Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, July 26, 2011

Abang hargainya...









Walaikumusalam,
Terlebih dahulu semoga Nur sekeluarga berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan dilindungi Allah SWT hendaknya. Alhamdulilah Abang di sini sihat sejahtera bersama kawan-kawan dan kucing-kucing peliharaan jiran tetangga.
Abang juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kerana Nur sudi ikuti blog ini. Dan keduanya maaf kerana ambik masa yang agak panjang untuk membalasnya. Bukannya Abang tidak sudi membalasnya...
Abang membahasakan diri di sini sebagai Abang kerana Abang percaya Abang lebih tua daripada Nur.
Abang berterus terang, Abang mengambil masa yang panjang untuk membalasnya kerana Abang tidak tahu apa yang hendak ditulis. Abang juga bimbang apa-apa yang ditulis dipandang serong atau disalah erti. Namun percayalah Abang tidak ada niat untuk mengecilkan hati sesiapa atau meninggikan diri Abang. Tidak sesekali.
Oh yea, bagaimana dengan persiapan ramadhan? Nur sudah bersedia ke? Abang di sini bersiap ala kadar sahaja kerana Abang seorang diri sahaja. Mungkin Abang beli lauk di kedai buka seorang di rumah. Tetapi mak abang mungkin datang berpuasa dengan Abang pada pada minggu kedua puasa.
Nur,
Abang tidak mengenali Nur dan tidak tahu Nur macam mana rupa, namun daripada email yang Nur tulis Abang dapati Nur merupakan seorang yang peramah, happy go lucky dan kelakar juga. Beberapa kali Abang baca email tersebut. Abang tahu Nur benar-benar berniat ikhlas dan baik hati.
Tentang apa yang Nur usahakan jangan pula rasa bersalah, sebab apa yang Nur usahakan adalah suatu yang membawa kebaikan. Sebelum ini pun Abang juga ada menerima beberapa email `sewaktu' dengannya. Malah ada yang ingin `melamar' Abang secara diret. Kadang-kadang Abang rasa kelakar jugak, sebab Abang ni bukannya ada rupa, harta dan terkenal. Namun Abang amat hargainya... mereka juga beritahu mereka dapatkan email Abang dalam website.
Nur,
Abang pun kadang-kadang terasa dekat di hati pembaca. Jika kita menulis dengan ikhlas (bukan nak menunjuk nunjuk) dan pembaca ikhlas membacanya (bukan mencari kelemahan diri penulis), maka Abang rasa wujudlah konsep rasa dekat di hati. Abang ada sisi buruk dan ada sisi baiknya. Tak boleh memanjang Abang cerita pasal kebaikan sebab itu bukan kehidupan namanya.
Nur,
Abang juga mungkin agak kurang sopan sebab membalas email tersebut di dalam blog ini. Tetapi biarlah pembaca blog Abang yang pernah mahu `berkenalan' dengan Abang turut memahaminya. Selama ini Abang berdiam diri bukan kerana sombong atau angkuh.
Sebelum ini ramai juga yang bertanya tentang kisah lampau Abang, ada yang siap buat list soalan berjela dan emailkan, he he he. Mereka bertanya tentang kisah lampau, tentang hati yang terluka... Tentang hati yang terluka itu hanya allah yang tahu betapa peritnya. Berbohonglah kalau Abang nyatakan Abang dapat melupakannya. Tidak sehari pun dalam hidup Abang, Abang lupakannya... Namun Abang tetap berdoa suatu hari hati Abang akan tenteram sepenuhnya. Begitulah kehidupan manusia kita mesti terus mengharap.
Hati Abang sendiri tidak berjaya Abang miliki, mana kan pula Abang boleh berikan kepada seseorang lain. Ini tidak adil baginya... (bagi seseorang yang meminati Abang, jika ada, hehehe...) Dan b
uat masa ini hati Abang pun tidak stabil mana. Abang hanya mampu berdoa suatu hari nanti hati itu akan stabil. Gelora itu akan padam...
Nur,
Abang juga ada menerima gambar yang cantik-cantik, ayu dan manis daripada pembaca blog Abang. Terima kasih dan Abang hargainya. Kadang-kadang Abang perasan jugak sebab masih ada `market' walaupun Abang tak berniat nak `menjual' atau buat `promosi', he he he. (pulak dah).
Nur,
Akhir kata Abang dengan seikhlas hati berdoa ke atas Allah SWT agar semua pembaca yang pernah berusaha `mendekatkan' diri dengan Abang beroleh kejayaan dan kebahagian dalam hidup.
Abang juga mengambil kesempatan meminta maaf jika surat ini ada bahagian-bahagiannya yang tidak patut ditulis, hanya Allah SWT yang tahu Abang tidak pernah merendahkan mereka... lahirnya perasaan kasih seseorang adalah suatu anugerah dan bukti tuhan itu ada...
Sekian sahaja Nur, selamat menghadapi ramadhan dengam penuh keberkatan bersama suami tercinta dan ahli keluarga...

1 comment:

Unknown said...

ermmmm....dah lama tak baca email berupa surat ni hikhikhikhik...salam ramdhan ntok tuan tanah yo.semoga hati cepat sembuh...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home