marilah kita berhimpun
membawa penyapu
di atas lori
marilah kita berhimpun
membuka seluar mempamerkan ponggong
marilah kita berhimpun
menjahanam manusia sesama bangsa untuk bangsa yang lain
marilah berhimpun
bergasak seronok menyanyi
lagu akulah wira pembela bangsa-bangsa
marilah kita berhimpun
menunjukkan aku care dan menentang orang yang tak caring
marilah berhimpun
supaya mereka mendapat tempat
dikerusi empuk milik idamam peribadi
marilah berhimpun mari
tapi aku tak ingin
kerana waras aku menyayangi kalian
Pembentukan/pembinaan sesebuah sajak adalah untuk melahirkan sebuah perasaan. Penghasilan sesebuah sajak ada maksud yang ingin disampaikan oleh perasaan. Kebanyakan sajak yang berada di pasaran minda kita ialah sajak puitis yang didominisasakan kata-kata puitis yang penuh estetika. Namun bukan semua sajak dicipta sedemikian rupa.
Sajak yang dihasilkan oleh Mamat Khalid ini saya katogerikan ke dalam bernada /bentuk satira. Apakah satira? Adakah ia sejenis kueh kaum India? Jawapannya tidak.
Sajak satira bermaksud sajak yang merujuk kepada sindiran tajam terhadap suatu perkara, keadaan atau seseorang. Penggunaan perkataan dan ayat jelas sekali tajam atau sinis. Contohnya:
dan,
menjahanamkan manusia sesama bangsa .... (3:2)
Pemilihan ayat `membuka seluar ' dan `mempamirkan ponggong ' misalnya adalah perbuatan yang memalukan diri...(kecuali kerja di kelab malam...he he he, dah kerja macam tu) dan tidak sopan mengikut tata susila, tata rakyat adat ketimuran kita.
Pemilihan ayat `menjahanamkan manusia ' juga bernada keras. Bukan bernada nyaman seperti yang ada pada sajak puitis yang memilih perlambangan bunga, keindahan alam maya, atau manisnya sebuah senyuman seseorang yang kita tergila-gilakannya, he he he. Pendek kata sajak ini bernada sindiran dan tegas.
Sajak ini boleh kita rujukan kepada bidang politik di mana kita boleh gunakan untuk membuat kritikan ke atas masyarakat di mana rujuk kepada idealogi yang didokong oleh sesetengah pelaku. Melalui sajak ini penulis tidak menyokong berhimpunan, malah penulis menyelar perilaku `berhimpun' yang beliau sifatkan akan membawa keburukan kepada kaum sendiri, bangsa sendiri.
Sajak ini mengandungi 7 rangkap yang terdiri daripada rangkap yang ada dua baris dan tiga baris sahaja. Sajak ini bebas darisegi bentuk dan rima akhirnya. Ya, sajak ini sajak bebas kerana tidak terikat dengan rima yang biasanya digunapakai untuk melahirkan keindahan. Begitulah lagaknya sajak satira lebih mementingkan maksud yang ingin dilontarkan berbanding dengan rima-rima ni...
Sekian kupasan saya dari segi tema dan bentuk sajak, apa yang tersalah kupas tu, betulkanlah saya. Semuga berjumpa di lain kali kalau tak mati, he he he.
Jan: sajak dari blog http://wwwtempurungpecah.blogspot.com/ (Mamat Khalid)

membuka seluar dan mempamirkan ponggong (2:2)

No comments:
Post a Comment