Dewasa ini semangat kejiranan semakin luntur sebab ramai masyarakat kita `tak reti bahasa'. Mereka amat pentingkan diri walaupun sebenarnya mereka hanya dipisahkan dengan sekeping bata (dinding sahaja (rumah teres)). Maka tip dibawah saya perturunkan, ambil yang mana rasa boleh diterapkan ke dalam hidup kita. Supaya jiran sepakat membawa berkat.
Sebenarnya kalau dilihat, untuk mewujudkan kejiranan yang baik. Ia bermula dengan diri kita dulu. Ni tips untuk mewujudkan kejiranan yang harmoni:
1. Menyambut Jiran baru.
Kalau ada jiran baru, kita sambutlah dan tolong mana yang patut. Kita kena ambil tahu hal jiran kita sedikit sebanyak, kita juga perlu perkenalkan diri. Kalau boleh bila nampak lori datang terus menerkam dan offer diri untuk tolong angkat barang-barangnya ke dalam rumah baru.
Namun kalau lori tersebut daripada syarikat Kok Mamoh jangan pula tolong angkat barang dari rumah jiran kita ke lori tersebut...he he he (kes tak mampu bayar ansuran).
2. Maintain kawasan rumah kita.
Kita mestilah selalu jaga rumah dan kawasan rumah kita supaya bersih dan menarik. Ia memberi kesan yang positif pada jiran kita (jiran yang tak dengki). Jiran kita akan dapat lihat keindahan. Janganlah mentang-mentang rumah kita, kawasan kita, kita ternak lalang dan nyamuk, ayam serama dan kucing.

3 . Jangan hasilkan bunyi bising.
Jagalah sikit bunyi-bunyi yang kita hasilkan tersebut. Bunyi tersebut mungkin menganggu jiran kita, almaklumlah rumah teres. Contohnya jangan menjerit atau cakap kuat kepada pasangan atau anak. Jangan pasang Tv dan CD dengan kuat walaupun kita minat sangat lagu Siti Nurhaliza. Jaga anak teruna kita supaya tak press engine motornya dengan kuat. Dan kita pula janganlah bervakum pada malam hari. Mungkin jiran kita tengah nak tambah anak.
4. Meminjam barang.
Kalau boleh elakan melakukan sebarang urusan pinjam meminjam. Takut nanti jadi harta terus, he he he. Kalau pinjam kereta tolak atau tukul, hantarlah cepat. Jangan la pulak tunggu budget 2012 najk dibentang baru nak hantar balik. Bila hantar ucap la `terima kasih'. Payah sangat ke?
6. Ganti balik kerosakan walau tak diminta.
Ganti balik pasu yang anak kita pecahkan walaupun tuannya kata "tak apalah, budak-budak... " Sedangkan hati jiran kita hancur berkecai, sekecai pasunya... Haaa...
7 . Respek la privacy jiran kita.
Cara hidup jiran kita mungkin tak sama dengan kita. Cuba hormati mereka. Jiran kita mungkin cinta sangat-sangat kedamain. Janganlah keluarga kita dok hu ha - hu ha tok tahu garib isa (terjemahan= buat bising waktu magrib dan Isyak).
8. Hormati jenis jiran kita.
Lain orang lain perangan dan ragamnya. Mereka tak sama dengan kita dalam banyak hal dan pegangan hidup. Cara hidup pun berlainan. Contohnya janganlah komplen jika jiran yang bujang telajak suka tanam pokok bunga. Perut orang lain tak semestinya sama macam perut kita. Bukan semua orang menanam untuk perut. Huh! (saya ada pengalaman dalam hal ini).
9. Puji jiran kita.
Kita cari gali perkara yang positif dan menarik mengenai jiran kita. Jangan dok fokus kepada keburukan/kekurangannya. Kita belum tentu seorang jiran yang baik. Kita mungkin perasan je lebih. Bila berbual jangan cerita hal buruk jiran kita. Kita sebutlah yang positif dan boleh dibuat tauladan, contonnya " Tengok Man tu, walaupun dia tak duduk menetap di rumahnya tapi dia jaga rumahnya kemas dan bersih" Kata Lutfinar Sinar (nama samaran) semasa duduk berbual di Gazebo tepi tasik.
Jan: Banyak lagi tip ni...

4 comments:
walaupun kita minat sangat lagu Siti Nurhaliza. Dan kita pula janganlah bervakum pada malam hari. Mungkin jiran kita tengah nak tambah anak.
p.s: amboi-amboi2x Kalau pasang lagu Kak Pah bleh.. ? :)
macamana lak kalu jiran kite tu mmg pencinta alam..suka benar tgk lalang menghijau n merimbun depan, kiri kanan n blkg rmh... bg dia kalu tanam pokok bunga kena ambil tau (jaga n siram...).ada kn org gtu...he3...kalu tgr jawabnya..tu laman rmh dia..suka ati di alah..eemmmmm..
Kalau jiran pinjam duit tapi buat-buat lupa nak bayar. macam mana pula tips jadi jiran baik menagih hutang? hehehe..(sedang dlm dilema nak tagih hutang dengan jiran dah 5 bulan buat-buat lupa-perlukah aku halalkan saja?)
Adie Achem, he he he...susah nak jawab tu...sebab suara kak pah bawak kedamaian...(he he he)
Eja, ya memang betul. Pas tu org yg ternak lalang tu kata `baik tanam lada', bila kita tanam pokok bunga. kalau kita cakap balik 'mana baik dari tanam lalang?' Tentu dia tersinggung... Kita tersinggung tak apa, he he he.
Nong Andy, kalau kita halal pun, hutang sebenarnya wajib dibayar.kata ustad saya tak mati jihad seseorang tu kalau dia ada hutang seposen pun.Mungkin kita kena mintak setiap kali hujung bulan...
Post a Comment