hak kesenangan jiran kita. Contohnya hak untuk mereka hidup damai. Bila damai tentulah jangan kita bising. Contoh, jiran sebelah baru saja melahirkan. Tetapi kita buat karokea kat umah kita. Ini berlaku dalam taman perumahan saya. Ini kisah benar. Jiran belakang rumah saya bersalin, dan jiran sebelahnya buat karokea. Tak masuk akal!. (mata dibulatkan, tanggalkan songkok letak atas meja dengan cepat...)

Maka di sini saya katogerikan ianya adalah suatu perbuatan yang tak menghormati jiran, haaa.... Bayi masih kecil, ibu masih lesu. Dan ingat suara kita mungkin vokal sikit jea berbanding dengan katak. (cuba buat lawak lagi, kalau menjadi oklah, kalau tak menjadi Astro akan antar notis pada penerbit, cari ustad lain).

Kita kembali ke tajuk kita (amboi macam betul-betul dalam tv pulak). Untuk menjadi jiran yang baik ialah kita mesti jadi jiran yang baik. Haaa...maksud saya kita sendiri mesti jadi jiran yang baik. Kita jaga tata tertip dan susila orang timur diri kita sendiri. Dan cuba bayangkan diri kita pula bersaling, letih lesu dengan baby, pastu ada pulak katak nak buat rekording. Haaa...

Orang putih kata kita mesti `masuk dalam kasut mereka' haaa. Barulah kita rasa sendiri. Cuba kita bayangkan misalnya kita yang tak berkahwin ni tumpukan hidup kepada kesempurnaan. Hias dan bersihkan rumah dari hujung longkang sampai hujung rabung tetapi bau busuk pulak datang dari rumah jiran kita sebab perangai jiran kita suka simpan `perut ikan' dan tong sampah tak ditudung elok. Cuba bayangkan, apatahlagi kita ni beratus kilometer dari tempat kerja nak balik rehat di hujung minggu (jankaulu la tu, he he he). Cuba bayangkan.

Tuan-tuan dan puang-puan sekalian,

Untuk menjadi jiran yang baik kita mestilah sensitif. Peka. Apa perasaan tuan-tuan dan puan-puan sekembalinya daripada kerja dalam keadaan letih, ada sisa plastik maggie, perencah dan tulang ikan ada di laman kita? (baca dengan nada sedih dan bergetar...)

Tuan-tuan dan puan puan,

(terus membaca ayat An-Nisaa':36, masa membaca sebutan lidah mesti betul dan tepat, kalau boleh guna slang arab/diarabkan)

Yang bermaksud bermaksud ; " Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu menyekutukanNya dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat mahupun yang jauh, rakan sejawat, orang-orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong, takbur dan membanggakan diri ".

Maka di sini hendaklah kita ....

(belum sempat habis ayat di atas, disampuk pula oleh pengerusi Majlis untuk laluan Iklan...)

Jan: best jugak dengar topik ni...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home