Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Saturday, July 30, 2011

Kerana harta putus saudara...


Harta, wanita dan pangkat memang menjadi ujian besar bagi manusia tidak mengira lelaki atau perempuan. Kisah yang saya bawa kali ini adalah cerita benar kawan saya. Kisahnya agak rumit sedikit, namun saya akan cuba menulisnya dengan simple. Penulisan ini bukan nak selak celah kain orang tetapi supaya ianya dapat kita jadikan ikhtibar...
Ketika saya sedang enak menikmati keropok di gerai tepi jalan (depan Tabung Haji), kawan saya kol. Saya beritahu saya sedang makan, dan saya beritahu juga petang ni jangan kol saya kerana saya kena buat skema... Kalau nak kol, kol malam selepas berita...
Malamnya dia kol saya. Dia ada masalah dengan adik beradiknya yang seramai 8 orang, sebenarnya adik beradiknya 12 orang tetapi mati 2 orang. Memang kerja maknya beranak, lipat kain, beranak lipat kain. Dia nak luahkan kepada saya. Katanya bini dia bukan sahaja tidak faham dengan situasi yang dia alami, malah memburukan lagi keadaan. Sebab tulah dia kol saya, katanya.
Saya dengar jelah masalahnya walaupun saya sepatutnya buat kerja lain. Dia bercerita panjang lebar.
Kawan saya beritahu emaknya sudah meninggal 2 tahun lalu. Dan sebelum meninggal maknya ada tukar nama beberapa ekar tanah ke atas namanya. Dan bila emaknya mati, adik-beradiknya terkejut beruk bila tahu yang ada tanah emaknya dinamakan terlebih dahulu atas nama dia.
Saya yang mulut berus ni terus bertanya, "Bakpe pulok mok mung bui ke mung tanoh tuh? (translate = Kenapa pula ibumu menyerahkan tanah tersebut padamu?).
Dia pun bercerita... (perhatian, tullisan di bawah adalah hasil daripada pemahaman saya. Kata ganti diri `saya' di bawah ini adalah mewakili kawan saya).
Semasa mak sakit sayalah yang pelihara mak selama 4 tahun. Ayah dah lama mati. Adik beradik semua dah berumahtangga dan duduk jauh. Adik beradik semua sibuk dengan keluarga masing-masing jarang sangat jenguk mak. Saya pelihara mak dengan baik sebab selama ini maklah yang menjaga saya. Selepas gagal SPM dengan cemerlang saya memang duduk di rumah tersebut, sehinggalah ayah saya mati, kemudiannya emak saya pula.
Pernah saya hendak berkahwin tetapi tak jadi sebab saya bimbang isteri saya tak suka kan emak saya. Emak saya lain sikit, cerewet sangat. Sebab itulah selepas emak saya meninggal barulah saya berkahwin. Saya berkahwin pada umur 40 tahun. Tidak susah bagi saya untuk mencari bini, walaupun saya tak ada pelajaran muka saya handsum. Saya bersyukur kerana kalau dah lah tak ada pelajaran, muka tak handsum? Bagaimana?
Saya anggap mak saya beri tanah tersebut sebab saya yang jaga mak saya dan saya yang paling tak ada pelajaran. Saya tahu adik-beradik jelous sebab saya dapat lebih banyak tanah-tanah. Seorang kakak saya ada beri cadangan harta mak saya tak payahlah beri kepada saya sebab kononnya mak dah beri khas kepada saya sebelum mati. Kakak saya memang lapar harta sebab dia berlaki dengan orang miskin sahaja... Tapi pak saudara saya beritahu harta yang diberi sebelum mati tidak dikira harta si mati. Maka harta si mati yang tinggal kena bahagikan dengan adil ikut hukum faraid. Maka saya dapat banyaklah harta, lebih daripada adik beradik lain. Di sinilah bermula masalahnya.
Sejak itu saya dipulaukan terus seolah saya sebatang kara. Saya dipulaukan oleh adik beradik dan ipar duai saya yang lapar harta. Saya hidup seorang harungi kehidupan. Semasa saya nak kahwin, sorang pun adik beradik saya tak nampak hadir. Segala urusan merisik, bertunang dan kahwin, jiran-jiran dan kawan je tolong uruskan. Hati saya sedih sangat, dan sampai sekarang saya tak tahu apa nak buat. Saya nak berikan balik harta yang mak saya beri semasa dia hidup tetapi isteri saya larang...rupanya isteri saya juga lapar harta.
THE END...
Saya beritahu kawan saya yang bersedih itu yang hati orang yang dengki dan busuk ni dia tak kira adik beradik. Saya beritahu dah tak boleh buat apa-apa sebab kes ni kronik. Saya beritahu lagi kalau dah dipulau sebegitu rupa memang kita tak boleh buat apa-apa selain berdoa agar. Sempena bulan ramadhan ini saya nasihatkan supaya banyak berdoa agar timbul kesedaran di hati mereka yang dengki tersebut (adik beradik dia). Itulah secebis nasihat saya kepadanya. He he he, macam ustad pulak.
Sebenarnya saya tak bercakap banyak dalam perbualan tersebut, saya hanya banyak mendengar. Selepas selesai berbual, saya ke dapur masak maggie. Saya letak udang 3 ekor yang saya beli dari tunas manja... Sambil tu saya berfikir jugak....
...kerana harta memang orang boleh jadi lupa diri. Adik beradik sendiri menjadi musuh. Saya tak tahulah nasihat yang saya berikan itu betul ke tidak, memadai ke tidak. Cuma saya harap adik beradik dia sedar sebab kesian kawan saya...
Jan: Kadang-kadang tak berharta lagi senang, tetapi selalunya tak berharta susahlah hidup, he he he.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home