Salam...
Total Pageviews
Followers
Thursday, January 20, 2011
The Forgotten (2011)
The forgotten (2004)
Cerita ini temanya kasih sayang ibu. Saya pilih kasih sayang ibu sebagai tema, kelakar bunyinya kan? Macam tak sedap jea. Ia mengisahkan seorang ibu yang tak habis-habis meratapi kematian anaknya. Dan apa yang seorang ibu sanggup lakukan untuk mendapatkan kembali anaknya apabila dia percaya anaknya tak mati...
Everyone is a mung...
.
Dua keping gambar di atas diemailkan oleh adik perempuan saya. Gambar yang menjadi bukti betapa hitam dan buruknya hati saya dalam membuat beberapa penilaian perasaan dalam beberapa episod hidup saya. Gambar dia atas adalah gambar dua anak saudara saya (anak kepada adik lelaki saya) yang saya tidak pernah akuinya bahawa mereka wujud!.
Hinggalah raya tahun lalu hati saya terbuka untuk melupakan segalanya (kuasa tuhan), saya mahu menjadi insan yang lebih baik. Saya tidak pernah tengok mereka daripada kecil sehinggalah malam keesokan raya nan lalu.
Sebelum ini 5 sen pun saya tak pernah habiskan duit untuk mereka, saya fokuskan kepada anak saudara kesukaan saya sahaja... Tetapi kini entahlah, mungkin tuhan telah membuka hati saya yang hitam (saya libatkan tuhan). Saya pun dah 40an, hati bertambah lembut...saya terpaksa mengakui ada orang sanggup meruntuhkan kebahagian orang untuk membina kebahagiaan sendiri.
Semasa mereka bayi lagi saya pernah beritahu mak saya, jika saya balik kampung ada baby walker mereka, saya akan tendang masuk ke kolam... Buruknya perangai saya, amarah saya menggila...
Tetapi setelah sesuatu maha bernilai hilang terus daripada hidup saya, apabila saya seolah tak berdaya melihat esoknya...banyak tanggapan saya mulai berubah... Saya tak apa belaka, buatlah sesuka hati kepada saya, saya akan bersabar selalu...mungkin tuhan mahu saya bersabar selalu (saya libatkan tuhan lagi).
Jan: banyak lagi the dark side lain...harap pembaca masih sudi membaca blog ini...
Tuesday, January 18, 2011
Kak Pah dan Mentor
Monday, January 17, 2011
Pagar rumah saya...
"it wasn't raining when Noah built the ark"...
Kadang-kadang ada baiknya rasa takut. Rasa takut untuk susah. Saya terlewat untuk memiliki rasa kesedaran dalam merancangan kewangan peribadi yang lebih teliti. Sepatutnya ia bermula dengan teliti semasa saya baru mula bekerja lagi. Namun sahabat baik saya beritahu baiklah terlewat sedar dan lakukan sesuatu berbanding dengan awal sedar tapi tak lakukan sesuatu.
Persoalan pertama adalah, bagaimana hendak menabung jika perbelanjaan melebihi pendapatan? Kalau defisit tentulah defisit juga.
Jika kewangan peribadi kita parah. Kita tentulah tidak boleh menabung dulu. Kita kena langsaikan hutang dan berjimat ke atas setiap sen perbelanjaan kita. Kita kena baiki defisit kita dengan melihat perbelanjaan bulanan kita yang ada di antaranya tidak patut dilakukan. Kita melihat apa yang boleh kita kurangkan?
Merujuk kepada kebanyakan kita, pastilah ada sesuatu yang boleh kita kurangkan sehinggalah kita boleh mencapai status penabung. Buat masa ni jauh garam daripada kunyit. Metaforanya kita kena rebus sahaja ikan tersebut. Jangan sedih kerana apabila kita makan ikan rebus tersebut sebenarnya kita menjaga kesihatan kita selain kesihatan poket kita.
Di sini saya perturunkan resepi masak Ikan rebus: (Sumber: Majalah Jelita Mac 1992)
Bahan-Bahan:
3 ekor ikan selar kuning
1/2 ikat daun kesum
1/2 biji nanas, dipotong mengikut suka hati
Sedikit gula dan garam
Bahan-bahan dikisar:
3 tangkai cili merah
3 biji bawang merah
1/2 sm halia
1/2 sm kunyit hidup
sedikit belacan kalau tak resedung
Cara:
Friday, January 14, 2011
Bodoh, bengap! (edit semula)
Itulah sebab ayah Suraya tak ada duit dan tak bertanggungjawab.
Duit tak cukup, adik beradik beriok
Nampak sihat tapi...
Pernah tak siang ayam? Atau kita ni jenis yang beli ayam dah diproses dan dibersihkan? Sapa-sapa yang pernah siang ayam pernah tak tengok dalam badan ayam tu ada lemak sana sini di dada, paha dan bahagian lain? Tetapi posting ini bukannya lemak yang ada pada ayam tersebut. Tetapi posting ni pasal kolestrol yang ada di dalam salur darah kita.
Saya ada membaca mengenai serangan sakit jantung (diakibatkan salur darah tersumbat) disebabkan banyak kandungan kolestrol dalam badan (salurdarah). Kolesterol yang tinggi di dalam darah akan menyebabkan arteri (salurdarah) ke jantung kita tersumbat. Ini menyebabkan serangan jantung ke atas diri kita secara langsung.
Walaupun seseorang itu nampak sihat walafiat, berbadan LCD, dan aktif bersukan tidak mustahil dalam salurdarahnya ada kolestrol yang tinggi. Dan kita rasa komfius bila diberitahu dia mati kena serangan jantung pada usia muda...
Yang tua, lagilah...
Jan: Apa itu kolestrol?
Thursday, January 13, 2011
SK II dan selipar camel...
Terbaru kawan saya yang bersalin di hospital swasta dibilkan sejumlah RM8K oleh hospital tersebut. Iaitu bil kerana beranak. Mak datuk! tu baru urusan beranak!. Namun katanya sebelum bayi lahir bayaran untuk pemeriksaan perubatan sudah bermula….
Begitu juga dengan penyediaan barangan bayi apatah lagi jika bayi itu bayi pertama atau memang kita jenis tak simpan pakaian kakak ada abang mereka sebelum ni. Semua kena beli baru. Berapa kosnya? Tentu akan mencapai ribuan ringgit, terutama jika kita upah orang tunggu bila kita/bini kita berpantang. Masa pantang kena jaga molek, nanti meroyan. Penyakit khas untuk perempaun.
Susu pulak bukan main mahal. Kita tak boleh sumbat susu cap junjung. Ia tak berkhasiat. Dan kalau susu cap gantung kita tak produkti kita kena beli susu yang mahal. Yang sekilo sama dengan harga beberapa kampit beras… tapi bagus juga susu cap gantung ni, tak payah beli putting.
Perihal baju pula elok sangat beli yang murah je. Bayi membesar dengan cepat lagi pun bukannya bayi tersebut nak keluar rumah bersiar-siar dengan baju yang mahal. Mungkin boleh beli kain cotton dan buat sepuluh baju dan seluar putih macam baju seragam, he he he. Kalu nak jimat. Ke mahal jugak?
Perihal mainan? Huh kena beli jugak biar dia ralit bermain. Kalau tak kita la yg letih duduk agoh dia 24 jam. Kita nak juga berehat dan bermesra dengan pasangan kita…tapi janganlah beli yang mahal, beli kat pasar malam jea. Tak ada orang kata kalau kita pensyarah kita kena beli yang di east kost saja.
Bila umur 5 atau 6 tahun kita kena antar ke taska. Dan ada taska yang mencecah RM500 semasa pendaftaran. Haa,,, tapi taska jenis ini siap dengan ujian, kuiz dan final exam. Dan dengar khabarnya kalau gagal kena ambil semula exam, dan pasti kena bayar lagi…he he he.
Eh lupa beritahu, kalau kita tak pergi hantar dan pergi ambik anak kita tu, kita sewa van kan? Berapa sebulan pulak…
Sebenarnya banyak lagi perbelanjaan untuk membesarkan anak. Tu lah kalau saya lihat/dengar cerita anak jadi derhaka, hati saya mudah tersentuh (pulak dah). Pengorbanan ibu bapa tak ada tara tandingnya. Si ibu terpaksa tak pakai SK II semata kerana anak-anak, si ayah terpaksa tak pakai selipar camel active semata kerana perbelanjaan anak.
Jan; Anak punai anak merbah, mari turun membuat sarang….anak sungai lagikan berubah, inikan pula hati morang…pulak dah!
Wednesday, January 12, 2011
Tudung labuh...
Saya mengikut sahaja, lama saya tak ke kedai tudung sebab saya bukan lagi penjual tudung atau kain pasang. Sampai di kedai tudung saya beria mencadangkan sebuah tudung yang cantik dan sesuai benar dipadamkan dengan baju yang baru dibeli tadi, yang juga dibeli khas untuk majlis makan malam ni.
Tudung itu cantik, tak modern sangat dan tak tradisi sangat. Kelas gitu untuk wanita moden macam kakak saya ni. Saya ambik tudung tersebut dan ajukan kepada kakak saya dengan bersemangat. Lalu dia berkata:
" Eh, singkat tudung ni, nanti nampak kopek! Tok leh...cari yang labuh"
Saya terkedu seminit dan kembali tawaduk... Lantas saya teringat kata-kata ustazah saya masa belajar di sekolah menengah dulu:
" Molek sangat napok kopek! nok tunjuk ke orang?" Kata ustazah bernada marah kepada kawan saya si Halimah (bukan nama sebenar, hanya nama samaran sebab kalau beri nama sebenar nanti malu pulak Halimah. Sebenarnya Halimah ni kopek dia besar sedikit berbanding dengan kawan-kawan saya yang lain, maka tak elok kalau pakai tudung kecil. Itulah agaknya diperkatakan oleh ustazah kami).
Ustazah tersebut beritahu eloklah dilabuhkan tudung menutupi dada sama ada kopek besar atau kecil, nanti jadi santapan rohani bagi lelaki liar.
Jan: Lelaki jinak...
Bini dua anak berdozen?
Pernah tak dengar Borang EA? Borang ini sangat berguna dalam membuat tafsiran. Sebenarnya dalam borang inilah majikan perlu beri nama, alamat dan butiran-butiran pendapatan dalam bentuk tunai mengenai pekerjanya. Salinan borang inilah yang majikan bagi kat kita yang kita lampirkan bersama borang penyata cukai pendapatan yang akhirnya beritahu berapa kita kena bayar cukai.
Jadi adalah salah jika kita anggap bila kita tak dihubungi oleh LHDN maka kita tak perlu membayar cukai. Borang EA ada dengan mereka, tunggu masa je bila dia nak buka fail kita. Tapi alangkah eloknya jika kita bersedia awal-awal.
Saya dah kena…malu nak cerita. Bukan nak buka pekong di punggung. Tapi ni hal tak bayar cukai. Akibat saya mengalami kemurungan bercampur kealpaan, saya terlupa nak bayar cukai tersebut setelah saya mentafsirkannya. Dan beberapa bulan kemudian saya terus terima surat cinta daripada LHDN yang minta saya buat potongan daripada gaji bulanan saya, siap dengan berapa saya kena potong sebulan dan sampai bulan berapa baru langsai.
Saya terkejut dan tak mahulah dalam slip gaji saya ada pemotongan LHDN pada setiap bulan. Apa kata taukeh Kort Memok nanti? Terus saya kol LHDN dan merayu yang saya kononya akan bayar segera sekalius. Ya saya memang membayarnya sekaligus selepas 2 hari saya dapat surat tersebut! Lega…
Dulu saya isi borang dan pos, sekarang saya membuat tafsiran menggunakan cara elektronik. Riuh jugak bila tiba time isi melalui internate ini, tapi mujurlah kawan-kawan saya ikhlas membantu saya mengisinya (sambil-sambil dapat la mereka tahu gaji saya berapa ketul, he he he).
Tadi saya ada beritahu saya kena bayar cukai sampai beribuan. Namun saya tidak perlu membayar sebanyak itu sebab majikan saya sudah awal-awal memotong cukai daripada gaji saya setiap bulan secara berjadul/berkala. Pemotongan bulanan ini saya tak faham sangat tetapi setahu saya pemotongan bulanan ini dibuat jika kita bujang dan pendapatan kita lebih dari RM2550 sebulan.
Jan: Kalau bini dua anak berdozen?
Tuesday, January 11, 2011
Miskin selepas bersara?
Untuk menulis tajuk ini agak susah kerana ianya penuh dengan kesedihan dan kesayuan, juga penyesalan...(pulak dah). Saya terpaksa membayangkan pada hari bersara saya duit tidak cukup mana sedangkan perbelanjaan saya tak pernah nak bersara, he he he. Dan saya menyesal pada hari tua kerana tak menabung (asyik beli pasu).
Saya impikan selepas bersara saya nak pergi melancong dan bersenang lenang ke 4 petala dunia (utara, selatan, timur dan barat). Sekarang saya tak ada duit untuk aktiviti yang saya gemari tersebut. Dan eloklah setelah saya berhempas pulah membanting tulang empat kerat, tibalah saya menuai...kononnya.
Saya mempunyai simpanan KWSP. Namun saya selalu terfikir cukupkah duit KWSP tersebut? Kawan saya kata cukup!
Saya terus buat andaian jika kita makan pagi, makan tengahari dan makan malam cukup tak RM10?, memang cukup. Tapi kecukupan tersebut adalah pada 20 tahun dahulu! (He he he, saya buat gimik).
Sekarang RM10 tak cukup, saya anggarkan sekarang kalau makan pagi, tengah hari dan malam dalam RM25 baru perut selesa.
Saya bayangkan pula 20 tahun akan datang, makan pagi, tengahari dan malam mungkin cecah RM57. Maksud saya dengan kadar inflasi 4% setahun. Kalau lebih, makin tinggilah harga makan pagi, tengahari dan malam kita nanti...
Dan pada masa 20 tahun lagi tersebut saya dah bersara! Nilai duit saya sebenarnya amat kecil sangat...saya mungkin boleh melancong ke Teluk Cempedak dan Pantai Balok sahaja...he he he.
Bila duit simpanan KWSP kita tidak mencukupi oleh kerana inflasi, kita mungkin jadi miskin selepas bersara...
Jan: Haaa bagaimana? Moralnya?
AJL25...satu kegagalan?
Sudah bertahun-tahun saya tidak melihat Anugerah Juara Lagu (AJL), namun semalam saya duduk berselesa di depan tv semata-mata kerana Datuk Sharifah Aini. Suatu kemunculan yang memang saya nantikan.
Suaranya taklah sedap sangat tapi ada la… Saya rasa beliau harus banyak belajar nyanyi live kalau tak nak sempuk. Nada rendahnya sangat miskin. Mungkin lagu ni kalau dengar dari CD, best kot.
Drama King? Lagu apa ni?....terus saya dengar.
Tak sampai seminit saya rasa lagu ni best. Walaupun tak pernah mendengarnya saya rasa lagu ini lagu kedua best selepas lagu pelita. Boleh layan...
Setakat ini lagu yang saya dengar tiada unsur keMelayuan, mungkin muzik Malayia sudah mahu menjadi seperti Indonesia…yang sekarang kurang keIndonesiaannya. Apa-apa pun lagu ini boleh dilayan. baguslah kita sama-sama hilangkan identiti kita.
Baju penyanyi ini pelik…
Adakah saya terlalu tua untuk gimik-gimik macam ni? Atau saya sudah sukar untuk dipuaskan? Mungkin saya kolot dah, sebab sebenarnya muzik sebeginilah yang bagusnya? Ya kea?
Saya terus kerja dan tak menghiraukannya sehingga Lokman Hakim dan beberapa kawan saya sms beritahu Kak Pah akan menyanyi.
Tiada apa yang hebat bagi saya kecuali dapat tengok M Nasir, Nash, Fran, Kak Pah, Ziana Zain dan Siti nyanyi.
Jan: Akhirnya ` Tolong Ingatkan aku' menang. Saya terkedu dan terus tukar chanel lain... Mengapa AJL menjadi semurah ini?
Miskin selepas bersara?
Untuk menulis tajuk ini agak susah kerana ianya penuh dengan kesedihan dan kesayuan, juga penyesalan...(pulak dah). Saya terpaksa membayangkan pada hari bersara saya duit tidak cukup sedangkan perbelanjaan saya tak pernah nak bersara, he he he. Dan saya menyesal pada hari tua kerana tak menabung (dan asyik beli pasu).
Saya impikan selepas bersara saya nak pergi melancong dan bersenang lenang ke 4 petala dunia (utara, selatan, timur dan barat). Sekarang saya tak ada duit untuk aktiviti yang saya gemari tersebut. Dan eloklah setelah saya berhempas pulah membanting tulang, tibalah saya menuai...kononnya.
Namun saya selalu terfikir cukupkah duit KWSP tersebut? Saya terus buat andaian jika kita makan pagi, makan tengahari dan makan malam cukup RM10?, memang cukup. Tapi kecukupan tersebut adalah pada 20 tahun dahulu! He he he, saya buat gimik.
Sekarang RM10 tak cukup, saya anggarkan sekarang kalau makan pagi, tengahhari dan malam dalam RM25 baru perut selesa.
Saya bayangkan pula 20 tahun akan datang, makan pagi, tengahari dan malam mungkin cecah RM57. Maksud saya dengan kadar inflasi dalam 4% setahun. Kalau lebih, makin tinggilah harga makan pagi, tengahari dan malam kita nanti...
Dan pada masa 20 tahun lagi tersebut saya dah bersara! Nilai duit saya sebenarnya amat kecil sangat...saya mungkin boleh melancong ke Teluk Cempedak dan pantai Balok sahaja...he he he.
Saya mungkin jadi miskin selepas bersara...
Jan: Moralnya?
KWSP dan skim pengeluarannya
Bolehkah nanti kita harapkan pasangan semata mata untuk melindungi kita nanti? Jangan harap! Yang tak ada pasangan…lagilah...(sayalah tu, he he he)
Sebab itulah saya tidak berminat/teruja dengan Skim Pengeluaran Komputer yang diperkenalkan kerajaan sedikit masa dahulu. Walaupun saya memang nak komputer tetapi saya berdiam sahaja. Saya berpendapat banyak usaha lain yang perlu dilakukan oleh kerajaan jika mahu rakyat celik computer bukannya menggalakan rakyat keluarkan duit KWSP mereka. Skim pengeluaran sebegini tidak menguntungkan pencarum, ia menyusutkan nilai pada hari muka.
Dan saya ada dengar juga banyak penipuan yang berlaku daripada skim ini. Maksud saya rakyat tak beli komputer tetapi beli benda lain. Maknanya pengeluaran palsu.
Pertama kali saya mengeluarkan wang KWSP adalah kerana terpaksa, kerana saya tidak menabung. Pada ketika itu saya kena cari duit bernilai sebanyak 10% daripada jumlah harga rumah yang saya nak beli. Namun saya tidak keluarkan 10% daripada akuan dua KWSP, saya keluarkan kesemua duit dalam akaun dua tersebut. Saya keluarkan kesemuanya supaya bayaran bulanan ke atas rumah yang saya mahu beli taklah tinggi. Itulah cara saya berfikir sebab saya bukan muda lagi…bayaran bulanannya tinggi.
Memang begitu bahasanya, iaitu bank tak murah hati untuk beri pinjaman 100%. Dan ini sebenarnya adalah arahan dari bank negara berikutan dasar kewangan kerajaan untuk memelihara penawaran wang dalam pasaran sambil-sambil membendung inflasi. Boleh baca buku ekonomi bawah tajuk Wang dan bank (kalau suka baca pasal ekonomi).
Bagus juga ada KWSP sebab kalau tak, saya nak korek mana duit tersebut?. Duit simpanan? Pang! Sila tampar muka sendiri, tak baik menipu.Huh! Tak ada…
Kesian kan kalau majikan tak mencarum. Bila majikan tak mencarum mungkin pekerja mencarut. Anggaran saya sekarang ada lebih kurang 10 juta orang tenaga kerja di Malaysia. Dan daripada jumlah ini bukan semua yang aktif mencarum. Hampir 50% jumlah tenaga di Malaysia sebenarnya tak mencarum!
Kalau kita fikirkan mereka ini akan menghadapi masalah social pada masa hadapan. Maksud saya bagaimana golongan ini mahu menghadapi kehidupan yang mana pada masa hadapan mereka akan menghadapi inflasi. Kot-kot nanti bila kita bersara gula dah cecah RM5 sekilo. Bila gula RM5 sekilo kueh Nekbak tentu 3 biji RM2 atau air tea o kita minum harganya macam bila berada di hotel pada masa sekarang. Parah kan?
Apa yang nak saya bebelkan di sini adalah bersyukur kerana ada KWSP dan gunakanlah ia dengan betul dan berpatutan kerana duit itu adalah masa depan kita. Boleh susah jadinya kalau kita tak rencanakannya. Kita seeloknya hindari dari mengeluarkan duit kecuali untuk benar-benar produktif dalam menolong hari tua kita nanti… Opps bukan hari tua, hari matang...
Jan: Cuba kita bayangkan pada masa tua nanti kita berkedut, gemuk, letih, tak disayangi menantu dan cucu, dan tak berduit pulak! Alahai.
Monday, January 10, 2011
Irama dari sekeping hati...
Setelah sepuluh tahun berfikiran begitu akhirnya saya sangat gembira... Baru-baru ini Warner Music telah mengedarkan semula album Sharifah Aini yang bertajuk IRAMA DARI SEKEPING HATI ke dalam bentuk CD. Album tersebut diterbit oleh S Atan pada tahun 1983.
Saya sudah pergi ke Kuantan mencarinya namun tidak ada CD ini. Saya dah pesan pada penjual kaset tersebut supaya mengodernya. Saya sudah beri no hp saya. sampai hari ni dia tak kol saya lagi.
Bagi saya album ini tambah istimewa kerana Datuk Sharifah Aini sendiri mencipta sebuah lagu yang bertajuk 'Ku Tak Ingin (Bercinta Lagi)', liriknya juga ditulis oleh beliau.
Jan: Seronok dapat lihat Kak pah nyanyi Hapuslah Airmatamu di AJL25 semalam.
P/S: Album ini telah saya bila terima call dari pekedai.
Madu yang mungkin racun...
Dulu saya melihat berita yang ganas-ganas ni, terutama kemalangan jalanraya yang teruk. Namun kini saya merasa ngeri dengan hanya mendengar berita. Saya semakin tua kot?
Tentu sepanjang hidup Siti Aminah Hanapi, 50, dia tidak menduga bahawa beliau akan ditetak. Ditetak oleh madunya sendiri. Dan mungkin juga semasa akad nikah dahulu dia juga tidak terlintas untuk hidup bermadu.
Saya tak nak ulas kejadian ini, ia di bawah siasatan polis...
Saya tak tahu mengapa orang panggil bermadu. Bunyinya macam best tetapi apa yang terjadi di sekeliling saya, tidak pulak menunjukan kebestannya kecuali seringkali porak peranda. Walaupun sebenarnya ada yang mendapat the beauty of bermadu, berapa kerat yang dapat? dan jenis orang macam mana?
Kadang-kadang bagus juga bercerai dan masing-masing boleh bina hidup baru, pandang dunia yang luas. Walaupun cerai tidak disukai tuhan tetapi tidak diharamkan. Mungkin kerana terdapat banyak unsur negatif dalam proses pengekalan perkahwinan tersebut yang akhirnya boleh membawa kesangsaraan... atau kematian?
Jan: Pernah baca seorang ahli agama beritahu rakyat negara kita ramai yang tak bahagia sebab kadar penceraian tinggi...betul ke indikator tersebut? he he he.
5 kebiasaan kewangan yang buruk
Pertamanya ingin saya beritahu bacalah gajah rimau pun tetapi jika kita tidak mengambil tindakan ke atas bacaan/semangat kita tersebut akhirnya tinggallah hangat-hangat tahi ayam saja. Kedua saya mengakui, saya pun 2 x 5. He he he.
Molek benarlah kita senaraikan 5 azam baru kita sembena 2010 iaitu menghapus 5 kebiasaan kewangan kita yang buruk. Berikut ini saya ingin perturunkan (amboi macam nak ajar ilmu dari dalam gua pulak) 5 kebiasaan kewangan buruk dan fikirlah sendiri bagaimana nak mengatasinya:
Harus diingat dalam kad tersebut bukannya ada duit kita. Dalam kad tersebut ada keupayaan kita untuk berhutang. Sekarang senang nak dapat kad kredit, pergilah pusat beli belah mereka mendesak memujuk ria untuk kita dapatkan kad mereka.
Kita pulak kebiasaannya membayar minimanya sahaja setiap bulan dan kebiasaannya pembelian kita akan bertambah.
2 Membiasakan diri membeli barangan yang boleh bayar bulan
Jenis kita ni pantang melihat barang yang boleh dihutangi. Bila kita dengar bayar 10 kali, kita rasa nak luruh jantung dan hampir hilang akal. Terus kita sambar 2 set koning ware tersebut, he he he.
3. Membiasakan diri mendapat defisit setiap bulan
4. Membiasakan diri nampak lebih daripada jiran.
5. Membiasakan diri ke tempat membeli belah!
Rasanya banyak lagi kebiasaan kita yang kita tak sedar kan?
Jan: Memang tak sedar pun...
Kecil @ Besar = Curang...
Friday, January 7, 2011
Air mata di Kuala Lumpur
Hari tanpa beg plastik
Kalau kita tak sahut kempen ini, duit tersebut masuk ke mana yea? He he he.
Saya lihat semua pelanggang yang beratur tak bawa pula beg kitar semula mereka. Saya berpendapat pasaraya yang terlibat boleh usahakan menyediakan beg kitar semula ni. Jangan asyik nak untung jea, kebajikan?
Jan: hari tanpa pusat?
Thursday, January 6, 2011
Perihal kucing kurus...
Papan digaru si kayu mati;
Bukan kurus kerana tak makan,
Kerana kasih jauh di hati.
Kucing kurus menghembus api,
Sudah hembus padam menyala;
Kurus kering kerana susah hati,
Kerana telinga tak mendengar kata…,
Jan: dari buku `Kurik-kurik Merah Saga: Kumpulan pantun lisan Melayu, m/s 349 (buku koleksi peribadi)
3 Idiots
Semasa zaman muda pada awal persekolahan hingga akhir persekolahan saya banyak menghafal. Saya masih ingat lagi semasa saya mengambil STPM, terdapat formula dan konsep ekonomi yang saya hafal dengan cemerlang, ada di antaranya saya tak faham langsung tetapi saya berjaya menjawabnya dengan cemerlang. Itulah the kuasa of menghafal!. He he he.
Tetapi menghafal tidak membawa kita kepada jadi bijak, itulah antara satu mesej yang ingin disampaikan dalam filem 3 idiots yang saya baru berkesempatan menontonnya di Astro minggu lalu. cerita ini dicadangtengok oleh seorang sahabat saya Wawa yang bekerja di tempat majikan lama saya iaitu Kolej Shahputra.
3 Idiots bercerita tentang tiga orang sahabat, yang sama-sama berkuliah di Imperial College of Engineering. Iaitu salah satu pusat pengajian tinggi terbaik di India. Saya kagun dengan senibina bangunan kolej ini, cuba perhatikan betul-betul.
Cerita itu berjaya sekali membuatkan saya ketawa seorang diri di ruang tamu yang ala mewah (perlu diingat cuma ala sahaja, bukannya mewah. Ala di sini bermaksud mungkin, seperti atau persis. Tapi hakikatnya jauh daripada nyata...).
Air kat asrama tak ada!Filem ni filem komedi, citer lawak yang kelakar (ada ke cerita lawak yang tak kelakar? Ada! kalau tak percaya sekali sekala jengok la cerita lawak Melayu kat pawagan, he he he). Saya terhibur sepanjang perjalanan filem. Filem ini boleh buat kita terhibur ria. Jauh benar dengan filem Devdas yang memerlukan tisu, sangat berbeza. Seperti nak banding Anita Sarawak dengan Dr Mashitah (dulu pendakwah bebas, sekarang tak berapa bebas, he he he).
Watak utamaAmir Khan pegang watak utama. Watak seorang pelajar! Fizikal dan gaya lakonan memang taraf remaja di kolej/universiti. Bukan macam Rosyam Noor yang sekadar cukur misai (ampun Bang Rosyam). Dia memang buat homework giler untuk filem ni. Adnan kata mungkin dia buat facial seminggu sekali atau diet dan bersenam. Berbeza benar penampilannya dalam filem Fanna.
2 ekor idiots lagi saya tak kenal mungkin pelakon baru kot, atau saya dah lama tak mengetahui perkembangan. Atau memang tak terkenal pun, he he he. Sorang lagi yang saya kenal ialah Karena Kapoor. Dalam filem ni dia macam dalam filem-filem lain juga, tak cantik sangat dan bakat senilakunnya masih gagal meraih kekaguman saya, he he he (maaf Karena).
Cerita ni mengingatkan saya pada zaman belajar di universiti. Cuma saya di universiti dulu saya sangat skema. Pengskemaanan saya tersebut membuatkan saya disenangi para pensyarah dan kawan-kawan serta mak cik kantin.
Filem ini banyak menggunakan teknik flashback, mungkin hampir 85 peratus adalah dalam bentuk flashback (bukan flashdance). Flashback ni dalam bahasa Melayu imbas kembali atau dalam beberapa buku kajian sastera dia panggil juga imbasmuka.
Watak Amir Khan sebagai seorang pelajar dilukis lain daripada pelajar lain. Pada hari orentasi pun dia sudah buat `hal', saya kagum dengan cara dia melepaskan diri daripada orentasi yang pelik tersebut. Banyak peristiwa lucu terjadi kampus tersebut.
Beliau adalah pelajar yang radikal dalam melihat corak kaedah pembelajaran pensyarahnya, dan dia selalu beranggapan ada kaedah lain untuk cara mengajar. Dan kaedah yang ada sekarang bukannya yang terbaik. Sifat radikal beliau menyebabkan beliau kurang disenangi oleh para pensyarah dan pelajar yang kaki study. Banyak kejadian yang lucu membuatkan pensyarah dia ternganga, saya rasa kelakar sangat. Satu adegan yang saya maksudkan ialah bila beliau dihalau keluar oleh pensyarahnya tetapi dia masuk semula sebab nak ambil `buku', he he he.
Dekan yang tension, he he he.Perlu diingat ini bukan kisah cinta. Maka tiada pusat, buah dada yang dibungkus dengan warna lain yang kontra dengan warna keseluruhan baju, selendang merah melayang di tiup angin daripada kereta api dan adegan mendepa mendepa-depa tangan. Juga tiada inspektor Shahab.
Saya tak berniat untuk menceritakan sinopsis cerita ni sebab penulisan ini khas kepada pembaca yang sudah melihat cerita tersebut...he he he. Jangan marah.
Jangan kata filem hindustan tiada unsur pendidikan yang serius (tapi dalam cerita ini ianya dipersembahkan dalam bentuk lawak)
Jan: Syabas untuk saya. Saya berikan 5 bintang kepada diri saya sendiri kerana meluangkan masa (untuk diri saya sendiri) menontonnya...pulak dah.
Wednesday, January 5, 2011
Hantu Kak Limah Balik Rumah
Payah saya nak ketawa berdekah-dekah dengan jujur. Ada juga kawan-kawan saya yang buat lawak yang saya ketawa tetapi saya tidak jujur mana. Kebanyakan kawan saya yang berpangkat besar selalu juga buat lawak dan saya selalu juga buat-buat ketawa dan lucu. Saya hipokrit?
Jan: Tahniah Mamat Khalid
Tuesday, January 4, 2011
Muka terbaru saya 2011 (edit semula)
Pagi-pagi lagi saya dah pukul gambar saya sendiri dalam bilik (guna handpon). Macam orang tak siongman jadinya. Kiranya ini gambar pertama saya dalam tahun 2011. Bila saya tatap muka saya, nak tergelak pun ada. Saya bukan muda lagi tetapi saya rasa masih boleh cari makani, he he he. Fizikal saya semakin bersusut nilainya, semakin gemuk dan buncit. saya dah ada uban di janggut dan 5 helai di miasai! Tak boleh kita tentang kudrat takdir alam. Kulit muka saya pula semakin kering, ada garis-garis halus dan bernoda (tiru stail bahasa Indonesia). Tapi mungkin buleh diperlahankannya? Saya tak nak rasa gusar. Masa beginilah kita kena up diri kita sendiri kan. Kita kena kata kita okey je yang penting hati budi, perangai elok, hidup jangan menyusahkan orang, pikir positif, bla-bla bla-bala....he he he. Saya tahu saya tak pernah handsem macam Dannyhensum. Mungkin sebab itulah saya jaga budi perketi saya, tak naklah nanti kedengaran "Dahlah muka tak handsum, perangai buruk". Bila tahun baru bertandang kita tak dapat tidak sedetik berfikir dari mana kita dan nak ke mana kita? He he he. Apa yang kita cari dalam kehidupan ini? Soalan sama, jawapan masing-masing... Ya, memang kita kena berharap/berazam sebab dengan harapanlah/azamlah kita galak untuk hidup pada hari muka. Bila ditanya rata-rata azam kawan saya ialah nak jadi kaya. Mahu saja saya tanya definisi kaya tu ada duit banyak mana? harta banyak mana?... Dan azam-azam lain yang pada pandangan saya agak pelik. Ada yang berazam tahun ni untuk memastikan suaminya tak keluar rumah selepas pukul 10 malam, he he he. Tak apalah itu azam mereka, mereka tak menyusahkan kita. Kita tak ada kaitan dengan laki dia. Saya nak mengambil kesempatan secara rasmi untuk mengucapkan selamat tahun 2011 kepada pembaca blog jankaulu. Ikhlas daripada saya, terima kasih banyak kerana masih membaca posting yang entah apa ini. Semoga kamu semua sihat sejahtera dan bahagia. Kalau hidup bersolo jangan jadikan ia sebagai alasan untuk tak bahagia. Jika sudah bekeluarga semoga terancang segalanya. Semoga suami/isteri dan anak-anak mendengar kata dan berdisiplin. Dan semoga dapat menempuhi dugaan atau cabaran yang mungkin lebih hebat dan bertenaga berbanding tahun lepas, he he he. Tataplah 2 keping gambar muka saya di atas tersebut, mungkin kita tidak akan berkesempatan untuk berjumpa lagi...(pulak dah). Kalau rindu pesan saja di angin lalu... Jan: Berazam nak mencari kedamaian hati...(pulak dah...!)
Monday, January 3, 2011
Ready to wed again!
Kadang-kadang
Home
Labels
- 1000 MAWAR (47)
- Alahai... (25)
- Alam buku (31)
- Berangan... (11)
- Buku untuk dijual (12)
- Catatan peribadi... (43)
- dari skrin... (28)
- FILEM (35)
- Kawan... (35)
- Kebahagian (2)
- Kesihatan (49)
- kewangan (68)
- Kuantan (4)
- Lirik pilihan... (29)
- Mankisue... (15)
- Menyolo... (19)
- NUKILAN RASA (6)
- PENDIDIKAN (19)
- PML (11)
- POLITIK (3)
- Politikus (18)
- PUISI (13)
- Rumahtangga (53)
- SHARIFAH AINI (64)
- Sikap dan sifat (16)
- Untuk dijual (6)